You are on page 1of 15

7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

PERGERAKAN KREATIF
1.0  PENGENALAN
Pergerakan adalah sebarang bentuk gerak yang dilakukan oleh seseorang yang akan
menyebabkan perubahan kedudukan atau kekal di tempat asal. Pergerakan kreatif 

merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan fizikal anggota badan
secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif. Kanak-kanak menggunakan
pergerakan kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan melahirkan perasaan
masing-masing. Pergerakan kreatif adalah salah satu kaedah pembelajaran yang boleh
membantu meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai tindak
balas terhadap rentak dan irama, pergerakan yang berirama dan kemampuan kreativiti
yang bersifat semulajadi.
Menurut teori Emile Jaques Dalcroze (1950), pergerakan adalah asas kepada kreativiti.

Pergerakan merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak mengungkapkan perasaan


melalui muzik. Kesemua aspek muzik perlu dimulai dengan gerakan tubuh
badan. Tubuh badan adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan
pergerakan. Kanak-kanak akan mengembangakan daya komunikasi yang
mengintegrasikan telinga, mata dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara
improvisasi kepada muzik. Walaupun kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan
menyanyi ikut rentak, tetapi meraka boleh berjalan atau berlari mengikut
rentak. Pergerakan adalah perlakuan atau aksi kanak-kanak yang boleh

dilakukan secara automatik, spontan dan terancang.


Dauer dan Prangrazi (1983), menyatakan kanak-kanak mempunyai keinginan-keinginan
untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Contohnya,
kanak-kanak berlari hanya untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Dauer 
dan Prangrazi telah mengenal pasti sembilan keinginan asas kanak-kanak iaitu :
i. Keinginan untuk bergerak
ii. Keinginan untuk berjaya
iii. Keinginan untuk diterima oleh kelompok sebaya

iv. Keinginan untuk bersaing


v. Keinginan untuk memperoleh kecerdasan fizikal
vi. Keinginan untuk mengembara
vii. Keinginan untuk memperoleh daya penarik
viii. Keinginan untuk memperoleh kepuasan kreativiti
ix. Keinginan untuk mengetahui

http://slidepdf.com/reader/full/pergerakan-kreatif-seni-dalam-pendidikan 1/15
7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

Keinginan-keinginan tersebut ditumpukan kepada pergerakan kreatif yang mempunyai


fungsi-fungsi tertentu seperti pertumbuhan fisiologi dan motor, perkembangan psikologi
dan mental serta rohani dan sosial.
Gladys Andrew Fleming (1976) telah menggunakan istilah ”Pergerakan Kreatif” untuk

pendidikan geraktari kanak-kanak. Beliau telah mentakrifkan istilah ini sebagai


penghubung antara fikiran dan perasaan yang diluahkan melalui pergerakan anggota
badan. Pergerakan kreatif adalah kaedah untuk menyelesaikan tiga komponen iaitu
ekspresi, komunikasi dan kepuasan peribadi.
Margaret H’Doubler (1925), berpendapat bahawa geraktari kreatif adalah sejenis tarian
berunsur pendidikan yang membantu dalam proses tumbesaran individu. Proses ini
membentuk pemikiran mental dan merencana aktiviti yang merangsang daya pemikiran,
pertumbuhan fizikal dan spiritual. Apa yang dipersembahkan oleh kanak-kanak,

bukanlah bertujuan untuk menarik perhatian atau mencetuskan sensasi tetapi untuk
mencurahkan ekspresi emosi kendiri melalui pergerakan.

2.0 ELEMEN ASAS PERGERAKAN


Pergerakan kreatif merangkumi empat elemen utama iaitu ruang, masa, tubuh badan,
dan aliran. Ia melibatkan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor sama ada dengan
atau tanpa muzik.

2.1 Ruang
Ruang adalah kawasan yang digunakan semasa melakukan gerakan. Terbahagi kepada
dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi
individu yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Manakala ruang am ialah
kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Kedua-dua ruang ini meliputi
bahagian kawasan seperti :
a) aras - tinggi, sederhana dan rendah
b) arah - hadapan, belakang, sisi, atas dan bawah
c) aliran - awangan, lantai, lurus dan berliku-liku
d) ekstensi - mengecil dan membesar 
2.2 Masa
Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-
lambat dan serta merta. Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan
ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat.
a) Serta merta - Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini
cepat, tegas, spontan dan dinamik
b) Kawal-lambat - Pergerakan yang perlahan, Mengambil masa dan dapat

http://slidepdf.com/reader/full/pergerakan-kreatif-seni-dalam-pendidikan 2/15
7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

dikawal. Perlakuannya adalah lambat, licin, beralun dan berayun. Ia boleh dirasakan
sebagai sesuatu yang tidak pertergesa-gesa atau cepat.

2.3 Tubuh Badan


 Anggota tubuh badan seperti tangan dan kaki akan menghasilkan kualiti pergerakan
seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan dapat dihasilkan dengan
mengawal kekuatan dan keupayaan otot semasa melakukan pergerakan.
a) Halus-ringan -Pergerakan yang lembut, halus dan
sensitif menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dan
setempat.
b) Berat-kuat - Pergerakan yang tegas, kuat bertenaga dan pantas. Memerlukan
tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat.

2.4 Aliran
 Aspek aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan
dan licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan terikat. Aliran
berhubungkait dengan anggota badan dengan orang lain atau alatan. Contohnya,
permainan ulat bulu dan penggunaan alatan seperti gelung rotan.

2.0 JENIS-JENIS PERGERAKAN KREATIF


Pergerakan kreatif terbahagi kepada tiga iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan
lokomotor, dan kemahiran manipulatif.

