You are on page 1of 54

Sejarah Penubuhan PPIM

PPIM ditubuhkan awal tahun 1960-an oleh


Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia
(LKPIM).
LKPIM diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar
Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.
Keanggotaan – untuk pelajar sekolah
menengah.
Kurikulum – aktiviti keagamaan dan khidmat
masyarakat yang bersifat memberi bantuan
kepada golongan miskin.
Sejarah Penubuhan PPIM

Pelancaran rasmi pada 17 Jun 1981

oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6,


Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan
binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku
Muhammad Rahimahallah

Bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak,


Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sejarah Penubuhan PPIM

Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik


sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama.

17 Jun sambutan Hari Puteri setiap tahun bagi


memperingati kelahiran PPIM

20 Jun 1987 – sambutan pertama kali diadakan


di peringkat kebangsaan. 

2 Disember 1988 – diiktiraf sebagai sebuah


pertubuhan yang berpelembagaan sendiri dan
didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan.
Sejarah Penubuhan PPIM

Pada Hari Puteri 1988, anugerah ‘Puteri


Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah
Tokoh Puteri telah diiktiraf oleh Majlis Pentadbir
Kebangsaan PPIM

Piala Pusingan disumbangkan oleh DYMM Raja


Permaisuri Agong Tuanku Bainun.

Pada 11 September 1993, PPIM bergerak


sebagai Pertubuhan Beruniform dalam Ko-
Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan
di seluruh Malaysia. 
Sejarah Penubuhan PPIM

23 November 1996, Skuad Puteri dilancarkan oleh


Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Tujuannya meluaskan penglibatan remaja dan


wanita lepasan sekolah dalam kerja-kerja khidmat
masyarakat seperti bantuan kepada mangsa banjir
dan program ziarah hospital.

8 April 2000, PPIM dilancarkan di institusi pengajian


tinggi oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood
(Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa. 
Sejarah Penubuhan PPIM

Awal 2004, di bawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri


Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu
pejabat PPIM berpindah ke Darul Puteri.

Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh


Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul
Rashid pada 24 Ogos 2005.

24 Mac 2007 - kekosongan jawatan Yang


Dipertua diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah
Abdul Manan hingga kini.
Visi PPIM

Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai


ciri-ciri berikut:

Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-


prinsip Islam.

Mempunyai kesihatan diri dan mampu


membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari
segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.

Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturahim


sesama puteri dan terhadap diri, keluarga,
masyarakat dan negara.
Misi PPIM

Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran


dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupan
yang nyata melalui program- program yang
dijalankan.

 Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal


kepada masyarakat khususnya puteri melalui
aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.

 Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan


pengetahuan dan kemahiran supaya dapat
menyumbang secara positif kepada diri, keluarga
dan masyarakat.
Objektif PPIM
(peringkat sekolah)
Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan
menengah disusun dengan tujuan seperti berikut:-

1.1 Melahirkan satu masyarakat muda yang


Taat kepada Allah, Raja dan Negara
Berilmu
Berakhlak mulia
Berbakti kepada masyarakat

1.2 Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya
menjadi insan kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya
kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah S.W.T. dan dapat
berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.

1.3 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima
masyarakat.

1.4 Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi


tua.
Objektif PPIM
(peringkat institut pengajian tinggi)
Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat institusi pengajian tinggi bertujuan:
2.1 Melahirkan pemimpin yang cekap, berketrampilan, berwibawa, berdedikasi dan
mempunyai wawasan bagi mewujudkan masyarakat remaja yang mampu:
Menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada Allah S.W.T., Rasul S.A.W dan pemerintah serta
cintakan Negara.
Menguasai berbagai bidang ilmu.
Berakhlak mulia.
Berbakti kepada masyarakat tanpa mengira keturunan dan masyarakat.
2.2 Membimbing para pemimpin pelatih PUTERI dari segi intelek, akhlak, emosi, rohani dan
jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, berdaya maju, berdaya juang, berdaya tahan dan
berketrampilan.
2.3 Menyemai rasa cinta dan selesa dengan ajaran Islam supaya hidup mereka kelak
berasaskan jalan yang diredhai Allah S.W.T. dan dapat berbakti kepada keluarga, agama, bangsa
dan Negara.
2.4 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri dan berwawasan, progresif,
berfikiran terbuka serta mampu menjadi penggerak masyarakat.
2.5 Mengukuh persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua serta
menjadi penghubung kesinambungan antara generasi lama dan baru.
Objektif PPIM
(peringkat institut pengajian tinggi)
Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat institusi pengajian tinggi bertujuan:
2.1 Melahirkan pemimpin yang cekap, berketrampilan, berwibawa, berdedikasi dan
mempunyai wawasan bagi mewujudkan masyarakat remaja yang mampu:
Menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada Allah S.W.T., Rasul S.A.W dan pemerintah serta
cintakan Negara.
Menguasai berbagai bidang ilmu.
Berakhlak mulia.
Berbakti kepada masyarakat tanpa mengira keturunan dan masyarakat.
2.2 Membimbing para pemimpin pelatih PUTERI dari segi intelek, akhlak, emosi, rohani dan
jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, berdaya maju, berdaya juang, berdaya tahan dan
berketrampilan.
2.3 Menyemai rasa cinta dan selesa dengan ajaran Islam supaya hidup mereka kelak
berasaskan jalan yang diredhai Allah S.W.T. dan dapat berbakti kepada keluarga, agama, bangsa
dan Negara.
2.4 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri dan berwawasan, progresif,
berfikiran terbuka serta mampu menjadi penggerak masyarakat.
2.5 Mengukuh persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua serta
menjadi penghubung kesinambungan antara generasi lama dan baru.
Matlamat PPIM

