You are on page 1of 4

RAYUAN - BANTUAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)

1. Masuk ke BANTUAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) URL - https://gkp.hasil.gov.my/ dan klik
Butang Log Masuk.

2. Masukkan No. Kad Pengenalan/MyKad 12 Digit (cth: 123456107890) serta kata laluan yang telah
didaftarkan dan klik butang Semak.
3. Setelah log masuk, pemohon boleh melakukan semakan Status Permohonan bagi permohonan
yang telah didaftarkan.
4. Bagi permohonan yang berstatus Tidak Lulus berdasarkan alasan tidak lulus yang tertentu,
butang Permohonan Rayuan akan dipaparkan untuk membuat Rayuan GKP.
5. Pemohon klik butang Permohonan Rayuan.
6. Pilih Jenis Dokumen Sokongan dan Nama Dokumen Sokongan yang diperlukan untuk di muat
naik. Seterusnya klik butang Muat Naik. Sekurang-kurangnya Satu dokumen sokongan
diperlukan.
7. Klik tanda bersetuju pada ruang Perakuan Pemohon sekiranya bersetuju dengan syarat-syarat
yang ditetapkan dan kemudian klik butang Hantar permohonan Rayuan.
8. Setelah Permohonan Rayuan Berjaya dihantar pemohon boleh melakukan semakan pada
bahagian Dokumen Sokongan di Paparan Maklumat GKP. Sila tekan OK.

You might also like