Pergerakan Lokomotor 
Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke
tempat yang lain. Pendidikan  pergerakan lokomotor adalah untuk menyokong aktiviti
pergerakan yang dirancang.
i. Konsep pergerakan lokomotor 
Pergerakan lokomotor terbahagi kepada beberapa cara iaitu seperti arah, aliran, haluan
dan masa.

ii. Arah
 Arah adalah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiri atau ke kanan

iii. Haluan
Haluan ialah pergerkan melibatkan pelbagai bentuk atau corak gerakan. Contohnya
adalah seperti samada boleh dalam bentuk lurus, bengkang bengkok, zig zag dan lain-
lain

iv. Masa
Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan. Masa boleh
beradadalam keadaan cepat atau pelahan, secara tiba-tiba atau dalam bentuk terkawal.

v. Bentuk-bentuk pergerakan lokomotor 


Bentuk-bentuk pergerakan lokomotor adalah seperti berjalan, berlari dan melompat.

vi. Lokomotor beritma sekata

• Berjalan - pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan


dari satu kaki ke kaki yang lain
• Berlari - kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat

http://slidepdf.com/reader/full/pergerakan-kreatif-seni-dalam-pendidikan 3/15
7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

daripada mencecah bumi


• Melompat (mendarat dengan dua kaki) - pergerakan yang mengangkat badan ke
udara daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-
dua belah kaki. Hop (melompat dan mendarat dengan sebelah kaki)
• Leap (melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki
(berselang-seli)
• Meloncat - ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya
lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai.
• Melompat Ketingting - Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki
yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah
dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah.
• Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah.

Pergerakan bukan lokomotor 


Pergerakan bukan lokomotor adalah kemahiran yang dilakukan tanpa menggerakkan
dasar sokongan atau tidak melibatkan perubahan penyokong atau titik pusat aktiviti.
Pergerakan bukan lokomotor adalah merupakan keupayaan menggerakkan bahagian

tubuhadalah
ini badan tanpa
aspek beralih
keseimbangan.   Dalam
tempat. Secara kebiasaannya, pergerakan
pergerakan bukan lokomotor 
ini, kanak-kanak boleh
menggunakan pelbagai alatan untuk mempelbagaikan pergerakan.

i. Konsep pergerakan bukan lokomotor 


Konsep pergerakan lokomotor adalah merupakan konsep pergerakan dalam keadaan
statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan. Pergerakan bukan lokomotor ini
dapat membantu kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik dan badan
seharusnya berada dalam keadaan yang fleksibel dan seimbang. Aktiviti gerakan
mestilah dibuat dalam keadaan yang tenang dan kurang tekanan.
ii. Bentuk-bentuk pergerakan bukan lokomotor 

a. Membongkok
Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain.
Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada struktur sendi terlibat.
Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang
sahaja. Jenis sendi ini terdapat di Jari-jari tangan, Jari-jari kaki, siku dan lutut. Manakala
sendi bola dan soket pula membenarkan bahagian badan dibongkokkan ke hadapan, ke
belakang, ke kiri, ke kanan dan dalam bulatan. Sendi Jenis ini terdapat di paha, di
pinggul dan di sendi yang menghubungkan bahagian lengan atas dan bahu.
b. Meregang
Meregang ialah ekstensi atau hiperekstensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi
didefinisikan sebagali pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia
difleksibelkan atau dilipatkan. Hiperekstensi pula ialah rentangan melebihi 180'.
 Aktiviti-aktiviti untuk membongkok dan meregang

• Membongkok dan meregang bahagian-bahagian badan. Bermula dengan bahagian


kecil badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki, tangan dan kaki kepada
bahagian besar bahagian badan seperti kaki, lengan, kepala dan belakang.
• Membongkok dan meregang bahagian badan dengan menggunakan bahagian badan
yang berlainan untuk dijadikan dasar menyokong.

c. Mengilas

http://slidepdf.com/reader/full/pergerakan-kreatif-seni-dalam-pendidikan 4/15
7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

Mengilas ialah pusingan badan atau bahagian badan mengeliling paksi panjang tanpa
menggerakkan dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku dalarn arah bulatan
sahaja. Struktur sendi menentukan bahagianbadan yang boleh dikilas. Sebagai contoh,
badan boleh dikilas pada paksipanjang.
d. Memusing
Memusing ialah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan
berpusing, dasar menyokong berubah tempat.

 Aktiviti-aktiviti untuk mengilas dan memusing.

• Mengilas bahagian-bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan, badan, dan
leher.
• Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan berlainan sebagal
dasar menyokong.

e. Menolak
Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan
objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan
menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu, dan pinggul.
f. Menarik
Menarik adalah untuk menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya
pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan.
 Aktiviti-aktiviti menolak dan menarik

• · Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan


• · Tolak satu tangan ke atas , ke bawah , ke sisi .
• · Menolak objek seperti pundi kacang dan bola . Guna bahagian badan yang
berlainan seperti tangan, siku , dan kaki.

g. Hayun
Hayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi satu titik
tengah yang tetap

h. Berbuai-buai
Pergerakan ke kiri dan kanan tubuh badan yang dikawal oleh badan

 Aktiviti-aktiviti untuk hayun dan berbuai-buai

• Hayun tangan ke hadapan , ke belakang , atau menyilang badan di dada


• Hayun kaki ke hadapan , belakang atau ke sisi menyilang kaki lain
• Hayun dengan bergayut pada palang

