You are on page 1of 16

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

451 | MEDC 2018


Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018
Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar,
Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah
eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

KEPIMPINAN TEKNOLOGI PENGETUA DAN HUBUNGAN TERHADAP


KOMPETENSI ICT GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
DAERAH SEREMBAN DAN KUALA PILAH
NORHAYATI MD DARUS & AIDA HANIM A. HAMID
Institusi: Universiti Kebangsaan Malaysia
norhayati9490@gmail.com

Abstrak: Pengetua sebagai pemimpin teknologi berperanan menyediakan perubahan dan peningkatan
dalam kemahiran ICT guru seiring dengan pembelajaran dalam abad 21. Justeru, kajian ini bertujuan
adalah untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan teknologi dan melihat perbezaan amalan
kepimpinan teknologi dalam kalangan pengetua berdasarkan lokasi serta hubungan antara kepimpinan
teknologi dengan kompetensi ICT guru-guru sekolah menengah kebangsaan di daerah Seremban dan
Kuala Pilah. Kajian ini adalah kajian tinjauan berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik
sebagai instrumen dan dianalisis menggunakan perisian SPSS 22.0. Dua analisis statistik telah digunakan
iaitu analisis deskriptif untuk melihat tahap kepimpinan dan analisis inferensi menggunakan MANOVA
untuk melihat perbezaan amalan dan korelasi Spearman Rho’ untuk melihat hubungan antara dua
pemboleh ubah. Kesimpulannya, analisis akan menunjukkan tahap kepimpinan serta perbezaan amalan
kepimpinan dan hubungan antara kepimpinan teknologi dengan kompetensi ICT guru.

Kata kunci: Pengetua, Kepimpinan Teknologi, pembelajaran abad 21, Kompetensi ICT guru, Sekolah
Menengah Kebangsaan

PENGENALAN

Latar Belakang Kajian

Abad ke-21 telah menyediakan permintaan yang besar berkaitan kecekapan-kecekapan ICT
(Griffin, McGaw & Care, 2012). Berdasarkan statistik pada tahun 2017, didapati penggunaan
ICT dalam kalangan individu di Malaysia (15 tahun dan ke atas) meningkat kepada 80.1 peratus
berbanding 71.1 peratus pada tahun 2015. Manakala peratus penggunaan komputer meningkat
1.1 peratus daripada 68.7 peratus pada tahun 2015 kepada 69.8 peratus pada tahun 2017.
Sementara itu 97.7 peratus individu menggunakan telefon bimbit pada tahun 2017 berbanding
97.5 peratus pada tahun 2015 (Department of Statistic Malaysia,2018). Globalisasi dan
kemajuan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) telah mencipta satu era ekonomi yang
dipandu oleh ilmu baru dan membawa daya saing yang sengit di tempat kerja (Haughey, 2006).
Akibatnya, banyak negara telah mula membuat pelaburan yang tinggi dalam ICT bagi
menangani permintaan maklumat digital ini (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010).
Kemajuan teknologi berasaskan web bersama dengan pertumbuhan eksponen kebolehcapaian
internet telah membolehkan penggunaan meluas aplikasi-aplikasi berdasarkan web merentasi
banyak disiplin berbeza (Avci Yucel & Gulbahar, 2013). Peranan penting ICT boleh dilihat
dalam memajukan pengetahuan dan sebagai satu ilmu wajib untuk fungsi berkesan dalam dunia
moden (Adeyemi & Olaleye, 2010; Trilling & Fadel, 2009). Maka, tenaga kerja berpengetahuan
amat penting untuk kekal kompetitif kerana keadaan sistem pendidikan hari ini ialah ramalan
terbaik daya saing Malaysia untuk hari esok (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013b).
Integrasi TMK dalam pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran (PdP) sebagai satu norma
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

452 | MEDC 2018

di setiap sekolah merupakan satu initiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang patut
dibanggakan. Usaha berterusan ke arah pelaksanaan inovasi ini berkait rapat dengan
peningkatan kemahiran TMK guru di seluruh negara.
Sistem pendidikan cuba untuk menyemai kemahiran ICT dalam kaedah-kaedah
berkesannya bagi membolehkan guru dan pelajar mengakses dan menimba ilmu. Pengajaran dan
pembelajaran tidak boleh berlaku dengan cara yang mudah seperti dalam amalan lama. Lantaran
itu ICT mempunyai satu peranan yang sangat besar dalam memastikan guru dan pelajar
mendapat pengetahuan. Selain pedagogi, ICT menembusi sistem pengurusan pendidikan.
Hierarki dalam pengurusan pendidikan dari pengurusan pendidikan persekutuan ke pengurusan
sekolah memerlukan kemajuan teknologi terbaru dalam merancang, mengelola, mengetuai dan
mengawal organisasi pendidikan. Hubungan antara stakeholder dan sekolah boleh dibina
melalui saluran komunikasi yang lebih baik. Maka, ICT ialah alat terbaik untuk komunikasi
dalam kalangan mereka. Penilaian dan output sekolah adalah perlu untuk wawasan masa depan
sekolah. Dalam sekolah, guru ialah sempadan hadapan yang memerlukan maklumat terkini dan
kemahiran untuk pendidikan lebih baik bagi generasi akan datang. Maka, ianya memerlukan
perkembangan profesional guru dalam pengetahuan pengajaran dan teknologi. Oleh kerana itu,
Kementerian Pengajian Tinggi (2010) telah melaksanakan pemulihan jarak jauh kepada
sekolah-sekolah, universiti dan institusi pengajian tinggi lain, kemahiran dan kecekapan
mengurus gelombang IT. Sistem pendidikan turut meletakkan IT interaktif dalam teras
pengajaran dan pembelajaran serta proses pengurusan. Dipercayai bahawa kebanyakan dari
sekolah-sekolah di setiap negeri mempunyai sumber-sumber teknologi maklumat, walaupun
kawasan-kawasan sangat pendalaman atau pulau-pulau terpencil. Namun begitu, tidak diketahui
berapa sumber dan kemudahan yang digunakan dalam menjadikan ICT sebagai alat untuk
menyatupadukan pengajaran dan pembelajaran serta bagaimana kemudahan-kemudahan ini
membantu pengurusan sekolah meningkatkan kualiti pendidikan. Maka adalah penting untuk
melihat penggunaan ICT antara guru dan pengetua-pengetua dalam memudahkan inovasi dalam
pendidikan.
Walaupun nilai teknologi di dalam bilik darjah menimbulkan isu dan pendebatan dalam
kalangan ahli teknologi pendidikan (Grove, Strudler & Odell, 2004), teknologi telah dibuktikan
sebagai alat yang mampu meningkatkan produktiviti, menambahkan motivasi, menyokong
pengajaran secara tidak langsung, menjadikan pengajaran yang bersifat unik, dan meningkatkan
literasi maklumat (Roblyer & Schwier, 2003). Kajian oleh Backer dan Anderson (2001)
terhadap tahap penggunaan teknologi dalam kalangan guru dan pelajar mendapati hampir 71
peratus daripada guru dilaporkan tidak menggunakan teknologi terhadap pelajar-pelajar mereka
sebaliknya mereka menggunakan teknologi untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk tujuan
PdPc, tetapi kekerapan penggunaan teknologi berkait rapat dengan keperluan harian mereka,
misalnya 61% menggunakan teknologi untuk menyediakan nota mingguan dan untuk
menyimpan rekod dan penggredan markah. Kajian Mathews dan Guarino (2000) mendapati
penggunaan teknologi itu bukanlah berdasarkan satu konsep sahaja tetapi teknologi digunakan
oleh guru-guru untuk persediaan bahan-bahan kelas, pelaporan kehadiran, pemprosesan kata
dan bagi menjelaskan konsep atau kaedah-kaedah untuk latih tubi dan latihan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Laura (2004) penggunaan teknologi oleh guru adalah
untuk membuat persediaan dan penyampaian instruksi serta mencipta sesuatu produk dan bahan
pengajaran dan pembelajaran. Didapati tidak ramai pemimpin sekolah mengetahui bahawa
teknologi boleh menjadi pemangkin kepada perubahan amalan pendidikan dan pedagogi ke arah
yang lebih konstruktif. Penggunaan teknologi dikatakan dapat menghasilkan daya transformasi
yang berkuasa di dalam pengajaran dan pembelajaran (Sandholz, Ringstaff, & Dwyer, 1997;
Roschelle,Hoadly,Gordin, & Cara,2000). Penggunaan teknologi dalam bilik darjah sepatutnya
untuk melahirkan gaya instruksi berfokuskan pelajar yang lebih konstruktif dan mengenepikan
kaedah instruksi tradisional (sering dipanggil transmisi). Cuban, Krikpatrick dan Beck (2001)
mendapati bahwa penggunaan teknologi menggalakkan guru-guru untuk mengubah gaya
instruksi mereka. Oleh itu terdapat beberapa sebab mengapa pemimpin pendidikan perlu tahu
tentang teknologi dan menggunakannya dalam instruksi serta menjadi pemimpin kepada
perkembangan teknologi. Pemimpin juga berperanan untuk menyediakan pelajar ke arah
masyarakat berteknologi selaras perkembangan era digital iaitu menyediakan pelajar yang
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

