You are on page 1of 8

BAHASA MELAYU KUNO

PENDAHULUAN

Perkembangan bahasa Melayu pada abad ke-7 banyak dipengaruhi oleh


budaya yang datang ke Nusantara seperti budaya India. Dari segi sejarah,
sebelum abad ke-7, ramai peniaga dan pedagang India (dari barat) yang
bertukar-tukar barang perniagaan dengan pedagang China (dari timur).
Oleh itu, untuk memudahkan urusan, mereka singgah di Kepulauan
Melayu.

Budaya yang paling berpengaruh di Alam Melayu pada peringkat awal


ialah budaya India. Sebenarnya tarikh bermulanya pengaruh India di Alam
Melayu tidak diketahui dengan tepat. Pengaruh India ini bukan sahaja
disebarkan oleh pedagang-pedagang India, tetapi turut disebarkan oleh
orang-orang Melayu yang pergi berdagang ke India.

Kesan kemasukan pengaruh India yang paling ketara ialah penggunaan


bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit merupakan bahasa kebudayaan yang
terpenting di India. Segala hasil seni kesusasteraan klasik, ilmu
pengetahuan, falsafah, dan agama ditulis dalam bahasa ini. Melalui bahasa
Sanskrit, bahasa Melayu telah mengalami evolusinya yang pertama.
Banyak perkataan Sanskrit telah diterima masuk ke dalam bahasa Melayu.

Bahasa Sanskrit bukan sahaja dipinjam untuk menyatakan sesuatu yang


berkaitan dengan bidang kebudayaan, kesenian atau agama, tetapi bahasa
itu juga telah mempengaruhi pelbagai cabang kehidupan. Misalnya,
beberapa perbendaharaan kata Sanskrit telah digunakan untuk
menamakan bahagian tubuh badan, barang-barang perdagangan, alat
perkakas, tumbuh-tumbuhan, senjata dan ilmu pengetahuan.
22
Ini mungkin disebabkan bahasa Melayu masih kurang perbendaharaan
katanya dalam menyatakan perkara-perkara tertentu atau berkemungkinan
orang-orang Melayu ingin menaikkan taraf bahasanya ke arah bahasa
sarjana untuk menyatakan idea-idea baharu yang tinggi-tinggi.

DEFINISI BAHASA MELAYU KUNO

Menurut Nik Safiah Karim dalam bukunya iaitu ACE AHEAD BAHASA
MALAYSIA (2008,13), bahasa Melayu kuno ialah bahasa Melayu yang
berkembang di Nusantara antara abad ke-7 sehingga abad ke-13, iaitu
pada zaman peralihan Hindu-Islam. Pada ketika itu, kerajaan yang
berkuasa ialah kerajaan Sriwijaya. Sewaktu pemerintahan kerajaan
Sriwijaya, bahasa Melayu berkemungkinan telah menjadi bahasa
pengantar kerajaan. Ini terbukti dengan terjumpanya empat buah batu
bersurat yang ditulis dalam bahasa Melayu kuno.

BAHAN BUKTI

Batu Bersurat di Kedukaan Bukit

Batu bersurat ini bertarikh 605 tahun Saka (683M). Batu bersurat ini telah
diperoleh daripada sebuah keluarga Melayu yang menetap di Kampung
Kedukaan Bukit pada 29 November 1920. Kampung ini terletak di tebing
Sungai Tatang dalam wilayah Musi di bahagian barat daya Palembang.

Batu bersurat ini mengandungi sepuluh baris ayat. Ayat-ayat itu diukir di
atas batu berbentuk bujur. Tulisan pada batu ini terpelihara dengan baik,

22
kecuali tiga baris terakhirnya yang tidak dapat dibaca kerana telah
terserpih.

Batu Bersurat di Talang Tuwo

Batu Bersurat Talang Tuwo ini bertarikh 606 tahun Saka (684M). Batu
bersurat ini telah dijumpai oleh Residen Jambi, iaitu L.C. Westenek pada
17 November 1920 di sebuah kawasan yang bernama Talang Tuwo, di
bahagian barat daya Bukit Seguntang, iaitu lebih kurang lapan kilometer
dari Palembang. Batu bersurat ini merupakan batu pasir yang di atasnya
terdapat 14 baris ayat yang dipahat.

Batu Bersurat di Kota Kapur

Batu bersurat ini bertarikh 608 tahun Saka (686M). Batu bersurat ini telah
ditemui oleh J.K. van Meulen pada tahun 1892 di Kota Kapur, iaitu sebuah
pekan di Pulau Bangka. Batu ini berbentuk tiang batu. Dipercayai batu ini
telah dibawa ke Pulau Bangka, kerana tidak ada batu lain seperti itu di
pulau tersebut.

Batu Bersurat di Karang Brahi

Batu bersurat yang bertarikh 614 tahun Saka (692M) ini telah dijumpai pada tahun 1904
oleh seorang inspektor bernama L. Berkhout. Sewaktu dijumpai, batu ini digunakan
sebagai lapik untuk membasuh kaki di sebuah masjid di Jambi. Berdasarkan kajian
yang dilakukan oleh Krom, didapati teks Batu Bersurat Karang Brahi ini menyamai teks
pada Batu Bersurat Kota Kapur, cuma teks pada Batu Bersurat Karang Brahi ini kurang
dua baris daripada teks pada Batu Bersurat Kota Kapur.

