You are on page 1of 15

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/326135543

KUALITI GURU, ISU DAN CABARAN DALAM PEMBELAJARAN STEM

Preprint · January 2018


DOI: 10.31219/osf.io/jqcu6

CITATION READS

1 9,888

5 authors, including:

Syafrimen Syafril Titik Rahayu


Universitas Islam Negeri Raden Intan Lampung, Indonesia Universiti Kebangsaan Malaysia
56 PUBLICATIONS   35 CITATIONS    34 PUBLICATIONS   31 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Lilia Halim
Universiti Kebangsaan Malaysia
48 PUBLICATIONS   228 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

COMPARISON OF MATHEMATICAL REPRESENTATION SKILL AND SCIENCE LEARNING RESULT IN CLASSES WITH PROBLEM-BASED AND DISCOVERY LEARNING MODEL
View project

Model of Physics Achievement among form four science students View project

All content following this page was uploaded by Syafrimen Syafril on 05 November 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


MINI REVIEW: SOLUSI UNTUK MEMPERTINGKATKAN KUALITI GURU
DALAM PEMBELAJARAN STEM DI SEKOLAH MENENGAH Comment [is1]: Apakah artikel ini merupakan sebuah mini
review, atau bentuk daripada sebuah catatan fikiran

Titik Rahayu1, Syafrimen Syafril2,*, Agus Pahrudin2 ,Ibdal Satar3, Kamisah Bt. Osman1, Lilia

Bt. Halim1, Nova Erlina Yaumas1,2 Comment [is2]: Setiap satu symbol (1,2, atau 3 dst)
mewakili satu institusi. Tak boleh banyak symbols untuk
mewakili satu institusi. Symbol affiliasi bukan merupakan
1 nomor urutan penulis artikel.Symbol corresponding (*)
Fakulty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, author diletakkan disebelah kanan symbol affiliasi.

Malaysia

2
Universitas Islam Negeri Raden Intan Lampung, Indonesia

3
Fuel Cell Institute, Universiti Kebngsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

*Corresponding author: syafrimen@radenintan.ac.id

Tel.: +6281374576227

Fax: +62 721 780887


Abstrak

Pendekatan terkini dalam proses pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan

Matematik (STEM) menjadi tren topik di sekolah-sekolah menengah saat ini. STEM bukan

sahaja dapat memproses dan menghasilkan tenaga mahir dalam pendidikan, tetapi juga

menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara. Kejayaan

proses pembelajaran ini berkait rapat dengan kualiti guru-guru terutamanya mengenenai

pemahaman terhadap STEM tersebut. Rendahnya kualiti guru-guru menjadi telah isu utama

kerana ianya merupakan punca kepada menurunya minat belajar murid-murid. Oleh itu,

dalam artikel ini akan dipaparkan beberapa langkah yang dapat dilakukan untuk merungkai

masalah tersebut. Berdasarkan kepada beberapa kajian lepas didapati bahawa sekurang-

kurangnya terapat dua langkah yang dapat dilakukan iaitu (i) menyediakan kurikulum yang

berkesan, dan (ii) pementoran secara berterusan bagi peningkatan motivasi guru-guru. Kedua-

dua langkah tersebut dipercayai sebagai asas kepada peningkatan kualiti guru-guru dalam

proses pembelajaran STEM di sekolah menengah.

Kata Kunci: Pembelajaran STEM, Kualiti Guru, Kurikulum, Pementoran


QUALITY OF TEACHERS IN STEM LEARNING AT SECONDARY SCHOOL Comment [is3]: Gak usah dibaiki karena mahu dikirim juga
ke translater and proofreading

Abstract

The latest approach in the learning process of Science, Technology, Engineering and

Mathematics (STEM) has become the most recent trend in this decade. STEM not only for

processing and producing the talents with expertise in education but also acts as a catalyst to

the economic growth and national development. However, there are still impending issues

associated with the usage of STEM in secondary schools, which one of the main issues is

related with the quality of teachers. Previous studies were used as a reference to discuss

respective issues. Previous studies showed that (i) effective curriculum, (ii) improvement of

teacher’s motivation and mentoring in the usage of STEM are the foundation for the

enhancement of teacher’s quality in the teaching of STEM.