453 | MEDC 2018

kompeten dalam penggunaan teknologi serta menyediakan suasana pembelajaran yang lebih
efektif dan efisyen.
Dalam hal ini, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan telah membuat satu peluasan
dasar yang penting iaitu menjadikan aspek kepimpinan pengetua sekolah di Malaysia sebagai
suatu aspek yang penting dalam memastikan kejayaan agenda-agenda kerajaan seperti Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan yang terkini
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menggariskan sebelas anjakan terutama
anjakan ke lima iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
dan anjakan ke tujuh iaitu memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran.
Pengetua mesti menetapkan wawasan dan matlamat teknologi dalam sekolah. Pengetua
berupaya membawa "sepanduk" wawasan sekolah dan memperkenalkan wawasan tersebut di
seluruh sekolah (Grady & LeSourd, 1989-1990; LeSourd & Grady, 1989-1990; LeSourd, Tracz,
& Grady, 1992). Semua yang bekerja dalam sekolah berusaha untuk mencapai wawasan. Dalam
peranan maya, pengetua-pengetua mewujudkan satu konteks bagi teknologi dalam sekolah dan
faham bagaimana teknologi boleh digunakan untuk menstruktur semula suasana pembelajaran
dan memberi kuasa kepada guru dan pelajar untuk menghasilkan output teknologi pintar.
(Brockmeier, Sermon, & Hope, p. 46). Pengetua-pengetua mesti menggunakan kepimpinan
sebagai penggerak dan mewujudkan perasaan segera bertindak serta berwawasan dan
mempunyai perancangan strategik (Teknologi & Learning, n.d., p. 4).

Pernyataan Masalah

Sistem sekolah mempunyai akses kepada lebih banyak data dari biasa berbanding sebelum ini
tetapi kebanyakan guru dan pemimpin sekolah tidak mempunyai kemahiran menggunakan data
tersebut untuk pelajar dan penambahbaikkan sekolah (Murray, 2013). Disamping itu, jurang
antara tahap tinggi perbelanjaan bagi teknologi pendidikan dan jangkaan pulangan dalam
penambahbaikan sekolah masih menjadi agenda pendidikan global dan diperdebatkan dengan
hebat (Leong, 2010; Lu, 2013; Wahdain & Ahmad, 2014). Walaupun usaha berterusan diambil
untuk meningkatkan kemahiran ICT guru di semua sekolah dalam konteks Malaysia
(Sathiamoorthy, Leong, & Mohd Jamil, 2011), namun penggunaan ICT di sekolah tidak
memenuhi keperluan jangkaan dalam soal kuantiti dan kualiti (Fong, Ch 'ng, & Por, 2013). Ini
menunjukkan bahawa pelaburan dan dasar dalam meningkatkan penggunaan ICT tidak
dianggap sebagai perkara penting dan berguna oleh guru (Haydn & Barton, 2008). Dalam kajian
yang dijalankan oleh Sathiamoorthy (2000) terhadap kemampuan mengurus integrasi komputer
dalam kalangan guru-guru Sekolah Bestari, didapati bahawa sebanyak 9.8% daripada 205 guru
yang dikaji tidak mempunyai kemampuan dalam merancang integrasi komputer dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini menunjukkan bahawa kemampuan dan kesediaan
guru dalam menggunakan teknologi semasa seperti komputer, cakera padat dan seumpamanya
berada pada tahap yang tinggi. Dalam pada itu, kajian yang dilakukan oleh Wan Noraini (2002)
juga melihat kemahiran guru terhadap penggunaan komputer, sebanyak 42% daripada 40 orang
guru yang dikaji tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap penguasaan dan
penggunaan teknologi CD/DVD dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Chen (2004) dan Wachira dan Keengwe (2011) melihat terdapat pertambahan peralatan
komputer dan teknologi pendidikan disediakan di sekolah, namun tinjauan mendapati guru
dengan konsisten menolak dalam penggunaan teknologi pendidikan. Berdasarkan dapatan
kajian MOE pada 2010, pelajar melihat hanya satu pertiga daripada guru mereka menggunakan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan lebih kurang 80 peratus daripada guru
didapati meluangkan kurang daripada sejam satu minggu menggunakan ICT walaupun ICT
sangat berpotensi mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun
potensi sebegini belum lagi dicapai (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012a). Tambahan
pula, berdasarkan Maklumbalas Report Ketua Audit Negara 2013, Siri 3 (Kementerian
Kewangan, 2014), tahap penggunaan Virtual Learning Environment (VLE) antara guru-guru
Malaysia sangat rendah, dalam lingkungan 0.57 peratus hingga 4.69 peratus.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

454 | MEDC 2018

Kajian-kajian lampau menunjukkan ramai pemimpin sekolah mempunyai tahap


pengetahuan dan kemahiran teknologi ICT yang rendah (Sathiamoorthy 2013) dan sederhana
(Sabariah dan Rohani 2006; Rossafri dan Balakrishnan 2007; Kartini 2007; Rusnah 2007; Mohd
Jamil 2011; Leong 2010; Mohd Izham et al. 2010; Sathiamoorthy, Sailesh dan Zuraidah 2012;
Zamri & Rusmini 2008; Mohd Izham et al. (2014). Selain itu, kajian turut mendapati para
pemimpin sekolah juga berasa tidak selesa menjadi seorang pemimpin teknologi dan tidak pasti
tentang keberkesanan kepimpinan teknologi dalam meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran (Rossafri dan Balakrishnan 2007). Oleh yang demikian, pengetua perlu meneroka
dan menguasai pengetahuan serta kemahiran baharu serta peka terhadap perubahan dalam
teknologi terkini. Walaupun beberapa kajian telah dijalankan berkaitan dengan kepimpinan
teknologi, namun secara relatifnya masih kurang kajian tentang bagaimana amalan kepimpinan
tersebut mempengaruhi kompetensi ICT guru. Dalam menganalisis amalan kepimpinan
pengetua, beberapa penyelidik dalam dan luar negara seperti Chen (2004); Murphy, Goldring
dan Porter (2006); Azlin (2006); Hallinger (2008); Mumtaz (2008); Schultz dan Wong (2008);
Bity Salwana (2009); KPM (2010); Shariffah (2012) berpendapat bahawa faktor demografi
pengetua seperti jenis sekolah dan lokasi adalah faktor utama yang memberi kesan terhadap
amalan atau gaya kepimpinan seorang pengetua ketika mentadbir sekolah.
Berdasarkan Sathiamoorthy et. al (2011), apabila pengetua-pengetua mengenali
peranan mereka dalam kepimpinan teknologi, mereka boleh dengan mudah menyediakan
sekurang-kurangnya 30 peratus perubahan dan peningkatan dalam kemahiran ICT guru. Jika
pengetua-pengetua semakin sedar pelbagai dimensi kepimpinan teknologi sepanjang mana
mereka boleh menyumbang, mereka boleh melakukan lebih banyak untuk pembangunan
kemahiran ICT guru. Dengan kata lain , apabila pengetua sekolah bersedia memainkan peranan
mereka sebagai peneraju teknologi maka guru akan dipengaruhi secara positif dan menyokong
untuk menerima penyepaduan teknologi. Bagaimanapun , pengetua-pengetua tidak sedar
peranan mereka sebagai peneraju teknologi dan boleh dikatakan tidak membuat apa-apa
mengenainya (Sathiamoorthy, Sailesh, & Zuraidah, 2012). Wilmore and Betz (2000) mendapati
kajian terhad telah dikendalikan terhadap peranan pengetua dalam pelaksanaan ICT di sekolah.
Malaysia, menjadi sebuah negara membangun, ketinggalan di belakang yang maju dalam soal
jumlah kajian mengenai isu ini (Sathiamoorthy et al., 2011). Dawson and Rakes (2003),
berpendapat tidak kira berapa banyak latihan yang diterima oleh guru-guru untuk menyediakan
mereka dengan penggunaan teknologi dalam bilik-bilik darjah namun tanpa sokongan dan
kepimpinan pengetua, mereka tidak akan berjaya. Lantaran, menjadi keperluan untuk peneraju
teknologi di sekolah itu dan peringkat daerah menyertai peluang-peluang pembangunan
professional.
Berdasarkan masalah dan keperluan yang dinyatakan, maka kajian berkaitan teknologi
dan kepimpinan ini mesti diteruskan bagi memastikan kepimpinan teknologi berupaya dan
berperanan dalam membuat anjakan dan perubahan di sekolah terutama dalam meningkatkan
kompetensi ICT dalam kalangan guru. Penyelidik akan menyiasat hubungan antara amalan-
amalan kepimpinan teknologi pengetua dan kecekapan ICT guru di sekolah-sekolah menengah
kebangsaan di Seremban dan Kuala Pilah berdasarkan lokasi sekolah.

