Professional Documents
Culture Documents
PEMBIAKAN
Stesen Berputar / Rotating Station
4
Langkah-langkah / Steps
1. Guru menyediakan 8 keping gambar organisma dan 3 soalan.
Teacher prepares 8 pictures of organisms and 3 questions.
Contoh gambar / Example of pictures:
2. Guru menjadikan penjuru kelas sebagai stesen dan menampal dua keping gambar berserta
soalan pada setiap stesen.
Teacher turned the corner of the classroom into a station and pasted two pieces of paper along with
the questions at each station.
3. Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan.
Students are divided into 4 groups.
4. Guru memberikan sehelai kertas A4 dan pen berwarna kepada setiap kumpulan.
Teacher gives each group a piece of A4 paper and a coloured pen.
5. Setiap kumpulan diberi masa 10 minit untuk berbincang dan menjawab soalan pada setiap
stesen.
Each group is given 10 minutes to discuss and answer questions at each station.
6. Kemudian, setiap kumpulan akan bergerak ke stesen yang berikutnya.
Then, each group will move to the next station.
7. Selepas itu, guru akan membincangkan jawapan yang betul.
After that, the teacher will discuss the correct answer.
CAHAYA DAN OPTIK
Persembahan / Presentation
8
Langkah-langkah / Steps
1. Guru menyediakan kad manila dan beberapa tajuk.
Teacher provides manila card and a few topics.
2. Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan.
Students are divided into 5 groups.
3. Setiap kumpulan diberi sekeping kad manila dan satu tajuk seperti berikut:
Each group is given a manila card and a topic as the following:
• Pantulan cahaya / Light reflection
• Pembiasan cahaya / Light refraction
• Penyebaran cahaya / Light dispersion
• Penyerakan cahaya / Light scattering
• Penambahan dan penolakan cahaya / Addition and subtraction of light
4. Setiap kumpulan diberi masa 30 minit untuk berbincang mengenai tajuk yang diberikan
dan menulis hasil perbincangan pada kad manila itu.
Each group is given 30 minutes to discuss about the topic given and write the discussion on the
manila card.
5. Setelah itu, setiap kumpulan diberi masa 15 minit untuk membentangkan tajuk yang
diberikan di hadapan kelas.
After that, each group is given 15 minutes to present the topic given in front of the class.
6. Tempoh 5 minit diberikan kepada semua kumpulan untuk sesi soal jawab selepas
pembentangan.
5 minutes is given to all groups for question and answer session after presentation.
PAK-21 SAINS TINGKATAN 2
EKOSISTEM
Bulatan Masa / Time Circle
2
Langkah-langkah / Steps
1. Pelajar diminta untuk menyusun kerusi secara bulatan.
Students are asked to arrange chairs in a circle.
2. Pelajar diminta duduk di atas kerusi.
Students are asked to sit on chairs.
3. Guru berdiri di tengah bulatan dan membaling bola kepada pelajar secara rawak.
Teacher stands in the middle of the circle and throws a ball at the students randomly.
4. Pelajar yang mendapat bola hendaklah memberikan pandangan mengenai tajuk
ekosistem.
Student who gets the ball should give his or her opinion on the topic of the ecosystem.
Contoh / Example:
• Rafflesia adalah pokok parasit yang menyerap nutrien daripada pokok lain menyebabkan
pokok itu mati.
Rafflesia is a parasite plant that absorbs nutrient from other tree causing the tree to die.
• Bakteria menguraikan haiwan dan tumbuhan yang telah mati kepada nutrien.
Bacteria decompose dead animal and plant into nutrient.
5. Kemudian, bola tersebut akan dibaling kepada murid lain.
Then, the ball will be passed to another student.
6. Murid tersebut hendaklah memberikan pandangan tentang tajuk itu dan guru hendaklah
memastikan setiap murid tidak memberikan pandangan yang sama.
The student should give his or her opinion on the topic and the teacher should ensure that each
student does not share the same opinion.
ASID DAN ALKALI
Peta Minda / Mind Map
6
Langkah-langkah / Steps
1. Guru menyediakan kad manila dan pen penanda.
Teacher provides manila cards and markers.
2. Guru membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan.
Teacher divides students into 5 groups.
3. Guru memberikan sekeping kad manila dan 2 batang pen penanda kepada setiap
kumpulan.
Teacher gives a piece of manila card and 2 markers to each group.
4. Setiap kumpulan diberi masa 30 minit untuk berbincang dan membuat peta minda tentang
tajuk asid dan alkali yang merangkumi:
Each group is given 30 minutes to discuss and create a mind map of topic acid and alkali include:
• Sifat asid dan alkali
Properties of acid and alkali
• Penggunaan asid dan alkali dalam kehidupan harian
Uses of acid and alkali in daily life
• Peneutralan
Neutralisation
5. Setelah itu, tempoh 10 minit diberikan kepada setiap kumpulan untuk membentangkan
hasil kerja mereka.
After that, 10 minutes is given to each group to present their work.
