You are on page 1of 12

PERLEMBAGAAN PENGAWAS

UNIT PENGAWAS

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG ENDAH


42700 BANTING
PERLEMBAGAAN LEMBAGA PENGAWAS

SUSUNAN PERKARA

Bahagian 1: Pelantikan Pengawas

Fasal 1: Penerimaan Pengawas Baru

Fasal 2: Latihan Kepimpinan Pengawas

Fasal 3: Bidang Kuasa Pengawas

Fasal 4: Pakaian Pengawas

Bahagian 2: Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengawas

Fasal 1: Ahli Majlis Tertinggi (AMT)

Fasal 2: Ketua Biro

Fasal 3: Bidang Kuasa Ketua Biro

Bahagian 3: Pakaian dan Penampilan

Fasal 1: Etika Pemakaian Pengawas

Fasal 2: Pakaian Seragam Pengawas

Fasal 3: Peraturan Memakai Blazer

Fasal 4: Peraturan Aset Pengawas

Fasal 5: Kekemasan Pengawas

Bahagian 4: Tugasan Pengawas

Fasal 1: Tugasan Khusus

Fasal 2: Tugasan Sampingan

Fasal 3: Tindakan Disiplin


Bahagian 5: Tatatertib dan Kelakuan Pengawas

Fasal 1: Tatatertib Pengawas

Fasal 2: Kualiti seorang pengawas

Fasal 3: Tanggungjawab Pengawas

Bahagian 6: Tindakan Tatatertib Terhadap Pengawas

Fasal 1: Jenis Kesalahan

Fasal 2: Perbicaraan

Fasal 3: Hukuman

Bahagian 7: Persaraan Pengawas

Fasal 1: Tamat Tempoh Tugas

Fasal 2: Masalah Disiplin

Fasal 3: Perletakan Jawatan

Fasal 4: Arahan Ahli Majlis Pentadbiran


Bahagian 1: Pelantikan Pengawas

Fasal 1: Penerimaan Pengawas Baharu

1.1 Dilantik dalam kalangan pelajar tahun 4, 5 dan 6 sahaja.

1.2 Pelajar tahun 3 boleh dilantik menjadi pengawas sekiranya bilangan pengawas tidak mencukupi

1.3 Wajib melalui 1 ujian pemilihan dan 1 sesi temuduga kecuali jika terdapat kekangan yang relevan
dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Pengawas Sekolah.

1.4 Temuduga dikendalikan oleh guru-guru pengawas / disiplin untuk memilih calon pengawas
percubaan.

1.6 Kriteria perlantikan pengawas boleh berubah setiap tahun.

1.7 Guru pengawas berkuasa mengubah kriteria perlantikan pengawas.

Fasal 2: Latihan Kepimpinan Pengawas

2.1 Setiap pengawas yang baru dilantik wajib menyertai dua jenis kem kepimpinan iaitu kursus
ldalaman dan perkhemahan luaran.

2.2 Pengawas baharu yang tidak menyertai kedua-dua kemkepimpinan ini akan dilucutkan jawatan
secara automatik.

2.3 Setiap pengawas percubaan wajib mengikuti tempoh percubaan sekurang-kurangnya 1 bulan.

2.4 Guru Pengawas berkuasa untuk menentukan latihan kepimpinan yang sesuai.

2.5 Selagi mana latihan kepimpinan yang diadakan tidak mengancam keselamatan fizikal dan tidak
bertentangan dengan hukum syarak Islam dan hukum agama-agama lain, semua pengawas wajib
menyertai latihan kepimpinan yang diadakan.

2.6 Pengawas yang tidak mengikuti mana-mana latihan kepimpinan yang dijalankan perlu
menyertakan surat tunjuk sebab atau dikenakan tindakan tatatertib.