Berbuai dengan berdiri tegak dan menggerakkan badan ke sisi , ke kiri dan ke kanan
• Dua tangan di hadapan , bengkok di siku , berbuai-buai dengan menggerakkan badan
ke kiri dan ke kanan

i. Rebah
Badan atau bahagian badan bergerak dari paras tinggi ke paras sendah .Rebah
mungkin merupakan satu pergerakan yang cepat  atau perlahan untuk merendahkan
badan . Rebah yag tiba-tiba berlaku jika tenaga menyokong badan dilepaskan dengan
cepat dan secara keseluruhan. Rebah mungkin berbentuk keseluruhan atau separa

http://slidepdf.com/reader/full/pergerakan-kreatif-seni-dalam-pendidikan 5/15
7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

sahaja. Rebah separa berlaku jika imbangan didapati semula tanpa perubahan dasar 
menyokong. Sebaliknya rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku
secara berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati.
 j. Bangun
 Aktiviti bangun, badan seharusnya mempunyal imbangan, mempunyal dasar 
menyokong yang stabil dan tenaga otot yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi.
 Aktiviti-aktiviti untuk rebah dan bangun
· Rebah-duduk berlunjur, condongkan badan ke belakang sehingga
bahagian atas badan tidak seimbang lalu jatuh.
· Berdiri dan dengan perlahan merebahkan badan di atas tilam .
· Rebah ke hadapan di atas tilam dan berguling.
· Rebah dan bangkit berulang-ulang kali.

Mengikut Burton (1977), kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas


yang disenaraikan di atas. Sebagai contoh, pergerakan-pergerakan berikut adalah
kombinasi pergerakan-pergerakan di atas:

• Merangkak-membongkok + berjalan.

Membaling-hayunan dengan tangan dibengkokkan + satu atau lebih langkah berjalan
atau berlari.
• Mendekam-rebah + membongkok, menolak dan menyokong.
• Menguak-menolak + menarik ke kiri dan ke kanan.

CIRI-CIRI PERGERAKAN KREATIF


 Antara ciri-ciri pergerakan kreatif adalah :
· Penggunaan elemen-elemen pergerakan seperti anggota tubuh, ruang,dan daya
usaha, bentuk, masa, tenaga dan hubungan di antara elemen-elemen tersebut sebagai
asas perancangan kandungan kurikulum (Joyce, 1973; Dimondstein, 1983; Stinson
1982)

• Tumpuan adalah kepada pergerakan untuk kanak-kanak sebagai aktiviti yang bersifat
semulajadi dan tidak formal, dan pada masa yang sama pengalaman-
pengalaman dalam kegiatan pergerakan itu membantu kanak-kanak mengesan
potensi-potensi mereka untuk melahirkan perasaan serta menjadikannya
sebagai alat perhubungan (Combest,1975; Dimondstein, 1983).
• Tumpuan kepada pengalaman geraktari sebagai aktiviti yang menyeronokkan, sihat
dan mudah dicapai. Ia membantu kanak-kanak menjalin paduan antara mental,
fizikal dan persekitaran serta membantu mereka untuk melahirkan segala
perasaan dalaman yang terpendam melalui perantaraan pergerakan. Ia
melambangkan aktiviti yang menyentuh jiwa kanak-kanak (Brearly, 1970;
Fleming, 1976)
• Tumpuan kepada matlamat yang sama, iaitu perkembangan personaliti kanak-kanak
secara menyeluruh. Terdapat satu aspek penting berhubung dengan faktor ini.
Perkembangan personaliti individu memberi kesan terhadap nilai diri yang
merangkumi aspek-aspek fizikal, mental dan rohani. Faktor ini menjadi
penggalak kepada pengembangan personaliti dengan meyakinkan ketiga-tiga
aspek tersebut untuk memberi berbagai kemungkinan seperti merangsang daya
imaginasi dan mencabar intelek. (H’Doubler, 1972; Huskey, 1979; Joyce, 1984;
Synder, 1975; Ayob 1986)

http://slidepdf.com/reader/full/pergerakan-kreatif-seni-dalam-pendidikan 6/15
7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

• Tumpuan kepada keupayaan individu untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang diberi
mengikut caranya yang tersendiri dan pada masa yang sama, cuba
mengekalkan hubungan baik dengan kumpulan rakan sebaya (Stinson, 1982;
Dimondstein, 1983)
• Tumpuan kepada aktiviti motor yang bersifat halus dan kasar, latihan koordinasi,
menghargai masa dan imbangan, pengetahuan tentang bahagian-bahagian
tubuh, pengetahuan tentang mekanisma pergerakan, kesedaran yang mendalam
terhadap hubungan perceptual dan peluang-peluang untuk meningkatkan
kekuatan fizikal, daya ketahanan serta fleksibiliti (Arrow, 1981; Synder, 1975).

3.0 KEPENTINGAN PERGERAKAN KREATIF


Pelopor pendidikan pergerakan kreatif yang banyak memberi sumbangan serta
mempengaruhi perkembangan program pendidikan jasmani iaitu Jesse William (1964),
sangat memberi pengaruh yang sangat dalam perkembangan pergerakan kreatif.
Objektif yang disarankan oleh William pada hakikatnya mencabar para pendidik untuk
mempertingkatkan kemahiran mereka supaya dapat mendidik dengan lebih berkesan
untuk mencorakkan kehidupan kanak-kanak sejajar dengan matlamat yang disarankan.
Nilai-nilai positif yang akan diterima oleh kanak-kanak melalui pergerakan kreatif adalah
berbeza kerana bergantung dengan penyertaan seseorang kanak-kanak dalam aktiviti
ini. Melalui pergerakan kreatif murid-murid berkeperluan khas juga akan memperolehi
banyak manfaat sekiranya dilaksanakan dengan teratur dan sistematik.

