You are on page 1of 6

718

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia


Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

KONFLIK PERPADUAN KAUM DALAM KETAMADUNAN


MASYARAKAT MELAYU MALAYSIA

Siti Khatijah Yasin & Fadzli Adam


Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam
Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia.

sl0932@putra.unisza.edu.my
fadzliadam@unisza.edu.my

Abstrak

Artikel ini memaparkan kupasan mengenai persoalan konflik perpaduan kaum dalam
ketamadunan masyarakat Melayu di Malaysia. Ketamadunan yang gemilang dalam
sesebuah masyarakat merupakan hasil yang dicernakan oleh tingkah laku masyarakat itu
sendiri dalam mencorakkan sesebuah tamadun yang baik serta bersih dari segala
persengketaan dan perpecahan. Konflik dalam masyarakat sering dimainkan sehingga
menimbulkan sensitiviti dan pergaduhan antara agama dan kaum. Konflik perpaduan kaum
yang berlaku dalam negara bukan sahaja datang dari pihak orang bukan Islam kepada
agama Islam, malah ada juga konflik yang ditimbulkan oleh orang Islam kepada agama lain.
Objektif dalam artikel ini memperlihatkan bagaimana masyarakat Melayu beragama Islam
sering diserang dan dipermainkan sehingga mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat
Islam kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Artikel ini akan memfokuskan kepada
bentuk-bentuk serangan yang sering dilontarkan kepada agama Islam. Kaedah yang
digunakan dalam penulisan ini adalah analisis dokumen. Kajian ini akan menganalisis
konflik-konflik yang berlaku kepada masyarakat Islam dalam kajian-kajian yang telah
dilakukan oleh pengkaji terdahulu. Hasil kajian menunjukkan bahawa banyak konflik yang
timbul sejak muktahir ini sehingga mencemarkan ketamadunan Melayu Islam di mata
masyarakat dunia.

Kata Kunci: Agama, Ketamadunan, Konflik, Perpaduan Kaum

1. PENGENALAN
Ibn Manzur (1997) dalam Lisan al-Arab menggunakan istilah madiniah, tamadun
dan hadarah bagi menggambarkan erti tamadun. Ibn Khaldun (1990) dalam kitabnya
Muqaddimah Ibn Khaldun telah mengemukakan istilah umran dan hadarah bagi
memberi definisi tamadun sebagai beberapa keadaan dan peristiwa biasa yang
melebihi dari patut, terbit dari peristiwa-peristiwa pembangunan. Tamadun mungkin
bertambah dengan bertambahnya kemajuan. Tetapi, ia masih perlu berteraskan
kemanusiaan. Syed Naquib al-Attas (1977) dalam bukunya Islam Fahaman Agama
Dan Asas Akhlak mendefinisikan tamadun sebagai keadaan kehidupan insan yang
bermasyarakat yang telah mencapai taraf tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi
seluruh masyarakat.
Arnold Toynbee (1972) dalam bukunya A Study of History mendefinisikan
tamadun sebagai sejenis kebudayaan yang berkembang di dalam kota. Beliau
menambah, tamadun juga ialah satu kumpulan pemikiran dari pelbagai manifestasi,
orientasi yang berterusan, satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab
membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral. Manakala bagi Darcy
Riberio dalam bukunya The Civilised Society mendefinisikan tamadun adalah puncak
719
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