Fasal 3: Bidang Kuasa Pengawas

3.1 Pengawas berhak menegur dan memberi amaran kepada rakan pelajar.

3.2 Pengawas sama sekali tidak berhak melaksanakan tindakan disiplin seperti rotan.

3.3 Pengawas tidak berhak menggunting rambut pelajar melainkan atas perintah guru disiplin.

3.4 Pengawas dibenarkan mengenakan kompaun serta merta terhadap murid-murid yang melakukan
kesalahan disiplin.
Bahagian 2: Hirarki Lembaga Pengawas Sekolah

Fasal 1: Ahli Majlis Tertinggi

1.1 Diketuai oleh dua orang guru penasihat diikuti oleh Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas,
Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari

1.2 Ketua Pengawas dipilih melalui pungutan suara guru yang diadakan setiap tahun. Calon-calon
ketua pengawas dipantau dan dinilai sepanjang tempoh khidmat.

1.3 Penolong Ketua Pengawas, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari dilantik melalui
perbincangan antara guru penasihat Jawatankuasa Pengawas dan Disiplin.

1.4 Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas berhak melantik Ketua AJK dibawah
pengawasan Guru Penasihat Jawantankuasa Pengawas.

1.5  Ahli Majlis Tertinggi merupakan tulang belakang utama dalam setiap aktiviti pengawas.

Fasal 2: Biro dan Ahli Jawatankuasa

1.1 Bilangan AJK berubah mengikut kehendak Guru Pengawas hasil perbincangan bersama Ahli
Majlis Tertinggi Pengawas.

1.2  Ketua AJK dilantik melalui perbincangan antara Guru Pengawas dan Disiplin

1.3 Ahli jawatankuasa berhak dilantik melalui perbincangan antara AMT dan Ketua AJK berpandukan
potensi dan kecenderungan seseorang pengawas

1.4 Merupakan tulang belakang utama dalam setiap aktiviti pengawas.

Fasal 3: Bidang Kuasa Ketua AJK

1.1        Berkuasa meminda dan menambah aktiviti tahunan pengawas mengikut jawatan.

1.2        Wajib melaksanakan tugasan mengikut jawatan yang dipegangnya.

1.3        Bertindak sebagai mentor kepada AJK dibawah jagaannya.

1.4        Berhak memberi arahan kepada AJK masing-masing.

1.5        Wajib mengikut peraturan sekolah, sama seperti para pengawas dan pelajar yang lain.
Bahagian 3: Pakaian dan Penampilan

Fasal 1: Etika Pemakaian Pengawas

1.1 Pakaian hendaklah bersih dan kemas mengikut peraturan sekolah

1.2 Berpakaian lengkap dengan tanda nama, lencana sekolah dan bertali leher pengawas yang diikat
rapi

1.3 Pengawas lelaki perlu memasukkan kemeja ke dalam seluar, bertali pinggang biru gelap dan
lengan baju tidak dilipat kecuali di dalam kelas

1.4 Tali leher pengawas tidak boleh dipinjam kepada pelajar lain atau kawan untuk dipakai

1.5 Tali leher dipakai tidak terlalu labuh dan tidak pendek. Sebaiknya bersetentang dengan pusat.

1.6 Pengawas perempuan tidak dibenarkan melipat lengan tangan

1.7  Pengecualian bagi (digalakkan):

1.7.1       hari Rabu (hari Kokurikulum): pakaian uniform;

1.7.2       hari yang terdapat waktu pengajran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

1.8 Pengawas perlu mematuhi dan akur dengan peraturan pemakaian pengawas selagi masih berada
di kawasan sekolah

Fasal 2: Pakaian Seragam Pengawas

2.1        Pengawas Lelaki

            2.1.1     Baju lengan panjang

            2.1.2     Bertali leher

            2.1.3     Seluar panjang biru gelap

            2.1.4     Kasut dan stoking hitam

            2.1.5    Segala aset pengawas

2.2        Pengawas Perempuan

2.2.1     Berbaju kurung biru dan berkain biru gelap

2.2.2     Bertudung biru dan melepasi paras bahu

2.2.3     Anak tudung berwarna hitam


2.2.4    Pengawas non-Muslim boleh memakai kemeja lengan panjang dan bertali leher dengan
skirt labuh / pendek melepasi paras lutut

2.2.5       Kasut dan stoking berwarna hitam

2.2.6       Pada hari Isnin, pengawas dikehendaki memakai set blazer/vest (dengan skirt A dan
kemeja bertali leher bagi murid perempuan)

Fasal 3: Peraturan Memakai Blazer dan Vest

3.1 Blazer dan vest hanya boleh dipakai ketika majlis rasmi sekolah, perhimpunan rasmi dan
sepanjang waktu persekolahan pada hari Isnin.