Meningkatkan kecergasan
Pergerakan kreatif mampu untuk meningkatkan kecergasan kanak-kanak
terutamanya kanak-kanak sindrom down. Kanak-kanak sindrom down sering mengalami
masalah otot lemah dan mereka kelihatan tidak bertenaga. Melalui pergerakan kreatif 
mereka akan rasa lebih gembira untuk bergerak dan bermain dengan secara tidak
langsung mereka dapat membina kecergasan diri. guru perlu peka dengan keadaan
kanak-kanak ini kerana, dengan aktiviti yang teratur dan senaman yang sistematik serta
pemakanan yang seimbang dapat membantu kanak-kanak menjamin kesihatan dan
tahan lasak. Terdapat empat komponen kecergasan fizikal iaitu kecergasan
kardivaskular, kecergasan kekuatan dan ketahanan otot, kecergasan kelenturan dan
kecergasan berat badan.
Kecergasan merupakan pergerakan dan tingkah laku yang di tunjukkan oleh seseorang
untuk menunjukkan sejauh mana mampu untuk bergerak. Pergerakan akan memberi
implikasi terhadap seseorang terutama kanak-kanak untuk menjalani kehidupan secara
efektif atau tidak. Keupayaan untuk melakukan pergerakan kreatif bergantung kepada
aspek-aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan spiritual yang akan menjadi komponen
dalam konsep kecergasan yang merupakan perkara yang berkaitan antara satu sama
lain. Latihan jasmani yang kerap dilakukan dapat mempertingkatkan kekuatan
seseorang dan elemen kekuatan ini merupakan salah satu faktor penting dalam
mempelajari kemahiran motor. Aktiviti yang aktif dapat membantu kanak-kanak
mencegah penyakit Osteoporosis atau kekurangan garam galian dalam tubuh yang
berpunca daripada sifat yang tidak suka bergerak atau lemban. Hal ini kerana aktiviti
yang rancak dapat memberikan bebanan terhadap tulang dan menjadikan tulang besar 
serta memperbaiki struktur tulang kerana dapat membalikkan proses ini di samping
membina semula tulang-tulang.

Alat teraputik
Pergerakan kreatif sangat berkesan untuk mendidik kanak-kanak bermasalah fizikal dan
mental. Latihan yang bersesuaian dapat membantu kanak-kanak menjadi cergas dan

http://slidepdf.com/reader/full/pergerakan-kreatif-seni-dalam-pendidikan 7/15
7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

efektif dari segi fizikal. Pergerakan yang berkaitan dengan psikomotor, kognitif, efektif 
dan estetika merupakan nilai-nilai yang sangat penting untuk kanak-kanak. Pergerakan
kreatif mempunyai nilai aktiviti yang dapat memberi pengalaman kanak-kanak tersebut
untuk di jadikan pengalaman mereka. Pendidikan pergerakan kreatif dapat memberikan
peluang kepada kanak-kanak untuk merialisasikan potensi mereka dengan imej yang
lebih positif dengan melakukan pergerakan yang mereka inginkan melalui perasaan
dalaman yang mereka miliki untuk melakukan sesuatu pergerakan. Kanak-kanak juga
mampu untuk memikirkan pergerakan yang bagaimana mereka ingin lakukan melalui
penyelesaian masalah dengan memupuk interaksi sosial yang positif dengan
membekalkan pengalaman yang mampu membantu mereka meneroka dan
mengembangkan kebolehan fizikal dan kinestatik mereka dengan mempelbagaikan
pergerakan melalui pengalaman estetika.
Setiap kanak-kanak mempunyai keistimewaan dan bakat yang unik dan tersendiri,
mereka juga ingin berkongsi pengalaman dengan rakan sebaya, ingin melalui cabaran
dan kejayaan, mencipta dan berkongsi pengalaman. Pergerakan kreatif perlu
merangkumi kemahiran yang berfungsi termasuk tingkah laku, kawalan kendiri dan
kebolehan motor, yang seni dan bukan seni, komunikasi bersifat verbal dan non-verbal,
keselamatan dan kesihatan, sosial dan rekreasi dan kemahiran-kemahiran akademik
yang fungsional. Pergerakan kreatif sangat penting untuk memainkan peranan yang
berguna dalam pertumbuhan individu melalui interaksi fizikal, mental dan ekspresi
dengan menyatakan bahawa ekspresi pergerakan mencerminkan unsur dinamik dalam
psikik atau batin.
Pergerakan kreatif mampu untuk mencapai matlamat psikoteraputik dengan meredakan
sintom, integrasi emosi dan fizikal, perkembangan peribadi kanak-kanak dan
memperkukuhkan pemahaman mereka. Aktiviti jasmani akan memberikan kanak-kanak
kesan terhadap tubuh badan mereka, dan pergerakan seperti melompat tali ( skipping ),
lompat seperti kuda, meregang dan menggerakkan tangan-tangan adalah di antara
senaman yang sangat menarik terutamanya kepada kanak-kanak yang lemah daya
koordinasinya.

