You are on page 1of 8

KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN GURU DI

SEKOLAH MENENGAH ZON BANGSAR


Norhazwani Hassan1, Jamalullail Abdul Wahab2
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia
1
waniewizz@gmail.com
2
jamall64@ukm.edu.my

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja guru-guru di sekolah menengah harian berprestasi rendah
di zon Bangsar, Kuala Lumpur. Tahap kepuasan kerja guru dinilai dalam lima dimensi pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan
pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, dan rakan sekerja. Kajian ini juga dijalankan untuk
mengenalpasti pengaruh faktor demografi iaitu jantina dan pengalaman mengajar guru-guru terhadap kepuasan kerja
dalam lima dimensi pekerjaan. Soal selidik diedarkan kepada 250 orang guru daripada sekolah menengah harian
berprestasi rendah di zon Bangsar. Kajian ini dijalankan menerusi pendekatan kuantitatif di mana data dikumpul melalui
soal selidik Job Descriptive Index (JDI) oleh Smith, Kendall dan Hulin (1969) yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa
Malaysia pada tahun 1990 oleh beberapa orang pengkaji dengan bantuan pakar-pakar dari Institusi Bahasa dan
Kesusasteraan Malaysia. Data kemudian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science
version 21.0 (SPSS). Secara keseluruhannya, guru-guru berada pada tahap kepuasan yang sederhana dengan capaian
tahap kepuasan yang tinggi dalam dimensi rakan sekerja. Tahap kepuasan guru bagi dimensi keadaan pekerjaan pada
masa sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, dan penyeliaan berada pada tahap kepuasan sederhana sahaja. Ini
bermakna guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan di Zon Bangsar adalah kurang berpuas hati dengan pekerjaan
mereka terutamanya bagi dimensi keadaan pekerjaan pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, dan
penyeliaan. Sebaliknya guru-guru telah mencapai tahap kepuasan yang tinggi dalam dimensi rakan sekerja. Hasil kajian
juga menunjukkan kepuasan kerja guru-guru tidak dipengaruhi oleh faktor demografi iaitu jantina dan pengalaman
mengajar.

Katakunci : kepuasan kerja, guru, peluang kenaikan pangkat, gaji, penyelia

ABSTRACT
The purpose of this research is to determine the working satisfaction level of teachers at low performance schools in
Bangsar, Kuala Lumpur. The working satisfaction level is evaluated based on five job dimensions, namely, current
working condition, salary, job promotion, supervision and colleagues. This research is also conducted to determine the
influence of demographic factors, which are gender and teachers’ teaching experience on the working satisfaction level
within the five job dimensions. 250 teachers from low performance schools in Bangsar have participated in the survey.
This research uses quantitative approach where data are collected by using Job Descriptive Index (JDI) survey by Smith,
Kendall dan Hulin (1969) and has been translated into Bahasa Malaysia. Data are analysed with the help of Statistical
Packages for Social Science Version 21.0 (SPSS). In general, teachers are found to be at moderate level of satisfaction
with a high satisfaction level in colleagues dimension. In term of current working condition, salary, job promotion and
supervision, the levels are moderate. This reflects that the secondary school teachers in Bangsar are actually less
satisfied with the job, mainly in current working condition, salary, job promotions and supervision. Teachers have been
found to achieve a high satisfaction level in colleague dimension. The outcome of the research has also shown that
working satisfaction level of teachers is not influenced by demographic factors like gender and teaching experience.

Keyword: job satisfaction, teacher, job promotion, salary, supervision.

PENGENALAN
Konsep kerja dalam Islam berasal daripada perkataan Arab (‘amala dan kasb) yang bermaksud kerja atau usaha yang
dilakukan oleh manusia. Kepuasan kerja dalam Islam menekankan kepada keseimbangan antara kepuasan rohani dan
jasmani. Setiap pekerja mahukan kepuasan kerja bagi membolehkan mereka gembira semasa bekerja. Kepuasaan kerja
adalah kehendak naluri setiap individu yang bekerja. Ia akan mendorong kepada perasaan tanggungjawab dan
penglibatan yang menyeluruh ke arah pencapaian matlamat kerjaya dan menyumbang ke arah kepentingan organisasi.
Walau bagaimanapun persoalannya sekarang adakah setiap manusia mempunyai kepuasaan bekerja, lebih-lebih lagi
dengan keadaan persekitaran kerja yang bermacam ragam.