Keywords: Teacher’s quality, STEM teaching


1. Pengenalan

Rasa tanggungjawab dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) harus melekat pada diri

seorang guru (Maulana, Helms-Lorenz, & Grift, 2015). Bentuk tanggung jawab guru-guru

tersebut termasuk kesedaran mereka terhadap berbagai kemahiran yang mesti mereka miliki,

seperti penambahbaikan kaedah pengajaran, menguasai teknologi untuk keperluan dan

mempermudah proses pendidikan, membina suasana yang harmoni, serta membentuk

hubungan mesra selama proses PdP (Syafrimen, 2010). Guru-guru juga mesti pandai memilih

media pembelajaran yang tepat dan sesuai dengan mata pelajaran serta mengikut

perkembangan murid (Rahayu, Syafril, W, & Yuberti, 2017). Untuk menjayakan PdP tersebut

guru-guru juga dituntut untuk memiliki motivasi yang tinggi bagi memicu minat belajar

murid (Serafin, 2016). Syafrimen, Ishak, and Erlina (2017) menyatakan bahawa guru-guru

mesti pandai mengurus emosi dan memiliki empati semasa berhadapan dengan murid selama

PdP dijalankan.

Sifat empati yang dimiliki oleh seorang guru dapat membawa pada keberkesanan PdP

kerana guru yang memiliki sifat tersebut dapat mamahami dan mengembangkan potensi

muridnya dengan berkesan (Syafrimen et al., 2017). Sifat guru sedemikian dapat

memotivasikan murid untuk membangun pengetahuannya sendiri serta aktif melalui proses

PdP di kelas (Amornsinlaphachai, 2012; Atherton, 2013; Gambari & Yusuf, 2015). Justeru,

keterlibatan murid dapat mendukung persekitaran belajar yang baik, ekoran semua itu dapat

memaksimalkan pencapaian hasil belajar murid-murid (Karacop, 2016).

Bagi menjayakan kemahiran abad ke-21, guru-guru mesti mahir dalam menyepadukan

proses pembelajaran melalui STEM. Menurut Arsad, Osman, and Soh (2011), kemahiran

abad ke-21 menekankan kepada pengunaan teknologi, kreativiti, pemikiran kritis,

berkemampuan interpersonal, dan kemapuan sosial yang sangat baik. Pembelajaran STEM
merupakan pendekatan pengajaran yang menyepadukan empat disiplin ilmu secara

bersamaan iaitu sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (Ceylan & Ozdilek, 2015;

Eroglu, 2016) merupakan salah satu jawapan terhadap kemahiran yang mesti dimiliki guru-

guru dalam proses pembelajaran saat ini.

Penyepaduan STEM dalam pembelajaran di sekolah menengah dapat meningkatkan

minat murid semasa menjalankan PdP di kelas (Corlu, Capraro, & Capraro, 2014; J Radloff,

2017). Melalui STEM, aktiviti PdP berjalan lebih hidup, memahirkan imajinasi, produktiviti,

memerhati, rekabentuk, kejuruteraan, kemahiran pemikiran aras tinggi, dan psikomotor

(Kasza & Slater, 2017; Yildirim & Selvi, 2016). Bagaimanapun, kejayaan proses

pembelajaran adalah apabila guru-guru memiliki kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam

penyampaian PdP (McIntyre, 2014). Murid dapat mencapai tingkat pemahaman yang lebih

tinggi melalui STEM apabila disokong dengan guru-guru yang berkualiti (Aldemir &

Kermani, 2016). Chang and Park (2014) mengemukakan bahawa untuk meningkatkan

pengalaman PdP dalam pembelajaran STEM bagi guru-guru dapat dilakukan melalui; (i)

gaya mengajar, metode, atau strategi pengajaran yang mantap, (ii) pengetahuan dan persiapan

yang matang dalam penyampaian materi, (iii) sikap mesra guru-guru terhadap murid dan

proses pembelajaran, (iv) beban kerja guru-guru yang bersesuaian.

