You are on page 1of 10

LATIHAN ULANGKAJI TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI TAHUN 5

SK LABU ULU
Nama : ……………………………………
Kelas :……………………………………….
Arahan:
1. Sila rujuk buku teks ketika menjawab setiap soalan.
2. Jawab dengan tenang. Tidak perlu selesaikan terus semua soalan. Boleh jawab
berperingkat-peringkat.
3. Jawab terus dalam ruang jawapan yang telah disediakan. Sambil menjawab murid-murid
juga boleh melatih kemahiran menaip menggunakan komputer.

TAJUK 1 : RANGKAIAN KOMPUTER


1.1 Konsep Rangkaian
1. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkaian? Sila berikan 1 contoh rangkaian.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkaian komputer?

3. Nyatakan tiga tujuan utama rangkaian komputer diwujudkan?

4. Nyatakan tiga faedah yang diperoleh melalui rangkaian?

5. Nyatakan 2 jenis rangkaian komputer?


1.2 Rangkaian Berwayar dan Tanpa wayar
1. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkaian berwayar?

2. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkaian tanpa wayar?

3. Nyatakan empat contoh kabel rangkaian yang biasa digunakan?

4. Berdasarkan pengalaman anda, sila berikan satu kelebihan rangkaian berwayar.

5. Berdasarkan pengalaman anda, sila berikan satu kelebihan rangkaian tanpa wayar.

1.3 Kegunaan Rangkaian


1. Salah satu kegunaan rangkaian komputer ialah capaian maklumat. Di manakah maklumat
tersebut boleh diperolehi?
2. Sila berikan tiga contoh komunikasi melalui rangkaian komputer.

3. Apakah kebaikan perkongsian sumber melalui rangkaian komputer?

TAJUK 2 : PERANTI RANGKAIAN KOMPUTER


2.1 Mengenal Peranti Rangkaian Komputer & Fungsinya
1. Sila nyatakan fungsi peranti rangkaian berikut:

a. Kad antara muka rangkaian

b. Titik capaian tanpa wayar

c. Penyesuai rangkaian tanpa wayar

d. Modem
e. Penghala

f. Hab

g. Suis

2. Apakah kegunaan kabel rangkaian?

3. Peranti rangkaian komputer terdiri daripada tiga peranti utama. Sila nyatakan.

4. Fungsi : “Menghasilkan data dan menghantarnya ke peranti komunikasi”. Sila nyatakan


apakah peranti tersebut.

5. Apakah fungsi peranti penerima?

6. Fungsi : “Menyalurkan data dari peranti penghantar ke peranti penerima”. Sila nyatakan
apakah peranti tersebut?
7. Sila berikan tiga contoh peranti komunikasi.

8. Sila berikan tiga contoh peranti penghantar.

9. Berikan dua contoh media penghantaran.

10. Berikan tiga contoh peranti penerima.

2.2 Keupayaan peranti Rangkaian


1. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi keupayaan peranti rangkaian?

TAJUK 3 : INTERNET
3.1 Maksud Internet
1. Apakah yang dimaksudkan dengan internet?
2. Apakah kegunaan internet?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan pembekal perkhidmatan internet? Sila berikan satu contoh
pembekal perkhidmatan internet yang anda tahu.

3.2 Perkhidmatan Internet


1. Sila berikan contoh-contoh perkhidmatan internet yang ada berpandukan buku teks.

2. “Perkhidmatan komunikasi data yang membenarkan penghantaran mesej berbentuk mel daripada satu
penghantar kepada satu atau lebih penerima dalam rangkaian. Lampiran dokumen elektronik juga
boleh disertakan bersama-sama mesej tersebut.” Apakah nama perkhidmatan internet ini?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan protokol pindah fail (FTP)?

4. “Perkhidmatan yang membenarkan akses kepada dokumen hiperteks, fail audio dan fail video dalam
Internet dengan menggunakan pelayar web”. Apakah nama perkhidmatan internet ini?

5. Apakah yang dimaksudkan dengan perkhidmatan kumpulan berita?


6. “Perkhidmatan pertukaran mesej dalam masa nyata antara dua atau lebih pengguna secara
dalam talian”. Apakah nama perkhidmatan internet ini?

7. Apakah yang dimaksudkan dengan perkhidmatan telefon internet?

3.3 Mencari Maklumat


1. Bagaimanakah mencari maklumat boleh diperolehi daripada internet?

2. Berikan beberapa contoh enjin gelintar yang kamu tahu.

3. Nyatakan tiga jenis pencarian maklumat yang biasa digunakan pada engin gelintar?

4. “Terdapat dua contoh pencarian Boolean, iaitu AND dan OR”. Apakah jenis pencarian
maklumat ini?

5. Apakah maksud pencarian berfrasa ?

6. Apakah simbol yang digunakan dalam pencarian berasaskan simbol?

7. Apakah fungsi AND dan OR dalam pencarian Boolean?


8. Apakah fungsi tanda petik (“ “) dalam pencarian berfrasa?

9. Apakah fungsi tanda asterik (*) dalam pencarian berasaskan simbol?

10. Sila senaraikan langkah-langkah yang terlibat ketika membuat carian dalam internet.

3.4 Menyebarkan Maklumat Dengan Senarai Mel


1. Apakah yang dimaksudkan dengan buku alamat e-mel?

2. Apakah kelebihan mempunyai buku alamat e-mel?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan senarai e-mel?

4. Sila senaraikan langkah-langkah yang terlibat ketika menghantar e-mel menggunakan senarai e-mel.
3.5 Jenis Laman Web
1. Apakah yang dimaksudkan dengan laman web?

2. Sila nyatakan beberapa jenis laman web yang terdapat dalam internet.

3. “Laman web yang menyediakan maklumat tentang suatu organisasi termasuk struktur, aktiviti dan
berita organisasi” . Apakah jenis laman web ini?

4. “Merupakan laman web yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi”. Apakah jenis laman
web ini?

5. “Menggalakkan interaksi antara sesama pengunjung laman tersebut”. Apakah jenis laman web ini?

6. Sila taip alamat laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah.

3.6 Kebaikan dan Keburukan Internet


1. Sila nyatakan dua kebaikan dan Keburukan internet .
3.7 Menghasilkan laman Blog.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan blog?

2. Apakah yang dimaksudkan dengan pos dalam blog?

3. Sila berikan tiga contoh pembekal tapak blog yang anda tahu.

4. Apakah alamat laman blog sekolah anda?

SEKIAN… TAHNIAH KERANA SABAR MENJAWAB SOALAN

You might also like