401
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa pekerja yang komited lebih cenderung untuk menjadi pekerja berprestasi
tinggi yang mendapat manfaat organisasi mereka dari segi produktiviti dan keuntungan. Profesion perguruan juga tidak
terlepas daripada isu ini. Kerajaan melalui Belanjawan 2011 telah menggariskan tangga gaji baru terhadap semua
penjawat awam. Ini jelas menunjukkan kepada kita aspek motivasi dan kepuasan kerja di kalangan pekerja khususnya
penjawat awam amat dipandang berat oleh kerajaan (Laila Nazura Nawi, 2015). Oleh itu, seluruh institusi pendidikan
terutamanya sekolah telah mensasarkan untuk mempunyai guru-guru yang komited dalam sistem mereka.
Di antara faktor yang menyumbang terhadap keberkesanan kualiti kerja guru-guru adalah dari segi kepuasan kerja.
Peningkatan yang berlaku di dalam kepuasan kerja guru mampu memotivasikan mereka untuk meneruskan usaha bagi
meningkatkan kemahiran pengajaran, menjana persekitaran pembelajaran yang lebih baik dan meningkatkan pencapaian
pelajar. Dimensi kepuasan kerja berbeza-beza antara seorang individu dengan individu yang lain. Dimensi yang
dimaksudkan dalam kajian ini ialah berkaitan pekerjaan itu sendiri, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyelia dan
penyeliaan serta sokongan teman sekerja.

Pernyataan Masalah
Persekitaran pekerjaan memerlukan situasi yang memuaskan. Dengan demikian guru-guru perlu dimotivasikan untuk
bekerja lebih rajin dan disamping mengelakkan mereka daripada perasaan dan sentimen tidak puas hati. Kepuasan
bekerja guru secara positifnya berkait dengan isu yang sering ditimbulkan di sekolah iaitu profesionalisme guru,
penglibatan dalam membuat keputusan, perkembangan guru, keupayaan guru, persepsi tentang iklim sekolah, kejelekitan
(cohesiveness) dan suasana tempat bekerja (Quaglia & Marion, 1991 dalam Junaidah Mohamad, 2013).

Disamping itu, kuasa autonomi di dalam bilik darjah, sokongan pihak pentadbir, dan peluang untuk memimpin,
mempunyai kepentingan di dalam menjelaskan tentang perbezaan peringkat kepuasan bekerja guru (Junaidah Mohamad,
2013). Oleh itu, tegasnya kajian ini akan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja dalam
kalangan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Zon Bangsar dari aspek Pekerjaan sebagai guru, Peluang kenaikan
pangkat, Gaji/upah, Penyelia dan Rakan sejawat.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk :

1) Mengenalpasti tahap kepuasan kerja berdasarkan lima dimensi dalam kalangan guru di Sekolah Menengah
Kebangsaan di Zon Bangsar.
2) Mengenal pasti perbezaan kepuasan kerja dalam lima dimensi dalam kalangan guru di Sekolah Menengah
Kebangsaan di Zon Bangsar berdasarkan faktor jantina.
3) Mengenal pasti perbezaan kepuasan kerja dalam lima dimensi dalam kalangan guru di Sekolah Menengah
Kebangsaan di Zon Bangsar berdasarkan pengalaman mengajar.

