You are on page 1of 15

P 3117 / Unit 9 / 1

UNIT 9 : MILIKAN PERNIAGAAN : ALTERNATIF

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM : Membolehkan pelajar membuat pemilihan milikan


perniagaan yang sesuai.

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :

 Mengenalpasti alternatif memulakan perniagaan.


 Menubuhkan perniagaan baru.
 Membeli perniagaan yang sudah wujud.
 Menjalankan perniagaan francais.

 Menentukan kelebihan dan kekurangan setiap alternatif.

Keusahawanan 1 / 15
P 3117 / Unit 9 / 2

INPUT

9.0 Pengenalan

Ahmad adalah seorang jurutera yang ingin menceburkan diri dalam dunia keusahawanan.
Persoalan yang timbul ialah bagaimanakah dia boleh memulakan perniagaannya. Adakah
dia mesti memulakan perniagaan semuanya dari awal atau membeli perniagaan yang
sudah wujud atau secara francais. Semua persoalan ini mesti difikirkan dengan teliti
kerana setiap tindakan yang hendak diambil perlu diberi pertimbangan sebelum membuat
keputusan.

9.1 Alternatif Memulakan Perniagaan

Seseorang yang ingin menceburkan diri dalam dunia keusahawanan boleh memilih sama
ada :-
i. Menubuhkan perniagaan yang baru
ii. Membeli perniagaan yang sudah wujud.
iii. Menjalankan perniagaan francais.

9.2 Menubuhkan perniagaan yang baru.

Seseorang boleh memulakan perniagaannya sendiri dengan mengenalpasti peluang


perniagaan yang terdapat disekelilingnya. Untuk memulakan perniagaan sendiri,
seseorang itu harus mempunyai minat, kebolehan, modal, pengalaman dan pengetahuan.
Ini adalah penting kerana dia akan membuat semua tugas sendiri. Semua perkara bermula
dari mencari modal, lokasi, pelanggan, pembekal, bangunan, barangan dan lain-lain lagi
perlulah dilakukan oleh usahawan tersebut.

9.2.1 Kebaikan menubuhkan perniagaan yang baru.

a. Bebas membuat keputusan sendiri iaitu dari segi memilih lokasi, jenis produk
atau perkhidmatan yang akan dipasarkan, mengupah pekerja, memilih
pembekal dan lain-lain lagi.
b. Mempunyai peluang untuk membuat pilihan kemudahan fizikal iaitu sama ada
mencari dan memilih kemudahan fizikal yang memenuhi cita rasa atau
membina bangunan sendiri.
c. Mempunyai kebebasan untuk memilih lokasi yang strategik untuk memulakan
perniagaan.

Keusahawanan 2 / 15
P 3117 / Unit 9 / 3

d. Mempunyai peluang untuk membangunkan imej perniagaan kerana dapat


mengetahui perasaan dan citarasa pelanggan apabila berurusniaga secara
bersemuka dengan mereka.
9.2.2 Kelemahan menubuhkan perniagaan yang baru.

a. Usahawan perlu berusaha lebih untuk mencari dan menarik pelanggan untuk
berurusniaga dengan mereka.
b. Suatu usaha yang mengambil masa yang lama. Ini adalah kerana banyak
aktiviti dan perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan dari peringkat awal
seperti mencari lokasi yang strategik, memasang mesin, mencari pembekal,
mengupah dan melatih pekerja dan sebagainya .
c. Perniagaan baru tidak mempunyai sebarang rekod perniagaan. Usahawan
hanya boleh membuat andaian mengenai jualan, perbelanjaan dan keuntungan.

9.3 Membeli perniagaan yang sudah wujud

Cara lain bagi seseorang yang hendak menceburkan diri dalam perniagaan adalah dengan
membeli perniagaan yang sudah wujud. Dengan kata lain,
pengambilalihan perniagaan boleh dilakukan. Pengambilalihan adalah
cara yang paling mudah dan ringkas untuk memulakan perniagaan. Ini
adalah kerana perniagaan itu sudah mempunyai rangkaian pelanggan,
struktur pentadbiran dan jaringan pembekal. Dengan cara ini, perniagaan
boleh dimulakan dengan lebih cepat, mudah dan murah. Pengambilalihan boleh berlaku
dalam dua bentuk iaitu dengan membeli perniagaan yang sudah wujud dan mewarisi
perniagaan keluarga.

