You are on page 1of 2

Reflective log

Sesi pembelajaran bagi minggu kedua bagi kursus MTE3101 adalah merupakan
satu subjek yang mengajar kita untuk mempelajari mengenali nombor (Knowing
Numbers). Pada minggu tersebut saya didedahkan dengan pelbagai jenis sistem
pernomboran yang telah diwujudkan pelbagai jenis kaum yang menetap di dunia kurun
lama dahulu.

Sistem pernomboran yang dipelajari pada minggu kedua ini menerangkan


perkembangan sistem pernomboran ataupun sebagai satu revolusi sistem
pernomboran yang bermula dengan sistem pernomboran awal seperti sistem
pernomboran gundalan, sistem pernomboran Mesir, sistem pernomboran Roman,
sistem pernomboran Mayan, sistem pernomboran Babylonial dan yang terakhir sistem
pernomboran Hindu-Arab yang mana telah diterima secara luas di seluruh dunia
apabila telah dimodenkan.

Dalam sesi pembelajaran pada minggu kedua ini pelbagai pengetahuan yang
telah saya perolehi mengenai sistem pernomboran ini. Melalui proses pembelajaran ini
saya dapat mengaplikasikan dan menukarkan sistem pernomboran awal ini kepada
sistem nombor terkini. Selain itu, sistem pernomboran awal ini memberi pengetahuan
kepada saya bahawa terdapat antara sistem pernomboran awal ini yang masih
digunakan pada masa kini contohnya sistem pernomboran gundalan, sistem
pernomboran Roman dan sistem pernomboran Hindu-Arab.

Namun, setelah mempelajari kesemua jenis sistem pernomboran awal ini,


terdapat sedikit kekurangan dan juga kesukaran dalam setiap sistem pernomboran ini
untuk melambangkan nombor angka puluh, ratus, dan ribu. Contohnya sistem
pernomboran Babylonial yang dengan hanya menggunakan satu simbol sahaja ianya
boleh melambangkan angka 1 dan 60. Selain itu sistem pernomboran ini menggunakan
jarak kedudukan antara simbol untuk membezakan nilai tempat.

Akhir sekali, dengan mempelajari sistem pernomboran ini saya dapat


mempelajari pelbagai jenis sistem nombor yang tedapat di dunia ini dan mengetahui
setiap ciri-ciri yang terdapat dalam setiap sistem pernomboran tersebut.

You might also like