Kepentingan Kajian
Pernyataan dan jawapan dari persoalan-persoalan yang dikemukakan untuk kajian ini adalah penting kepada perkara-
perkara berikut:

a) Hasil dari kajian boleh menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada pengkajisendiri bukan sahaja dalam
mengenalpasti kepuasan bekerja malah dapat melihat tahapperbezaan kepuasan kerja dengan faktor-faktor yang
telah dipilih.

b) Dapatan yang diperolehi dari kajian ini berupaya memberikan maklumat kepada PegawaiPelajaran Daerah dalam
mengenal pasti tahap kepuasan kerja di kalangan guru.

c) Hasil kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada guru-guru agar mereka dapatmengesan punca dan
mengetahui langkah mengatasi masalah berkaitan kepuasan kerjamereka sendiri.

d) Secara ringkas kajian ini penting untuk pihak sekolah supaya dapat menanda araskepuasan kerja. Ia juga penting
kepada Pihak Jabatan Pelajaran Negeri sebagai maklumat serta tindakan sewajarnya. Selanjutnya kepada
Kementeran Pelajaran Malaysia kepentingan wawasan pendidikan. Adalah diharapkan agar pihak di atas akan
berusaha menambah baik dan mengemaskinikan perancangan terhadap guru-gurunya.

402
TINJAUAN LITERATUR

Definisi Dan Konsep Kepuasan Kerja


Musfi Efrizal (2011) melihat kepuasan kerja sebagai keadaan emosional pekerja terhadap balasan yang diterima hasil
daripada titik peluh yang dicurahkan kepada pekerjaan tersebut. Balasan yang diberikan tersebut tidak kira sama ada
berbentuk kewangan atau bukan kewangan. Kajiannya mendapati bahawa kepuasan kerja adalah pembolehubah yang
paling berpengaruh dan dominan terhadap prestasi pekerja berbanding dengan pembolehubah yang lain-lain. Hal ini
menunjukkan, apabila kepuasan kerja tercapai, maka perasaan pekerja terhadap kerjanya juga akan berubah sekali gus
menjadikan pekerja lebih bersemangat dalam setiap pekerjaan yang dilakukan dan mempamerkan prestasi kerja yang
baik.

Salah satu perkara yang dapat meningkatkan kepuasan kerja guru ialah pelaksanaan penilaian prestasi yang terurus dan
bersesuaian dengan kerja guru (Perillo, 2006). Wexley dan Yukl (1984), mendefinisikan kepuasan kerja sebagai cara
seseorang pekerja merasa tentang tugasnya. Robbins (2003) membuat takrifan kepuasan kerja sebagai suatu sikap umum
individu terhadap pekerjaanya. McShane dan Glinow (2003) pula mendefinisikan kepuasan kerja sebagai penilaian
seseorang tentang pekerjaannya. Dengan ini, kepuasan kerja merupakan cara seseorang merasakan sesuatu atau bersikap
positif terhadap kerjanya.

Teori Dua Faktor Herzberg


Teori dua faktor memberi penakanan kepada dua bahagian. Faktor pertama dipanggil faktor kebersihan dan faktor kedua
dipanggil faktor motivasi. Herzberg menyatakan kedua-dua faktor ini tidak bersandaran antara satu sama lain. Beliau
menyatakan bahawa faktor motivator yang tinggi akan menjadi penyebab kepada kepuasan hati yang tinggi manakala
faktor hygiene yang tinggi akan menyebabkan pekerja tidak akan, tidak berpuashati (Herzberg, 1959 ; dalam Fatimah
Affendi, 2014).

Faktor pertama iaitu faktor kebersihan yang menjadi pra syarat untuk motivasi setiap individu meliputi gaji yang
diterima, suasana kerja, status, hubungan dengan rakan sejawat, kehidupan peribadi, dasar organisasi, keselamatan dalam
bekerja, penyeliaan dan kebajikan. Apabila faktor-faktor ini tidak dipenuhi, ia akan mempengaruhi atau meningkatkan
ketidakpuasan kerja dan seterusnya akan membawa kepada keadaan kurang bermotivasi dalam melakukan kerja.

Faktor kedua ialah faktor motivasi. Faktor ini adalah faktor pendorong kerana ia akan mempertingkatkan motivasi kerja
melalui dorongan dan galakan. Kepuasan kerja akan meningkat jika faktor-faktor tersebut dipenuhi. Dalam Hasbullah
(2012), faktor pendorong di tempat akan memuaskan hati dan memotivasikan pekerja. Pekerja yang mempunyai motivasi
dalaman yang tinggi akan mempunyai keinginan dalaman yang kuat untuk berjaya.

