You are on page 1of 32

1.

0 PENGENALAN

Sejak kebelakangan ini layar kaca television negara kita semakin rancak
membicarakan masalah suhu yang sedang melanda.Dalam berita nasional baru-baru ini di
Petaling Jaya mengungkapkan bahawa kadar pemanasan di Cameron Highlands kini semakin
cepat dan ia diburukkan lagi oleh fenomena El Nino sejak awal tahun ini.Bahkan,Pakar
iklim,Prof Datuk Dr.Azizan Abu Samah berkata pemanasan global telah menyebabkan
kenaikan 0.5°C suhu di seluruh dunia sepanjang dekad yang lalu dan pastinya peningkatan
suhu ini turut akan memberi kesan kepada ladang-ladang sayur di Cameron Highlands
sehingga pengurangan berlaku daripada sudut kualiti dan kuantiti. ( Mstar Lokal Semasa,26
Mei 2016). Tambahan pula,merujuk Laporan Khas 1.5 Celsius(SR1.5), Panel antara kerajaan
mengenai perubahan iklim(IPCC) baru-baru ini turut menyatakan bahawa suhu permukaan
bumi dicatatkan meningkat sebanyak 0.17 darjah Celsius. (Berita nasional,1 Disember 2018).

Suhu merujuk kepada darjah kepanasan udara di sesuatu tempat berdasarkan kadar
penerimaan tenaga haba daripada matahari pada sesuatu masa yang tertentu sehingga suhu di
suatu tempat berubah-ubah.Suhu ini diukur dalam unit darjah Celcius(ᵒC).Manakala,
peningkatan suhu pula merujuk kepada keadaan alam sekitar yang mengalami perubahan dari
segi peningkatan suhu bumi yang semakin tinggi daripada aras normal yang disebabkan
faktor semulajadi dan aktiviti manusia.

Peningkatan suhu ini berlaku akibat pelbagai faktor seperti aktiviti


perindustrian.Pembakaran bahan api fosil yang berperanan untuk menjana kuasa
menyebabkan pembebasan pelbagai gas berbahaya seperti karbon dioksida dan karbon
monoksida.Gas-gas ini pula akan terperangkap di atmosfera dan memerangkap cahaya
matahari secara tidak langsung menyebabkan suhu meningkat.Selepas itu,faktor litupan
tumbuhan.Aktiviti penyahutanan secara besar-besaran menyebabkan litupan tumbuhan
semakin berkurangan dan karbon dioksida turut berkurangan di sekitar kawasan
tersebut,sehingga mengakibatkan peningkatan suhu berlaku.Selain itu,faktor aktiviti
penternakan iaitu di mana aktiviti pengurusan baja asli seperti penghasilan dan penyimpanan
baja asli hasil daripada perkumuhan haiwan menyebabkan pembebasan jumlah gas metana
yang banyak sehingga membolehkan berlakunya peningkatan suhu.

1
Faktor peningkatan suhu ini menyebabkan banyak kesan negatif yang berlaku
antaranya penggurunan.Suhu yang tinggi melalui proses luluhawa fizikal juga
meningkat,stuktur tanah menjadi paloi dan longgar sehingga meningkatkan hakisan layangan
angin di kawasan kombinasi antara luluhawa fizikal dan hakisan tersebut juga membolehkan
kawasan pinggir gurun membesar.Selain itu,berlakunya peningkatan aras laut. Peningkatan
suhu menyebabkan pencairan ais secara besar-besaran sehingga paras laut meningkat dan
turut meningkatkan hakisan ombak di pinggir pantai.Kemudian, berlaku dihidrasi dimana
suhu yang tinggi mengakibatkan badan kehilangan air secara berlebihan sehingga badan
menjadi cepat letih dan tidak bermaya untuk melakukan sebarang aktiviti.

2
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Fokus kajian oleh pengkaji ialah tertumpu kepada pola perbezaan suhu mengikut
stesen pada tiga tempoh yang berbeza di tiga lokasi cerapan yang berlainan dan pengkaji
secara khusus lebih tertumpu kepada aspek objektif kajian.Antara objektif kajian ialah:

2.1 Melakar peta lokasi kawasan kajian di Taman Rekreasi Kota Kinabatangan.

2.2 Mengukur suhu sekitaran mengikut stesen di Taman Rekreasi Kota Kinabatangan.

2.3 Membina jadual yang menunjukkan suhu di kawasan Taman Rekreasi Kota
Kinabatangan.

2.4 Melukis graf suhu mengikut stesen di kawasan Taman Rekreasi Kota Kinabatangan.

2.5 Mengenal pasti faktor fizikal yang mempengaruhi suhu di Taman Rekreasi Kota
Kinabatangan.

2.6 Mengenal pasti kesan terhadap alam sekitar fizikal sekiranya kawasan di Taman Rekreasi
Kota Kinabatangan dimajukan dengan lebih pesat.