Beberapa kajian lepas seperti kajian Eroglu (2016), Pearson and Pearson (2017), dan

Kyriakides, Creemers, and Antoniou (2009) mendapati beberapa isu dan cabaran dalam

pembelajaran STEM berkaitan dengan kualiti guru-guru di sekolah menengah, iaitu pertama:

guru-guru masih lemah dalam menyepadukan STEM dalam PdP, kedua: pengetahuan

kandungan STEM daripada guru-guru adalah masih lemah, dan ketiga: kesukaran guru-guru

dalam membuat hubungan yang sesuai dalam PdP menggunakan STEM. Ketiga-tiga masalah
tersebut perlu dikaji secara mendalam bagi menggalakkan kualiti guru-guru dalam STEM

(Arsad et al., 2011).

Untuk peningkatan kualiti guru-guru, STEM perlu disampaikan secara terpadu dalam

kehidupan nyata (Ntemngwa & Oliver, 2018; Thibaut, Knipprath, Dehaene, & Depaepe,

2018). Kajian Pryor, Pryor, and Kang (2015) mendapati bahawa penyepaduan pendidikan

STEM dapat membentuk keyakinan diri guru-guru dalam penyampaian STEM di sekolah.

Bagaimanapun, kualiti dan rasa percaya diri guru-guru dalam pembelajaran STEM di sekolah

masih dikategorikan pada level yang lemah (Atiles & Anderson, 2013; Bagiati & Evangelou,

2015; Dobbs-Oates & Robinson, 2012). Kelemahan guru-guru dalam menyepadukan

pembelajaran STEM disebabkan oleh kurangnya masa untuk mengajar, dan bahan pengajaran

kurang (Eroglu (2016). Pearson and Pearson (2017) juga menyatakan bahwa pengetahuan

guru-guru dalam menyampaikan kandungan PdP masih kurang berkesan. Salah satu

kesukaran yang juga dirasakan oleh guru-guru dalam menjalankan PdP adalah saat membuat

hubungan yang bersesuaian (Kyriakides et al., 2009).

Chang and Park (2014) mendapati masyarakat Amerika Syarikat juga mengalami

kemerosotan dalam pembelajaran STEM. Pearson and Pearson (2017) mengemukakan masih

sangat sedikit kajian tentang teknik dan kaedah yang sesuai untuk menjayakan pembelajaran

STEM. Brown, Reardon, and Merrill (2011) mendapati terdapat 3 punca penyebab kurangnya

kesadaran guru-guru untuk meningkatkan kualiti dalam pembelajaran STEM, iaitu; (i)

STEM tidak dipahami dengan baik, (ii) tidak ada visi yang jelas dalam pembelajaran STEM,

bahkan ada yang beranggapan bahwa STEM tidak penting, dan (iii) kurangnya kerjasama

dari pelbagai pihak dalam pembelajaran STEM.

Dari pelbagai isu terkait kualiti guru-guru dalam pembelajaran STEM, Gardner (2017)

mencadangkan supaya pembelajaran STEM dapat dilaksanakan secara terpadu, lebih


berkesan dan menyeronokkan melalui langkah-langkah berikut; (i) pembelajaran

dilaksanakan berasaskan projek, (ii) waktu instruksional yang fleksibel, (iii) pengajaran

dilaksanakan konsisten dengan dua orang guru atau lebih, (iv) berorientasi pada

pengembangan kemahiran sosial, (v) disokong dengan penggunaan teknologi sepenuhnya,

dan (vi) proses pembelajaran bisa dilaksanakan di luar kelas. STEM di sekolah menengah

dapat berjaya apabila penyepaduan subjek dalam STEM, rekabentuk kurikulum kejuruteraan

dalaman, kohort pelajar, penglibatan komuniti, dan latihan (Kasza & Slater, 2017).

Telah disentuh sebelum ini bahawa kualiti guru-guru menduduki peringkat tertinggi

dalam pengajaran, untuk itu perlu dilakukan pelatihan profesional kepada guru-guru secara

berkesinambungan supaya melahirkan guru-guru yang berkualiti untuk pembelajaran STEM.