KAJIAN LEPAS

Kajian terhadap 372 orang guru perdagangan dan keusahawanan telah menunjukkan bahawa kepuasan kerja tidak
bergantung kepada jantina, umur, kelulusan tertinggi dan pengkhususan major dan minor ( Zaidatul Akmaliah & Sharifah
Nor, 1988; dalam Thurayya Othman, 2007). Hasil kajian Shahrin Hashim dan Saraswathi Vani (2011) dalam kajian yang
bertajuk Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru Di Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Daerah Kulai, mendapati
majoriti guru menyokong bahawa kerja mereka mempunyai dasar kenaikan pangkat yang adil. Ini menunjukkan bahawa
dasar kenaikan pangkat adalah mengikut prestasi dan potensi guru ini untuk memegang jawatan yang lebih tinggi dan
mempunyai wawasan yang jelas.

Selain itu, Junaidah Mohamad dan Nik Rosila Nik Yaacob (2013) dalam Kajian Tentang Kepuasan Bekerja Dalam
Kalangan Guru-Guru Pendidikan Khas juga menunjukkan bahawa tempoh pengalaman mengajar tidak mempunyai
perbezaan min yang signifikan dengan kepuasan bekerja. Hasil kajian memperlihatkan min pengalaman mengajar guru
terhadap kepuasan bekerja melalui faktor-faktor imbuhan, tugas dan persekitaran kerja lebih tinggi pada peringkat
pengalaman mengajar 16 tahun ke atas berbanding dengan yang lain. Hal ini berkemungkinan guru-guru yang lebih
pengalaman (16 tahun ke atas), telah dapat mengadaptasi diri dengan pelajar dan persekitaran kerja, serta dapat
menjangkakan situasi yang bakal dihadapi pada masa hadapan.

Kajian Faktor Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Pensyarah Kolej Komuniti Ledang Dan Kolej Komuniti Pagoh yang
dijalankan oleh Nor Azida Mansor, Jamalluddin Mohd Ali , Zarina Samin , dan Ab. Rahim Ma’sum (2015) mendapati
dimensi perkerjaan itu sendiri mewakili min paling tinggi iaitu 38.8 berbanding dengan komponen yang lain. Kajian ini
menyokong dapatan Park dan Deitz (2006) yang menyatakan kualiti yang diperolehi dari sesuatu pekerjaan itu akan
memberi hubungan paling utama terhadap rakan sekerja dan pihak pengurusan. Rumusan daripada kajian ini
menunjukkan kepuasan kerja dari dimensi pekerjaan itu sendiri sangat penting disamping sokongan dimensi yang lain
seperti rakan sekerja, gaji yang menarik dan peluang kenaikan pangkat.

403
METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian


Kajian ini merupakan kajian tinjauan atau survey yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen dan menggunakan
kaedah kuantitatif. Kajian yang dijalankan ini menggunakan borang soal selidik untuk mengenal pasti tahap kepuasan
kerja guru berdasarkan 5 dimensi penyumbang kepada kepuasan kerja. Pengkaji menggunakan dua pembolehubah iaitu
faktor-faktor penyumbang kepada kepuasan kerja sebagai pembolehubah bebas dan kepuasan kerja guru sebagai
pembolehubah bersandar. Tahap kepuasan diukur melalui skala likert 5 mata.

Populasi Dan Sampel Kajian


Populasi bagi kajian ini adalah merupakan guru-guru sekolah menengah harian band 5 di Zon Bangsar Kuala Lumpur.
Menurut Mok Soon Sang (2010), syarat pemilihan ini hendaklah mengandungi kumpulan yang mewakili ciri spesifik
populasi di Zon Bangsar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, demi mengelakkan unsur prejudis dalam kajian. Sejumlah
250 orang guru telah terlibat dalam kajian ini (merujuk kepada jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan 1970).

Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan untuk kajian ini adalah soal selidik. Sackman (1991) dalam Azariah (2014) menjelaskan
bahawa kaedah soal selidik boleh meliputi sampel yang besar dengan kos yang rendah dan juga soal selidik mempunyai
kekuatan untuk menguji hipotesis serta mempunyai tahap objektif yang tinggi. Soal selidik dibahagikan kepada dua
bahagian, iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A meliputi soalan tentang latar belakang responden seperti, jantina,
umur, dan pengalaman mengajar. Bahagian B meliputi soalan berkaitan kepuasan kerja menggunakan soal selidik Job
Decsriptive Index (JDI). Item-item kajian berdasarkan teori Dua Faktor Herzberg dan diukur menggunakan skala Likert 5
mata iaitu skala 1 sangat tidak setuju, dan skala 5 sangat setuju. Penentuan tahap tinggi, sederhana dan rendah adalah
seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1 Tahap Interpretasi Skor Min

Julat Nilai Min Tahap


1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.66 Sederhana
3.67 – 5.00 Tinggi

DAPATAN KAJIAN

Demografi Responden
Berikut ialah analisis kekerapan dan peratusan yang memberikan maklumat tentang latar belakang responden berkaitan
dengan jantina, dan pengalaman mengajar.

Jadual 2 Taburan Responden Mengikut Jantina


Jantina Bilangan Peratus
Lelaki 89 35.6
Perempuan 161 64.4
Jumlah 250 100.0

Jadual 2 menunjukkan taburan responden berdasarkan jantina. Melalui jadual ini, didapati bahawa dalam kajian ini telah
melibatkan seramai 89 orang guru lelaki yang membawa sebanyak 35.6% daripada keseluruhan responden. Manakala
bakinya iaitu 161 orang responden atau 64.4 % adalah terdiri daripada guru perempuan.

404
Jadual 3 Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman Mengajar
Pengalaman Mengajar Bilangan Peratus
1-5 tahun 56 22.4
6 -10 tahun 64 25.6
11-15 tahun 42 16.8
16 -20 tahun 40 16.0
>21 tahun 48 19.2
Jumlah 250 100.0

Jadual 3 menunjukkan taburan responden berdasarkan pengalaman mengajar mereka. Kebanyakan guru yang dikaji telah
mempunyai pengalaman mengajar yang lebih daripada lima tahun. Seramai 56 orang atau 22.4 % responden sahaja yang
mempunyai pengalaman mengajar yang kurang daripada lima tahun. Taburan responden lain sebanyak 64 orang atau
25.6 % guru telah mempunyai pengalaman mengajar selama 6 hingga 10 tahun. Manakala bagi guru-guru yang
mempunyai pengalaman mengajar selama 11 hingga 15 tahun adalah seramai 42 orang iaitu merangkumi 16.8 %
daripada keseluruhan responden. Hanya seramai 40 orang atau 16% responden mewakili kumpulan yang mempunyai
pengalaman mengajar antara 16 hingga 20 tahun. Di samping itu, sebanyak 48 orang atau 19.2 % guru telah mempunyai
pengalaman mengajar yang lebih dari 21 tahun.

Tahap Kepuasan Kerja Responden dalam Lima Dimensi Pekerjaan

Jadual 4 Analisis Keseluruhan Min Responden yang Menjawab Persoalan Kajian

Dimensi Min Sisihan Tahap Kepuasan


Piawai
Pekerjaan Saya 3.63 0.57 Sederhana
Gaji 3.08 0.86 Sederhana
Kenaikan Pangkat 3.11 0.84 Sederhana
Penyelia dan penyeliaan 2.92 0.92 Sederhana
Rakan Sekerja 4.07 0.65 Tinggi
Purata Keseluruhan 3.36 0.32 Sederhana

Tahap kepuasan kerja dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Jadual 4 menunjukkan analisis
keseluruhan min responden yang menjawab persoalan kajian ini. Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian ini
mendapati bahawa guru-guru berada pada tahap kepuasan kerja sederhana. Ini bermakna guru-guru di Sekolah
Menengah Kebangsaan di Zon Bangsar adalah kurang berpuas hati dengan pekerjaan mereka terutamanya bagi dimensi
keadaan pekerjaan pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, dan penyeliaan. Sebaliknya guru-guru telah
mencapai tahap kepuasan yang tinggi dalam dimensi rakan sekerja. Ini menunjukkan dimensi rakan sekerja merupakan
faktor yang paling mempengaruhi kepuasan kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah di zon Bangsar.

Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja dalam Lima Dimensi Pekerjaan Berdasarkan Jantina

Ujian-t digunakan untuk menguji hipotesis nol 1 (Ho 1) sama ada terdapat perbezaan yang signifikan atau tidak dalam
kepuasan kerja berdasarkan faktor demografi iaitu jantina.

Ho 1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kepuasan kerja guru berdasarkan faktor jantina dalam
kalangan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan di Zon Bangsar.

405
Jadual 5 Ujian-t perbezaan kepuasan kerja responden dalam lima dimensi pekerjaan
berdasarkan faktor jantina

Dimensi dalam Frekuensi Min Sisihan t p


Pekerjaan Piawai
Pekerjaan Lelaki 89 3.63 0.57 -0.272 0.786
Perempuan 161
Gaji Lelaki 89 3.08 0.86 -0.226 0.822
Perempuan 161

Kenaikan Lelaki 89 3.11 0.84 -0.607 0.545


Pangkat Perempuan 161
Penyeliaan Lelaki 89 2.92 0.92 1.319 0.188
Perempuan 161
Rakan Kerja Lelaki 89 4.07 0.65 0.724 0.470
Perempuan 161

Hasil kajian dalam Jadual 5 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara responden lelaki dengan
responden perempuan terhadap kelima-lima dimensi dalam pekerjaan terhadap kepuasan kerja. Dapatan kajian ini
berbeza dengan dapatan kajian Woo Yoke Ling (2007) di mana kajiannya mendapati terdapat perbezaan kepuasan kerja
yang signifikan antara guru lelaki dan guru perempuan dalam dimensi keadaan pekerjaan pada masa sekarang, gaji,
peluang kenaikan pangkat, dan rakan sekerja.

Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja dalam Lima Dimensi Pekerjaan Berdasarkan Pengalaman Mengajar

Analisis Varian (ANOVA) Sehala telah digunakan bagi menganalisis hipotesis nol 2 (Ho 2) yang melibatkan
pembolehubah faktor demografi yang melebihi dua kumpulan iaitu pengalaman mengajar .

Ho 2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kepuasan kerja guru berdasarkan
faktor pengalaman mengajar dalam kalangan guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan di Zon Bangsar.

Jadual 6 Analisis Varian (ANOVA) Sehala perbezaan kepuasan kerja responden dalam lima dimensi pekerjaan
berdasarkan faktor pengalaman mengajar

Dimensi Sumber SS df MS F p
Pekerjaan

Antara 2.062 4 0.516 1.627 0.168


Pekerjaan Kumpulan 77.634 245 0.317
Dalam 79.697 249
Kumpulan
Jumlah
Antara 4.697 4 1.174 1.620 0.170
Gaji Kumpulan 177.649 245 0.725
Dalam 182.347 249
Kumpulan
Jumlah
Antara 1.853 4 0.463 0.654 0.625
Kenaikan Kumpulan 173.668 245 0.709
Pangkat Dalam 175.521 249
Kumpulan
Jumlah

406
Antara 2.350 4 0.588 0.690 0.599
Penyeliaan Kumpulan 208.551 245 0.851
Dalam 210.901 249
Kumpulan
Jumlah
Antara 3.246 4 0.812 1.921 0.108
Rakan Kerja Kumpulan 103.513 245 0.423
Dalam 106.760 249
Kumpulan
Jumlah
*Signifikan pada aras p< 0.05

Nota:
SS= Perjumlahan kuasa dua
df = darjah kebebasan
MS= Min kuasa dua

Hasil Analisis Varian (ANOVA) Sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kepuasan kerja
bagi dimensi pekerjaan pada masa sekarang (p = 0.168), gaji (p = 0.170), peluang kenaikan pangkat 0.625), penyeliaan
(0.599), dan rakan sekerja (0.108) kerana nilai ‘p’ yang diperolehi adalah tinggi. Dengan demikian hipotesis nol dua
diterima pada aras kebarangkalian 0.05. Ini jelas menunjukkan bahawa kepuasan guru-guru terhadap kelima-lima
dimensi pekerjaan ini adalah tidak berbeza berdasarkan pengalaman mengajar.