3
3.0 LOKASI KAJIAN

Kajian ini di jalankan di Pekan Kota Kinabatangan yang terletak di Daerah


Kinabatangan.Daerah Kinabatangan merupakan kawasan yang terletak diantara Daerah
Sandakan dan Lahad Datu,iaitu di kawasan pantai timur Sabah.Daerah tersebut mempunyai
keluasan yang lebih daripada 600 ribu hektar dan terdiri daripada 78 buah kampung serta
bersempadan dengan enam buah daerah.Daerah Kinabatangan ini merupakan antara daerah
terbesar di Sabah Malaysia iaitu di mana keluasannya menyamai keluasan negeri Pahang di
Semenanjung Malaysia.(Jabatan Perangkaan Malaysia,2014)

Kedudukan Daerah Kinabatangan yang strategik dan mempunyai sungai kinabatangan


terpanjang mengakibatkan sungai tersebut pernah menjadi laluan perdagangan laut timur dan
barat bagi para pedagang.Tambahan pula,menjadi kawasan persinggahan kerajaan-kerajaan
awal tanah besar Asia.Sejarah asal usul nama Kinabatangan berhubungkait dengan sejarah
sekumpulan orang Cina yang menyusuri muara sungai dengan hanya menggunakan batang-
batang kayu balak.Kosa kata bagi ‘Cina’ dan ‘batang’ ini telah mencetuskan sebutan
‘Cinabatang’ yang merupakan nama asal daerah ini.Namun,Syarikat Berpiagam Borneo
Utara (SBBU) telah membuat pembaharuan dengan menggantikan sebutan Cinabatangan
kepada Kinabatangan yang di kenali sebagai Daerah Kinabatangan sehingga kini.(Lahad
Datu Info,6 Mac 2017)

Dalam pekan Kota Kinabatangan tersebut terdapat kawasan yang di kenal pasti
sebagai Taman Rekreasi Kota Kinabatan.Jalan Pangeran Haji Galpam merupakan laluan ke
kawasan pekan tersebut.Taman rekreasi tersebut menjadi antara tumpuan para penduduk
daerah Kinabatangan.Bahkan,kawasan tersebut mempunyai kreteria yang di perlukan oleh
pelajar tingkatan enam dalam melaksanakan kerja kursus geografi tahun 2019.Antaranya
ialah terdapat kawasan lapang,kawasan badan air dan kawasan hutan yang di penuhi dengan
pelbagai spesies flora dan fauna.Malahan, jaraknya yang tidak terlau jauh daripada kawasan
para pengkaji menyebabkan kajian akan lebih mudah di laksanakan. Oleh itu,kesesuaian
tersebut menyebabkan kajian ini tertumpu pada Taman Rekreasi Kota Kinabatangan yang
terletak di Pekan Kota Kinabatangan.

4
3.1 Ciri Fizikal Kawasan Kajian

Taman rekreasi Kota Kinabatangan merupakan kawasan yang terdiri daripada kawasan
lapang,kawasan yang mempunyai badan air dan kawasan hutan.Kawasan lapang tersebut
mempunyai bentuk muka bumi yang rata,berumput,terdapat flora seperti bunga raya dan
lebih terdedah dengan suhu.Seterusnya,kawasan badan air di kawasan tersebut pula berbentuk
tasik dan meliputi kawasan paya di mana sebahagian kawasan tasik tersebut ditumbuhi oleh
pelbagai spesies keladi liar,tumbuhan parasit dan lalang.Manakala, kawasan hutan di taman
rekreasi tersebut merupakan hutan lipur yang terdiri daripada beberapa lapisan kanopi yang
tebal dan terdapat bahagian bentuk muka buminya yang berbukit serta mempunyai tanah
laterit yang subur.Kawasan kajian taman rekreasi tersebut juga ditumbuhi dengan pelbagai
jenis kayu dan tumbuhan khususnya di kawasan hutan seperti kayu keras,buluh,orkid,
tumbuhan menumpang,tumbuhan berakar banir,belukar dan lain-lain.Bahkan,pelbagai
hidupan liar juga turut hidup di kawasan kajian taman rekreasi Kota Kinabatangan tersebut
seperti serangga,burung, biawak,monyet,ular,pacat,kura-kura dan tupai.Tambahan pula,laluan
ke kawasan kajian terdiri daripada sebahagian tidak berturap.

3.2 Ciri Budaya Kawasan Kajian

Taman rekreasi Kota Kinabatangan mempunyai pelbagai ciri budaya di sekitar kawasan
kajian atas faktor dan kepentingan tertentu.Ciri budaya tersebut terletak di luar kawasan
kajian taman rekreasi kota kinabatangan dan di kawasan sekitarnya.Antara ciri budaya
tersebut ialah terdapat jalan raya berturap yang berhampiran kawasan lapang,kawasan letak
kereta yang bersimen,kolam buatan yang berbentuk pancuran air,papan tanda sebagai
petunjuk kawasan Taman Rekreasi Kota Kinabatangan dan simbol peraturan,tiang
lampu,longkang,pondok istirahat,tong sampah simen dan lain-lain. Bahkan terdapat beberapa
bangunan kerajaan seperti bangunan Majlis Daerah Kinabatangan(MDK),mahkamah dan
bank di sekitar luar taman rekreasi Kota Kinabatangan.Manakala,terdapat juga bangunan
pasar dan kedai runcit yang menjalankan aktiviti perniagaan di hadapan Taman Rekreasi.Di
samping itu,terdapat padang dengan kelengkapan pondok untuk berteduh yang berhampiran
dengan kawasan kajian taman rekreasi Kota Kinabatangan yang menjadi tumpuan penduduk
sekitar untuk melakukan pelbagai aktiviti sukan.