Sosialisasi
 Aktiviti pergerakan merupakan aktiviti yang memerlukan kerjasama, menjalin rassa
saling mempercayai dan memikul tanggungjawab menhadapi cabaran-cabaran yang di
berikan dan menjadi salah satu seni pergaulan ( socialization ). Aktiviti pergerakan
kreatif merupakan perlakuan sosial yang bergerak dalam kumpulan atau bersendirian.
Kana-kanak sangat sesuai melakukan aktiviti ini kerana dapat membantu mereka untuk
bergaul dengan orang lain, menerima arahan dan motivasi dalam diri mereka. Penting
bagi setiap kanak-kanak untuk mempelajari cara untuk menjadikan mereka di terima dari
segi sosial untuk memudahkan aktiviti mereka. Melakukan aktiviti dalam kumpulan dapat
mempertingkatkan tahap sosial kanak-kanak dan menyesuaikan diri mereka untuk
meneroka dan memahami konsep memimpin dan mengikut.
Fokus konsep sosialisasi dalam program pergerakan kreatif dengan
menghubungkannya dengan cirri-ciri dan maksud-maksud kerjasama, persaingan,
tatatertib, sikap tanggungjawab, saling mempercayai dan menghormati sahabat dan
kempimpinan yang unggul untuk diri sendiri dan orang lain. Melalui aktiviti ini kanak-
kanak dapat melakukan aktiviti dengan rasa gembira dan secara sihat, bersosial,
menyemai minat yang positif, meningkatkan keupayaan bergaul dengan orang lain dan
membentuk personaliti diri.

Meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwa


Kanak-kanak hiperaktif sering berhadapan dengan masalah untuk mengawal perasaan

http://slidepdf.com/reader/full/pergerakan-kreatif-seni-dalam-pendidikan 8/15
7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

dan ketegangan yang dihadapi oleh mereka. Melalui pergerakan kreatif ketegangan ini
dapat diredakan disebabkan pergerakan yang dilakukan dapat memberi kesan positif 
dalam diri mereka. Hal ini kerana pergerakan kreatif mampu mengalihkan hiperaktif 
kanak-kanak kerana pergerakan kreatif memiliki unsur-unsur dorongan bermain yang
semulajadi.
Dengan membiarkan kanak-kanak bermain secara bebas dalam sesuatu persekitaran
yang sesuai dan selamat, dapat membantu mereka untuk menghadapi dan
menyelesaikan masalah-masalah mereka dengan cara yang memberikan kegembiraan
kepada mereka. Kanak-kanak memerlikan perhatian dan kasih saying yang mengcukupi
untuk membina personality mereka, dengan memberikan mereka kebebasan untuk
melakukan aktiviti, tekanan yang mereka hadapi akan menjadi lebih senang untuk di
kawal.
Disiplin seni pergerakan adalah amat membebankan kerana tujuan sebenarnya bukan
untuk melepaskan tekanan semata-mata. Walaupun tekanan perasaan dapat diredakan
namun tujuan sebenarnya adalah untuk mengawal perasaan dan emosi untuk
disalurkan kepada jenis aktiviti yang bertujuan dan berdisiplin daripada aktiviti yang
dilakukan. Melalui pergerakan kreatif kanak-kanak dapat melahirkan perasaan terhadap
apa yang menarik perhatian mereka, melahirkan perasaan yang sejajar dengan tahap
fizikal, psikologi, emosi dan sosial mereka terhadap rakan sebaya. Dengan pergerakan
kreatif juga kanak-kanak lebih bersedia untuk melahirkan perasaan mereka secara non-
verbal berbanding dengan orang dewasa. Aktiviti pergerakan kreatif penting untuk
mewujudkan persekitaran yang dapat membantu kanak-kanak memahami perasaan dan
idea-idea dan melahirkannya melalui pergerakan.

Kemahiran bertutur 
Pergerakan kreatif sering diiringi dengan nyanyian dan permainan alat-alat muzik agar 
lebih menarik dan menambahkan minat kanak-kanak untuk melakukan pergerakan.
Dengan aktiviti menyanyi ini akan dapat membantu kanak-kanak meningkatkan
kemahiran bertutur dan kemahiran fonologi. Kebanyakan kanak-kanak tidak mampu
untuk menyebut perkataan dengan betul sebaliknya hanya menyebut hujung perkataan
sebaliknya dengan aktiviti pergerakankreatif yang di sertai dengan nyanyian dapat
membantu memperbaiki pertuturan kanak-kanak tersebut.
Menyanyi dan digabungkan dengan berbagai aktiviti akan lebih menarik minat murid dan
mereka akan lebih berasa seronok dan gembira. Bagi kanak-kanak mereka akan
beranggapan menyanyi lebih kepada bermain dan berehat. Melalui nyanyian mereka
akan lebih terhibur dan menenagkan fikiran. Untuk mengukuhkan lisan kanak-kanak,
aktiviti ini sangat membantu untuk mencapai matlamat untuk memperbaiki sebutan
kanak-kanak. Hal ini kerana nyanyian memerlukan sebutan yang betul dan jelas
mengikut rentak dan irama serta disampaikan tekanan, intonasi dan nada tertentu.
Secara tidak langsung aktiviti dapat membantu kanak-kanak memperbaiki pertuturan
mereka.