PERBINCANGAN
Menurut Vroom (dalam Nursree Hani Mahmud, 2016) telah mendefinisikan kepuasan kerja sebagai satu rujukan kepada
orientasi efektif seseorang individu terhadap peranan kerja yang kini mereka menjawatnya. Sikap yang positif terhadap
kerjanya secara konsepnya boleh dinyatakan setimpal dengan kepuasan kerja dan sikap negatif terhadap kerjanya adalah
sama dengan ketidakpuasan. Kajian mendapati bahawa dapatan menunjukkan kepuasan kerja yang sederhana pada
dimensi pekerjaan sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, dan penyelia dan penyeliaan. Akan tetapi, bagi dimensi
rakan sekerja, dapatan menunjukkan kepuasan kerja yang tinggi.

Hasil dapatan ini selari dengan dapatan Norani Mohd Noor & Ruzilayati Rameli (2011) dalam kajiannya Mengenal Pasti
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Daerah
Johor Bahru juga menunjukkan bahawa faktor rakan sekerja merupakan faktor yang paling mempengaruhi kepuasan
kerja di kalangan guru. Namun dapatan kajian ini berbeza dengan dapatan kajian Thurayya(2007), hasil keputusan
kajiannya menunjukkan kepuasan kerja yang sederhana pada aspek pekerjaan sekarang, gaji sekarang, peluang kenaikan
pangkat, penyelia dan penyeliaan dan rakan sekerja.

Secara keseluruhannya, guru-guru sekolah menengah di zon Bangsar mengalami tahap kepuasan kerja yang sederhana.
Ini menunjukkan bahawa guru-guru agak berpuas hati dengan pekerjaan yang mereka jalani sekarang ini. Dapatan kajian
ini menyamai dapatan kajian Shahrin Hashim & Saraswathy (2011) dalam kajian Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru
Di Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Daerah Kulai. Di samping itu, hasil dapatan juga selari dengan dapatan
Thurayya (2007) Naseem (2005) dan Nazlinda (2005).Mereka turut mendapati bahawa responden menunjukkan
kepuasan kerja yang berada pada tahap yang sederhana.

Dari aspek perbezaan tahap kepuasan kerja dalam lima dimensi berdasarkan jantina, analisis ujian-t menunjukkan tidak
terdapat perbezaan yang signifikan antara responden lelaki dengan responden perempuan terhadap kelima-lima dimensi
dalam pekerjaan terhadap kepuasan kerja. Dapatan kajian ini berbeza dengan dapatan kajian Woo Yoke Ling (2007) di
mana kajiannya mendapati terdapat perbezaan kepuasan kerja yang signifikan antara guru lelaki dan guru perempuan
dalam dimensi keadaan pekerjaan pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, dan rakan sekerja.

Hasil Analisis Varian (ANOVA) Sehala menunjukkan bahawa kepuasan guru-guru terhadap kelima-lima dimensi
pekerjaan ini adalah tidak berbeza berdasarkan pengalaman mengajar. Dapatan ini bertepatan dengan kajian Nor Azizah
(1998) yang dijalankan ke atas guru-guru Selangor dan Wilayah Persekutuan dan mendapati bahawa tiada perhubungan
yang signifikan antara pengalaman mengajar dengan kepuasan kerja.