Pada peringkat awal, mengambil alih perniagaan yang sedia ada dapat mengelakkan
banyak rintangan yang dihadapi oleh usahawan baru. Namun demikian, risikonya tetap
wujud.

9.3.1 Kebaikan membeli perniagaan yang sudah wujud.

a. Perniagaan ini mempunyai pelanggan yang sedia ada iaitu yang sudah biasa
membeli produk atau perkhidmatan dari perniagaan tersebut.
b. Perniagaan mempunyai rekod yang terbukti menunjukkan jumlah jualan,
perbelanjaan dan keuntungan dari rekod perniagaan yang lepas.
c. Perhubungan sudah diwujudkan antara pihak bank dan pembekal. Ini dapat
menjimatkan masa usahawan.
d. Usahawan tidak perlu melatih pekerja kerana perniagaan tersebut mempunyai
pekerja yang terlatih mengenai produk, perkhidmatan dan pelanggan.

Keusahawanan 3 / 15
P 3117 / Unit 9 / 4

9.3.2 Kelemahan membeli perniagaan yang sudah wujud

a. Perniagaan yang diambil alih mungkin mempunyai reputasi yang buruk di


kalangan pelanggan dan pembekal. Oleh kerana itu, usahawan yang baru perlu
berusaha keras untuk menaikkan nama dan reputasi perniagaan tersebut.
b. Usahawan yang mengambilalih perniagaan yang sedia ada mungkin terpaksa
mengubahsuaikan bangunan, membaiki atau menggantikan peralatan.
Pemeriksaan kemudahan fizikal perniagaan perlu dilakukan.

Keusahawanan 4 / 15
P 3117 / Unit 9 / 5

Keusahawanan 5 / 15
P 3117 / Unit 9 / 6

AKTIVITI 9a.

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

9a – 1 Nyatakan 3 cara bagaimana seseorang boleh menceburkan diri dalam


dunia keusahawanan.

i. ………………………………………………………………….
ii. ………………………………………………………………….
iii. ………………………………………………………………….

9a – 2 Huraikan perbezaannya antara menubuhkan perniagaan yang baru dengan


membeli perniagaan yang sudah wujud.

…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..

Keusahawanan 6 / 15
P 3117 / Unit 9 / 7

MAKLUM BALAS 9a

9a – 1 3 cara bagaimana seseorang boleh menceburkan diri dalam dunia


keusahawanan.

i. menubuhkan perniagaan baru


ii. membeli perniagaan yang sudah wujud.
iii. Menjalankan perniagaan francais.

9a – 2 Perbezaannya antara menubuhkan perniagaan yang baru dengan membeli


perniagaan yang sudah wujud.

Kelebihan menubuhkan perniagaan baru :-


i. Bebas membuat keputusan sendiri.
ii. Mempunyai peluang untuk membuat pilihan kemudahan fizikal.
iii. Mempunyai kebebasan untuk memilih lokasi yang strategik untuk
memulakan perniagaan.
iv. Mempunyai peluang untuk membangunkan imej perniagaan

Kelemahan membeli perniagaan yang sudah wujud:-


i. Perniagaan yang diambil alih mungkin mempunyai reputasi
yang buruk di kalangan pelanggan dan pembekal.
ii. Usahawan yang mengambilalih perniagaan yang sedia ada
mungkin terpaksa mengubahsuaikan bangunan, membaiki atau
menggantikan peralatan. Pemeriksaan kemudahan fizikal perniagaan
perlu dilakukan.

Keusahawanan 7 / 15
P 3117 / Unit 9 / 8

INPUT

9.4 Menjalankan perniagaan francais

Berdasarkan kepada Undang-Undang Tubuh bagi Persatuan Francais Malaysia (Akta


penubuhan 1966 ), mendefinisikan francais sebagai suatu perniagaan pengedaran secara
bersistem yang menggunakan jenama yang sama dan dengan kaedah pengurusan yang
seragam dan tersusun berlandaskan satu format perniagaan. Fry ( 1993 ) pula menyatakan
francais sebagai satu sistem perniagaan yang memberi hak kepada individu atau pengedar
setempat untuk memasarkan perkhidmatan atau produk. Semua syarikat francais di
Malaysia mesti mendaftarkan perniagaan mereka di bawah Akta Francais 1998.

Terdapat dua pihak yang terlibat dalam perniagaan francais iaitu francaisor dan francaisi.
Francaisor ialah pemberi francais yang memiliki dan mengeluarkan sesuatu produk.
Manakala francaisi ialah penerima francaisor yang menjual produk berlandaskan kepada
syarat-syarat yang ditetapkan oleh francaisor.