Mengimbangkan antara perkembangan


intelektual, sosial, intelektual, dan fizikal puteri-
puteri melalui penyemaian, penyuburan dan
pengukuhan nilai-nilai pendidikan.

Mengukuhkan perhubungan dan pertalian


silaturahim di kalangan puteri-puteri.

Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri


dalam pelbagai bidang gerak kerja ko-
kurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan
universiti
Matlamat PPIM

Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.

Menggalakkan iklim persekolahan yang


terbuka dan menyeronokkan.

Meningkatkan hubungan dan sumbangan


dua hala antara sekolah dengan ibu bapa
dan masyarakat, khususnya masyarakat
setempat.
Bendera PPIM

Merah samar – keharmonian dan kelembutan


Hijau – agama di mana taqwa sebagai teras.
Putih – kesucian
Kuning – ketaatan dan kesetiaan
Lagu PPIM

Puteri Lembaga Islam riang gembira


Tetap taat kepada Allah dan Raja
Berkorban untuk agama dan negara
Dunia akhirat mendapat bahagia
Berusaha mencari pengetahuan
Berbakti membuat kebajikan
Belajar mencapai kemajuan
Bersemangat penuh keimanan
Ulang rangkap di atas
Ikrar PPIM

“Taat kepada Allah, ibu bapa, raja dan


pemerintah,
Menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam,
Berkhidmat untuk kebajikan masyarakat.”

Cogan Kata

“BERIMAN, BERAMAL, BERKHIDMAT”


Suluh Kata PPIM
P Patuh dan taat kepada Allah dan Rasul
U Ugama dijunjung adat dikelek
T Taat kepada ibu dan ayah
E Erat ukhuwah Islam sejagat
R Rela berbakti kepada umat
I Iman dipupuk ilmu dituntut

I Iman dipupuk ilmu dituntut


S Sembahyang di tunai setiap waktu
L Larangan Allah mesti dijauhkan
A Akhlak mulia mengukuh iman
M Mukminin mukminat rakyat seperjuangan
Carta Organisasi
Peringkat Kebangsaan

Yang Dipertua
Naib Yang Dipertua I
Naib Yang Dipertua II
Setiausaha Kehormat
Bendahari Kehormat
Setiausaha Eksekutif
Ahli Pentadbir
Wakil Kem. Belia & Sukan
Wakil Kem. Pelajaran
Carta Organisasi
Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah
Penasihat
Pengetua (SM)/Guru Besar (SK)

Pengerusi
Pen. Kanan HEM (SM)
Pen. Kanan Kokurikulum (SK)

Setiausaha
(dilantik)

Jawatankuasa

Penyelaras
Penyelaras Penyelaras
Pasukan Pakaian
Sukan & Permainan Persatuan dan Kelab
Beragam

Guru Penjaga Guru Permainan Guru Penasihat


Ikatan dan Simpulan

Tali digunakan untuk membuat ikatan, simpulan dan


perhiasan.

Empat istilah simpulan dan ikatan ialah:


Simpulan (knotting)
Ikatan (lashing)
Sambat (splicing)
Mematikan hujung tali (whipping)