5
3.3 Peta Daerah Kinabatangan

Sandakan

Beluran

Lokasi Kinabatangan
Kajian

Lahad Datu

P Tanah Pamah
Petunjuk: Jalan Raya Laluan Persekutuan

Garis Sempadan Laluan Pan-Borneo Delta

Laut Kawasan Hutan Sungai

Peta 1:Lokasi kajian pada peta Daerah Kinabatangan

3.4 Peta Kawasan Kajian

6
LOKASI KAJIAN

Majistret

Peta 2:Kawasan Kajian di Taman Rekreasi Kota Kinabatangan.

4.0 KAEDAH KAJIAN

7
Terdapat pelbagai kaedah yang diguna pakai untuk memperoleh data dan maklumat
kajian luar ini.Kaedah yang dipilih bergantung kepada jenis data dan maklumat yang di
perlukan.Bagi mendapatkan data dan maklumat primer mahupun skunder pengkaji
menggunakan kaedah pemerhatian,pencerapan, serta rujukan perpustakaan dan internet.

4.1 Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian yang dilakukan dan diguna pakai dalam kajian adalah untuk
meninjau lokasi kajian,mengenalpasti ciri-ciri fizikal dan budaya di kawasan kajian tersebut
dan mengenalpasti faktor fizikal yang mempengaruhi suhu sekitarnya beserta kesan kepada
alam sekitar fizikal sekiranya kawasan Taman Rekreasi di majukan dengan lebih pesat
lagi.Pemerhatian ini dilakukan di kawasan kajian iaitu di Taman Rekreasi Kota
Kinabatangan,pada 7 Julai 2019 yang bersamaan dengan hari ahad.Pemerhatian ini
menggunakan media kamera untuk mengambil foto dan merakam video serta menggunakan
buku catatan untuk mencatat sebarang maklumat penting bagi mengukuhkan lagi bukti kajian
yang dijalankan di lokasi kajian.

4.2 Kaedah Pencerapan dan Pengukuran

Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan dan memperjelas lagi hasil kajian yang
dijalankan.Kaedah pengukuran yang digunakan di kawasan kajian adalah sembilan batang
pancang kayu,sembilan buah jangka suhu untuk mengukur nilai suhu di sekitar kawasan
kajian taman rekreasi Kota Kinabatangan dengan meletakkannya pada pancang kayu yang
telah disediakan,paku,tukul dan tali untuk menggantung jangka suhu,manakala jam untuk
menentukan masa pengukuran yang dilakukan,pen beserta buku untuk mencatat bacaan suhu
dan kertas kuning sebagai petunjuk lokasi dan jenis stesen.Pengukuran tersebut dilakukan di
sembilan stesen dan tiga lokasi yang berbeza iaitu kawasan lapang yang terdapat stesen satu
hingga tiga,kawasan badan air yang terdapat stesen empat hingga enam dan kawasan hutan
yang terdapat stesen tujuh hingga sembilan.Masa pengukuran tersebut berlangsung pada
pukul 7.00 pagi sebagai bacaan pertama ,10.00 pagi bagi bacaan kedua dan 1.00 petang untuk
bacaaan ke tiga.

4.3 Kaedah Rujukan Perpustakaan

8
Tujuan kaedah sekunder ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat
sokongan tentang peningkatan suhu yang berhubungkait dengan kehendak kajian yang telah
ditetapkan.Kaedah rujukan perpustakaan dilakukan dengan merujuk kepada buku-buku
ilmiah untuk mengetahui konsep sebenar suhu dan peningkatan suhu,internet untuk
mengetahui peta Daerah Kinabatangan dan maklumat tentang peningkatan suhu manakala
surat khabar dan journal untuk mencari serta mengetahui isu semasa berkaitan dengan
peningkatan suhu yang sedang berlaku pada masa kini mahupun sebelumnya.Buku ilmiah
daripada penulis Haji Rusly Bin Musa,Hajah Nurashikin Abdullah, Mohamad Zhahir
Shaari,Zolkarnain Hassan,Harun Othman dan Prof.Dr.Mohd Ekhwan Hj.Toriman banyak
membantu saya untuk melengkapkan kajian ini.

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

9
5.1 Pola perbezaan suhu mengikut lokasi.

Pola suhu di ukur pada tiga lokasi yang berbeza di Taman Rekreasi Kota
Kinabatangan iaitu kawasan lapang,kawasan badan air dan kawasan hutan.Setiap kawasan
menunjukkan pola suhu yang berbeza semasa pengukuran di lakukan oleh pengkaji.

5.1.1 Peta lokasi stesen cerapan di Taman Rekreasi Kota Kinabatangan.

Stesen 9

Stesen 4

Stesen 8

Stesen 5

Stesen 6
Stesen 7

Stesen 1 Stesen 2 Stesen 3

Petunjuk:
Tasik
Hutan
Kawasan Lapang Stesen Stesen Kajian

Peta 3:Lokasi stesen cerapan di Taman Rekreasi Kota Kinabatangan.

