You are on page 1of 2

MUHAMMAD DANIAL BIN JAMALUDIN,

NO . SP79, JALAN SUNGAI PETAI PERMAI 2,


2/5, TAMAN SUNGAI PETAI PERMAI 2,
78000 ALOR GAJAH,
MELAKA.

Kementerian Pendidikan Malaysia,


Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Aras 3, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA. 29 MAC 2019

Tuan,

PERMOHONAN MEMINTA SOKONGAN PENUH UNTUK BERPINDAH SESI JUN 2019

Merujuk perkara di atas, saya MUHAMMAD DANIAL BIN JAMALUDIN ( 911011-10-5359) ingin
memohon sokongan penuh untuk pertukaran antara negeri dari negeri Sarawak ke negeri Melaka.
Untuk makluman Tuan, saya sedang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Sebauh, Sarawak dan ingin
memohon pertukaran ke PPD Alor Gajah , Melaka.

2. Sehubungan dengan itu saya memohon sokongan penuh dari pihak Tuan berdasarkan atas
sebab-sebab yang berikut :
i. Kematian ayah.
ii. Ibu tinggal sendiri di rumah tanpa dijaga oleh adik beradik lain kerana bekerja swasta di negeri
lain.
iii. Ibu menghidap sakit bilateral knee joint pain osteoarthritis (sakit lutut) dan perlu mengambil
suntikan tahan sakit steroid yang menyebabkan beliau tidak dapat berdiri atau berjalan untuk
tempoh tertentu. Beliau perlu dibawa ke hospital pakar untuk rawatan berkala. Keadaan ini
merisaukan saya apabila doktor pakar yang merawat mengesahkan jika keadaan ibu tidak dijaga
dengan rapi, boleh menyebabkan keadaan beliau semakin serius.
iv. Kawasan tempat tinggal yang tidak selamat berikutan dengan kes pecah rumah yang telah
berlaku sejak beberapa tahun yang lepas lagi. 19 MAC 2019 yang lalu telah berlaku lagi kes
pecah rumah bersebelahan dengan rumah ibu saya. Keadaan ibu saya yang tinggal keseorangan
dan kesukaran beliau untuk bergerak amat membimbangkan saya.

3. Bersama-sama dengan ini saya lampirkan dokumen sijil kematian ayah, pengesahan bekerja
diluar kawasan, belajar di luar kawasan, pengesahan doktor pakar, laporan polis dan pautan bercetak
Berita Harian Metro. Sebab-sebab diatas menyebabkan saya tidak boleh lagi berkhidmat dengan
berkesan kerana amat bimbang dengan keadaan kesihatan dan keselamatan ibu kandung saya. Satu-
satunya ibu kandung saya yang tiada gantinya.
4. Saya berharap permohonan ini mendapat sokongan penuh dari pihak Tuan. Segala kerjasama
dan keprihatinan dari pihak Tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Yang benar,

(MUHAMMAD DANIAL BIN JAMAMALUDIN)


NO K/P : 911011-10-5359

s.k. - Jabatan Pendidikan Sarawak (Unit Sekolah Rendah)

s.k. - PPD Sebauh

You might also like