pencapaian sesuatu masyarakat dalam proses kemajuan (Muhamad Iqbal Abideen


2006).
Ketamadunan Islam pernah berada di puncak kegemilangan dengan kombinasi
kecemerlangan yang dicapai di Timur dan Barat. Di sebalik Timur, kemajuan yang
dicapai di Kufah, Baghdad dan Damsyik menjadi titik tolak ke arah melonjakkan
tamadun Islam. Manakala di sebelah Barat, kejayaan menguasai Sicily telah
membuka mata dunia. Manakala kejayaan yang dicapai di Andalusia tidak dapat
ditandingi pada waktu tersebut oleh kuasa-kuasa Eropah yang lain. Penguasaan
Islam ke atas blok Timur dan Barat itu seakan menunjukkan kekuatan dan
menjelmakan keizzahan umat Islam lampau sehingga mereka dijadikan contoh
dalam pembinaan tamadun barat (Roslan 2010). Sesebuah ketamadunan akan
runtuh jika masyarakat tidak bersatu walaupun berlainan bangsa dan agama.
Penyatuan dan sikap toleransi perlu dipupuk dalam masyarakat agar pembangunan
sesebuah tamadun akan terhindar dari segala konflik dan pergaduhan yang
mencacatkan kegemilangan sesebuah tamadun. Namun muktahir ini, pelbagai
konflik yang dilemparkan kepada agama Islam sehingga membawa kepada sensitiviti
agama dan kemarahan umat Islam pada bangsa lain.
Konflik antara agama sentiasa berlaku dan hal ini terbukti melalui sejarah
sebagai contoh, pada sekitar tahun 1095, Perang Salib yang pertama telah
dimulakan oleh Gereja Roman Katolik untuk menawan semula tanah suci di sekitar
Baitulmaqdis (Jerusalam) daripada tawanan Islam. Di Malaysia sendiri terdapat
beberapa kes yang mencabar perpaduan masyarakat berbilang agama antaranya
adalah serangan ke atas gereja Katolik di Lembah Klang Taiping dan Seremban
serta Gurdwara Sikh di Sentul pada awal 2010 kerana isu kalimah Allah yang
sehingga kini masih diperdebatkan. Masyarakat Malaysia terus hidup dalam
keharmonian yang disaluti hipokrasi dengan prasangka dan stereotaip tertentu
terhadap penganut agama yang lain. Konflik dalam konteks agama ini juga bukan
berlaku kepada orang Islam akan tetapi ada dikalangan penganut Islam yang cuba
membangkitkan isu-isu yang boleh membawa kepada perselisihan yang melibatkan
agama lain.

2. MALAYSIA NEGARA KEPELBAGAIAN AGAMA


Menurut Ramli Awang (2008), agama membawa maksud menjalankan suatu
peraturan bersifat moral untuk menghindari kekacauan dalam hidup yang tujuannya
untuk mencapai kesejahteraan dan kebahagian. Malaysia merupakan sebuah negara
yang mempunyai kepelbagaian agama dan budaya dan mereka menjalankan
kehidupan sosial dengan mengamalkan sikap toleransi antara mereka.
720
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

Bumiputera Cina India Lain-lain

7% 1%

25%

67%

Carta di atas jelas menunjukkan bahawa terdapat tiga etnik yang terbesar di
Malaysia iaitu Bumiputera (Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak), Cina dan
India. Etnik Melayu menunjukkan etnik terbesar iaitu sebanyak 67% dan diikuti
dengan etnik Cina sebanyak 25%, India 7% dan hanya 1% mewakili lain-lain etnik.
Statistik ini memperlihatkan kemajmukan masyarakat di Malaysia yang terbahagi
kepada tiga etnik yang besar iaitu bumiputera yang terdiri daripada etnik Melayu dan
bumiputera Sabah dan Sarawak, Cina dan India serta etnik-etnik lain. Sungguhpun
Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang aman, stabil dan harmoni dalam
ketegori negara majmuk, namun segentir sarjana seperti Khoo Kay Kim (2007)
menyatakan Malaysia berada dalam keadaan ‘worrying and fragile state’, manakala
Shamsul Amri (2007) pula menyatakan ‘tegang tapi stabil’.
Namun begitu, di sebalik kepelbagaian agama dan bangsa yang wujud di
Malaysia, konflik antara mereka tidak pernah reda dan sehingga kini masih lagi
wujudnya sikap kepentingan diri sehingga mereka melihat agama lain dengan
persepsi negetif. Menurut Chandra Muzaffar, kontroversi kaum di Malaysia boleh
dibahagikan kepada beberapa fasa, bermula dari tahun 1950-an. Pada ketika itu, isu
kewarganegaraan dan kontrak sosial mendominasi hubungan kaum, diikuti dengan
isu bahasa pada tahun 1060-an sebelum Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB),
manakala isu kuota dan urbanisasi mencorakkan hubungan etnik sekitar tahun 1970-
an dan 1980-an. Dalam tahun 1990-an dan millennium pula, isu-isu agama
mempunyai pengaruh besar dalam hubungan etnik di negara ini. Isu-isu berkenaan
agama yang muncul sejak akhir-akhir ini, berbanding isu-isu lain dalam hubungan
kaum di Malaysia, menurut Chandra Muzaffar begitu kritikal impaknya (Baharum
Mahusin 2006).