5.1.2 Kaedah teknik pengukuran

10
Berdasarkan kajian yang di jalankan di lokasi kajian Taman Rekreasi Kota
Kinabatangan, berikut merupakan kaedah teknik pengukuran yang di jalankan oleh pengkaji
bagi kawasan lapang,kawasan badan air dan kawasan hutan.Pada awalnya pengkaji
mengenalpasti kedudukan lokasi kajian untuk pengukuran.Setelah itu,sebelum pengukuran
suhu ini di jalankan pengkaji menyediakan peralatan untuk pengukuran suhu.Antaranya ialah
sembilan batang pancang kayu,sembilan buah jangka suhu,paku dan tali beserta
tukul,jam,pen beserta buku, dan kertas kuning yang bersimbolkan petunjuk.

Foto 1: Kertas kuning sebagai petunjuk. Foto 2: Pancang Kayu

Foto 3:Jangka suhu. Foto 4: Paku,Pen beserta Buku catatan sedang disediakan
oleh pengkaji.
Seterusnya,setelah menyediakan peralatan yang diperlukan sepanjang kajian
berlangsung,pada pukul 6.20 pagi pengkaji memulakan kaedah pengukuran dengan

11
pemasangan sembilan batang pancang kayu dengan memacakkannya ketanah pada stesen
satu,dua dan tiga bagi lokasi satu iaitu kawasan lapang,stesen empat,lima dan enam bagi
lokasi dua yang merupakan kawasan badan air serta stesen tujuh,lapan dan sembilan bagi
lokasi tiga yang merangkumi kawasan hutan.

Pengkaji meneruskan pemasangan tersebut dengan memaku setiap pancang kayu


tersebut dengan satu batang paku mengikut ketinggian pengkaji bagi mendapatkan bacaan
suhu yang tepat semasa sesi pengukuran dilakukan.Pengkaji melanjutkankan lagi dengan
menggantung jangka suhu dengan menggunakan tali pada paku-paku yang terdapat di setiap
pancang kayu yang telah di pacakkan oleh pengkaji.Setelah melakukan pemasangan
tersebut,pengkaji turut menggantung kertas kuning yang bersimbolkan petunjuk stesen,jenis
kawasan dan lokasi bagi setiap batang pancang kayu pada kawasan lapang,kawasan badan
air dan kawasan hutan untuk mengelakkan kekeliruan stesen, lokasi dan jenis kawasan
semasa melakukan pengukuran suhu.Pembahagian ahli kumpulan ke stesen dan lokasi
masing-masing selanjutnya di lakukan.

Foto 5: Ahli kumpulan pengkaji sedang Foto 6: Pengkaji beserta ahli kumpulan
menggantung simbol petunjuk stesen dan telah selesai memasang pancang di kawasan
jangka suhu pada pancang kayu di kawasan lapang.
lapang.

Kemudian,setelah pemasangan pancang kayu dan jangka suhu dilakukan oleh


pengkaji di sembilan stesen bagi kawasan lapang,kawasan badan air dan kawasan

12
hutan,pengukuran suhu di teruskan dengan pengambilan bacaan suhu pada termometer yang
telah di gantung pada pancang kayu yang dilakukan oleh pengkaji beserta ahli kumpulan.
Pada pukul 7.00 pagi,pengkaji mengambil bacaan suhu pertama pada termometer di lokasi
satu iaitu kawasan lapang yang merangkumi stesen satu,dua dan tiga.Manakala,ahli
kumpulan pengkaji lainnya mengambil bacaan suhu pertama pada termometer bagi lokasi dua
iaitu kawasan badan air yang terdapat stesen empat,lima dan enam serta lokasi tiga yang
merupakan kawasan hutan di mana terdapatnya stesen tujuh,lapan dan sembilan.

Bacaan suhu pada termometer di setiap kawasan diambil oleh pengkaji dengan
melihat bacaan suhu pada termometer secara lurus ke hadapan untuk mendapatkan bacaan
yang tepat.Bacaan suhu pada termometer yang diperoleh oleh pengkaji dan ahli kumpulan
seterusnya dicatatkan ke dalam buku catatan suhu oleh pengkaji sendiri mahupun ahli
kumpulan dan dilaporkan kepada guru pengiring.

Foto 8: Pengkaji sedang mencatat bacaan suhu


Foto 7: Pengkaji bersama ahli kumpulan daripada termometer yang di baca oleh ahli
mengukur suhu pada termometer di kumpulan pengkaji pada jangka suhu di
kawasan lapang bagi stesen satu. kawasan lapang.

Pada pukul 10.00 pagi,pengkaji meneruskan teknik pengukuran dengan mengambil


bacaan suhu kedua pada termometer bagi kawasan lapang,kawasan badan air dan kawasan
hutan.Ketiga-tiga kawasan ini merangkumi keseluruhan bagi stesen satu sehingga stesen
sembilan.Pengkaji mengambil bacaan suhu pada termometer yang terdapat di pancang kayu
di kawasan badan air manakala sebahagian ahli kumpulan lainnya mengambil bacaan suhu di
kawasan lapang dan kawasan hutan. Bacaan suhu yang diperoleh daripada termometer

13
kemudian di catatkan oleh pengkaji dan ahli kumpulan mengikut lokasi masing-masing di
dalam buku catatan yang terdapat bacaan suhu sebelumnya.