6. Kemudian, tempoh 5 minit diberikan untuk sesi soal jawab.
Then, 5 minutes is given for the question and answer session.
PAK-21 SAINS TINGKATAN 3
Pisa
Ayak-ayak adalah serangga ringan yang unik kerana ia boleh terapung dan bergerak di atas
permukaan air. Rajah di bawah menunjukkan ayak-ayak terapung di atas permukaan air.
Water strider is a light insect which is unique because it can float and move on the surface of water. The
diagram below shows the water strider float on the surface of water.
1. Apakah faktor yang menyebabkan ayak-ayak boleh terapung di atas permukaan air?
What is the factor that causes the water strider to float on the surface of water?
A Luas permukaan air besar C Kaki ayak-ayak sangat panjang
Large area of water surface The legs of water strider are long
B Kesan tegangan permukaan air D Ayak-ayak kurang tumpat berbanding air
Surface tension of the water The water strider is less dense than water
2. Salah satu bahagian badan ayak-ayak dapat membantu ayak-ayak terapung di atas
permukaan air.
Adakah ayak-ayak boleh terapung disebabkan oleh ciri yang ada pada bahagian badan
yang berikut?
Bulatkan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ pada ciri-ciri berikut.
One of the body parts of water strider can help it floats on the surface of water.
Is the water strider can float because of the following characteristic found on the part of the body?
Circle ‘Yes’ or ‘No’ on the following characteristics.
(a) Bulu kaki yang halus Ya / Tidak
Tiny hairs on legs Yes / No
(b) Antena yang pendek Ya / Tidak
Short antenna Yes / No
(c) Toraks yang panjang Ya / Tidak
Long thorax Yes / No
3. Bola pingpong juga boleh terapung di atas permukaan air. Adakah konsep sains yang
digunakan oleh ayak-ayak dan bola pingpong adalah sama? Terangkan jawapan anda.
Pingpong ball can also float on the surface of water. Is the concept of science used by water strider
and pingpong ball alike? Explain your answer.
STEM
1. Pemadam api jenis busa adalah sesuai digunakan untuk memadam kebakaran disebabkan
oleh semua bahan yang terbakar yang berikut kecuali
A foam-type fire extinguisher is suitable for putting out a fire caused by burning all of the following
except
A Cat / Paint
B Kain / Cloth
C Minyak / Oil
D Metana / Methane
Jawapan PISA
1. B
2. (a) Ya / Yes
(b) Tidak / No
(c) Tidak / No
3. – Tidak. / No.
– Ayak-ayak boleh terapung di atas permukaan air disebabkan oleh kesan tegangan
permukaan air. Daya tarikan di antara molekul air di permukaan air menimbulkan
ketegangan dan membran yang sangat halus. Ayak-ayak bergerak di atas membran
itu. Selain itu, kaki ayak-ayak mempunyai bulu yang halus yang membolehkan ayak-
ayak menolak air dan memerangkap udara untuk terapung dan bergerak dengan
mudah.
The water strider can float on the surface of water due to the effect of surface tension. The
attraction between the water molecules on the surface creates tension and a very delicate
membrane. The water strider moves on the membrane. In addition, the legs of water strider have
tiny hairs that allow the water strider to repel water and trap air to float and move easily.
– Bola pingpong boleh terapung di atas permukaan air kerana ketumpatan bola lebih
rendah daripada ketumpatan air. Selain itu, daya apungan lebih tinggi daripada berat
bola yang menolak objek ke atas permukaan air.
The pingpong ball can float on the surface of water because the density of the ball is lower than
the density of water. Besides that, the buoyant force is higher than the weight of the ball which
push the object up to the surface of water.
Jawapan STEM
1. B
2. Apabila kita berpeluh, otak akan mengesan penurunan kandungan air dalam badan kita.
Sejenis hormon akan dirembeskan untuk mengurangkan penghasilan air kencing oleh
ginjal. Kita juga akan berasa dahaga.
When we sweat, our brain senses the decrease of water content in our body. A hormone will be
secreted to reduce urine production by the kidneys. We will feel thirsty.
3. Bayu laut berlaku pada waktu siang di mana daratan lebih cepat panas daripada laut. Udara
panas di daratan mengembang dan menjadi kurang tumpat serta bergerak ke atas. Udara
di laut yang lebih sejuk bergerak ke daratan untuk menggantikan udara yang bergerak ke
atas. Bayu darat berlaku pada waktu malam di mana daratan lebih cepat sejuk daripada
laut. Udara panas di laut menjadi kurang tumpat dan bergerak ke atas. Udara sejuk di
daratan bergerak ke lautan untuk menggantikan udara yang bergerak ke atas.
Sea breeze occurs during the day where the land heats up faster than the sea. The warm air on the
land expands and becomes less dense and moves upwards. The cold air above the surface of the sea
moves to the land to replace air that has moved upwards. Land breeze occurs at night where the land
cools faster than the sea. The warm air above the surface of the sea becomes less dense and moves
upwards. The cold air from the surface of the land moves to the sea to replace air that has moved
upwards.