You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN HOKI

ANTARA RUMAH PERINGKAT SEKOLAH TAHUN


2021

TARIKH: 09-01-2021

ANJURAN:

RUMAH MERAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESI,


57000 SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR
1. Pengenalan

Setiap tahun Rumah Merah akan menganjurkan satu pertandingan hoki antara rumah yang
melibatkan para pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Pertandingan ini bertujuan untuk
mencungkil bakat-bakat terpendam dalam kalangan pelajar sekolah ini dan mendedahkan
pelajar-pelajar tentang sukan hoki. Penganjuran pertandingan antara rumah merupakan
tradisi sekolah untuk mengeratkan hubungan antara pelajar. Justeru, dengan penganjuran ini
diharapkan para pelajar dapat mempelajari serta menyerlahkan bakat mereka dalam sukan
hoki.

2. Objektif

• Memperkenalkan dan mempromosikan sukan hoki dalam kalangan pelajar Sekolah


Menengah Kebangsaan Triang.
• Memajukan sukan hoki sebagai sukan teras di peringkat sekolah seterusnya ke
peringkat yang lebih tinggi
• Melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dari segi rohani, jasmani, intelek dan sosial.
• Mengeratkan hubungan antara pelajar dengan guru.

3. Pengelola/penganjuran

• Ahli-ahli Rumah Merah, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi

4. Tempat

• Padang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

5. Penglibatan & Penyertaan

• 6 rumah sukan terdiri daripada 18 orang pemain tingkatan 1-5

6. Tarikh & Masa

• 09 Januari 2021
• Bermula jam 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang

7. Struktur Organisasi

• Rujuk Lampiran A
8. Tentatif Program

• Rujuk Lampiran B

9. Belanjawan

• Rujuk Lampiran C

10. Sistem Pertandingan

• Rujuk Lampiran D

11. Masa perlawanan

• Rujuk Lampiran E

12. Jadual Perlawanan

• Rujuk Lampiran F

13. Penutup

Diharapkan pertandingan hoki antara rumah sukan ini akan berjaya mencapai objektif yang
telah ditetapkan. Semoga dengan usaha yang berterusan daripada pihak sekolah,
kecemerlangan dalam sukan hoki terus berjaya hingga masa akan datang.

Disediakan oleh:

___________________________

Nur Syafira Binti Mohd Abdul Rahman


Wakil Pelajar Rumah Merah
SMK Sungai Besi

Disemak oleh : Disahkan oleh :

_____________________________ _____________________________

Puan Siti Nurazlina Binti Zaidi Puan Nurul Zuriany Binti Azmi
Guru Rumah Merah Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Sungai Besi SMK Sungai Besi
LAMPIRAN A

AHLI JAWATANKUASA PERTANDINGAN HOKI ANTARA RUMAH

Penasihat : Puan Siti Nurazlina Binti Zaidi

Pengerusi : Nur Syafira Binti Mohd Abdul Rahman

Timb Pengerusi : Muhammad Rohani bin Mohamad Hazwan

Setiuasaha : Muhammad Shaiful bin Ahmad

Bendahari : Aisyah Kurnia bin Mohd Perwira

Ahli Jawatankuasa:

1. Penyelaras peralatan : Khairul Zamani bin Ummar

2. Penyelaras padang : Mohd Adham bin Zakaria

3. Penyelaras Pengadil : Jasni bin Anuar

4. Penyelaras Scoreboard : Hazwani bin Fadli

5. Penyelaras Ball picker : Suhaili bin Zamsuri

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM

Masa Program

12.00-12.30 tengah hari Pendaftaran peserta

12.30-1.00 petang Taklimat

1.00-3.00 petang Pertandingan bermula

3.00-3.30 petang Rehat

3.30-6.00 petang Pertandingan bersambung

6.00 petang Bersurai


LAMPIRAN C

Peruntukan yang dipohon adalah sebanyak RM 200

Bil Perkara Harga Seunit Jumlah

1. Tempahan turf RM25 per jam RM 100

(RM 25 X 4 jam)

2. Minuman(air mineral) RM 10 sekotak (RM RM 100


10 x 10 kotak)

JUMLAH RM 200

LAMPIRAN D

SISTEM PERTANDINGAN

1. Pemberian mata setiap perlawanan adalah seperti berikut:


Menang : 3 mata
Seri : 1 mata
Kalah : 0 mata
2. Pusingan awal akan dijalankan secara LIGA. Undian Kumpulan akan dijalankan oleh
Pihak Penganjur.
3. Kedudukan pasukan akan ditentukan berdasarkan jumlah mata yang dikumpulkan
oleh setiap pasukan
4. Jika di akhir pertandingan dalam kumpulan sama, maka kedudukan pasukan akan
ditentukan berpandukan kepada perbezaan gol (GOAL DIFFERENCE) bilangan gol
yang dijaringkan ditolak bilangan gol yang kena jaring.
5. Jika kedudukan masih sama, pasukan yang telah menjaringkan GOL TERBANYAK
akan dikira menang.
6. Jika lebih dari satu pasukan mempunyai mata yang sama, maka kedudukan akan
ditentukan berdasarkan BILANGAN KEMENANGAN.
7. Jika kedudukan masih sama, pasukan yang telah MENGALAHKAN LAWANNYA di
peringkat kumpulan dikira menang.
8. Jika kedudukan masih sama, sistem pukulan penalti 3 kali akan digunakan untuk
menentukan pemenang.
9. Jika masih sama selepas 3 kali pukulan penalti, pukulan penalti SUDDEN DEATH
akan dijalankan bagi menentukan pemenang.
LAMPIRAN E

MASA PERLAWANAN

1. Setiap perlawanan adalah 10 minit. (sehala)


2. Pasukan yang lewat 7 minit selepas masa yang dijadualkan selepas masa yang
dijadualkan akan dikira kalah. Kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak
lawan yang hadir dengan kiraan jaringan 2-0.
3. Sekiranya keadaan tidak mengizinkan seperti cuaca buruk dan masa suntuk, pukulan
penalti 3 kali akan dijalankan untuk menentukan pemenang.

LAMPIRAN F

JADUAL PERLAWANAN

Menang Seri Kalah Jumlah mata

Rumah Biru

Rumah Hitam

Rumah Merah

Menang Seri Kalah Jumlah mata

Rumah Putih

Rumah Hijau

Rumah Kuning

*Nota – Menang = 3 mata

Seri = 1 mata

Kalah = 0 mata

You might also like