KESIMPULAN
Faktor kepuasan kerja amat penting kepada setiap individu yang bekerja. Apabila wujudnya kepuasan kerja, ianya akan
mendorong pekerja meningkatkan prestasi dan produktiviti dan dalam masa yang sama dapat memastikan KPI sekolah

407
tercapai. Guru-guru yang berpuas hati dengan kerjayanya akan menjadi lebih produktif dan memberikan komitmen yang
tinggi dalam pekerjaan. Secara keseluruhannya, kajian tahap kepuasan kerja dapat membantu organisasi
menggunakannya sebagai rujukan dalam meningkatkan tahap kepuasan kerja terutamanya di kalangan guru untuk
merancang sebarang perubahan. Justeru itu faktor-faktor yang menyebabkan ketidakpuasan kerja mestilah dikenalpasti
agar perkara-perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati dapat diatasi untuk kebaikan bersama.

RUJUKAN
Ahmad Jawahir. (2009). Perkaitan antara faktor demografi dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru kanan mata
pelajaran (GKMP): Satu kajian kes di daerah Jasin dan Melaka Tengah, Negeri Melaka. Journal of Human
Capital Development.2 (2):1985-7012.
Dinham, S., & Scott, C. (2000). Moving into the third, outer domain of teacher satisfaction, Journal of Educational
Administration, 38(4), 28–32.
Fatimah Affendi. (2014). Tahap Kepuasan Kerja Dan Komitmen Organisasi Dalam Kalangan Guru Kolej
Vokasional: Pendekatan Structural Equation Model . Tesis Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Halimatussaediyah Tamrin & Noraini Abdol Raop. (2015). Kepuasan kerja: hubungannyadengan prestasi kerja dalam
kalangan kakitangan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (ypkdt), Nusajaya, Johor Bahru. Journal
of Human Capital Development, 8 : 115 129.
Junaidah Mohamad & Nik Rosila Nik Yaacob. (2013). Kajian tentang kepuasan bekerja dalam kalangan guru-guru
pendidikan khas. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 28:103–115.
Laila Nazura Binti Nawi. (2015). Hubungan Motivasi (Intrinsik & Ekstrinsik) TerhadapKepuasan KerjaPegawai Belia
Dan Sukan Negeri Kelantan, Terengganu Dan Pahang. Tesis Sarjana. Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan
Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan.
Noraishah Daud. (2010). Jaminan kerja dan hubungannya dengan kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi.
International Conference on Ethics and Professionalism 2010. ( hlm 474-491).
Nor Azida Binti Mansor, Jamalluddin Mohd Ali, Zarina Samin, Ab. Rahim Bin Ma’sum.(2015). Faktor kepuasan kerja
dalam kalangan pensyarah kolej komuniti ledang dan kolej komuniti pagoh. 1st National Conference on
Business & Innovation : 1-12.
Santhapparaj, A. S., & Alam, S. S. (2005). Job Satisfaction Among Academic Staff in Private Universities in Malaysia.
Journal of Social Science, 1(2), 72-76.
Sharifah Nor Syed Abdul Rahman. (2001). Gaya komunikasi pengetua dan pengaruhnya terhadap komitmen guru.
Persepsi guru-guru sekolah menengah daerah Johor Bahru.
Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.Thurayya Othman. (2007). Hubungan burnout dengan
kepuasan kerjadi kalangan staf jabatan agama Johor. Tesis Sarjana. Program Pendidikan Bimbingan Dan
Kaunseling, Universiti Teknologi Malaysia.
Woo, Y.L. (2007). Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal Dan Vokasional DiSekolah-Sekolah
Menengah Teknik Di Negeri Johor Darul Takzim. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.
Zarina Samin. (2013). Hubungan kepuasan kerja dan burnout terhadap komitmen organisasi pensyarah Kolej Komuniti
Bandar Penawar. Prosiding Persidangan Antarabangsa dan
Pertandingan Inovasi Kaunseling dan Pendidikan 2013 Kepelbagaian Pendidikan UntukKepelbagaian Manusia Batu
Pahat: PERKAMA Consultants.
Zulhamri Abdullah & Jong, H. (2014). The relationship between communication satisfaction and teachers’job
satisfaction in the Malaysian Primary School. Asian Journal of Humanities andSocial Sciences (AJHSS) 2014.
(2): 58-71

408

You might also like