3. ISU KONFLIK MEMBABITKAN PENGANUT AGAMA ISLAM


Melihat dimensi agama dalam konteks konflik perpaduan kaum amat sensitiviti
dan meruncing dalam kehidupan masyarakat kini, agama dilihat sebagai alat
berlakunya sesuatu konflik dengan timbulnya isu-isu yang menyentuh kesucian
agama terutama agama Islam yang menjadi agama rasmi negara sehingga
membawa perbalahan antara kaum khususnya di dunia dan di Malaysia amnya. Di
dalam perlembagaan Malaysia, Perkara 3 menyatakan bahawa meskipun agama
rasmi negara Malaysia adalah Islam, penganut agama yang lain adalah dibenarkan
untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing dalam kesejahteraan dan
keharmonian. Hal ini turut dinyatakan dalam Perkara 11 bahawa setiap warganegara
adalah bebas menganut dan mengamalkan agama masing-masing. Walau
721
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

bagaimanapun, dengan tertegaknya perlembagaan ini, konflik antara penganut


berlainan agama tidak akan berlaku dalam masyarakat yang berbilang kaum di
Malaysia.
Sebagai contoh, timbulnya satu kes dua rakyat Malaysia berbangsa Cina, iaitu
Alvin Tan dan Vivian Lee yang telah menyiarkan gambar dan video bogel mereka di
blog, (Karmini 2013). Namun, bloger yang penuh kontroversi Alvin Tan telah sekali
lagi bertindak biadab dengan menghina umat Islam dengan merakam lagu azan
“Muslim Call to Prayer-Azan” yang dimuat turun dalam akaun facebooknya sehingga
mendatangkan kemarahan dari kalangan Islam dan bukan Islam (Sinar Harian, 21
April 2015). Perbuatan yang sedemikian merupakan satu tindakan yang
menyinggung sensitiviti umat Islam dan menimbulkan kemarahan dalam masyarakat
di Malaysia.
Selain itu, bagaimana satu isu kontroversi operasi JAIS terhadap Gereja DUMC
ini mendapat liputan yang begitu meluas oleh pihak media apabila dikatakan terdapat
12 orang muslim cuba dimurtadkan pada majlis tersebut. Kejadian yang berlaku pada
bulan Ramadhan, 3 Ogos 2011 telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam media arus
perdana (Utusan Malaysia, 5 Ogos 2011). Pemeriksaan dibuat berdasarkan
maklumat awam yang mendakwa berlakunya jemputan beberapa orang Islam ke
Majlis Berbuka Puasa yang dinamakan Thanksgiving Syariah (Negeri Selangor)
Tahun 1955 iaitu menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.
Serangan kepada agama Islam amat meruncing dan jika perkara sebegini
dipandang mudah, kebangkitan kemarahan umat Islam kepada agama lain akan
lebih mendalam dan permusuhan sukar untuk diredakan jika keadaan ini tidak
ditangani dengan sebaik mungkin. Hal ini dibincangkan oleh Chandra Muzaffar
(2011) bahawa kesedaran masyarakat masa kini mengenai identiti berasaskan
agama semakin kuat berbanding pada masa dahulu sebagai contoh apabila kartun
yang menzahirkan Nabi Muhammad telah diterbitkan dalam satu ruangan akhbar
tempatan Denmark, para penganut Islam di seluruh dunia mengecam pihak akhbar
tersebut.
Tindakan orang bukan Islam terhadap agama Islam sering menimbulkan