Definisi di atas menjelaskan bahawa perniagaan francais melibatkan dua pihak yang
diikat dengan kontrak yang telah dipersetujui bersama. Satu perjanjian mengenai syarat
francais akan ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Sistem operasi serta segala hal
berkaitan penubuhan dan pengurusan perniagaan akan diberikan oleh francaisor kepada
francaisi.. Francaisor akan memberi kebenaran atau hak kepada francaisi yang secara
relatifnya bersaiz lebih kecil bagi menjalankan perniagaan mengikut tatacara yang telah
ditentukan dalam satu jangka masa dan tempat tertentu untuk proses mengedarkan barang
atau perkhidmatan yang sedia wujud. Daripada urusniaga ini, francaisor akan menerima
royalti daripada francaisi

Terdapat dua bentuk struktur perniagaan francais iaitu :-

i. Francais yang dibawa masuk dari luar negara.

Merujuk kepada rajah 9.1, struktur ini membabitkan perniagaan milik


asing yang melibatkan tiga pihak iaitu pengeluar francais, pemegang
francais ( bagi sesuatu negara ) dan penerima francais. Bantuan dalam
penyediaan produk akan diberi oleh pengeluar francais kepada pemegang
francais yang dilantik di Malaysia. Kemudian, ia akan melantik pula wakil
yang dikenali sebagai penerima francais untuk membuka cawangan
francais ini. Contoh perniagaan francais dari luar negara ialah McDonald,
Pizza Hut, Kentucky Fried Chicken dan lain-lain lagi.

Keusahawanan 8 / 15
P 3117 / Unit 9 / 9

Rajah 9.1 : Struktur francais luar negara

Pemilik francais ( luar negara )

Francaisor ( dalam negara )

Francaisi Francaisi Francaisi

ii. Francais tempatan.

Rajah 9.2 : Strktur francais tempatan

Francaisor ( tempatan )

Francaisi Francaisi Francaisi

Francais tempatan ( rajah 9.2 ) ini hanya melibatkan dua pihak sahaja iaitu pemegang
francais dan penerima francaisor. Contoh perniagaan milik tempatan ialah Pusat Servis
EON, Habib Jewels, Merry Brown dan Kedai Buku Popular.

Secara kesimpulannya pelbagai peluang telah disediakan oleh perniagaan francais kepada
usahawan yang baru menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Perniagaan ini lebih
mudah dibentuk dan dijalankan kerana penggunaan teknik pemasaran, imej, populariti,
pengetahuan dan reputasi yang telah stabil dan teruji oleh francaisor. Ia merupakan salah
satu cara bagi francaisor mengembangkan perniagaan yang mana tidak mungkin ia
mampu untuk melakukannya sendiri kerana terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.
Manakala bagi pihak francaisi, ia akan mendapat hak untuk menjual produk syarikat
francaisor atau mengeluarkan produk dengan menggunakan tanda dagang atau paten yang
telah dicipta, diperkenal dan dibangunkan oleh francaisor.

Keusahawanan 9 / 15
P 3117 / Unit 9 / 10

9.4.1 Kebaikan menjalankan perniagaan francais

a. Latihan pengurusan disediakan oleh francaisor dan ini membantu mengatasi


masalah kekurangan pengalaman pihak francaisi.
b. Bantuan kewangan dan panduan untuk memperolehi pinjaman daripada bank
boleh didapati dari francaisor.
c. Francaisor akan sentiasa memberi bantuan walaupun perniagaan telah
diwujudkan.
d. Francaisi tidak perlu berusaha lebih untuk mendirikan reputasinya kerana
pelanggan telahpun biasa dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

9.4.2 Kelemahan menjalankan perniagaan francais

a. Sebarang tindakan yang dibuat oleh francaisi akan menjejaskan nama baik
francais.
b. Francaisi mempunyai kawalan terhad dalam perniagaannya. Beberapa
keputusan tidak boleh dibuat tanpa mendapat persetujuan awal daripada
francaisor. Contohnya masa dan hari perniagaan serta produk atau
perkhidmatan yang ditawarkan.

Berdasarkan pada rekod yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam


Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menunjukkan sehingga tahun 2000, terdapat 82
jenis perniagaan francais dan 604 francaisi di negara ini. Daripada keseluruhan
produk francais yang diniagakan, 53% daripadanya terdiri daripada produk
tempatan dan 47% pula merupakan produk luarnegeri. Semua syarikat francais di
Malaysia tertakluk kepada Akta Francais 1998 yang telah dikuatkuasakan mulai 8
Oktober 2000.

