REFLEKSI Esaimen

You might also like

You are on page 1of 2

REFLEKSI

Pertama sekali saya bersyukur kerana tugasan berkaitan sistem pernomboran


baru ini berjaya disiapkan dengan jayanya. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pensyarah MTE3101 saya iaitu Madam Liew Phaik Hoon yang
telah banyak membantu dalam memberikan pengetahuan mengenai penciptaan sistem
pernomboran baru ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan
kumpulan saya iaitu Mohd Safwan dan Siti Nur Amalina kerana telah memberi
komitmen yang baik dan banyak membantu sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Sepanjang melakukan tugasan ini banyak kekangan yang dihadapi kepada saya
dan juga rakan kumpulan saya. Antara kekangan yang dihadapi ialah kami harus
memikirkan satu ciptaan pernomboran baru yang perlu digunakan di sebuah kepulauan
terpencil berkenaan dengan kehendak soalan tugasan ini. Tugasan ini agak mencabar
bagi saya kerana mencipta satu sistem pernomboran baru tidak begitu mudah kerana
dengan merujuk nota-nota berkenaan sistem pernomboran awal seperti sistem
pernomboran Mayan, Gundalan, mesir, Roman dan Hindu-Arab semuanya mempunyai
kelemahan. Jadi, agak sukar bagi saya dan rakan untuk mencipta sebuah sistem
pernomboran baru yang lengkap dengan sistem operasi penambahan dan penolakan.
Namun, setelah melakukan perbincangan bersama rakan kumpulan dan juga
pensyarah tugasan ini mula menampakkan hasil yang memberansangkan. Pensyarah
telah memberikan input yang berguna kepada saya dan rakan kumpulan saya untuk
menghasilkan sistem pernomboran baru ini.

Selain itu, terdapat juga kekangan-kekangan biasa yang tidak dapat dielakkan
berkaitan dengan pertembungan tugasan. Kekangan ini adalah kerana dalam tempoh
menyiapkan tugasan ini terdapat juga tugasan-tugasan subjek lain yang harus
disiapkan dalam tempoh yang sama. Jadi dengan semangat untuk menyiapkan tugasan
ini disamping dorongan daripada rakan-rakan akhirnya kekangan-kekangan ini berya
diatasi dengan jayanya.

Melalui penghasilan tugasan ini banyak input-input yang saya perolehi sama ada
dalam semangat kerjasama mahupun input berkenaan ilmu pengetahuan. Tidak dapat
dinafikan bahawa penghasilan tugasan ini memberikan saya pengetahuan yang cukup
berguna dalam subjek MTE3101 ini. Antara pengetahuan yang telah saya perolehi ialah
mengenai cara-cara untuk menghasilkan operasi penambahan dan penolakan
menggunakan sistem pernomboran awal. Hal ini kerana, dengan menguasai sistem
pernomboran awal ini saya dapat mengadaptasikannya kepada sistem pernomboran
baru saya untuk digunakan sebagai satu sistem nombor yang boleh digunakan untuk
sistem operasi penambahan dan penolakan. Selain daripada itu, saya juga mendapat
satu pengetahuan berkaitan sistem pernomboran awal dan baru ini melalui soalan
penyelesaian masalah yang harus kami adakan dalam isi tugasan tersebut. Melalui it
saya dapat memperkukuhkan lagi pengetahuan saya dengan membaca nota-nota
sistem pernomboran dan mengaplikasikanya melalui rekaan soalan serta lengkap
dengan jawapannya.

Akhir sekali, tugasan sistem pernomboran baru ini memberikan banyak input
kepada diri saya mengenai topik sistem pernomboran. Hal ini kerana, tugasan ini
memberikan saya satu pengalaman baru dan bermakna kerana saya dapat mereka
sendiri bagaimana cara untuk mewujudkan satu sistem pernomboran baru yang diguna
pakai. Selain itu, tugasan ini memberikan saya lebih pengukuhan berkenaan tajuk
sistem pernomboran ini dan dengan segala pengetahuan dan pengalaman yang
diperolehi ini akan saya gunakan untuk diaplikasikan dalam peperiksaan dan juga
apabila saya keluar untuk berpraktikum dan setelah menjadi guru kelak.

You might also like