Kerangka Konseptual Kajian

Kepimpinan adalah elemen utama untuk menentukan kejayaan reformasi dan inovasi
pendidikan. Dalam memastikan penggunaan teknologi yang berkesan dalam program
pengajaran sekolah, kepimpinan yang tinggi perlu disediakan di kedua-dua sekolah dan
peringkat daerah (Cory, 1990). Mengintegrasikan teknologi pendidikan dalam pengajaran bilik
darjah memerlukan perubahan asas kepada model sekolah semasa (Kinnaman, 1994), dan
pengetua berkesan mesti menjadi model kepimpinan teknologi (Ross, 1993). Pengetua adalah
pemain utama dalam proses perubahan pendidikan (Ross & Bailey, 1996) dan perlu tahu
kepentingan pengurusan sekolah berkesan dan penambahbaikan pengajaran di bilik darjah
(MacNeil & Delafield, 1998). Oleh itu, kemahiran kepimpinan teknologi pengetua adalah paling
utama untuk keperluan semasa pendidikan awam. Pemimpin sekolah berperanan
sebagai peneraju teknologi dan standard yang ditetapkan International Society for
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

455 | MEDC 2018

Technology dalam Pendidikan (ISTE) boleh digunakan sebagai satu penanda


aras kepada pengetua. National Educational Technology Standards for Administrators (NETS-
A) 2009 ialah satu set piawaian yang mendapat pengiktirafan meluas dari seluruh dunia dan
banyak digunakan oleh institusi pendidikan pelbagai peringkat (ISTE, 2009; Morphew, 2012).
Di bawah National Educational Technology Standards (NETS•A) and Performance Indicators
for Administrators, pengetua perlu mempunyai 5 kriteria iaitu kepimpinan berwawasan,
budaya pembelajaran era digital, kecemerlangan dalam amalan profesional, penambahbaikkan
menyeluruh dan warga digital.
Manakala kompetensi ICT guru diukur menggunakan model keefektifan guru The ISTE
NETS and Performance Indicators for teachers berdasarkan 5 kriteria iaitu membantu dan
memberi inspirasi kepada pembelajaran pelajar dan kreativiti, mereka bentuk dan
membangunkan era digital melalui pengalaman dan penilaian pembelajaran, model kerja era
digital dan pembelajaran, mempromosi dan bertanggunjawab sebagai model warga digital dan
melibatkan diri dalam pertumbuhan professional dan kepimpinan.
Persatuan Antarabangsa bagi Teknologi dalam Pendidikan (ISTE) telah giat mengkaji
masalah pengasingan teknologi dan telah mengeluarkan satu set standard teknologi guru untuk
disemak semula. Ianya dibentuk melalui proses yang ketat dan dikendalikan oleh pakar yang
berkaitan, NETS-T Project (Standard Teknologi Pendidikan Kebangsaan untuk Guru) dengan
jelas menerangkan perkara yang guru yang perlu tahu dan harus dapat melakukan dengan
teknologi dalam konteks kecekapan yang lebih luas.

Kepimpinan berwawasan
Kepimpinan Teknologi Pengetua

Budaya Pembelajaran Era


Digital
Kompetensi ICT Guru
Kecemerlangan Amalan
Profesional

Penambahbaikkan
Menyeluruh

Warga Digital

Model Kerangka Konseptual Kajian

Tujuan Kajian

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan teknologi dan
melihat perbezaan amalan kepimpinan teknologi dalam kalangan pengetua berdasarkan lokasi
sekolah serta hubungan antara kepimpinan teknologi dengan kompetensi ICT guru-guru sekolah
menengah kebangsaan di daerah Seremban dan Kuala Pilah. Lokasi sekolah yang dipilih adalah
sekolah-sekolah dalam kategori sekolah luar bandar yang terdapat di Kuala Pilah manakala
sekolah-sekolah dalam kategori bandar adalah bagi sekolah-sekolah yang berada di Seremban.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

456 | MEDC 2018

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menyiasat tahap amalan-amalan kepimpinan teknologi pengetua dan
melihat perbezaan amalan kepimpinan teknologi pengetua berdasarkan lokasi sekolah dan
hubungan antara kepimpinan teknologi terhadap kompetensi ICT guru di sekolah-sekolah
menengah kebangsaan di Seremban dan Kuala Pilah. Objektif kajian ini ialah seperti berikut:

1. Mengenal pasti tahap amalan kepimpinan teknologi pengetua melalui dimensi


kepimpinan berwawasan; budaya pembelajaran era digital; kecemerlangan amalan
profesional; penambahbaikan menyeluruh dan warga digital.
2. Mengenal pasti perbezaan tahap amalan kepimpinan teknologi pengetua melalui
dimensi kepimpinan berwawasan; budaya pembelajaran era digital; kecemerlangan
amalan profesional; penambahbaikan menyeluruh dan warga digital berdasarkan lokasi
sekolah.
3. Mengenal pasti hubungan antara kepimpinan teknologi pengetua dan kompetensi ICT
guru di sekolah menengah dalam daerah Seremban dan Kuala Pilah.

Persoalan Kajian

1. Apakah tahap amalan kepimpinan teknologi pengetua melalui dimensi kepimpinan


berwawasan; budaya pembelajaran era digital; kecemerlangan amalan profesional;
penambahbaikan menyeluruh dan warga digital?
2. Apakah perbezaan tahap amalan kepimpinan teknologi pengetua melalui dimensi
kepimpinan berwawasan; budaya pembelajaran era digital; kecemerlangan amalan
profesional; penambahbaikan menyeluruh dan warga digital berdasarkan lokasi
sekolah?
3. Adakah terdapat hubungan antara kepimpinan teknologi pengetua dan kompetensi ICT
guru di sekolah menengah dalam daerah Seremban dan Kuala Pilah?

Hipotesis Kajian

Ho1: Tiada perbezaan tahap amalan kepimpinan teknologi pengetua melalui dimensi
kepimpinan berwawasan; budaya pembelajaran digital; kecemerlangan amalan
professional; penambahbaikan menyeluruh dan warga digital berdasarkan lokasi
sekolah.
H1: Terdapat perbezaan tahap amalan kepimpinan teknologi pengetua melalui dimensi
kepimpinan berwawasan; budaya pembelajaran digital; kecemerlangan amalan
professional; penambahbaikan menyeluruh dan warga digital berdasarkan lokasi
sekolah.
Ho2: Tiada hubungan antara amalan-amalan kepimpinan teknologi dan kompetensi ICT guru
di sekolah-sekolah menengah daerah Seremban dan Kuala Pilah.
H2: Terdapat hubungan antara amalan-amalan kepimpinan teknologi dan kompetensi ICT
guru di sekolah-sekolah menengah daerah Seremban dan Kuala Pilah.

Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan dalam kalangan pengetua dan guru-guru sekolah menengah kebangsaan
dalam daerah Seremban dan Kuala Pilah sahaja.