Lebih kurang 40 jenis ikatan dan simpulan yang biasa


digunakan untuk aktiviti pioneering dan gejet.
Fungsi Ikatan:
 Untuk menyambung dua utas tali yang sama besar
saiznya.
 Untuk mematikan hujung tali pada bungkusan,
membalut luka dan sebagainya.
 Boleh dibuat menggunakan tali atau kain anduh.
Fungsi Ikatan:
 Untuk menyambung dua utas tali yang tidak sama besar
saiznya.
 Biasanya digunakan untuk mengikat tali kapal dan
perahu di jeti.
 Tidak sesuai untuk tugasan berat kerana mudah terbuka.
Fungsi Ikatan:
 Untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
Contohnya menjerut leher binatang.
 Juga digunakan semasa kerja menyelamat di air.
Simpul ini akan diikat pada pinggang mangsa.
Fungsi Ikatan:
 Untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
 Juga untuk mengikat benda yang licin spt hujung
pacang khemah, botol dsb.
 Tidak mudah terburai.
 Digunakan semasa memula dan menamatkan ikatan
seraya dan ikat silang gunting.
Fungsi Ikatan:
 Untuk mengikat tali pada kayu atau batang yang besar
saiznya.
 Digunakan untuk menarik atau menurunkan beban.
 Tujuannya agar kayu mudah digerakkan dan tidak
tercabut.
 Merupakan ikatan sementara sahaja.
Fungsi Ikatan:
 Untuk mengikat dua utas tali yang sama besar saiznya,
halus dan licin seperti tali tangsi dan tali nylon.
 Biasa digunakan oleh nelayan dan pemancing untuk
mengikat mata kail.
Fungsi Ikatan:
 Untuk menyambung dua utas tali yang sama besar.
 Penyambungan tali lebih selamat semasa digunakan
dan senang untuk diuraikan kembali.
 Digunakan untuk mengikat bungkusan.
Fungsi Ikatan:
 Untuk mengikat tali pada tiang atau kayu dan mengikat
hujung tali khemah pada pancangnya.
 mudah dibuka dan tidak mudah tanggal ikatannya.
Fungsi Ikatan:
 Untuk mengikat kayu atau buluh semasa membuat
gejek.
 Kayu atau buluh dapat diikat dengan kuat.

Caranya:
1. Mulakan ikatan dengan menggunakan simpul manuk
atau lilit balak pada tiang.
2. Seterusnya, ikat berselang-selang pada buluh lantai dari
atas ke bawah tiang spt dlm rajah (b).
3. Tamatkan dgn simpul manuk.
4. Lilit kacang dengan 2 utas tali adalah lebih kemas dan
terjamin kuat.
Fungsi Ikatan:
 Sangat penting dalam aktiviti membuat gejek dan
pioneering.
 Digunakan apabila kayu yang diikat itu dalam keadaan
bersilang dan bersudut tepat.

Caranya:
1. Mula dengan simpul manuk pada batang kayu.
2. Kemudian lilit dengan kemas dan ketatkan.
3. Selepas itu, tali dililit di celah kayu.
4. Tamatkan ikatan ini dengan simpul manuk pada salah
satu batang kayu.
Fungsi Ikatan:
 Sangat penting dalam aktiviti membina, pioneering dan
membuat gejek.
 Digunakan pada kayu yang bersilang dan dalam
keadaan serong.

Caranya:
1. Mula dengan simpul manuk pada batang kayu.
2. Selepas itu, belitkan secara membujur dan melintang.
3. Lilitkan tali di celah silang supaya lebih kuat dan kemas.
4. Tamatkan dengan menggunakan simpul manuk.
Fungsi Ikatan:
 Sangat penting dalam aktiviti pioneering dan membuat
gejek.
 Digunakan untuk menyambung dua batang tiang atau
mengikat dua batang kayu.

Caranya:
1. Mulakan dengan simpul manuk pada sebatang kayu.
2. Lilit kedua-dua kayu itu dengan kuat dan ketat.
3. Kemudian, belitkan secara bersilang di celah kayu.
4. Tamatkan dengan simpul manuk pada sebatang kayu.
Fungsi Ikatan:
 Sangat penting dalam aktiviti pioneering dan membuat
gejek.
 Digunakan untuk menyambung tiang gejek.

Caranya:
1. Tiang gejek memerlukan kayu yang sama panjang.
2. Pada hujung ketiga-tiga tiang diikat silang tungku.
3. Dimulakan dengan lilit balak atau simpul manuk pada
sebatang tiang.
4. Kemudian belit-belitkan pada ketiga-tiga tiang berselang-
selang.
5. Selepas itu, belitkan tali dicelah-celah batang kayu.
6. Tamatkan dengan simpul manuk pada tiang tengah.
Fungsi Ikatan:
 Untuk mengikat tali khemah ke pancang atau tali ke
tiang supaya ia dapat dikendurkan atau ditegangkan.
Fungsi Ikatan:
 Untuk memendekkan tali yang panjang tanpa
memotongnya.
 Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang
tidak kukuh.
Fungsi Ikatan:
 Untuk mengikat perahu atau kuda pada tiang. Ikatan ini
sangat mudah dan pantas untuk dibuka.
 Boleh juga digunakan untuk turun dari pokok
menggunakan tali.
Fungsi Ikatan:
 Untuk mematikan hujung tali supaya tidak terurai.
Ab. Alim Abdul Rahim. (1994). Pengurusan
Kokurikulum. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

http://www.puteri-islam.org.my/v1/

You might also like