Meningkat kreativiti
Kreativiti merupakan eleman yang dinamik yang tersirat di dalam jiwa kanak-kanak.
Pergerakan menjadi printis bagi membolehkan kanak-kanak untuk memulakan proses
kreativiti mereka dan dalam ruang batas pendidikan tertentu mereka didorong untuk
mencurahkan tenaga kreatif mereka. Kanak-kanak merupakan individu yang unik dan
kreatif. Potensi kreativiti mereka berbeza antara satu sama lain dari segi perkembangan
fizikal dan kecenderungan terhadap pembelajaran terhadap pembelajaran. Kreativiti
merupakan proses yang boleh digunakan untuk menyelessaikan masalah mengikut
pendekatan baru yang menggunakan pengetahuan dan pemahaman yang bersifat

http://slidepdf.com/reader/full/pergerakan-kreatif-seni-dalam-pendidikan 9/15
7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

unik dan individualisti, dapat memberi pengalaman yang lebih bermakna kepada kanak-
kanak.
Kanak-kanak mampu untuk meneroka danmengembangkan daya kreativiti mereka
melalui improvisasi. Melalui kaedah ini kanak-kanak akan bertindak dan melakukan idea
mereka secara serentak, spontan dan tanpa perancangan awal. Kreativiti
melambangkan bakat semulajadi kanak-kanak dan sering tidak dapat dikembangkan di
bilik darjah yang bersifat mengongkong . menggunakan pendekatan pergerakan
kreatif merupakan aktiviti semulajadi dan menyeronokkan kanak-kanak untuk di jadikan
pengalaman mereka.
Tenaga kreatif merupakan elemen yang dinamik dalam setiap diri kanak-kanak,
perkembangan persamaan, penemuan dan penerokaan. Kesan daripada pergerakan
kreatif akan terhasil ekspresi yang kreatif, kanak-kanak yang sering melakukan
pergerakan kreatif akan mengalami proses kreativiti ini.kepuasan sepenuhnya dan rasa
dihormati dalam kalangan mereka. Dalam diri kanak-kanak terdapat kebebsan untuk
berfikir yang memerlukan saluran untuk meluahkan perasaan mereka berhubung
dengan pengalaman-pengalaman seharian yang mereka lalui.

4.0 CADANGAN AKTIVITI

Tarian
Definisi tarian dan pendapat tokoh
Tarian merupakan gerak tubuh manusia. Melalui gerak tubuh, manusia mampu untuk
mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari kepada orang lain. Tarian
mengandungi segala gerakkan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan.
Seni tari ini dapat di lihat pada pergerakkan tangan, kaki, badan, mata dan anggota
tubuh badan yang lain.
Menurut C.Sachs yang merupakan ahli sejarah tarian dan muzik Jerman, beliau
mendefinisikan seni tari sebagai gerakkan berirama. Seni tari merupakan pengucapan
 jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian
sama ada tarian asli atau pun tarian yang dipengaruhi oleh unsure-unsur moden. Seni
tari boleh di kategorikan kepada :
a) Tarian-tarian yang bercorak seni tari istana yang di persembahkan pada waktu
perkahwinan, pertabalan, istiadat menyembah dan sebagainya, tarian ini termasuklah
tarian seperti tarian siti panyung, mak inang, asyik, gamelan dan sebagainya.
b) Tarian rakyat seperti dongdang sayang, ronggeng, joget dan sebagainya.
c) Tarian yang khusus di tarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang,
tarian labi-labi, tarian berdayung dan sebagainya.
Tarian kanak-kanak
Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap
pergerakkan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi
pergerakkan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tari.
Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu cara
untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian. Kanak-kanak dapat
menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama dalam tarian.
 Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak.

Kepentingan tarian kepada kanak-kanak


i. Aspek kognitif 
ii. Aspek fizikal
ü Membantu mengembangkan psikomotor kanak-kanak ke tahap yang maksimun dan
baik

10

http://slidepdf.com/reader/full/pergerakan-kreatif-seni-dalam-pendidikan 10/15
7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

ii i. Aspek sosial dan emosi


iv. Aspek psikomotor 

Drama
Definisi drama
Drama ialah melakukan pergerakkan dan melakonkan aksi. Drama mampu membantu
perkembangan keseluruhan bagi kanak-kanak. Drama juga merupakan aktiviti yang
penting sebagai memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan
perasaan atau mengekspresi diri mereka.
Ekspresi dalam drama
Kanak-kanak berkeupayaan untuk membuat pernyataan diri menerusi pelbagai aktiviti.
Drama merupakan salah satu bentuk aktiviti yang boleh digunakan oleh kanak-kanak
untuk meluahkan perasaan mereka secara terkawal dan sistematik. Perasaan ialah
melahirkan luahan daripada hati yang merangkumi perasaan sedih, gembira, marah,
takut dan benci.
Jenis-jenis drama
a) Improvisasi
Ø merupakan lakonan secara spontan yang mengisahkan berkaitan kejadian, keadaan
atau situasi dalam kehidupan harian.pergerakkan yang terlibat termasuklah gerak balas,
isyarat tangan, gerakkan badan, mimic muka dan isyarat-isyarat lain.
b) Pantomin
Ø merupakan lakonan tanpa dialog. Skrip di baca oleh kanak-kanak dan mengiringi
lakonan tersebut. Pantomin dapat melatih kanak-kanak berlakon dengan yakin tanpa
memikirkan masalah untuk menghafal dialog.
c) Memos
Ø memos merupakan lakonan bisu dan hanya menggunakan pergerakkan badan tanpa
bahasa atau percakapan. Setiap pelakon menyampaikan mesej melalui mimik muka dan
pergerakkan badan.
d) Main peranan
Ø aktiviti main peranan ini merujuk kepada sesuatu situasi atau masalah yang timbul.
Pemain atau pelakon perlu membayangkan bagaimana situasi tersebut kemudian
melakokannya mengikut situasi tersebut.
e) Simulasi
Ø melalui simulasi, bakat kanak-kanak dapat di cungkil dan di asuh dengan baik.
Kanak-kanak di kehendaki berlakon dengan gaya dan cara yang betul dan berkesan.
f) Teater membaca
Ø melalui aktiviti ini, skrip yang sesuai perlu disediakan dan mempunyai dialog.
Terdapat dua cara untuk menjalankan aktiviti ini iaitu :
§ penceritan berada dalam kelompok cerita :
- pembaca membaca skrip sambil berjalan-jalan ke arah tempat pelakon yang wataknya
dibaca. Pelakon akan berdiri apabila wataknya dibacakan.
§ pencerita diluar kelompok cerita :
- pembaca membacakan cerita di suatu tempat lain yang telah di sediakan dan pelakon
akan bertindak balas terhadap cerita itu dengan berdiri dan berlakon apabila skrip
mengenai wataknya dibaca oleh pencerita tersebut.
g) Teater boneka
Ø Alatan mainan seperti boneka sangat selamat untuk kanak-kanak. Penghasilan
boneka begitu serasi dan sesuai terhadap diri kanak-kanak kerana mereka masih lagi
berfikiran animism dan sangat suka terhadap boneka. Terater ini juga disesuaikan
dengan aspek kemahiran bahasa terhadap kanak-kanak. Melalui teater boneka,
pelbagai bentuk dan gaya bahasa dapat diperkenalkan kepada kanak-kanak.