Foto 9: pengkaji sedang mengambil bacaan Foto 10: pengkaji telah selesai mencatat
suhu kedua pada termometer bagi kawasan bacaan suhu daripada termometer di stesen enam
badan air. di kawasan badan air.

Pada pukul 1.00 petang,pengkaji meneruskan teknik pengukuran dengan mengambil


bacaan suhu ketiga pada termometer di setiap stesen di kawasan lapang,kawasan badan air
dan kawasan hutan.Pengkaji mengambil bacaan suhu ketiga di kawasan hutan manakala ahli
kumpulan pengkaji lainnya mengambil bacaan suhu ketiga pada termometer di kawasan
badan air dan kawasan lapang. Hasil bacaan suhu yang ketiga pada termometer yang telah di
baca oleh pengkaji seterusnya dicatat oleh pengkaji di dalam buku catatan yang di bawa dan
pengkaji turut mencatat bacaan suhu yang di dapatkan oleh ahli kumpulannya.

14
Foto
11: Pengkaji telah selesai mengambil bacaan suhu pada termometer ke tiga di kawasan
hutan.

Akhir sekalih,setelah mengambil bacaan suhu ke tiga pada termometer,pengkaji


beserta ahli kumpulan melakukan perbincangan kumpulan bagi pengumpulan data
suhu,memperjelas lagi data suhu dan membina jadual suhu.Selanjutnya,ahli kumpulan dan
pengkaji sendiri mencabut pancang kayu dan mengumpul kembali termometer yang telah
digunakan.Setelah itu,seluruh pelajar akhirnya meninggalkan lokasi kajian Taman Rekreasi
Kota Kinabatangan.

Foto 12: Pengkaji bersama ahli kumpulan Foto 13: Ahli kumpulan pengkaji sedang
sedang melakukan perbincangan kumpulan. mencabut pancang kayu.
5.1.3 Jadual suhu mengikut stesen dan masa di Taman Rekreasi Kota Kinabatangan.

15
Masa
Purata
Lokasi (Pagi/Petang)
Suhu
Kajian Stesen
7.00 10.00 1.00
(ᵒc)
Pagi Pagi Pagi

S1 26ᵒc 30ᵒc 32ᵒc 26.33ᵒc

Lokasi 1
S2 27ᵒc 31ᵒc 33ᵒc 30.33ᵒc
(Kawasan Lapang)

S3 26ᵒc 30ᵒc 32ᵒc 32.33ᵒc

S4 25ᵒc 29ᵒc 31ᵒc 25ᵒc

Lokasi 2
S5 25ᵒc 30ᵒc 31ᵒc 29.33ᵒc
(Kawasan Badan Air)

S6 25ᵒc 29ᵒc 31ᵒc 31ᵒc

S7 24ᵒ 26ᵒc 28ᵒc 24ᵒc

Lokasi 3
S8 24ᵒc 26ᵒc 28ᵒc 26ᵒc
(Kawasan Hutan)
S9 24ᵒc 26ᵒc 28ᵒc 28ᵒc

Jadual 1:Suhu mengikut lokasi dan masa.

5.1.4 Graf suhu mengikut stesen,lokasi dan masa di Taman Rekreasi Awam Kota
Kinabatangan.

16
Graf suhu mengikut stesen,lokasi dan masa di Taman Rekreasi Kota
Kinabatangan.
35

30

25
Suhu (ᵒC)

20

15

10

0
7.00 Pagi 10.00 Pagi 1.00 Petang

Petunjuk :

Kawasan Lapang Kawasan Badan Air Kawasan Hutan

Rajah 1:Graf suhu mengikut stesen,lokasi dan masa di Taman rekreasi Awan Kota
Kinabatangan.

5.1.5 Analisis pola suhu mengikut lokasi dan masa

Berdasarkan kajian yang dijalankan pada lokasi kajian di Taman Rekreasi Kota

17
Kinabatangan,graf menunjukkan hasil pencerapan suhu bagi sembilan stesen pada tiga lokasi
yang berbeza.Lokasi pertama ialah kawasan lapang,manakala lokasi kedua ialah kawasan
badan air dan lokasi kitiga ialah kawasan hutan.

Berikut merupakan cerapan suhu pada pukul 7.00 pagi di lokasi kajian taman
Rekreasi Kota Kinabatangan.Bagi kawasan lapang pada stesen satu mencatatkan hasil
cerapan suhu sebanyak 26 ᵒC, stesen dua sebanyak 27ᵒC dan stesen tiga pula sebanyak 26ᵒC.
Oleh itu,purata suhu adalah sebanyak 26.33ᵒC. Di samping itu, hasil cerapan suhu bagi
kawasan badan air pula pada stesen empat mencatatkan hasil cerapan suhu sebanyak 25ᵒC,
suhu stesen lima sebanyak 25ᵒC manakala suhu di stesen enam juga sebanyak 25ᵒC dan
purata suhu yang terhasil adalah sebanyak 25ᵒC. Bagi lokasi tiga yang merujuk kepada
kawasan hutan mencatatkan hasil cerapan suhu di stesen tujuh sebanyak 24ᵒC,stesen lapan
sebanyak 24ᵒC,stesen sembilan sebanyak 24ᵒC dan purata suhu yang terhasil ialah sebanyak
24ᵒC.

