You are on page 1of 1

Selamat pagi murid-murid 1 Ibnu Batutta Terima kasih kepada Nur Hail dan Nadzatul Nadzurah yang

berjaya menyiapkan tugasan Cikgu pada minggu lepas. Semoga usaha ini terus berkekalan. Bagi
murid-murid yang lain boleh terus mencuba membuat aktiviti ini bersama-sama jika ada kelapangan.

Pada minggu ini aktiviti sangat mudah.


Tajuk : Menulis secara mekanis
Hari : Isnin
Tarikh : 22 Jun 2020
Objektif : Diakhir pembelajaran murid dapat menyurih 2/3 huruf dengan betul

Aktiviti :
1. Ibubapa menunjukkan gambar di bawah.
2. Minta murid-murid meneka; gambar binatang apakah di atas?
3. Kaitkan gambar dengan huruf; boleh buat bunyi jika perlu.
- G untuk Gajah
- H untuk Harimau
- I untuk Ikan
4. Sediakan kertas atau buku, surih huruf G, H, dan I.
5. Itu saja daripada Cikgu pada hari ini, Selamat mencuba

You might also like