3.2 Hendaklah sentiasa dibutangkan dan dipakai lengkap dengan pakaian seragam sekolah dan
bertali leher.

3.3 Urusan peminjaman blazer atau vest oleh anggota pengawas atau bukan pengawas, hendaklah
terlebih dahulu mendapat persetujuan Guru Penyelaras Lembaga Pengawas.

3.4 Blazer perlu sentiasa disimpan rapi di Bilik Gerakan Pengawas. Kecuali mendapat persetujuan
Guru Penyelaras Lembaga Pengawas untuk membawa keluar dari bilik tersebut.

3.5 Sekiranya berlaku kejadian di luar jangkaan seperti kecemasan, blazer boleh diserahkan kepada
pengawas yang bertanggungjawab untuk mengembalikannya ke tempat asal.

3.6 Semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran sedang berjalan, pengawas dibenarkan untuk
memakai atau menanggalkan blazer atau vest.

3.7 Menghormati blazer dan vest dan memastikan kekemasan blazer dijaga.

3.8 Lengan blazer tidak boleh dilipat atau digulung.

Fasal 4: Peraturan Aset Pengawas (Lencana, Pen, Buku Nota dan Jam)

4.1 Setiap pengawas perlu sentiasa memakai lencana pengawas

4.2 Pengawas perlu mempunyai sekurang-kurangnya sebatang pen yang dapat berfungsi, sebuah
buku nota bersaiz kecil dan jam (tepat mengikut jam loceng sekolah).

4.3 Pastikan tiada sebarang tulisan di dalam buku nota pengawas kecuali kesalahan pelajar dan
catatan perjumpaan atau mesyuarat pengawas sahaja.

4.4 Sekiranya buku nota pengawas sudah nipis (kurang daripada 3 helai), sila gantikan dengan buku
nota yang baharu secepat mungkin.
Fasal 5: Kekemasan Pengawas

5.1          Rambut :

5.1.1       Perlulah sentiasa bersih dan kemas

5.1.2       Tidak dibenarkan mengerinting, mewarna atau menggunakan gel pada rambut

5.1.3       Panjang rambut tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh Kementerian


Pendidikan Malaysia. Istilah rambut panjang adalah seperti berikut:  

(a)   Di belakang : Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga

(b)   Di depan     : Rambut menutup garisan tengah dahi

(c)   Di sebelah  : Rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan ‘side
burn’ melebihi garisan tengah hidung

(d)   Di atas        : Rambut lebih daripada 6 inci / 15cm panjang

5.1.4       Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa

5.1.5       Murid perempuan Islam digalakkan memakai tudung / mini telekung

5.2   Misai dan Janggut :

Pengawas tidak boleh menyimpan misai atau janggut atau jambang atau ketiga-tiganya
sekali.

5.3          Kuku :

Pengawas perlu berkuku pendek dan dilarang memakai pewarna, pengilat dan inai.

Bahagian 4: Tugasan Pengawas

Fasal 1: Tugasan Khusus

1.1        Tugasan khusus ialah tugasan utama seseorang pengawas dalam waktu yang ditetapkan
seperti waktu perhimpunan pagi, rehat dan sebagainya.
1.2        Tugasan seperti spot check, menyambut tetamu, mengendalikan perhimpunan dan menjaga
laluan masuk pelajar juga merupakan tugasan khusus seorang pengawas.