Selanjutnya,berikut pula merujuk kepada cerapan suhu pada pukul 10.00 pagi di
lokasi kajian Taman Rekreasi Kota Kinabatangan.Lokasi satu yang merupakan kawasan
lapang pada stesen satu mencatatkan cerapan suhu sebanyak 30ᵒC,stesen dua sebanyak 31ᵒC
dan stesen tiga pula sebanyak 30ᵒC.Dengan itu, purata suhu yang dicatatkan adalah sebanyak
30.33ᵒC. Bagi kawasan badan air pada stesen empat mencatatkan hasil cerapan suhu
sebanyak 29ᵒC,stesen lima sebanyak 30ᵒC dan stesen enam pula sebanyak 29ᵒC, manakala
purata suhu yang terhasil mencatatkan sebanyak 29.33ᵒC.Lokasi tiga yang menunjukkan
kawasan hutan pula mencatatkan cerapan suhu sebanyak 26ᵒC pada stesen tujuh, stesen lapan
sebanyak 26ᵒC dan stesen sembilan juga mencatatkan cerapan suhu sebanyak 26ᵒC.Oleh
itu,purata suhu yang terhasil adalah sebanyak 26ᵒC.

Kemudian,berikut merupakan hasil cerapan suhu pada pukul 1.00 petang di lokasi
kajian Taman Rekreasi Kota Kinabatangan.Bagi kawasan lapang, cerapan suhu mencatakan
sebanyak 32ᵒC pada stesen satu,stesen dua sebanyak 33ᵒC,stesen tiga sebanyak 32ᵒC dan
purata suhu yang terhasil ialah sebanyak 32.33ᵒC.Setelah itu,bagi kawasan badan air, stesen
empat mencatatkan cerapan suhu sebanyak 31ᵒC,stesen lima pula sebanyak 31ᵒC dan stesen
enam juga sebanyak 31ᵒC mankala purta suhu yang terhasil adalah sebanyak 31ᵒC. Bagi

18
kawasan hutan,cerapan suhu mencatatkan sebanyak 28ᵒC pada stesen tujuh, stesen lapan
sebanyak 28ᵒC dan stesen sembilan pula sebanyak 28ᵒC manakala purata suhu adalah
sebanyak 28ᵒC.

Akhir sekali, sebagai kesimpulannya suhu tertinggi di lokasi kajian Taman Rekreasi
Kota Kinabatangan adalah di kawasan lapang dengan mencatatkan suhu pada pukul 7.00 pagi
sebanyak 26.33ᵒC ,suhu pukul 10.00 pagi sebanyak 30.33ᵒC dan pada pukul 1.00 petang pula
sebanyak 32.33ᵒC.Di samping itu pula,suhu terendah di lokasi kajian Taman Rekreasi Kota
Kinabatangan adalah di kawasan hutan dengan mencatatkan suhu pada pukul 7.00 pagi
sebanyak 24ᵒC,suhu pukul 10.00 pagi pula sebanyak 26ᵒC dan suhu yang di catatkan pukul
1.00 petang sebanyak 28ᵒC.

5.2 Faktor fizikal yang mempengaruhi suhu di Taman Rekreasi Kota Kinabatangan.

19
5.2.1 Faktor Fizikal

Berdasarkan kajian yang dijalankan di lokasi kajian Taman Rekreasi Kota


Kinabatangan.Berikut merupakan faktor fizikal yang mempengaruhi perubahan suhu di
kawasan kajian.Antara faktor fizikal tersebut ialah faktor litupan tumbuhan di kawasan
hutan.Kepelbagaian tumbuhan di kawasan hutan menyebabkan matahari lebih banyak
menyerap lembapan air dalam tumbuhan,daun,batang dan ranting.Hal demikian
menyebabkan berlakuanya proses sejat-peluhan pada tumbuh-tumbuhan di kawasan
hutan.Kemudian hal ini turut menyebabkan pembebasan wap-wap air ke udara adalah lebih
banyak di kawasan sekitar hutan.Kesannya,kelembapan udara di kawasan hutan lebih tinggi
sehingga menyebabkan suhu di kawasan tersebut juga menjadi lebih rendah daripada
kawasan lapang dan kawasan tasik.Tegasnya,litupan tumbuhan yang banyak menjadi faktor
yang menyebabkan suhu rendah di sekitar kawasan Taman Rekreasi Kota Kinabatangan.

Foto 14:Litupan tumbuhan di kawasan hutan pada Taman Rekrasi Kota Kinabatangan.

Faktor fizikal kedua yang mempengaruhi suhu di Taman Rekreasi Kota Kinabatangan
ialah faktor kawasan lapang.Sebahagian kawasan taman rekreasi yang lebih lapang dan
mempunyai litupan tumbuhan yang kurang mengakibatkan kawasan tersebut lebih terdedah
dengan suhu.Hal ini menyebabkan kadar penyerapan serta penerimaan bahangan matahari di
sekitar kawasan tersebut lebih banyak,cepat dan mudah berlaku.Maka dengan itu,suhu di
kawasan lapang tersebut lebih mudah meningkat daripada suhu normal.Kesannya,berlaku

20
peningkatan suhu yang jauh lebih tinggi di kawasan lapang daripada kawasan badan tasik dan
kawasan hutan.Tegasnya,kawasan lapang merupakan antara faktor yang menyebabkan suhu
di sekitar Taman Rekreasi Kota Kinabatangan lebih panas.