Salah satu cabaran yang berat adalah penyepaduan pembelajaran STEM secara berkesan (Jeff

Radloff & Guzey, 2015). Erdogan and Ciftci (2017) mengatakan bahwa pembangunan

kemahiran abad ke-21 adalah satu keniscayaan dalam setiap aspek kehidupan, apatah lagi

dalam pembelajaran. Justeru, guru-guru yang berkualiti menjadi salah satu jawapan terhadap

berbagai isu dan cabaran seperti dipaparkan sebelum ini.

2. Trend Issue: Rendahnya Kualiti Guru-guru dalam Proses Pengajaran dan


Pembelajaran Berasakan STEM

Peningkatan jumlah lulusan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik

(STEM) saat ini menjadi impian negara maju (Hyunjoon Park, 2018). STEM merupakan satu

disiplin ilmu yang sangat penting dikuasai, baik dalam bidang pendidikan, industri, dan lain-

lain. Bybee (2010) menyatakan bahwa STEM merupakan (i) pengetahuan saintifik, teknologi,

kejuruteraan, dan matematik, (ii) bentuk usaha manusia, (iii) bentuk dunia material,

intelektual, dan kebudayaan, dan (iv) STEM sebagai pemikiran rakyat yang sentimental dan

menyumbang dalam pendidikan. Untuk itu guru-guru mesti memiliki kemahiran, selalu
meningkatkan pengalaman pembelajaran yang relavan dan praktikal dalam pembelajaran

STEM.

Satu aspek penting bagi menjayakan STEM dalam PdP adalah kualiti guru-guru. Guru-

guru yang berkualiti sentiasa menyalurkan ilmu secara bermakna kepada murid, mampu

memberikan kaedah pengajaran yang tepat. Untuk itu guru-guru perlu sentiasa meningkatkan

pengetahuan, keterampilan, serta menjadi pemimpin yang berkesan dalam pembelajaran

STEM (Chang & Park, 2014). Menurut Nolan and Molla (2017) salah satu yang boleh

meningkatkan kualiti guru-guru dalam PdP adalah melalui keyakinan diri. Kyriakides et al.

(2009) usaha untuk meningkatkan keupayaan akademik murid adalah satu faktor peningkatan

kualiti guru-guru di dalam bilik darjah. Justeru, kualiti guru-guru perlu diberi tumpuan serius

bagi menyahuti cabaran dalam dunia pendidikan dari masa ke semasa.

3. Strategies to solve the issues

Cadangan bagi meningkatkan kualiti guru-guru dalam STEM, iaitu (i) Kurikulum pendidikan

yang berkesan, dan (ii) Meningkatkan motivasi dan pementoran guru-guru dalam pendidikan

STEM. Menurut Shahali, Jaggessar, and Yarlagadda (2017) kurikulum pendidikan yang

berkesan dapat menghasilkan hasil yang lebih efektif dalam memodifikasi minat murid.

Selain itu, dapat membantu murid dalam pemecahan masalah secara kritis (Kristin Lesseig &

N, 2017). Selanjutnya, kajian Maulana et al. (2015) membuktikan bahawa program latihan

pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan STEM menjadikan guru-guru lebih siap dan

mantap dalam menjalankan PdP berasaskan STEM. Pengadaan program pementoran guru-

guru sangat penting dilakukan, disokong pada kajian Nolan and Molla (2017) bahawa iaitu

melalui program pementoran maka seorang guru lebih berkualiti dan professional. Hal ini

kerana pengembangan kualiti guru-guru melalui desain pendidikan STEM secara professional

sangat penting bagi meningkatkan kualiti guru-guru (Avery & Reeve, 2013).
4. Conclusion

Bagi menyahuti berbagai cabaran pembelajaran abad ke-21, kualiti guru-guru dalam

pengajaran dan pembelajaran (PdP) berasaskan STEM perlu diberikan tumpuan serius.

Semua pihak yang terlibat harus memberikan sokongan penuh secara berterusan supaya

penyepaduan kurikulum STEM dapat berjalan sesuai harapan, dan seterusnya dapat mencipta

generasi penerus bangsa yang bertanggung jawab dalam memajukan matlamat pendidikan.