11

http://slidepdf.com/reader/full/pergerakan-kreatif-seni-dalam-pendidikan 11/15
7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

Perlaksanaan teater boneka dapat memberi pengalaman belajar yang sangat seronok
kepada diri kanak-kanak.
Cadangan Aktiviti :
Cadangan aktiviti
Tahap Perkembangan
Tarian Drama Muzi
/Tahun Psikomotor 

3 –4 Ø Menggerakkan bahu Pergerakan yang Lakonan yang Muzik yang har


dan tangan mengikut mudah spontan dan tenang serta pe
irama. Cth : rasa sayang semulajadi yang bahasa yang m
Ø Seronok bertepuk hey dilakukan oleh dalam lirik.
tangan tetapi dengan kanak-kanak Cth : rasa saya
bimbingan. setelah diminta oleh
ibu bapa.

5–6 Ø Boleh melompat dan Pergerakan yang Lakonan yang Muzik yang ber
menari bertema. berkaitan dengan Nilai murni
Ø Melukis gambar  Cth: tarian alam semulajadi. Lirik lagu yang
manusia 2 dimensi tetapi kontemporori, Cth : arnab dan menggunakan
berbentuk realistik nirmala, balqis. kura-kura. yang mudah.
Cth : Tanya sam

7–8 Ø Boleh menggunakan Pergerakan tarian Lakonan yang Muzik yang ber
kombinasi tangan dan kai yang konkrit. konkrit dan bertema rancak.
dengan baik dalam Cth : tarian zapin, serta mempunyai Cth : nasyid, tra

melakukan
dalam tarianpergerakan
. tarian sri inang. pengajaran dan
estetika yang nilai
tinggi. muzik jazz, dll.
Ø Mencari teman secara Cth: Puteri Gunung
aktif. Ledang, snow
white.

12

http://slidepdf.com/reader/full/pergerakan-kreatif-seni-dalam-pendidikan 12/15
7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

5.0 IMPLIKASI PERGERAKAN KREATIF TERHADAP 4 PERKEMBANGAN


Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan
gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif.
Pergerakan ini memberi imlikasi terhadap keempat-empat perkembangan iaitu
perkembangan kognitif, psikomotor, afektif (sosial dan emosi) secara lansung mahupun
tidak langsung.

Perkembangan Psikomotor 
Perkembangan psikomotor merupakan perkembangan kemahiran dan
kebolehan otot fizikal. Aspek psikomotor adalah berkaitan dengan pergerakan anggota
fizikal. Terdapat tiga komponen utama perkembangan psikomotor yang dikemukan oleh
Taksonomi Jewett dan diantaranya adalah pergerakan kreatif. Gabungan pergerakan
yang dilahirkan melalui perasaan dan idea yang bernas ini dapat di aplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah khususnya. Hal ini kerana, jika kita
melihat dari konteks perkembangan psikomotor aktiviti seperti tarian dan drama dapat
membantu pembentukan perkembangan psikomotor secara langsung melalui aktiviti
tersebut. Contohnya seperti tarian zapin yang sesuai bagi peringkat kanak-kanak yang
berusia 6 hingga 8 tahun. Tarian ini memerlukan kombinasi tangan serta kaki yang
cekap agar gerakan tarian kelihatan harmoni, manakala tarian piring pula mampu
menjana perkembangan motor halus dari segi genggaman jari kanak-kanak memegang
ketika sedang menari. Terdapat pelbagai tarian lain yang dapat diaplikasikan oleh guru
agar dapat membantu kelancaran perkembangan psikomotor, selain itu, aktiviti seperti
ini juga, dapat mewujudkan suasana pembelajran yang menarik kerana lumrah kanak-
kanak adalah mereka seronok bermain, menyanyi dan menari.