Selain keempat-empat batu bersurat di atas, terdapat sebuah lagi batu bersurat yang
dijumpai di kawasan yang jauh dari Sumatera, iaitu di Jawa Tengah. Batu bersurat ini
dijumpai di Gandasuli, iaitu di daerah Kedu, arah ke timur Gunung Sundara. Bahasa

22
yang terdapat pada Batu Bersurat Gandasuli ini amat rapat kaitannya dengan keempat-
empat batu bersurat yang ditemui di Sumatera. Batu-batu bersurat ini merupakan bukti
terpenting tentang bahasa Melayu tertua yang ditulis dalam bahasa Austronesia dan
merupakan satu-satunya dokumen yang memerikan permulaan kerajaan Sriwijaya.

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO

Sistem Tulisan

Dari segi penulisan, keempat-empat batu bersurat awal yang dijumpai semasa
pemerintahan kerajaan Sriwijaya ini menggunakan tulisan Palava, khususnya Palava
Kemudian. Tulisan Palava ialah sejenis tulisan India Selatan purba yang digunakan
untuk penyebaran agama Hindu. Tulisan Palava Kemudian ini mempunyai prinsip
tulisan yang sama tinggi.

Selain tulisan Palava, tulisan lain yang digunakan dalam bahasa Melayu kuno ialah
tulisan Kawi dan Nagiri. Perkataan Kawi berasal daripada bahasa Sanskrit yang
bermaksud penyair. Pada peringkat awal, tulisan Kawi ini ditulis pada daun lontar dan
kemudiannya diubahsuai dan diukir pada batu. Tulisan Nagiri pula digunakan pada Batu
Bersurat Gandasuli. Tulisan Nagiri ini berasal dari India Utara.

Kosa Kata

Berdasarkan keempat-empat batu bersurat yang dinyatakan sebelum ini (tidak


termasuk batu Bersurat Gandasuli), terdapat kira-kira 283 patah perkataan daripada 50
baris teks yang tertera di atas batu-batu itu. Daripada 283 patah perkataan ini, 55.5
peratus merupakan kosa kata bahasa Melayu atau bahasa Austronesia, manakala
selebihnya kosa kata yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit.

Bahasa Sanskrit sangat berpengaruh dalam bahasa Melayu kuno kerana bahasa
Melayu pada ketika itu masih kekurangan kosa kata untuk mengungkapkan konsep-
konsep baharu. Konsep-konsep baharu ini dibawa oleh bahasa masyarakat yang
membawa konsep tersebut.

22
Berdasarkan bentuk-bentuk perkataan dalam bahasa Melayu kuno, terdapat beberapa
bentuk yang menarik sifatnya.

Fonem semivokal w dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi b secara konsisten
dalam bahasa Melayu moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden


wuat Buat
wunuh bunuh
wanum bangun
watu Batu
wuah Buah
wuluh Buluh

Ketidakwujudan vokal e pepet dalam bahasa Melayu kuno. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden


dangan dengan
tathapi Tetapi
manghidupi menghidupi
marwangun membangun
lapas Lepas

Perubahan fonem yang tidak konsisten. Contohnya, fonem u berubah menjadi o, iaitu
uram dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi orang dalan bahasa Melayu moden.
Tetapi u tidak berubah menjadi o dalam lingkungan suku kata akhir tertutup.
Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden


wunuh bunuh
suruh Suruh
wuluh Buluh

Dari segi morfologi, bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu kuno hampir sama dengan
bahasa Melayu moden. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa imbuhan yang sudah
tidak digunakan lagi.
Awalan ni- dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi di- dalam bahasa Melayu
moden. Contohnya:

22
Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden
ni tanam di tanam
ni makan di makan
ni suruh di suruh
ni bunuh di bunuh
ni sumpah di sumpah

Awalan mar- dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi ber- dalam bahasa Melayu
moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

mar lapas ber lepas

mar wuat ber buat

Awalan par- dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi per- dalam bahasa Melayu
moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

par wuat per buat

Awalan maka- tidak lagi wujud dalam bahasa Melayu moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

makagila menjadi gila

makasakit menjadi sakit

Akhiran –a tidak lagi wujud dalam bahasa Melayu moden. Contohnya :

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

datua datu

wuata buat

22
Akhiran –i sama seperti bahasa Melayu moden dan biasanya hadir bersama-sama
imbuhan awalan. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

niujari diujari

Bunyi n dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi ny dalam bahasa Melayu moden.
Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

wuahna buahnya

wuatna buatnya

tatkalana tatkalanya

Bunyi h yang terdapat dalam bahasa Melayu kuno telah dilenyapkan dalam bahasa
Melayu moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

sahaya saya

tuha tua

samuha semua

Terdapat konsonan yang dieja dengan aspirasi bh, ph, dh, kh, dan th akibat daripada
pengaruh bahasa Sanskrit. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

bhumi bumi

dhuka duka

sukhacitta sukacita

22
Terdapat juga perkataan dalam bahasa Melayu kuno yang tidak digunakan lagi pada
hari ini. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

tuwi dengan

inan itu

tlu tiga

hulun/ulun orang gaji

sarak memisahkan diri

langit/makalangit memperdaya

Terdapat beberapa perkataan dalam bahasa Melayu kuno yang masih kekal sehingga
kini. Contohnya:
aku, ini, kayu, curi, sama, lagi, jadi,laki, ratus,naik, dua

Sesetengah perkataan dalam bahasa Melayu kuno telah berubah maknanya dalam
bahasa Melayu moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

kita kamu (pengertian mufrat)

kamu kamu (pengertian jamak)

22

You might also like