You are on page 1of 3

S1/Nor Fazrieana Natasha Abu Kasim/BA20110848/0128356194/Penyalahgunaan Dadah/660

Penyalahgunaan Dadah
Menurut Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Dadah didefinisikan sebagai satu istilah khas
kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi
jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan.
Penyalahgunaan dadah pula didefinisikan sebagai penggunaan dadah yang tidak bertujuan untuk
perubatan atau tanpa arahan daripada Pegawai Perubatan. Menurut Kajian Amir Awang (2017),
Penyalahgunaan dadah di kampus didefinisikan sebagai penggunaan bermacam-macam jenis
dadah dan atau ubatan dengan berbagai cara oleh sesiapa sahaja untuk kepuasan dan atau
pemuasan tertentu baginya tanpa arahan atau petunjuk doktor.
Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar
berkata dalam akhbar Harian Metro (2019), Kegiatan penyalahgunaan dadah dalam kalangan
masyarakat dapat dikesan seawal usia tujuh tahun. Statistik pada tahun 2015 hingga 2017
menunjukkan kira-kira 2,169 pelajar daripada peringkat rendah hingga ke universiti terjebak
dengan gejala tidak sihat ini. Mereka mendapati punca utama penyalahgunaan dadah dalam
kalangan kanak-kanak dan remaja berlaku atas faktor kekurangan masa ibu bapa bersama anak-
anak selain tidak mengambil tahu dengan siapa anak mereka berkawan. Remaja daripada
keluarga yang ibu bapanya bercerai mempunyai IQ yang lebih rendah di samping melahirkan
ciri-ciri tingkah laku yang negatif kerana tiada kasih sayang (Goldfarb: Petikan Wan Azmi,
1987). Kajian oleh Johdi Salleh (2012) melalui Pusat Serenti Selangor menunjukkan 100%
daripada 70 orang responden terjebak dengan dadah oleh kerana pengaruh kawan, dengan
pelbagai ajakan dan pujukan. Mengapa masyarakat kampus mengambil dadah tidak dapat
diterapkan kepada satu atau dua sebab sahaja, tetapi biasanya didorongkan oleh kombinasi
permutasi sebab-sebab yang berbeza dari seorang ke seorang. Sesetengah masyarakat kampus
terjebak dengan gejala penyalahgunaan dadah ini bergantung kepada faktor individu dimana
mereka memiliki rasa ingin tahu. Ini membuktikan, betapa seriusnya masalah dadah yang
kebanyakan penagihnya terdiri daripada golongan remaja. Bukan itu sahaja, malah motif yang
membawa kepada masalah penyalahgunaan dadah didapati berpunca daripada pengaruh rakan-
rakan yang hadir ke dalam kehidupan mereka. (Austin, 2001; Eno et al., 2001) Dalam hal ini,
pengaruh rakan yang menyokong penggunaan dadah telah menggalakkan masyarakat kampus ini
untuk terus menggunakan dadah sepanjang berada di dalam kehidupan berkomuniti (Beach
Friendship, Erikson & Hanson, 2002). Pengaruh rakan senasib adalah faktor penting yang
membawa kepada penggunaan dadah dalam kalangan remaja. Kajian ini menegaskan bahawa
penggunaan dadah berpunca daripada rakan-rakan senasib ini. Masyarakat kampus akan
cenderung untuk menghabiskan masa dengan rakan-rakan lain untuk berkongsi tabiat mereka.
Dalam kalangan mereka, penyalahgunaan dadah ini akan dianggap sebagai tingkah laku biasa
sehingga menyebabkan perkara ini menjadi perkara utama yang dapat menyatukan mereka.
Statistik penagih mengikut tahap pendidikan ijazah pada tahun 2019 menunjukkan 129
kes per kes dan 118 kes per individu. Hal ini membimbangkan kerana bilangan kes
penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat kampus yang terlibat bukanlah sedikit. Oleh
itu, Agensi Anti Dadah Kebangsaan telah mewujudkan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan
Pemulihan) 1983 (Pindaan) 1988 dimana akta ini digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan
pemulihan kepada penagih-penagih dadah. Selain merupakan proses rawatan lanjutan yang
menitikberatkan pengawasan ke atas penagih-penagih yang bertujuan memastikan mereka tidak
mengulangi penagihan mereka terhadap dadah. Namun, kerajaan akan menggubal akta baharu
untuk meningkatkan keberkesanan dalam aspek pemberian khidmat rawatan dan pemulihan
S1/Nor Fazrieana Natasha Abu Kasim/BA20110848/0128356194/Penyalahgunaan Dadah/660

