You are on page 1of 4

UBLISHED ON : OCTOBER 23, 2019 BY REDZUAN

Emas dalam akaun GAP (Gold Accumulation Program) boleh digadai atau
di’Arrahnukan’ tanpa perlu keluarkan Emas tersebut dari akaun GAP pun.

Kemudahan ini sangat bagus kerana kita tidak perlu keluar pun dari rumah
untuk urusan gadaian. Wang pula dimasukkan ke dalam akaun bank kita. Itulah
sebabnya orang selalu cakap ‘Ada Emas Ada Duit’. Untuk gadai Emas dalam
akaun GAP sangatlah mudah. Hanya 2 steps sahaja:
Langkah 1

Setelah Log In ke Akaun GAP. Cuma klik pada Arrahnu

Langkah 2

Masukkan kuantiti Emas yang hendak digadai dan klik Request


Selepas itu staf Public Gold pun ada contact untuk confirmkan request untuk
Ar-Rahnukan Emas GAP. Lepas saya ‘confirm’ kan staf pun terus proses urusan
Ar-Rahnu. Lepas tu slip Arrahnu pun dikeluarkan (rujuk di gambar)
Ini contoh slip gadaan 1g oleh seorang Penyimpan GAP
Slip Arrahnu
Bestnya dengan akaun GAP Public Gold ni, boleh Ar-Rahnu Emas GAP tanpa
perlu ke branch Public Gold pun. Semua urusan di hujung jari jer. Cuma tunggu
wang masuk akaun bank jer . Jimat masa, jimat wang (tak perlu drive, bayar
parking) dan sangatlah mudah

Wang dimasukkan ke dalam akaun bank berdaftar


Inilah salah satu kelebihan Emas berbanding instrumen kewangan lain. Emas
sangat mudah dicairkan. Boleh jual atau Ar-Rahnukan jika perlukan tunai. Bila
ada wang boleh tebus semula dan of course kenalah ada plan untuk tebus.

Dengan 10 gram jumlah pinjam 70% daripada nilai 10 gram 👉🏻 RM1470. Upah
simpan 1%/bulan daripada nilai Marhum ie RM21/bulan

Sedikit INFO tentang GAP Ar-Rahnu

➡️ Nilai Marhun = Harga GAP Semasa x gram


➡️ Nilai pinjaman = 70% daripada Nilai Marhun
➡️ Upah Simpan = 1% daripada Nilai Marhun / sebulan
➡️ Minima gram untuk gadaian: 1 gram.
➡️ Tempoh kontrak: 6 bulan + sambung 2 bulan.

Semoga perkongsian saya ini bermanfaat

Redzuan

Artkel asal ini diterbitkan di https://www.mredzuan.com/arrahnu-gap/

You might also like