Untuk mempertingkatkan kualiti guru-guru dalam proses PdP berasaskan STEM perlu

dilakukan pembangunan kurikulum dan sokongan penuh terhadap pelaksanaannya perlu

tidakan yang serius. Pementoran kepada guru-guru secara berterusan bagi peningkatan

motivasi dalam proses PdP berasakan STEM juga perlu menjadi perhatian.

RUJUKAN

Aldemir, J., & Kermani, H. (2016). Integrated STEM curriculum: improving educational

outcomes for Head Start children. Early Child Development and Care.

doi:10.1080/03004430.2016.1185102

Amornsinlaphachai, P. a. D., K. (2012). Developing the Model of Web-Based Learning

Environment Enhancing Problem-Solving for Higher Education Student. American

Journal of Scientific Research, 52, 21-32.

Arsad, N. M., Osman, K., & Soh, T. M. T. (2011). Instrument development for 21st century

skills in Biology. Procedia Social and Behavioral Sciences, 15(2011), 1470–1474.

doi:10.1016/j.sbspro.2011.03.312

Atherton, J. S. (2013). Learning and Teaching; Constructivism in learning.


Atiles, J. T., Jones, J. L, & Anderson, J. A. (2013). More than a read-aloud: Preparing and

inspiring early childhood teachers to develop our future scientist. Teacher Education

and Practice, 26(2), 285–299.

Avery, Z. K., & Reeve, E. M. (2013). Developing Effective STEM Professional Development

Programs. Journal Of Technology Education, 25(1). doi:10.21061/jte.v25i1.a.4

Bagiati, A., & Evangelou, D. (2015). Engineering curriculum in the preschool classroom: The

teacher’s experience. European Early Childhood Education Research Journal, 23(1),

112–118. doi:10.1080/1350293X.2014.991099

Brown, R. B., Joshua, Reardon, K., & Merrill, C. (2011). Understanding STEM: Current

Perceptions. Technology and Engineering Teacher, 7(6), 5-9.

Bybee, R. (2010). Advancing STEM Education: A 2020 Vision. Technology and Engineering

Teacher, 70(1), 30–35.

Ceylan, S., & Ozdilek, Z. (2015). Improving a Sample Lesson Plan for Secondary Science

Courses within the STEM Education. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 177,

223–228. doi:10.1016/j.sbspro.2015.02.395

Chang, Y., & Park, S. W. (2014). Exploring Students’ Perspectives of College STEM : An

Analysis of Course Rating Websites. 26(1), 90–101.

Corlu, M. S., Capraro, & Capraro, M. M. (2014). Introducing STEM education: Implications

for educating our teachers for the age of innovation. Egitim ve Bilim, 39(171), 74–85.

Dobbs-Oates, J., & Robinson, C. (2012). Preschoolers’ mathematic skills and behavior:

Analysis of a national sample. School Psychology Review, 41(4), 371–386.


Erdogan, I., & Ciftci, A. (2017). Investigating the Views of Pre-service Science Teachers on

STEM Education Practices. International Journal Of Environmental & Science

Education, 12(5), 1055-1065.

Eroglu, S. (2016). STEM Eğitimi Almış Fen Bilimleri Öğretmenlerinin STEM Temelli Ders

Etkinlikleri Hakkındaki Görüşleri. Cilt Journal of Qualitative Research in Education,

4(43), 43–67. doi:10.14689/issn.2148-2624.1.4c3s3m

Gambari, I. A., & Yusuf, M. O. (2015). Effectiveness of Computer-Assisted STAD

Cooperative Learning Strategy on Physics Problem Solving, Achievement and

Retention. Malaysian Online Journal of Educational Technology, 3(3), 20–34.

Gardner, M. (2017). Understanding Integrated STEM Science Instruction through

Experiences of Teachers and Students. Syracuse University. Retrieved from

https://eric.ed.gov/?q=integrated+STEM&id=ED578410

Hyunjoon Park, J. R. B., Jaesung Choi. (2018). Do single-sex schools enhance students’

STEM (science, technology, engineering, and mathematics) outcomes? Economics of

Education, 62, 35–47. doi:10.1016/j.econedurev.2017.10.007

Karacop, A. (2016). Effects of Student Teams-Achievement Divisions Cooperative Learning

with Models on Students’ Understanding of Electrochemical Cells. International

Education Studies, 9(11). doi:10.5539/ies.v9n11p104

Kasza, P., & Slater, T. F. (2017). A Survey Of Best Practices And Key Learning Objectives

For Successful Secondary School STEM Academy Setting. 10(1), 53–66.