permasalahan dan campur tangan ke atas kesucian agama Islam yang terdiri dari
aspek perundangan dan hukum-hukum Islam. Ini dibuktikan lagi dengan pandangan
Rahimin Affandi (2003) iaitu yang berkenaan dengan Jawatankuasa Teknikal Syariah
dan Sivil (JTSS) yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan proses review dan
perubahan terhadap sistem perundangan Islam dan sivil agar kedua-duanya lebih
bersifat Malaysia sering dianggap secara negetif oleh penganut agama bukan Islam.
Hal ini telah menyebabkan proses reviewing ini dijalankan secara low profile bagi
mengelakkan bantahan golongan bukan Islam.
Salah seorang ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang turut mempersoalkan aspek
yang berkaitan dengan negara Islam. Beliau menyatakan Malaysia tidak boleh
dijadikan negara Islam kerana kurang dari 60% penduduk di Malaysia yang
beragama Islam. Beliau tetap berpenderian Malaysia adalah negara sekular dengan
Islam sebagai agama rasmi. Beliau turut menyentuh berkaitan negara Indonesia
dengan penduduk Islam terbesar di dunia melebihi 200 juta penganut Islam adalah
sebuah republik sekular dengan lima agama yang diiktiraf secara rasmi. Selain itu,
baginya tiada prasyarat bahawa sebuah negara yang menjadi tuan rumah kepada
OIC semestinya sebuah negara Islam dan fakta bahawa Malaysia menjadi tuan
722
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

rumah kepada Sidang Kemuncak OIC ke-10 tidak bererti bahawa Malaysia adalah
negara Islam (Thock Ker Pong 2005).
Ini dibuktikan dengan penghinaan terhadap pelaksanaan hukum hudud yang
akan dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan yang membabitkan Aisyah Tajuddin
yang berperanan sebagai pengacara mempersoalkan kepentingan pelaksanaan
hudud dengan gaya menyindir dengan mimik (ekspresi) muka menjengkelkan
dengan memuat turun video selama 1 minit 55 saat. Perbuatan sedemikian telah
menimbulkan kemarahan bagi penganut Islam dan perbuatan sedemikian telah
menghina hukum Allah yang telah dicatatkan dalam kalam suci al-Quran al-Karim
(Online Merdeka, 20 Mac 2015).
Menurut Azian Aziz (2009) terdapat isu pembinaan Kuil Hindu di Seksyen 23
Shah Alam yang telah menimbulkan kemarahan penduduk Melayu Islam di kawasan
berkenaan. Kes ini bermula apabila penduduk di Seksyen 23 membantah cadangan
pembinaan kuil di kawasan mereka yang majoritinya beragama Islam berbanding
hanya 40 penganut Hindu. Menurut beliau lagi, ekoran tiada jaminan daripada
kerajaan negeri untuk membatalkan cadangan itu, kira-kira 200 penduduk bertindak
mengadakan perhimpunan selepas solat Jumaat bagi menyuarakan bantahan
tersebut. Keadaan bagaimanapun bertukar kecoh serta kontroversi apabila ada
kalangan mereka yang menyertai perhimpunan itu membawa kepala lembu ketika
berarak ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Tindakan ini menimbulkan
kemarahan penganut agama Hindu, mereka merasa terhina dengan tindakan
tersebut. Kesan daripada masalah ini telah mengakibatkan hubungan penganut
Islam dengan penganut India menjadi tegang.