Kepentingan Kajian

Walaupun terdapat beberapa kajian yang dijalankan berkaitan kepimpinan teknologi dan
kompetensi ICT guru, pengkaji masih merasakan perlunya kajian seperti ini diteruskan
memandangkan bilangan kajian yang masih kurang sedangkan permintaan penggunaan
teknologi di sekolah terus berada pada tahap yang tinggi. Kajian ini adalah penting dalam
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

457 | MEDC 2018

menyiasat tentang amalan kepimpinan teknologi pengetua dalam mempengaruhi kompetensi


ICT dalam kalangan guru. Amalan kepimpinan teknologi pengetua yang terdiri daripada
kepimpinan berwawasan, budaya pembelajaran era digital, kecemerlangan amalan professional,
penambahbaikkan menyeluruh dan warga digital yang diurus secara efektif akan meningkatkan
kompetensi ICT guru. Sekiranya pengetua memainkan peranan sebagai pemimpin teknologi
dan berjaya mempengaruhi kompetensi ICT dalam kalangan guru-guru, ianya sudah pasti
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran murid di dalam kelas khususnya dan
kecemerlangan dunia pendidikan amnya.

Definisi Operasional

i. Kepimpinan Teknologi Pengetua

Kepimpinan teknologi merujuk kepada keupayaan dan daya pengaruh pemimpin


membangunkan potensi dan kapasiti ahli organisasi iaitu guru dan pelajar seiring dengan
perubahan melalui penghasilan inovasi yang dapat membangunkan kecemerlangan dan
keberkesanan sekolah (Moktar 2011). Kepimpinan teknologi adalah kombinasi strategi dan
teknik yang umum kepada kepimpinan tetapi memerlukan perhatian yang khusus terhadap
teknologi, khususnya yang berkaitan dengan akses kepada peralatan, kemaskini teknologi dan
menyedari bahawa perkembangan profesional serta pengintegrasian teknologi adalah sentiasa
berubah mengikut perkembangan waktu dan zaman. Sebagai pemimpin kurikulum, pengetua-
pengetua atau guru besar perlu memahami bahawa fungsi ICT di sekolah bukan hanya untuk
mempromosi kearifan komputer, ianya adalah disebabkan teknologi dianggap sebagai
'gelombang masa depan'. Fungsi teknologi di sekolah adalah untuk mempertingkatkan
pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan kurikulum dan penilaian (Hong & Koh, 2002).
Pengetua-pengetua perlu menilai teknologi pendidikan sebagai satu penyelesaian masalah-
masalah pengajaran.
Peranan pengetua telah berkembang daripada menjadi seorang pengurus (Sharp &
Walter, 1994) kepada seorang pemimpin pengajaran dan kurikulum (Checkley, 2000; Cheng,
2004; Glatthorn, 2000; Huang, 2004; Wu, 2004 ) dan, yang mutakhir ini sebagai pemimpin
teknologi (Anderson & Dexter, 2005; Bailey & Lumley, 1994; Ford, 2000; Inkster, 1998;
Kadela, 2002; Matthews, 2002; McLeod, 2008; Scott, 2005; Seay , 2004; Stegall, 1998).
Kepimpinan teknologi sedang muncul dalam dunia kepimpinan pendidikan yang semakin
pelbagai. Sekolah berusaha untuk cemerlang dalam era maklumat dan keadaan ini memerlukan
pemimpin yang mahir dan berpotensi menangani kesulitan teknologi maklumat dan komunikasi.
Ramai penyelidik iaitu, Anderson & Dexter; Byrom & Bingham; Gibson; Martin, Gersick,
Nudell, & Culp) dan organisasi pendidikan (iaitu, National School Boards Foundation; the
United States Department of Education) mengambil perhatian bahawa kepimpinan yang kuat
adalah penting untuk berjaya memberi pembaharuan sekolah berasaskan teknologi (dipetik
dalam Hughes, McLeod, Dikkers, Brahier, & Whiteside, 2005) . Selain itu, pengetua sebagai
pemimpin teknologi mempunyai hubung kait yang kuat dengan pengintegrasian teknologi
pendidikan ke dalam kurikulum guru (Rogers, 2000). Kepimpinan teknologi adalah penting
untuk keberkesanan penggunaan teknologi (Anderson & Dexter, 2005), dan oleh kerana itu,
pengetua berperanan dalam usaha-usaha untuk mengubah dan menyediakan sekolah-sekolah
dan pelajar dengan permintaan maklumat era kepimpinan teknologi berkesan (Ross & Bailey,
1996). Seperti yang dinyatakan di atas, dalam era teknologi digital, kepimpinan teknologi kini
menjadi semakin penting. Oleh itu, dalam usaha mencapai matlamat utama untuk meningkatkan
kebolehan pelajar, pengetua berperanan untuk memudahkan pembaharuan sekolah harus
mempunyai kebolehan dalam kepimpinan teknologi. Kepimpinan teknologi berbeza dari teori
kepimpinan tradisional kerana ia tidak memberi tumpuan kepada ciri-ciri atau tindakan
pemimpin tetapi sebaliknya menekankan bahawa pemimpin perlu membangunkan, panduan,
mengurus dan menggunakan teknologi untuk operasi organisasi yang berbeza untuk
meningkatkan prestasi operasi. Dengan itu kepimpinan teknologi adalah sejenis amalan
kepimpinan fungsi berorientasikan (Chin, 2010). kemajuan dan penggunaan teknologi telah
diselitkan sebagai tenaga baru ke dalam reformasi pendidikan.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

458 | MEDC 2018

Pemeriksaan rancangan pembaharuan pendidikan baru di banyak negara menunjukkan


bahawa kepimpinan teknologi telah menjadi satu strategi penting untuk meningkatkan kualiti
akademik dan pencapaian pelajar. Mengambil Amerika Syarikat sebagai contoh, jabatan
pendidikan negeri-negeri telah menubuhkan akademi kepimpinan teknologi yang menggunakan
program pengajaran untuk memajukan profesionalisme teknologi pendidik. Tujuan ini adalah
untuk meningkatkan kecekapan pengajaran guru dan keberkesanan pembelajaran pelajar (Chang
& Tseng, 2005; ECS, 2001). The National Educational Technology Standards for
Administrators yang dibangunkan oleh International Society for Technology in Education
(ISTE) berfungsi sebagai panduan bagi pelaksanaan kepimpinan teknologi di setiap negeri.
Model standard kepimpinan teknologi yang dikemukakan oleh ISTE iaitu National
Educational Technology Standard-Administrators (NETS-A) 2009 bagi melihat amalan
kepimpinan teknologi pengetua di sekolah menjadi asas dalam kajian ini dan terdiri daripada
lima dimensi. Kepimpinan berwawasan ialah tahap pertama yang perlu dikuasai oleh pengetua
sekolah sebagai peneraju teknologi di sekolah. Berdasarkan standard ini, pengetua mesti
mempunyai satu wawasan untuk menyepadukan teknologi dan berkongsi dengan guru bagi
menyokong pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Lantaran itu, adalah menjadi
keperluan bagi pengetua untuk mempunyai perancangan teknologi strategik berterusan bagi
menyokong wawasan teknologi yang telah dicipta (ISTE, 2009). Seterusnya, bagi menampung
pelaksanaan wawasan dan rancangan strategik untuk teknologi sekolah, pelbagai jenis dasar,
program dan bantuan kewangan diperlukan. Standard kedua dalam kepimpinan teknologi ialah
budaya pembelajaran era digital. Standard ini memerlukan usaha pengetua mencipta satu
budaya era pengajian digital dalam mana pengetua harus menggalakkan pembelajaran berkesan
melalui peralatan teknologi yang mantap dan mencukupi. Selain itu , pengetua juga seharusnya
secara kerap menjadikan dirinya sebagai satu model bagi meningkatkan penggunaan teknologi
dalam pembelajaran (ISTE, 2009). Keperluan individu perlu dipenuhi dengan pelbagai
teknologi dalam proses pembelajaran dan pengetua juga perlu menyertai inovasi berfokuskan
komuniti pengajian setempat, kebangsaan dan global. Standard ketiga ialah kecemerlangan
amalan professional dalam mana pengetua seharusnya menumpukan usaha bagi pembangunan
profesional guru-guru. Atas keperluan itu, masa dan sumber mencukupi sepatutnya tersedia
untuk membolehkan guru meningkatkan kemajuan diri dalam teknologi profesional. Standard
ini melihat amalan pengetua dalam menggalakkan persekitaran pembelajaran profesional dan
inovasi kepada para pendidik dalam meningkatkan pembelajaran pelajar melalui teknologi
terkini dan sumber digital. Pengetua juga perlu melibatkan diri dengan penyelidikan pendidikan
berkaitan teknologi bagi membantu meningkatkan pembelajaran pelajar. Standard keempat ialah
penambahbaikkan menyeluruh. Standard ini menekankan keperluan pengetua bersama dengan
guru untuk mengumpul data, menganalisa data, mentafsirkan penemuan dan berkongsi
penemuan bagi meningkatkan prestasi guru dan pembelajaran pelajar. Pengetua juga perlu
menumpukan pada infrastruktur teknologi bagi menyokong pengurusan sekolah, operasi,
pengajaran dan pembelajaran (ISTE, 2009). Kewarganegaraan digital ialah standard kelima
dalam kepimpinan teknologi dalam mana seorang pengetua mempunyai satu tanggungjawab
untuk memastikan bahawa komuniti sekolah mempunyai akses sama rata kepada peralatan
digital. Pengetua merupakan role model dalam memudahkan pemahaman warga sekolah isu-isu
sosial, etika dan undang-undang serta hal yang berkaitan dengan budaya digital yang sentiasa
berubah-ubah serta penglibatan dalam isu global melalui alat-alat komunikasi digital yang
moden. Disamping itu pengetua juga perlu menggalakkan, memperagakan dan mewujudkan
dasar-dasar untuk penggunaan teknologi maklumat digital yang selamat, beretika dan sah.