dadah. Perundangan baharu itu akan dikenali sebagai Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substan
2020 yang bakal menggantikan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Akta 283).
(Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Berita Harian Online, 2020). Akta baharu tersebut diharapkan
berupaya meningkatkan capaian kepada rawatan dan pemulihan dadah, selain membantu kadar
pemulihan dalam kes penyalahgunaan dadah. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)
(Pindaan 1975) memberi peruntukan tertentu dalam menjalankan tindakan terhadap
penyalahgunaan dadah. Dengan berpandukan akta ini, langkah-langkah tertentu dapat
dilaksanakan bagi mendorong pelajar-pelajar yang terlibat mendapatkan rawatan yang
sewajarnya. Pengawasan yang lebih rapi oleh ibu bapa serta kaunselor agar yang belum
terjerumus ke arah penyalahgunaan dadah dapat terpelihara, dan yang telah terjerumus ia perlu
diawasi. Soal pengawasan ini selalu benar dibangkitkan tetapi sedikit sekali diamalkan.
Kesimpulannya, jelas dinyatakan bahawa penyalahgunaan dadah membawa kepada
kemudaratan yang boleh merosakkan masa hadapan. Penulis mendapati bahawa penyalahgunaan
dadah dalam kalangan masyarakat kampus adalah amat sukar untuk dibendung tanpa kerjasama
semua pihak terutamanya pihak universiti, ibu bapa, dan masyarakat. Sebagai pewaris kepada
kepimpinan negara pada masa hadapan, tumpuan haruslah diberikan kepada remaja dari segenap
aspek perkembangan mereka.
Bibliografi
Agensi Anti Dadah Kebangsaan, (2020), “Definisi Dadah”, dari www.adk.gov.my
Agensi Anti Dadah Kebangsaan, (2020), “Statistik Dadah”, dari www.adk.gov.my
Amir Awang, (1979), “Penyalahgunaan Dadah di Kampus”, Pendidik dan Pendidikan, Jld. 1
Bil.1
Austin, J. (2001), “Prisoner reentry: Current trends, practices, and issues. Crime & Delinquency,
47(3), 314-334”
Beech, A., Friendship, C., Erikson, M & Hanson, R. K. (2002), “Sexual Abuse : A Journal of
Research and Treatment, 14(2), 155-167
Luqman Arif Abdul Karim, (2020), “Akta baharu pemulihan, penyalahgunaan dadah”, dari
https://www-bharian-com-
my.cdn.ampproject.org/v/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2020/07/713235/akta-
baharu-pemulihan-penyalahgunaan-dadah?amp_js_v=a6&amp_gsa=1&usqp = m q 3 3 1 A Q F
K A G w A S A % 3 D # a o h = 16 0 4 7 3 2 1 3 6 5 0 6 5 & r e f e r re r = h tt ps % 3 A % 2F
% 2 F ww w. g o o g l e . c o m & a m p _ t f = F r o m % 2 0 % 2 5 1 % 2 4 s& a m p s h a r e =
h ttps%3A% 2 F % 2 F w w w . b h a r i a n . c o m . m y % 2 F b e r i t a %2Fnasional
%2F2020%2F07%2F713235%2Fakta-baharu-pemulihan-penyalahgunaan-dadah
Mohamad Johdi Salleh, (2012), “Permasalahan Penagihan Dadah : Tinjauan di Pusat Serenti
Selangor”, International Seminar on Community Development - SAPKO, 7-9 April.
Nur Izzati Mohamad, (2019), “Penagih Dadah Seawal Darjah Satu”, dari www.hmetro.com.my
%2Fmutakhir%2F2019%2F04%2F4439%2DFpenagih-dadah-seawal-darjah-satu
Prof. Madya Dzulkifli Abdul Razak, “Dadah : Senario Sejagat yang Membimbangkan” dari
http://www.esmartstart.com/ad.htm
S1/Nor Fazrieana Natasha Abu Kasim/BA20110848/0128356194/Penyalahgunaan Dadah/660

Wan Azmi Ramli, (1987), “Membina Keluarga Sejahtera. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka

You might also like