Untuk mendapat maklumat tambahan mengenai francais, anda boleh melayari


laman web seperti www.kpun.gov.my dan www.mara.gov.my

Keusahawanan 10 / 15
P 3117 / Unit 9 / 11

AKTIVITI 9b.

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

9b - 1 Apakah yang dimaksudkan dengan perjanjian francais.

………………………………………………………………….
………………………………………………………………….
………………………………………………………………….
………………………………………………………………….
………………………………………………………………….
………………………………………………………………….

9b - 2 Huraikan perbezaannya antara francais yang dibawa masuk dari luarnegara


dengan francais tempatan.

…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..

Keusahawanan 11 / 15
P 3117 / Unit 9 / 12

MAKLUM BALAS 9b

9b – 1 Perjanjian francais ialah perjanjian antara pemilik francais dengan penerima


francais. Francaisi akan dibenarkan untuk menjual barang-barang francais
dengan sokongan francaisor dengan syarat-syarat tertentu. Francaisi perlu
membayar royalti kepada francaisor. Latihan, imej, jenama, sistem operasi serta
segala hal berkaitan pengurusan perniagaan akan diberikan oleh francaisor
kepada francaisi.

9b – 2 Francais yang dibawa dari luar negara melibatkan 3 pihak iaitu pengeluar francais,
pemegang francais ( bagi sesebuah negara ) dan penerima francais. Pemegang
francais akan mengurus dan mengawal semua perniagaan francais di negara
mereka. Manakala francais tempatan melibatkan francaisor dan francaisi yang
berada di negara sendiri sahaja.

Keusahawanan 12 / 15
P 3117 / Unit 9 / 13

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan.


Sila cuba semua soalan dalam Penilaian kendiri ini dan semak
jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika ada
masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

SEMOGA BERJAYA.

Habibah ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Dia berminat untuk
mengambilalih perniagaan Kedai Roti dan Kek yang berada di kawasan tempat
tinggalnya. Persoalan yang timbul ialah adakah wajar dia mengambil alih perniagaan
tersebut atau memulakan perniagaan itu dari awal.

Habibah telah berjumpa dengan anda. Anda sebagai seorang yang mempunyai
pengetahuan mengenai keusahawanan perlu menasihatkannya.

Keusahawanan 13 / 15
P 3117 / Unit 9 / 14

MAKLUM BALAS

Adakah anda telah cuba menjawap soalan penilaian kendiri?


Jika ‘Ya’, sila semak jawapan anda.

Ada beberapa perkara yang perlu difikirkan oleh Habibah sebelum dia membuat keputusan
samada untuk mengambil alih perniagaan Kedai Roti dan Kek atau memulakan perniagaan
sendiri.

Kelebihan mengambil alih perniagaan :-


i. Pelanggan, pembekal, kemudahan fizikal dan nama baik telah sedia ada bagi
perniagaan tersebut.
ii. Pekerja telah sedia ada dan tidak perlu memberi latihan kepada mereka.
iii. Nama baik perniagaan telah wujud di kalangan penduduk setempat dan Habibah
hanya perlu meneruskan perniagaan tersebut dari tangan pemilik lamanya.

Kelemahan memulakan perniagaan sendiri :-


i. Melibatkan banyak kerja bermula dari proses penubuhan sehinggalah kepada
mencari pelanggan.
ii. Habibah perlu berusaha keras untuk memperkenalkan perniagaannya kepada orang
ramai dalam mewujudkan nama baik ( goodwill ) perniagaannya.
iii. Perlu memikirkan lokasi yang strategik dan kemudahan fizikal bagi perniagaannya.

Dicadangkan kepada Habibah agar dia memgambil alih perniagaan Kedai Roti dan Kek daripada
memulakannya perniagaan itu sendiri.

Keusahawanan 14 / 15
P 3117 / Unit 9 / 15

FAKTA PENTING :-

Seseorang bakal usahawan boleh memulakan perniagaan


dengan cara menubuhkan perniagaan itu sendiri atau membeli
perniagaan yang sedia ada atau perniagaan francais.

Perniagaan francais melibatkan francaisor dan francaisi.

TAHNIAH !
Anda telah tamat mempelajari Unit 9. Sekarang anda boleh pergi ke unit 10 pula.

Keusahawanan 15 / 15

You might also like