Fasal 2: Tugasan Sampingan

2.1        Tugasan sampingan seorang pengawas adalah seperti membantu guru-guru.

2.2        Pengawas wajib membantu guru-guru dalam hal-hal disiplin.

2.3        Pengawas berhak tidak membantu guru sekiranya proses pembelajaran sedang berlangsung.

Fasal 3: Tindakan Disiplin

3.1        Tindakan disiplin pengawas akan diambil sekiranya didapati tidak menjalankan tugas.

3.2        AJK yang bertanggungjawab mengumpul bahan bukti adalah AJK Disiplin dan AJK
Kebajikan.

3.3        Pengawas yang tidak bertugas selama 3 kali tanpa sebab akan diberi surat amaran pertama.
Sekiranya perbuatan tidak bertanggungjawab ini diulangi, Unit Pengawas Sekolah berhak
mempengaruhi Guru Penasihat untuk melucutkan jawatan pengawas tersebut

3.4        Pengawas yang telah dilucutkan jawatan tidak boleh dilantik semula sebagai pengawas.

Bahagian 5: Tatatertib dan Kelakuan Pengawas

Fasal 1: Tatatertib Pengawas

1.1 Pengawas merupakan wakil guru dan pelajar sekolah ini serta perlu menjalankan
tanggungjawabnya dengan cekap dan bijak.

1.2    Sebagai seorang pengawas, mereka harus membimbing pelajar ke arah yang betul.

1.3   Pengawas harus menjaga imej Unit Pengawas dan sekolah dari semasa ke semasa serta tidak
menyebarkan fitnah atau khabar angin yang memburukkan nama dan imej sekolah atau
menggalakkan orang lain berbuat demikian.

1.4 Pengawas harus mengutamakan tugas dan tanggungjawabnya dalam apa jua keadaan.
Sekiranya seseorang pengawas tidak dapat menjalankan tugasnya atas sebab-sebab yang
munasabah, dia harus mendapat kebenaran daripada Guru Pengawas atau Ketua Pengawas

1.5   Pengawas tidak boleh menyalahgunakan kuasanya.

1.6  Seseorang pengawas dilarang berkelakuan tidak senonoh dengan pelajar lain kerana dia harus
sentiasa sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang pengawas sekolah.
1.7  Seseorang pengawas dilarang bersikap berat sebelah.

1.8  Seseorang pengawas dilarang berkelakuan buruk di dalam kelas. Nasihat Ketua Kelas mesti
dipatuhi dan pengawas seharusnya membantu Ketua Kelas mengawal keadaan kelas.

1.9 Seseorang pengawas haruslah peka sepanjang masa. Walaupun tidak bertugas, pengawas
haruslah sentiasa memerhati keadaan disiplin sekolah.

1.10 Pengawas harus bersopan dan bertegur sapa dengan guru-guru serta bersikap ringan tulang
membantu guru apabila diperlukan.

1.11  Pengawas perlu menyokong segala aktiviti Lembaga Pengawas Sekolah.

Fasal 2: Kualiti seorang pengawas

2.1          Akauntibiliti

2.2          Ketepatan masa

2.3          Tegas dan Berani

2.4          Pantas dan Bijak

2.5          Peka dan Inisiatif

2.6          Adil

2.7          Boleh dipercayai

Bahagian 6: Tindakan Tatatertib Terhadap Pengawas

Fasal 1: Jenis Kesalahan.

1.1        Tingkah laku jenayah

1.2        Tingkah laku lucah

1.3        Tingkah laku kekemasan diri

1.4        Tingkah laku tidak mementingkan masa

1.5        Tingkah laku kurang sopan dan tidak bertanggungjawab

1.6        Tingkah laku musnah

1.7        Tingkah laku tidak jujur

1.8        Ponteng

Fasal 2: Perbicaraan
2.1 Semua pengawas yang telah mengumpul 20 mata demerit dan ke atas akan dilucutkan jawatan
secara automatik.

2.2 Pengawas yang melakukan kesalahan disiplin serius seperti bergaduh dan merokok, berhak
dilucutkan jawatan oleh pihak pentadbir Sekolah, Lembaga Pengawas dan Lembaga Disiplin.

2.3 Pengawas yang sudah menerima lebih daripada satu surat amaran daripada Lembaga Pengawas
akan dilucutkan jawatannya

2.4 Pengawas yang dilucutkan jawatan tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti yang berkaitan
dengan pengawas seperti spot check.