KESIMPULAN
Kegemilangan sesebuah tamadun akan lahir jika masyarakatnya mengamalkan
toleransi dan kerjasama dalam segala bentuk kehidupan. Bagi mengekalkan
keharmonian dalam sesebuah negara, masyarakat perlu dibentuk satu komuniti yang
saling berhubungan di antara satu sama lain tidak mengetepikan mana-mana bangsa
dan agama yang wujud dalam komuniti supaya membentuk semangat perpaduan
antara mereka dan sekaligus menghindarkan akan timbulnya konflik perpaduan
kaum dalam komuniti sesebuah masyarakat itu. Setiap penganut agama pasti akan
mempertahankan kesucian dan keharmonian agama masing-masing daripada
ditindas dan dipermaikan oleh penganut agama lain. Dengan kewujudan
kepelbagaian agama sudah pasti tidak dapat tidak akan berlaku konflik antara
agama. Setiap masyarakat perlu memupuk sikap hormat-menghormati, toleransi,
kerjasama antara agama supaya masing-masing akan menikmati kedamaian yang
akan lahir jika mereka mengaplikasikan perlakuan yang baik dalam kehidupan
bermasyarakat.

RUJUKAN
Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1977. Islam: Faham Agama Dan Asas Akhlak.
Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Azian Aziz (2009, September 3). Selesaikan isu kuil . Utusan Malaysia
723
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

Chandra Muzaffar (2011). Exploring Religion in Our Time. Pulau Pinang; Penerbitan
Universiti Sains Malaysia
Hornby A.S & Parnwell E.C. 1972. Kamus Progresif Inggeris- Melayu. Terj.Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Ibn Khaldun, Abu Zayd ‘Abd al-Rahman Bin Muhammad bin Khaldun (732
808H).1990.Muqaddimah. Beirut: Dar Ihya al-Turath.
Ibn Manzur, Jamaluddin Muhamad Bin Mukkaram (627-710H).1997. Lisan al-Arab.
Beirut: Dar Ihya al-Turath.
Karmini, A.N. 2013. Framing Moral Panic: A Comparative Analysis of the Alvin&
Vivien Blog Coverage by The Star and MalaysiaKini. Artikel ini dibentangkan
di persidangan Asian Media Information and Communication, 2013
Khoo & Kay Kim. 2007. The Making of Malaya, 1946-1955: The Fruit Cooperation.
Dalam Voon Phing Keong (Ed). Malaysian Chinese and Nation Building:Before
Merdeka and Fifty Years After. Kuala Lumpur: Centre for Malaysian Chinese
Studies.
Mohd Roslan Mohd Nor. 2010. Meneladani Sejarah Umat Islam Dalam Membentuk
Masyarakat Hadhari yang Gemilang Abad ke 21. Jurnal Hadhari 2(2) (2010)19-
40. UKM
Muhamad Iqbal Abideen. 2006. Islam Hadhari :Relevan Sepanjang Zaman. Kuala
Lumpur: Penerbitan Seribu Dinar.
Online Merdeka, 20 Mac 2015
Rahimin Affandi Abd.Rahim, Mohd Anuar Ramli, Paizah Ismail & Nor Hayati Mohd
Dahlal. 2011. Dialog Antara Agama :Realiti dan Prospek di Malaysia. Universiti
Sains Malaysia.
Ramli Awang. 2008. Dialog Antara Agama dari Perspektif Al-Quran. Johor Bahru:
Cetak Ratu Sdn. Bhd
Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Putrajaya : Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia
Sinar Harian, 21 April 2015
Thock Ker Pong. 2005. Hala Tuju Politik Masyarakat Cina Malaysia Kontemporari
Politik Desakan vs Politik Kompromi. Pemikir, Bil 41.
Toynbee A.J. 1972. A Study of History. New York: Weathervanee Books.
Utusan Malaysia, 5 Ogos 2011

You might also like