ii. Kompetensi ICT Guru

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ialah pelbagai jenis peralatan teknologi dan sumber
yang digunakan untuk mewujud, menyebar, menyimpan, mengumpul, dan mengurus maklumat
dan berkomunikasi. Teknologi yang dimaksudkan merangkumi komputer, Internet, teknologi
penyiaran dan transmisi. ICT Dalam Pendidikan ialah penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan,
pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pembelajaran sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

459 | MEDC 2018

PdP membolehkan aktiviti PdP dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan
penggunaan sumber pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping
mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan murid. Dalam konteks pendidikan,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan untuk menyelesaikan masalah PdP dan
pengurusan dan pentadbiran (PdT) sekolah dengan menggabungkan kaedah dan teori pengajaran
dengan peralatan dan bahan teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet (e-mel, forum,
portal, laman wab), video telesidang atau instruksi berasaskan komputer. Literasi ICT seperti
kebolehan mengakses, mencari, memilih, menilai, menstruktur, membina dan menyusun
maklumat untuk tujuan PdP. Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang
mengaplikasikan kemajuan dan kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti pengajaran dan
pembelejaran di dalam bilik darjah. Menurut Abdul Rahim Mohd Saad(1996), abad ke 21
mengundang pelbagai cabaran dan perubahan berkaitan dengan keperluan pendidikan dan
latihan di sekolah, institusi pengajian tinggi, industri dan sektor perdagangan. Kewujudan
teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah meninggalkan impak yang kuat.
Penggunaan internet adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran mampu memberikan banyak
manfaat kepada guru khususnya dalam mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan internet ini juga mampu membentuk satu suasana
pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dalam mencapai setiap matlamat dan objektif
pengajaran dan pembelajaran yang telah dibentuk.
Kompetensi atau kecekapan telah didefinisikan sebagai "sifat-sifat peribadi (misalnya
kemahiran, pengetahuan, sikap) yang seseorang individu miliki atau perlu untuk memperolehi,
supaya menjalankan satu kegiatan dalam satu konteks tertentu, manakala prestasi boleh
merangkumi tahap kecekapan asas bagi peringkat tertinggi kecemerlangan" (Sampson and
Fytros, 2008). Mandl and Krause (2003) menentukan kompetensi atau kecekapan sebagai satu
sistem syarat untuk tindakan yang berjaya di sesetengah domain yang boleh dipengaruhi oleh
amalan dan pengajian. Berdasarkan Klein, Spector, Grabowski , dan de la Teja (2004),
kompetensi atau kecekapan ialah satu set pengetahuan berkaitan kemahiran dan sikap yang
membolehkan seseorang individu untuk menjalankan aktiviti dengan berkesan. Pendapat-
pendapat lazim menunjukkan maklumat dan teknologi komunikasi (ICT) itu boleh nyata sekali
meningkatkan pendekatan konstruktiviti dalam pendidikan (misalnya Zounek 2009; Molnár
2007). Penggunaan yang cekap membantu guru menggalakkan minat murid-murid dan aktiviti,
membolehkan mereka menjalin kerjasama, menemui pelbagai bentuk interaksi dan komunikasi.
Zounek (2009, p. 89) menyatakan sokongan pendidikan constructivistic oleh teknologi terkini
dalam perkara-perkara berikut (menyunting dan mempermudahkan). Menurut Fuentes (2007:
53), kecekapan adalah: Satu set pengetahuan, kemahiran, sikap, dan nilai-nilai yang diperlukan
untuk melakukan pekerjaan atau peranan yang produktif berkesan.
Kecekapan-kecekapan ICT berdasarkan menggunakan peralatan dan peralatan teknikal
untuk memindahkan pengetahuan. Mereka termasuk sebarang teknologi yang membantu
kepada menghasilkan manipulasi, menyimpan, berkomunikasi , dan /atau menyebarkan
maklumat. Ia bererti bahawa kompetensi ICT amat penting untuk meningkatkan komunikasi
dalam pengajian dan proses mengajar. Kompetensi ICT ialah satu set standard teknologi yang
mentakrifkan kemahiran dalam penggunaan teknologi komputer dalam bilik darjah. Kecekapan-
kecekapan terdiri daripada kumpulan kemahiran berkaitan komputer ke dalam empat bidang
umum: (1) Operasi Teknologi Asas, (2) Peribadi dan Professional Penggunaan Peralatan
Teknologi, (3) Sosial, Beretika , dan (4) isu-isu manusia , dan penggunaan teknologi seperti
arahan.
Kecekapan dalam ICT boleh diklasifikasikan sebagai: a) kecekapan teras celik digital,
yang berkaitan dengan penggunaan ICT dalam persembahan dan aktiviti bilik darjah, dan
melibatkan penggunaan alat-alat digital untuk mendapatkan maklumat, dan penggunaan dan
pembangunan bahan-bahan diperolehi daripada pelbagai sumber dalam talian; b) kecekapan
pelaksanaan, yang berkaitan dengan penggunaan kemahiran dan pengetahuan untuk membuat
dan menguruskan projek kompleks, menyelesaikan masalah dalam situasi dunia sebenar,
bekerjasama dengan orang lain, dan menggunakan rangkaian maklumat dan pakar; c) kecekapan
etika, yang berkaitan dengan penggunaan etika, undang-undang dan bertanggungjawab ICT
(UNESCO, 2008).
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

460 | MEDC 2018

iii. Sekolah Menengah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan (singkatannya SMK atau Sek. Men. Keb) merujuk kepada jenis
sekolah awam milik kerajaan di Malaysia. Sekolah jenis ini dihadiri pelajar dari tingkatan satu
hingga enam, dan ada yang perlu berada di kelas peralihan. Sekolah Menengah Kebangsaan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan utama kerana bahasa Melayu
merupakan bahasa Kebangsaan Malaysia manakala bahasa Inggeris ialah satu subjek wajib di
semua sekolah. Pendidikan menengah berlangsung selama lima tahun, merujuk daripada
tingkatan satu kepada tingkatan lima. Tingkatan satu sehingga tingkatan tiga diketahui sebagai
Menengah Rendah, manakala tingkatan empat dan lima adalah Menengah Atas. Kebanyakan
pelajar yang telah menamatkan pendidikan rendah layak ke tingkatan satu di sekolah menengah.
Murid dari sekolah rendah jenis kebangsaan mempunyai syarat tambahan mendapatkan gred C
minimum dalam Bahasa Melayu tertakluk dalam UPSR dan sekiranya tidak mencapai tahap
tersebut mereka perlu menghadiri kelas peralihan selama setahun, sebelum bergerak ke
tingkatan satu.
Terdapat 87 buah sekolah menengah kebangsaan di Negeri Sembilan. Daripada jumlah
tersebut, terdapat 38 buah sekolah menengah kebangsaan di Seremban, manakala sebanyak 10
buah sekolah menengah kebangsaan terdapat di daerah Kuala Pilah. Kebanyakan sekolah
menengah di Seremban adalah termasuk dalam kategori sekolah Bandar manakala 4 buah
sekolah menengah di Kuala Pilah adalah dalam kategori sekolah luar Bandar.