Perkembangan Kognitif 
  Perkembangan Kognitif merupakan cara kanak-kanak berfikir dan
menyelesaikan masalah. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan keupayaan
penggunaan dalam perbualan untuk menunjukkan peningkatan yang pesat dalam
memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling. Dalm
konteks perkembangan ini, kita dapat lihat bahawa pergerakan kreatif memberi
sumbangan dalam perkembangan kognitif ia dapat dilihat dalam persembahan yang
mereka tunjukkan samada tarian, drama mahupun muzik. Aktiviti seperti ini memerlukan
ingatan yang kuat seperti drama, memerlukan kanak-kanak untuk menghafal skrip
begitu juga muzik yang memerlukan kanak-kanak memahami serta menghafal lirik lagu
manakala tarian pula, memerlukan kanak-kanak mengingati estiap langkah dalam tarian
yang diperlajari mahupun yang bakal dipersembahkan. Selain itu, pergerakan kreatif 
 juga mencetuskan idea dalam membentuk kebolehan mengkomunikasikan idea-
idea dengan menggunakan tubuh sebagai wadah ekspresi. Justeru itu, aktiviti-aktiviti ini
dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu berfikiran kritis serta memberikan
pengalaman kepada pelajar bagaimana untuk menyelesaikan masalah serta dapat
menonjolkan bakat kepimpinan kanak-kanak berinteraksi dengan ahli dalam
kumpulan.
Perkembangan Afektif ( Sosial dan Emosi )
  Lumrah kanak-kanak yang suka akan keseronokan permainan dan bersosialisasi
bersama rakan. Namun begitu terdapat juga kanak-kanak yang sukar untuk
berkomunikasi bersama rakan mahupun guru malahan ada sesetangah kanak-kanak
yang duduk bersendirian tanpa menghiraukan sesi pembelajaran yang sedang diidkuti
oleh mereka. Menurut Coplan et al (1994) kanak-kanak kelihatan seolah-olah tidak
berinteraksi sosial dan kurang berhubung dengan orang lain, walaupun terdapat orang

13

http://slidepdf.com/reader/full/pergerakan-kreatif-seni-dalam-pendidikan 13/15
7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

yang bermain berdekatan dengan mereka, manakala Pan (1994) mengatakan bahawa,
dengan peningkatan umur mereka akan belajar berkomunikasi dan bekerjasama dalam
aktiviti yang berbentuk permainan. Teori-teori tersebut jelas menunjukkan bahawa
perkembangan sosial kanak-kanak perlu dibentuk dalam aktiviti yang mampu
memberangsangkan mereka untuk bersosialisasi disamping dapat memberi
keseimbangan dalam perkembangan emosi kanak-kanak. Jelaslah, pergerakan kreatif 
merupakan suatu pergerakan yang dapat mewujudkan suatu aktiviti-aktiviti yang
menarik seperti tarian, drama dan muzik.
Selain itu, jika dilihat dari dalam konteks pembelajaran, ketiga-tiga aktiviti seperti tarian,
drama mahupun muzik memerlukan kerjasama dalam kumpulan. Semangat kerjasama
diantara pelajar ini dapat diwujudkan dalam ketiga-tiga pembelajaran aktiviti ini. Ketika
ini, guru perlu bijak mengambil kaedah berpusatkan murid dan mengetengahkan
pendekatan berkumpulan dalam pengajaran, sebagai contoh tarian inang, yang
memerlukan kerjasama daripada ahli kumpulan agar dapat menghasilkan persembahan
yang serentak, sama dan menarik minat penonton. Aspek emosi juga turut menerima
impaknya, ia dapat dilihat daripada pengamatan dan penghayatan pelajar dalam
menjalankan aktiviti tersebut. Tarian, Drama dan Muzik merupakan antara aktiviti yang
menjana kepada perkembangan emosi kanak-kanak, ia dapat ditunjukkan ketika kanak-
kanak berlakon dalam drama yang memerlukan pengamatan dan penghayatan terhadap
watak yang disampaikan, maka emosi atau perasaan kanak-kanak ini dapat
diekspresikan dalam drama yang dilakonkan melalui watak yang dipegang. Begitu juga,
tarian dan muzik, kedua-dua aktiviti ini menyumbang kepada perkembangan emosi
kanak-kanak.

6.0 KESIMPULAN 
Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan,
irama dan daya jreativiti untuk melahirkan insane yang kreatif dan mempunyai daya
ekspresi. Pergerakan ini bertujuan untuk meningkatkan potensi sedia ada kanak-kanak
berkaitan ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan. Terdapat banyak nilai-nilai positif 
yang dapat dipupuk dan diterapkan dariapada aktiviti yang memerlukan pergerakan
kreatif ini iaitu seperti mepertajamkan imaginasi dan sensitivity, mengurangkan
ketegangan emosi, membentuk personality dengan sifat jaya diri dan insiatif dan ia
boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Selain itu, penerapan nilai bekerjasama dalam kumpulan dapat memberi
pengalaman yang menyeronokkan kepada kanak-kanak bersama rakan mereka.
Tuntasnya, pergerakan kreatif merupakan suatu elemen penting dalam menjana
perkembangan psikomotor, kognitif dan Afekitif kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti yang
melibatkan pergerakan ini perlu diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran untuk
mewujudkan suasana yang lebih efisyen dan berkesan serta dapat menarik minat
kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran yang diajar. Oleh itu, pergerakan kreatif 
yang merupakan tafsiran idea, perasaam atau tanggapan deria yang dilahirkan secara
simbolik mampu membantu perkembangan psikomotor kanak-kanak dalam menjana
perkembagan kehidupan yang sempurna.
7.0 Bibliografi

Bandura, A (1971). Analysis of modeling processes. Psychological Modelling?


Chichago. Alsine-Asherton

Koehler, M & kravets, D. (1977). Social psychology: understanding human


interactions (Edisi 2). Boston

14

http://slidepdf.com/reader/full/pergerakan-kreatif-seni-dalam-pendidikan 14/15
7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

Salmah Ayub. (1992). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Kuala Lumpur Flo
Enterprise.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Sukatan Pelajaran Pendidikan


Jasmani. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

15

http://slidepdf.com/reader/full/pergerakan-kreatif-seni-dalam-pendidikan 15/15

You might also like