Fasal 3: Hukuman

3.1 Pengawas yang melakukan kesalahan disiplin akan dikenakan hukuman yang setimpal. Hukuman
tersebut adalah dua kali ganda daripada murid-murid yang lain. Contohnya, jika seseorang murid
dikenakan denda RM0.10 kerana kesalahan satu jari kuku panjang, seseorang pengawas
dikehendaki membayar RM0.20 atas kesalahan yang sama.

3.2 Pengawas yang didapati bersubahat dengan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin
akan menerima hukuman yang berlipat kali ganda daripada murid - murid tersebut.

3.3 Pengawas yang melakukan kesalahan serius dan mengumpulkan 20 mata demerit ke atas akan
dilucutkan jawatan serta di gantung sekolah mengikut budi bicara pihak pentadbir.

Bahagian 7: Persaraan Pengawas

Fasal 1: Tamat Tempoh Tugas

1.1 Secara umum, setiap pengawas akan menamatkan tempoh tugasan mereka seiring dengan
tamatnya tempoh persekolahan mereka di Sekolah Kebangsaan Kampong Endah

1.2 Setiap pengawas akan diberikan sijil penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka sepanjang
menjadi seorang pengawas.

1.3 Sijil Penghargaan daripada Unit Pengawas hanya diberikan kepada pengawas yang menamatkan
persekolahan di tahun 6 sahaja

1.4 Nama jawatan yang disandang hanya disebut dalam Sijil Penghargaan bagi Jawatankuasa
Tertinggi sahaja.

Fasal 2: Masalah Disiplin.

2.1 Bagi pengawas yang terlibat dengan masalah disiplin yang serius, mereka akan dilucutkan
jawatan dan tidak akan menerima sebarang sijil daripada Unit Pengawas.
2.2 Bagi pengawas yang telah mengumpul 20 mata demerit dan ke atas, mereka dibenarkan
membuat rayuan dan permohonan daripada Lembaga Pengawas untuk mendapatkan sijil.

2.3 Pengawas Percubaan yang mengumpul 20 mata demerit dan ke atas adalah tidak layak untuk
menjadi seorang pengawas dan tidak akan dilantik sama sekali untuk menjadi seorang pengawas

2.4 Guru Pengawas berhak menahan pemberian Sijil Penghargaan kepada pengawas, sekiranya
berlaku ketidakpuashatian terhadap mutu kerja dan tahap disiplin pengawas.

Fasal 3: Perletakan Jawatan

3.1 Pengawas Percubaan yang tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Unit Pengawas
dibenarkan meletak jawatan atau menarik diri daripada dilantik menjadi Pengawas.

3.2 Pengawas perlu mengemukakan surat perletakan jawatan rasmi sekurang-kurangnya 2 minggu


sebelum tarikh berkuatkuasa.

3.3 Setiap pengawas yang tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik akan diminta
untuk mengemukakan surat perletakan jawatan. Sekiranya pengawas tersebut mempunyai masalah
peribadi, boleh mengemukakan surat tunjuk sebab supaya tidak diberi tanggungjawab yang
membebankan.

3.4 Pengawas yang mengumpul 20 mata demerit dan ke atas boleh meletak jawatan secara sukarela
sebelum mereka dilucutkan jawatan.

3.5 Sebarang permohonan perletakan jawatan akan dikira diterima sekiranya mendapat maklumbalas
surat penerimaan perletakan jawatan daripada Guru Pengawas

3.6  Guru Pengawas berhak menangguh perletakan jawatan pengawas mengikut keperluan semasa.

Fasal 4: Arahan Ahli Majlis Pentadbiran

4.1 Pihak Pentadbir Sekolah berhak melucutkan jawatan seseorang pengawas.

4.2 Pengawas boleh membuat rayuan kepada Guru Besar / Guru Kanan HEM / Guru Disiplin / Guru
Pengawas sekiranya mereka didapati terlibat dengan sesuatu kesalahan berat / mengumpulkan 20
mata demerit dan ke atas.

4.3 Sesuatu keputusan Unit Pengawas Sekolah yang melibatkan disiplin pengawas hendaklah
dibincangkan bersama pihak pentadbir sekolah.

4.4  Semua keputusan yang telah dibuat adalah muktamad dan hendaklah dipatuhi.

You might also like