TINJAUAN LITERATUR

Kepimpinan teknologi menjadi satu bidang yang telah menarik minat ramai pengkaji sejak
kebelakangan ini (Hadjitthomo-Garstka 2011). Antara kajian berkaitan amalan kepimpinan
teknologi ialah kajian Anderson dan Dexter (2005); Kozloski (2006); Gosmire & Grady (2007);
Albion (2009); Tan (2010) dan Metcalf (2012). Secara keseluruhan kajian lampau mendapati
pemimpin teknologi merupakan salah satu faktor penting dalam mengintegrasikan teknologi di
sekolah (Albion 2009; Anderson dan Dexter 2005 dan Metcalf 2012). Mereka mendapati
bahawa faktor kepimpinan memberikan kesan yang mendalam terhadap hasilan teknologi dan
tahap penggunaan teknologi.
Seterusnya, dari perspektif peranan pula, Gosmire & Grady (2007); Kozloski (2006)
dan Tan (2010) mendapati bahawa kepimpinan teknologi lebih cenderung untuk dikaitkan
dengan pengetua sekolah sebagai pemimpin utama dalam perubahan yang berkaitan dengan
teknologi. Selain itu, kajian berkaitan kepimpinan teknologi, komputer, pengintegrasian ICT
dan penggunaan teknologi ICT dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah ialah kajian yang
dijalankan oleh Mohd Izham et al. (2010), Kamala (2008) dan Rusnah (2007) mendapati wujud
amalan kepimpinan dalam integrasi ICT di sekolah-sekolah menengah di Negeri Sembilan.
Walaupun demikian, kajian Mahizer, Yusup dan Ismail (2015), Kamala (2008) dan Rusnah
(2007) mendapati tahap kepimpinan teknologi pentadbir berada pada tahap sederhana tinggi dan
sederhana.
Tuntutan masyarakat telah memaksa pemimpin di sekolah khasnya pengetua melakukan
pelbagai strategi dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan. Ini bertepatan dengan
penyataan Hallinger (2009); Hazura (2009), Lokman, Rojiehan dan Hamidon (2009); Luo
(2008); Reeves (2006); dan Rubaiyah (2006) iaitu kajian-kajian terdahulu menyokong kuat
dengan mengatakan bahawa kepimpinan pengetua atau guru besar merupakan pemangkin
kepada kejayaan dan kecemerlangan prestasi pelajar.
Guru harus menunjukkan sikap terbuka dan melaksanakan pengintegrasian ICT dalam
pendidikan. Menurut Anderson (2010),sikap positif guru terhadap komputer sebagai petunjuk
yang baik sahaja tidak mencukupi untuk menggambarkan bahawa ICT akan digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Dalam kes di Malaysia, Naresh, Raduan dan
D’Silva (2008), melaporkan bahawa penggunaan ICT dalam PPSMI untuk menyokong aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah adalah pada tahap sederhana. Namun tahap
penggunaan ICT guru dalam urusan pentadbiran adalah tinggi. Hal ini dapat disahkan bahawa
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

461 | MEDC 2018

kebanyakan guru sekolah di negara ini hanya berkemahiran dalam aplikasi perisian MS Word
dan internet (Chong, Sharaf & Jacob,2005; Samuel & Bakar, 2006). Gaya penggunaan ini
disifatkan sebagai pembaziran kerana menurut Nor Azilah dan Mona (2006), komputer
digunakan sebagai glorified typewriter semata-mata oleh guru dalam perkhidmatan. Taburan
penggunaan ICT untuk pengajaran oleh guru telah dilaporkan dalam kajian Chong, Sharaf dan
Jacob (2005) bahawa dikalangan guru terdapat kira-kira 39.6% tidak menggunakan ICT sama
sekali, 32.1% tidak selalu menggunakan ICT, 22.6% hanya mengintegrasikan ICT dalam unit
pelajaran tertentu sahaja dan hanya 5.7% sahaja dapat melakukan pengintegrasikan ICT
sepenuhnya. Fong dan Ng(2005)mendapati bahawa guru hanya kompeten menggunakan ICT
sebagai alat untuk persembahan.

METODOLOGI KAJIAN

Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem yang merangkumi
kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Maksud lain
metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan sistem. Metodologi juga
bermaksud ilmu tentang metode atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian tertentu
untuk mencapai tujuan tertentu. Penyelidikan pula ditakrifkan sebagai perbuatan menyelidik,
pemeriksaan, penyelidikan dengan teliti dan cermat (Dr. Tengku Iskandar, 1996). Metodologi
kajian merupakan salah satu cara untuk mengadun dan menstruktur setiap maklumat yang
diperolehi mengikut ketetapan yang telah ditetapkan. Penyelidikan dilakukan dengan mengikut
langkah-langkah tertentu yang telah diatur khas bagi menghasilkan maklumat-maklumat bersifat
terkini. Secara keseluruhannya metodologi merupakan satu kaedah atau cara yang dapat
mengawal maklumat yang diperolehi bagi sesebuah penyelidikan.
Metodologi kajian adalah penting supaya penyelidikan yang dijalankan mempunyai
kaedah yang paling sesuai dan berkesan dalam menjawab permasalahan kajian. Menurut
Othman (2001) dan Hamidah (2007) menyatakan metodologi sebagai suatu prosedur yang
sistematik dalam menggabungkan pendekatan kajian serta analisis data bagi memastikan
prestasi penyelidikan dapat dicapai dengan sempurna. Oleh itu, kaedah kajian yang dirangka
adalah melibatkan reka bentuk kajian, subjek atau sampel kajian, instrumen kajian, prosedur
kajian, prosedur pengambilan data serta prosedur penganalisisan data.

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian merupakan satu tatacara pengolahan data yang dipungut berdasarkan
perancangan khusus dan sistematik terhadap konsep pembentukan rangkaian hubungan antara
pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu kajian (Kerlinger 1970).Kajian ini
menggunakan kaedah penyelidikan bukan eksperimental iaitu kajian tinjauan berbentuk
kuantitatif.. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Tinjauan adalah pendekatan
deskriptif yang digunakan dengan meluas dalam bidang penyelidikan bagi mengumpul data dan
maklumat ( Azizi Yahaya 2007). Menurut Finik (1995), tinjauan adalah satu sistem mengumpul
data untuk menghurai, membandingkan atau menjelaskan pengetahuan, sikap dan amalan serta
tingkah laku.
Pengutipan data menggunakan kaedah kuantitatif melalui tinjauan borang soal selidik.
Kaedah tinjauan adalah cara yang baik untuk mengutip maklumat dengan jumlah yang banyak
daripada ramai responden walaubagaimanapun kekurangan kaedah ini ialah ia terbatas kepada
borang soal selidik untuk mengutip data (Cherry, 2015; Schmitz, 2012). Menurut Sulaiman
Masri (2003), reka bentuk penyelidikan ialah perancangan yang menentukan cara penyelidikan
yang dijalankan untuk menemukan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yang telah
ditetapkan pada bab I.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kepimpinan teknologi pengetua
sebagai pembolehubah bebas dan kompetensi ICT guru sebagai pemboleh ubah bersandar.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

462 | MEDC 2018

Maka, kaedah kajian kuantitatif digunakan bagi menjelaskan bagaimana satu pemboleh ubah
menjejaskan satu lagi (Creswell, 2014) atau wujudkan hubungan antara pembolehubah
(Fraenkel, Wallen, & Hyun, 2011). Populasi disasarkan untuk kajian ini dikandung semua guru-
guru sekolah harian di Seremban dan Kuala Pilah.

Subjek kajian

Populasi kajian ialah pengetua dan guru-guru di sekolah menengah kebangsaan di Seremban
dan Kuala Pilah. Menurut Krejcie dan Morgan (dlm Wiersma 2000) semakin besar saiz populasi
semakin besar pula saiz dan nisbah sampel yang diperlukan untuk mewakili populasi tersebut.
Beliau telah memberikan satu panduan bagi menentukan jumlah sampel yang sesuai dalam
sesebuah kajian. Sampel seramai 384 orang adalah mencukupi untuk populasi 100,000 orang
dan seterusnya. Neuman (2000) juga menyatakan bahawa 300 orang subjek (lebih kurang 30
peratus) daripada populasi yang berjumlah 1000 orang adalah mencukupi untuk mendapat
ketepatan yang sesuai dalam sesebuah kajian. Manakala menurut Wiersma (2000) pula
menyatakan bahawa saiz sampel antara 200 - 500 responden adalah memadai untuk
menjalankan sesebuah kajian. Bagaimanapun, untuk tujuan kajian ini pengkaji tidak mengambil
kira nisbah pengambilan subjek kajian seperti yang dicadangkan oleh pakar-pakar tersebut,
kerana kajian ini tidak bertujuan untuk membuat generalisasi kepada seluruh populasi guru di
Malaysia.