Foto 15:Kawasan lapang di lokasi kajian Taman Rekreasi Kota Kinabatangan.

Kemudian,faktor ketiga yang mempengaruhi suhu di Taman Rekreasi Kota


Kinabatangan ialah faktor pengaruh badan air iaitu tasik.Kehadiran tasik di lokasi kajian
taman rekreasi Kota Kinabatangan yang mempunyai keluasan yang luas akan
mempengaruhi proses sejatan yang tinggi.Oleh itu, kawasan tasik yang terdapat di sekitar
taman rekreasi Kota Kinabatangan menyebabkan kadar sejatan turut meningkat mengikut
tahap cuaca ketika itu. Sejatan wap-wap air yang banyak daripada tasik tersebut ke atmosfera
kemudian akan mengakibatkan kadar kelembapan udara di sekitarnya juga meningkat
sehingga dapat menyederhanakan suhu sekitarnya.Kesannya,suhu pada kawasan tasik di
Taman Rekreasi Kota Kinabatangan lebih sederhana panas daripada kawasan lapang dan
kawasan hutan. Tegasnya, kawasan badan air jelas menjadi faktor yang telah mempengaruhi
suhu sederhana panas di lokasi kajian Taman Rekreasi Kota Kinabatangan tersebut.

21
Foto 16:Kawasan badan air iaitu tasik di lokasi kajian Taman Rekreasi Kota Kinabatangan.

5.3 Kesan kepada alam sekitar fizikal sekiranya kawasan kajian Taman Rekreasi Kota

22
Kinabatangan di majukan dengan lebih cepat.

Berdasarkan kajian yang dijalankan di lokasi kajian Taman Rekreasi Kota


Kinabatangan,pengkaji mendapati bahawa kawasan taman tersebut memiliki potensi untuk
dimajukan menjadi kawasan yang lebih pesat dan maju seperti pembangunan,pembukaan
kawasan rekreasi dan kawasan pertanian.Akan tetapi,berikut merupakan kesan yang akan
berlaku kepada alam sekitar fizikal.

Antara kesan kepada alam sekitar fizikal ialah kemusnahan habitat flora dan
fauna.Kawasan hutan yang mempunyai tanah laterit dan luas amat sesuai untuk aktiviti
pertanian.Tambahan pula berhampiran dengan petempatan.Oleh itu,proses memajukan
kawasan akan di lakukan melalui aktiviti penyahutanan di mana berlakunya kerja-kerja
pemusnahan hutan secara besar-besaran untuk pembukaan kawasan pertanian yang luas.Hal
ini menyebabkan pelbagai spesies tumbuhan semulajadi di hutan tersebut pupus dan haiwan
kehilangan tempat tinggal,sehingga harus berhijrah untuk mencari tempat tinggal yang
baru.Bahkan,kemusnahan pelbagai tumbuhan tersebut turut menyebabkan haiwan di hutan
tersebut kehilangan sumber makanannya. Kesannya,berlaku kemusnahan sumber alam
semulajadi sehingga membawa kepada kepupusan habitat pelbagai hidupan flora dan fauna.

Selain itu,kesan lain yang dapat berlaku kepada alam sekitar ialah kemusnahan
kawasan tadahan air.Kedudukan kawasan tasik di Taman Rekreasi merupakan lokasi yang
sesuai untuk pembinaan bangunan perniagaan dan petempatan.Oleh itu,aktiviti pemajuan
kawasan akan di lakukan dengan cara kawasan tasik akan di timbus dengan tanah bagi
mendapatkan kawasan yang rata dan mudah untuk melakukan kerja-kerja
pembinaan.Maka,kawasan tasik yang menjadi tempat tadahan air akan di tutup dengan tanah
dan simen.Kesannya,jumlah tadahan air adalah kurang,malah larian air permukaan pula akan
bertambah.Keadaan ini mengakibatkan kawasan tadahan air musnah sehingga keperluan air
ketika kemarau melanda adalah tinggi.

Akhir sekalih,kesan yang dapat berlaku kepada alam sekitar fizikal ialah peningkatan
suhu persekitaran.Kawasan hutan yang luas amat sesuai untuk aktiviti-aktiviti riadah bagi

23
penduduk Pekan Kinabatangan seperti pembinaan taman permainan.Oleh hal demikian,
aktiviti pemajuan kawasan dilakukan melalui penghapusan kawasan hutan dimana ia
menyebabkan kawasan hutan di gondolkan.Hal ini mengakibatkan kadar penyerapan suhu
lebih banyak kerana kawasan tersebut lebih terdedah dengan bahangan matahari,di tambah
lagi dengan ketiadaan tumbuh-tumbuhan.Oleh itu,akan berlaku kadar sejatan yang redah dan
menyebabkan kelembapan udara juga turut sangat rendah.Kesannya,suhu persekitaran akan
mudah mengalami peningkatan daripada suhu normal sehingga menyebabkan kawasan di
sekitarnya terasa sangat panas.

