You are on page 1of 5

BAHAGIAN A

[20 markah]

Soalan 1 hingga 16

Setiap soalan diikuti oleh empat pilihan (A, B, C dan D). Setiap soalan pilih satu jawapan sahaja.

1. Kami berasa sedih dengan peletakan jawatan Datuk Helmi kerana _________ seorang ketua
yang baik.

A dia
B beliau
C tuanku
D mereka

2. “Segala titah tuanku sudah __________ laksanakan,” jelas Datuk Panglima Hitam.

A beta
B saya
C patik
D hamba

3. Kedua-dua keluarga telah _______ dan bersetuju untuk menetapkan tarikh perkahwinan anak
mereka pada bulan Ogos ini.

A berpesan
B bertekad
C berpendapat
D berbincang

4. Puan Halimah _______ melayan tetamu yang datang pada hari persandingan anaknya.

A meriah
B kecoh
C benci
D sibuk

5. Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

Puan Natasha sedang memasukkan se________ buah rambutan ke dalam beg plastik.

A tandan
B tangkai
C ikat
D jambak
6. Rambut Jan Nee _________ kerana ditiup angin semasa menaiki feri untuk ke Pulau Pinang

A kusut-masai
B hiruk-pikuk
C kelam-kabut
D lintang-pukang

7. Mengapakah lelaki itu _________ anaknya di taman bunga?

A kemarahan
B memarahi
C dimarahi
D pemarah

8. Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

Si Comel tidur di ________ meja makan selepas penat bermain.

A tepi
B atas
C bawah
D tengah

9. Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

Adik tidak dapat mencapai buah mangga _______ atas pokok itu.

A pada
B di
C untuk
D kepada

10. Siu Fan sangat meminati ________ Bahasa Malaysia.

A mata air
B mata hati
C mata kucing
D mata pelajaran
11. Kejayaan cemerlang murid itu dalam peperiksaan telah menjadi _________ penduduk
kampung.

A buah tangan
B buah fikiran
C buah hati
D buah mulut

12. Pilih perkataan berlawan bagi perkataan bergaris di bawah.


Penglihatannya semakin kabur semenjak menghidap penyakit kencing manis.

A luas
B kuat
C terang
D pudar

Soalan 13 hingga 14 pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

13. Encik Keong telah menghantar barang itu ke rumah Puan Wong.

A Encik Keong dihantar oleh Puan Wong barang itu.


B Barang itu telah dihantar ke rumah Encik Keong oleh Puan Wong.
C Barang itu telah dihantar ke rumah Puan Wong oleh Encik Keong.
D Puan Wong telah menerima barang yang dihantar oleh Encik Keong.

14. “Maaf Daud, saya tidak bawa buku itu,” kata Gopal.

A Gopal meminta maaf daripada Daud kerana tidak membawa buku yang dimintanya.
B Gopal meminta maaf daripada Daud kerana membawa buku yang dimintanya.
C Gopal meminta Daud membawa buku yang dimintanya.
D Daud meminta Gopal membawa buku yang dimintanya.

15. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat yang diberikan.
Seramai 200 orang murid telah menyertai peraduan poster.

A Bilakah peraduan poster diadakan?


B Siapakah yang menyertai peraduan poster?
C Di manakah peraduan poster diadakan?
D Berapa ramaikah murid yang telah menyertai peraduan poster?

16. Pilih ayat yang betul.

A Kong Guan kelihatan gempal semenjak sihat daripada penyakit.


B Adik hanya makan seketul roti untuk mengalas perut sebelum ke sekolah.
C Semua murid-murid diminta berhimpun di dewan untuk mendengar taklimat.
D Setengah ibu bapa tidak mahu anak mereka aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Chong Wei : Navin, mengapa awak termenung sahaja?


Navin : Chong Wei, terkejut saya. Sebenarnya, nenek saya sakit. Beliau diserang
angin ahmar.
Chong Wei : Oh, itu rupanya! Awak jangan risau. Saya tahu bagaimana hendak
membantu.
Navin : Betulkah Chong Wei? Awak jangan permainkan saya. Tapi, bagaimana
dengan kos rawatan itu? Di mana saya hendak mencarinya?
Chong Wei : Saya tidak permainkan awak. Pernah awak dengar tentang rawatan
akupunktur?
Navin : Akupunktur?
Chong Wei : Benar, akupunktur ialah sejenis rawatan tradisional di negara China kira-
kira 2500 tahun dahulu. Rawatan ini amat popular dalam kalangan
masyarakat Cina. Akupunktur boleh menyembuhkan selesema, gastrik,
sakit kepala dan lain-lain lagi.
Navin : Oh, fahamlah saya. Tetapi keluarga saya miskin. Kami tidak mampu untuk
membiayai rawatan sebegitu.
Chong Wei : Jangan bimbang. Datuk saya seorang tabib Cina yang mahir tentang
rawatan akupunktur. Saya akan minta beliau membantu nenek kamu. Datuk
saya bukan mata duitan. Beliau tentu akan menolong nenek kamu secara
percuma.
Navin : Terima kasih, Chong Wei. Bilakah kita boleh berjumpa datuk kamu bagi
menerangkan keadaan sebenar?
Chong Wei : Usah bimbang perkara itu. Biar saya sahaja jelaskan. Eh, loceng sudah
berbunyi! Mari kita masuk ke kelas dahulu. Balik nanti, saya akan terus ke
rumah datuk saya.
Navin : Baiklah. Mari kita ke kelas.

17. Di manakah perbualan ini berlangsung?

A Rumah
B Sekolah
C Pejabat
D Tepi Jalan
18. Apakah penyakit yang dihidapi oleh nenek Navin?

A Gastrik
B Selesema
C Sakit kepala
D Angin ahmar

19. Pernyataan berikut terdapat dalam petikan, kecuali

A Bapa Chong Wei seorang tabib Cina.


B Akupunktur ialah sejenis rawatan tradisional.
C Nenek Navin menghidap penyakit angin ahmar.
D Chong Wei akan memberitahu datuknya selepas balik dari sekolah.

20. Berdasarkan petikan, apakah yang dimaksudkan dalam frasa membiayai rawatan sebegitu

A Merawat penyakit
B Bayar kos perubatan
C Mencari punca rawatan
D Cara menyembuh penyakit

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like