Sampel Kajian

Populasi kajian terdiri daripada pengetua dan guru-guru sekolah harian iaitu sekolah menengah
kebangsaan di Seremban dan Kuala Pilah.

Lokasi Kajian

Lokasi kajian lapangan yang dijalankan dalam kajian ini ialah di Sekolah Menengah
Kebangsaan. Sekolah yang dipilih adalah sekolah menengah harian yang terdiri daripada
sekolah menengah kluster, sekolah berprestasi tinggi dan sekolah harian biasa.

Instrumen kajian

Data dikumpulkan dengan menggunakan satu set soal selidik berdasarkan komposit ISTE
Piawaian A (2009).. Instrumen terdiri daripada pembolehubah demografi responden, amalan
kepimpinan teknologi utama, dan kompetensi ICT guru. Maklumat demografi guru adalah
jantina, kumpulan umur, pengalaman mengajar, jawatan, tahap pendidikan tertinggi, lokasi
sekolah dan pengalaman dalam menggunakan komputer.
Amalan kepimpinan teknologi pengetua diukur berdasarkan lima dimensi komposit
ISTE Piawaian A (2009). Instrumen ini telah dibangunkan berdasarkan unsur dalam ISTE
Standards A (2009) sebagai garis panduan amalan kepimpinan yang terbahagi kepada lima
dimensi yang diukur mengikut skala penarafan berangka. Kedudukan skala likert daripada
nombor 1 hingga 5 digunakan untuk mengukur persepsi guru terhadap amalan kepimpinan
teknologi utama. Perincian skala adalah berdasarkan skala 1 sangat tidak setuju, skala 2 tidak
setuju, skala 3 kurang setuju, skala 4 setuju dan skala 5 sangat setuju. Penyelidik memilih skala
penarafan berangka ini kerana ia menyediakan tahap tertinggi ketepatan pengukuran,
membenarkan semua operasi matematik yang akan dilaksanakan (Hair, Black, Babin, &
Anderson, 2010).
Kompetensi ICT guru diukur mengikut Piawaian ISTE • T (2008). Piawaian ISTE • T
adalah satu standard untuk menilai pengetahuan dan kemahiran yang pendidik yang mana perlu
belajar, bekerja dan mengajar dalam dunia digital. Standard ini terdiri lima dimensi iaitu: (i)
Membantu dan memberi inspirasi kepada pembelajaran pelajar dan kreativiti; (ii) Mereka
bentuk dan membangunkan era digital melalui pengalaman dan penilaian pembelajaran; (iii)
Model kerja era digital dan pembelajaran; (iv) Promosi dan model warga digital dan
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

463 | MEDC 2018

tanggungjawab dan (v) Perkembangan profesional dan kepimpinan. Penarafan adalah


berdasarkan skala likert daripada nombor 1 hingga 5 digunakan untuk mengukur tahap
kompetensi guru. Perincian skala adalah berdasarkan skala 1 Sangat tidak setuju, skala 2 Tidak
setuju, skala 3 Kurang setuju, skala 4 Setuju dan skala 5 Sangat setuju.

Borang Soal Selidik

Soal selidik ini terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C.
Soal selidik ini mengandungi 47 item soalan.

i. Bahagian A
Bahagian ini adalah mengenai maklumat demografi atau butiran peribadi responden.
Maklumat demografi guru adalah jantina, kumpulan umur, pengalaman mengajar,
jawatan, tahap pendidikan tertinggi, lokasi sekolah dan pengalaman dalam
menggunakan komputer.

ii. Bahagian B
Bahagian ini mengandungi 20 soalan berdasarkan amalan kepimpinan teknologi
pengetua yang diukur berdasarkan lima dimensi komposit ISTE Piawaian A (2009).
Instrumen ini telah dibangunkan berdasarkan unsur dalam ISTE Standards A (2009)
sebagai garis panduan amalan kepimpinan yang terbahagi kepada lima dimensi yang
diukur mengikut skala likert. Bagi bahagian B, responden diminta menyatakan darjah
persetujuan mereka terhadap item yang dikemukakan sama ada Sangat Setuju (5),
Setuju (4), Kurang Setuju (3), Tidak Setuju (2) atau Sangat Tidak Setuju (1). Penyelidik
memilih skala penarafan berangka ini kerana ia menyediakan tahap tertinggi ketepatan
pengukuran, membenarkan semua operasi matematik yang akan dilaksanakan (Hair,
Black, Babin, & Anderson, 2010).

iii. Bahagian C
Bahagian ini mengandungi 20 item soalan berdasarkan kompetensi ICT guru yang
diukur mengikut Piawaian ISTE • T (2008). Piawaian ISTE • T adalah satu standard
untuk menilai pengetahuan dan kemahiran yang pendidik yang mana perlu belajar,
bekerja dan mengajar dalam dunia digital. Standard ini terdiri lima dimensi iaitu: (i)
Membantu dan memberi inspirasi kepada pembelajaran pelajar dan kreativiti; (Ii)
Mereka bentuk dan membangunkan era digital melalui pengalaman dan penilaian
pembelajaran; (Iii) Model kerja era digital dan pembelajaran; (Iv) Promosi dan model
warga digital dan tanggungjawab dan (v) Perkembangan profesional dan kepimpinan.
Penarafan skala berangka daripada nombor 1 hingga 5 digunakan untuk mengukur
tahap kompetensi guru.

Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrumen merupakan dua isu yang
berbeza yang perlu diperhatikan oleh pengkaji sebelum menggunakan instrumen tersebut dalam
kajian sebenar. Kesahan sesebuah instrumen merujuk kepada sejauh mana instrumen digunakan
itu dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur dalam sesebuah kajian yang sedang dijalankan
(Alias Baba 1997; Hair, Anderson, Tatham & Black 1998; Majid Konting 2005; Mohd. Krueger
1994; Sidek Mohd Noah 2002; Wiersma 2000). National Educational Technology Standards for
Administrators (NETS-A) 2009 ialah satu set piawaian yang mendapat
pengiktirafan meluas dari seluruh dunia dan banyak digunakan
oleh institusi pendidikan pelbagai peringkat (ISTE, 2009; Morphew, 2012). Di bawah National
Educational Technology Standards (NETS•A) and Performance Indicators for
Administrators, pengetua perlu mempunyai 5 kriteria iaitu kepimpinan berwawasan, budaya
pembelajaran era digital, kecemerlangan dalam amalan profesional, penambahbaikkan
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

464 | MEDC 2018

menyeluruh dan warga digital. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah
terbukti dari segi kesahan kerana telah banyak digunakan dalam kajian-kajian sebelum ini.
Sedangkan kebolehpercayaan instrumen pula merujuk kepada ketekalan ataupun
konsistensi sesebuah instrumen yang digunakan (Alias Baba 1997; Hair, Anderson, Tatham &
Black 1998; Wiersma 2000). Satu instrumen kajian dikatakan mempunyai kebolehpercayaan
yang tinggi, apabila skor yang sama diperolehi oleh individu yang sama apabila menjawab satu
set instrumen pada masa yang berbeza (Majid Konting 2005; Sidek Mohd. Noah 2002; Wiersma
2000).

i. Borang Soal Selidik


Menurut Chua (2010) kesahan merujuk kepada kebolehan sesuatu pengukuran dalam
mengukur nilai sebenar konsep dalam hipotesis kajian, kesahan dikatakan tinggi jika ia
benar-benar berkeupayaan untuk mengukur konsep yang dinyatakan dalam hipotesis.
Soal selidik yang digunakan adalah berdasarkan amalan kepimpinan teknologi pengetua
yang diukur berdasarkan lima dimensi komposit ISTE Piawaian A (2009) dan
kompetensi ICT guru yang diukur mengikut Piawaian ISTE • T (2008). Tahap
kompetensi guru dan pentadbir sekolah adalah diukur mengikut standard teknologi
pendidikan yang disediakan oleh International Standard for Technology in Education,
Amerika (ISTE).

ii. Prosedur Kajian


Kajian ini dijalankan setelah mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan sekolah
dan hasil perbincangan dengan guru-guru yang terlibat. Seterusnya, responden akan
diedarkan borang soal selidik. Masa untuk menjawab soal selidik tidak diperuntukkan
dalam mana responden diberikan kebebasan masa untuk menjawab soal selidik dan
menghantarnya kepada wakil guru pada masa yang telah ditetapkan.

iii. Kajian Rintis


Bagi memastikan instrumen dapat mengumpul data yang diperlukan dan menjawab
persoalan kajian, maka satu ujian rintis dijalankan kepada 30 orang sampel yang sama
iaitu pengetua dan guru seperti kajian sebenar. Kajian rintis dijalankan bagi menentukan
kelebihan dan kelemahan instrumen kajian sebelum diuji dalam kajian sebenar.