6.0 KESIMPULAN KAJIAN

24
Berdasarkan kajian yang di jalankan di lokasi kajian Taman Rekreasi Kota
Kinabatangan,pengkaji mendapati bahawa berlakunya perbezaan suhu yang ketara di Taman
Rekreasi iaitu di mana suhu tertinggi di dapati di kawasan lapang kerana mempunyai suhu
sebanyak 32.33ᵒC manakala kawasan hutan merupakan kawasan yang mempunyai suhu yang
terendah dengan suhu sebanyak 24ᵒC sahaja. Pengkaji bahkan, telah dapat mengenal pasti
bahawa perbezaan pola suhu setempat di Taman Rekreasi ini di sebabkan oleh beberapa
faktor.Antaranya ialah faktor litupan tumbuhan,faktor kawasan lapang dan faktor pengaruh
badan air yang merujuk kepada tasik.Pengkaji turut mendapati bahawa pelbagai kesan negatif
kepada alam sekitar fizikal juga akan berlaku sekiranya kawasan Taman Rekreasi Kota
Kinabatangan dimajukan.Antaranya ialah,kepupusan habitat flora dan fauna,kemusnahan
kawasan tadahan air dan jelasnya peningkatan suhu mudah berlaku.

Kelestarian alam sekitar semulajadi sangat penting bagi pelbagai kehidupan.Oleh


itu,langkah efektif seharusnya di ambil dengan segera oleh Jabatan Alam Sekitar bagi
melindungi alam sekitar semulajadi.Antaranya, penguatkuasaan akta taman negara
1980,mewartakan hutan simpan Taman Rekreasi Kota Kinabatangan dan meningkatkan
denda dan kompaun kepada pesalah bagi melindungi Taman rekreasi Kota Kinabatangan dan
alam sekitar di sekelilingnya.Tambahan pula,seluruh masyarakat khususnya para pelajar
hendaklah mengambil berat akan keadaan alam sekitar dari masa kesemasa,mensyukuri,
menghargai dan mencintai alam sekitar semulajadi dengan menerapkan dan mengamalkan
nilai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam kehidupan.Hal ini bagi mengelakkan
daripada berlakunya pelbagai impak negatif kepada alam sekitar fizikal dan alam sekitar
manusia bagi masa kini dan masa yang akan datang seperti kepupusan dan kemusnahan alam
sekitar.Dengan itu,kelestarian alam sekitar dan saling kebergantungan antara pelbagai
hidupan akan dapat di kekalkan.

7.0 SENARAI RUJUKAN

25
Rusli Musa,Nurasyikin Abdullah. 2014.Teks Rujukan Geografi STPM.
…………...........Selangor D .E.:Local Publications.

Zolkarnain Hassan,Harun Othman. 2017.Teks STPM Geografi.


…………………...Selangor D.E.:Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Jabatan Weteorologi. 2007. Laporan Khas IPCC. Malaysia Bakal Dilanda Cuaca
Ekstrem 1905-2005. Petaling Jaya, Selangor.

Anon.2016. Peningkatan Suhu di Cameron Highlands. Lokal Semasa: 05-26.

Google Maps.2019.Peta Daerah Kinabatangan.


Https://www.google.com/maps/search/peta+daerah+Kinabatangan/@4.1152553,109.617
5533,6z/ data=!3m1!4b1[13.07.2019]

Google Lahad Datu Info.2017.Sejarah Kinabatangan.


Https://web.facebook.com/lahaddatuinfo/posts/ sejarah-kinabatangandaerah-
kinabatangan-terletak-di-kawasan-pantai-/1904127369866766/?_rdc=1&_rdr[6.03.2017]

Khamsuldin Abdul Wahab. 2009. Pemanasan Global punca dan kesannya. Wordpress
penghulusaad, 24 Julai:20

8.0 LAMPIRAN

26
Foto 1:Pengkaji bersama ahli kumpulan di lokasi satu kawasan lapang di Taman Rekreasi Kota
Kinabatangan.

Foto 2: Pengkaji sedang melakukan pengukuran suhu di lokasi tiga pada kawasan hutan di
Taman Rekreasi Kota Kinabatangan.

27
Foto 3:Kolam pancuran air merupakan ciri budaya di Taman Rekreasi Kota Kinabatangan.

Foto 4:Pondok istirahat merupakan ciri budaya di Taman Rekreasi Kota Kinabatangan.

28
Foto 5:Kawasan letak kendaraan merupakan ciri budaya di Taman Rekreasi Kota Kinabatangan.

Foto 6:Jalan raya merupakan ciri budaya di sekitar Taman Rekreasi Kota Kinabatangan.

29
Foto 7:Tumbuhan menumpang merupakan ciri fizikal di Taman Rekreasi Kota Kinabatangan.

Foto 8:Tasik merupakan ciri fizikal di Taman Rekreasi Kota Kinabatangan.

30
Foto 9:Pengkaji sedang menyiapkan tugasan kajian yang di beri oleh guru pengiring.

Foto 10:Pengkaji dan ahli kumpulan sedang mengukur suhu di kawasan lapang.

31
Foto 11: Para pengkaji sedang mendengar taklimat daripada guru pengiring.

Foto 12: Pengkaji dan ahli kumpulan sedang mengenalpasti ciri fizikal dan ciri budaya di
kawasan kajian Taman Rekreasi Kota Kinabatangan.

32

You might also like