Kristin Lesseig, D. S., & N, T. H. (2017). Jumping on the STEM bandwagon: How middle

grades students and teachers can benefit from STEM experiences. Middle School

Journal, 48(3), 15–24. doi:10.1080/00940771.2017.1297663

Kyriakides, L., Creemers, B. P. M., & Antoniou, P. (2009). Teacher behaviour and student

outcomes: Suggestions for research on teacher training and professional development.

Teaching and Teacher Education, 25(1), 12–23. doi:10.1016/j.tate.2008.06.001

Maulana, R., Helms-Lorenz, M., & Grift, W. v. d. (2015). A longitudinal study of induction

on the acceleration of growth in teaching quality of beginning teachers through the

eyes of their students. Teaching and Teacher Education, 51(2015), 225–245.

doi:10.1016/j.tate.2015.07.003

McIntyre, K. E. M. (2014). The Journal of Social Media in Society, 3(2), 5–25.

Nolan, A., & Molla, T. (2017). Teacher confidence and professional capital. Teaching and

Teacher Education, 62, 10-18. doi:10.1016/j.tate.2016.11.004

Ntemngwa, C., & Oliver, J. S. (2018). The Implementation of Integrated Science

Technology, Engineering and Mathematics (STEM) Instruction using Robotics in the

Middle School Science Classroom. International Journal of Education in

Mathematics, Science and Technology (IJEMST), 6(1). doi:10.18404/ijemst.380617

Pearson, G., & Pearson, G. (2017). National academies piece on integrated STEM National

academies piece on integrated STEM. The Journal of Educational Research, 110(3),

224–226. doi:10.1080/00220671.2017.1289781
Pryor, B. W., Pryor, C. R., & Kang, R. (2015). Teachers’ thoughts on integrating STEM into

social studies instruction: Beliefs, attitudes, and behavioral decisions. The Journal of

Social Studies Research. doi:10.1016/j.jssr.2015.06.005i

Radloff, J. (2017). Investigating Changes in Preservice Teachers’ Conceptions of STEM

Education Following Video Analysis and Reflection. School Science and

Mathematics, 117(3-4), 158–167.

Radloff, J., & Guzey, S. (2015). Investigating Preservice STEM Teacher Conceptions of

STEM Education. J Sci Educ Technol. doi:10.1007/s10956-016-9633-5

Rahayu, T., Syafril, S., W, W., & Yuberti. (2017). The Application Of STAD Cooperative

Learning In Developing Integrated Science On Students Worksheet. Jurnal Ilmiah

Pendidikan FisikaAl-BiRuNi, 06(2), 247-254. doi:10.24042/jipfalbiruni.v6i2.1933

Serafin, C. (2016). No Title The Re conceptualization of Cooperative Learning in an

Inquiryoriented Teaching. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 217, 201 – 207.

Shahali, H., Jaggessar, A., & Yarlagadda, P. K. D. V. (2017). Recent Advances in

Manufacturing and Surface Modification of Titanium Orthopaedic Applications. In

Procedia Engineering, 174, 1067–1076. doi:10.1016/j.proeng.2017.01.259

Syafrimen. (2010). Pembinaan Modul Eq Untuk Latihan Kecerdasan Emosi Guru-Guru Di

Malaysia.

Syafrimen, Ishak, N. M., & Erlina, N. (2017). Six Ways To Develop Empathy of Educators.

Journal of Enginering and Applied Sciences, 12(7), 1687-1691.


Thibaut, L., Knipprath, H., Dehaene, W., & Depaepe, F. (2018). The influence of teachers’

attitudes and school context on instructional practices in integrated STEM education.

Teaching and Teacher Education, 71(2018), 190-205. doi:10.1016/j.tate.2017.12.014

Yildirim, B., & Selvi, M. (2016). Examination of the effects of STEM education integrated as

a part of science, technology, society and environment courses. Journal of Human

Sciences, 13(3), 3684-3695.

View publication stats

You might also like