Penganalisisan Data

Data yang diperoleh menerusi soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical Package
for the Social Science (SPSS) versi 22.0. Penganalisisan data data berstatistik menggunakan
perisian ini dapat menghasilkan pengiraan yang tepat (Field, 2009; Pallant, 2013). Menurut
Chua, (2010) bagi menganalisis perbezaan antara responden, boleh menggunakan ujian bukan
parametrik(parameter) seperti analisis deskriptif yang menggunakan frekuensi dan peratusan
kerana nilai skala likert adalah skala ordinal.

Penutup

Secara keseluruhannya, dalam bab ini telah dijelaskan secara terperinci kaedah metodologi yang
digunakan dalam kajian yang melibatkan reka bentuk kajian, subjek atau sampel kajian,
instrumen kajian, prosedur pengambilan data, instrumen dan kesahan serta
kebolehpercayaannya, prosedur kajian, serta prosedur penganalisisan data.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

465 | MEDC 2018

RUJUKAN

Adeyemi, T. O., & Olaleye, F. O. (2010). Information Communication and Technology (ICT)
for the Effective Management of Secondary Schools for Sustainable Development in
Ekiti State, Nigeria. AmericanEurasian Journal of Scientific Research, 5(2), 106-113.
Avci Yucel, U., & Gulbahar, Y. (2013). Technology Acceptance Model: A review of the prior
predictors. Journal of Faculty of Educational Science, Ankara University, 46(1), 89-109.
Becker,H. & Anderson,R.(2001). School investments in instructional technology.Irvine, CA:
Center for Research on Information Technology and Organizations.
Brockmeier, L. L., Sermon, J. M., & Hope, W. C. (2005). Principal’s relationship with
computer technology. NASSP Bulletin, 89(643), 45–63
Chen, L.L. (2004). Pedagogical strategies to increase pre-service teachers’ confidence in
computer learning. Educational Technology & Society, 7(3), 50-60
Cuban,L.,Kirkpatrick,H.,& Peck,C.(2001). High access and low use of technologies in high
school classroom: Explaining an apparent paradox. American Educational Research
Jurnal,38(4),813-834.
Fong, S. F., Ch'ng, P. E., & Por, F. P. (2013). Development of ICT Competency Standard using
the Delphi Technique. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 103, 299-314.
Grove, K., Strudler, N., & Odell, S. (2004). Mentoring toward technology use: Cooperating
teacher practice in supporting student teachers. Journal of Research on Technology in
Education, 37(1), 85–109
Haughey, M. (2006). The impact of computers on the work of the principal: Changing
discourses on talk, leadership and professionalism. School Leadership & Management,
26(1), 23-36. doi: 10.1080/13634230500492897
Hong, K-S. & Koh, C. K., (2002). Computer anxiety and attitudes towards computers among
rural secondary school teachers: A Malesian Perspective. Journal of Research on
Technology on Education, 35(1), 27-48.
ISTE. (2002). National educational technology standards for administrators.
http://cnets.iste.org/administrators/ [15 Mac 2013]
ISTE. (2007). Educational technology standard and performance indicators for administrators.
http://iste.org/inhouse/nets/cnetsadministrators/a_stand.html
ISTE. (2009). NETS for administrators 2009.
http://www.iste.org/Content?NavigationMenu/NETS/For administrators/ 2009 Standards/
NET_for_Administrators_2009.htm.
Laura M.O’Dwyer. (2004). Education Policy Analysis Archives,12(48). Identifying Teacher,
School and District Charateristics Associated with Elementary Teachers’ use of
technology: A Multilevel Perspective
Leong, M. W. (2010). Principal Technology Leadership and The Level of ICT Application of
Teachers at A Secondary School in Seremban District. (Unpublished Master's Thesis),
University of Malaya, Kuala Lumpur.
Mandl, H., & Krause, U.-M. (2003). Learning competence for the knowledge society. In N.
Nistor, S. English, S. Wheeler, & M. Jalobeanu (Eds.), Toward the virtual university:
International online perspectives (pp. 65-86). Greenwich, CT: Information Age
Publishing
Mathews,J., & Guarino,A. (2000). Predicting teacher computer use: A path analysis.
International Journal of Instructional Media. 27(4).
Ministry of Education Malaysia. (2010). Policy on ICT in Education Malaysia. Putrajaya:
Ministry of Education.
Ministry of Education Malaysia. (2013b). Malaysia Education Blueprint 2013-2025 (Preschool
to postsecondary education). Putrajaya, Malaysia: Author
Mohd Izham Mohd Hamzah, Faridah Juraime, Aida Hanim A. Hamid, Norazah Nordin &
Noraini Attan. (2014). Technology leadership and its relationship with School-Malaysia
Standard of Education Quality (School-MSEQ). International Education Studies; Vol. 7,
No. 13, 278-285.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

466 | MEDC 2018

Mohd Izham Mohd Hamzah, Norazah Nordin, Kamaruzaman Jusoff, Rusnah Abdul. Karim &
Yusma Yusof. (2010). A quantitative analysis of Malaysian Secondary School
Technology Leadership. Management Science and Engineering, 4 (2), 124-130
Mohd Jamil Saleh. (2011). Kepimpinan teknologi pengetua di sebuah Sekolah Bestari, Kota
Tinggi, Johor. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Mumtaz Begam Abdul Kadir. (2008). Kesan integriti kepimpinan dan pengurusan kualiti
menyeluruh dimensi kemanusiaan terhadap iklim proses organisasi di Institut Pendidikan
Tinggi MARA. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Murphy, J. Elliotts, Goldring & Porter, A. (2006). Learning-centered leadership: A conceptual
foundation prepared the wallace foundation grant on leadership assessment.Vendebilt
university
Roblyer, M. D., & Schwier, R. (2003). Integrating educational technology into teaching
(Canadian ed.). Toronto: Prentice Hal
Roschelle, J. M., Pea, R. D., Hoadley, C. M., Gordin, D. N., & Means, B.M. (2000). Changing
how and what children learn in school with computerbased technologies. Children and
Computer Technology, 10(2). Retrieved February 2, 2006, from
http://www.futureofchildren.org/pubs-nfo2825/ pubsinfo_show.htm?doc_id=69787
Rossafri Mohamad & Balakrishnan A/L Munindy. (2007). Menterjemahkan kepimpinan
teknologi bagi melahirkan kepimpinan instruksional yang cemerlang. Jurnal Pengurusan
dan Kepimpinan Pendidikan, 17 (2): 91 – 103.
Sampson, D. & Fytros, D. (2008): "Competence Models in Technology-Enhanced Competence-
Based Learning". pp. 155-177. In Adelsberger, H. H. et al. (Eds.) "Handbook of
Information Technologies for Education and Training", Heidelberg: Springer. Available
in: http://dspace.learningnetworks.org/bitstream/1820/1196/1/Sampson-Fytros-
CompetenceBasedLearning.pdf [accessed 12 December 2011]
Sandholtz, J., Ringstaff, C , & Dwyer, D. (1997). Teaching with technology:Creating student
centered classrooms. New York: Teachers College Press.
Sathiamoorthy Kannan, Sailesh Sharma, Zuraidah Abdullah. (2012). Principal’s Strategies for
Leading ICT Integration: The Malaysian Perspective. Creative Education 2012. Vol.3,
Supplement, 111-115.
Sathiamoorthy. K., Leong, M. W. & M. Jamil Saleh (2011). Principal Technology Leadership
and Teachers’ ICT Applications in two different school settings in Malaysia, Paper
submitted for presentation at the International Conference On "Aplication of ICT in
economy and education“ (icaictee 2011), December 2 – 3, 2011, UNWE, Sofia, Bulgari
Wachira, P., & Keengwe, J. (2011). Technology integration barriers: Urban school mathematics
teachers perspectives. Journal of Science Education and Technology, 20(1), 17-25.
Zounek, J. (2009). E-learning - a form of learning in modern society. Brno: Masaryk University.

You might also like