You are on page 1of 3

RINGKASAN BAB 9: PENGALAMAN HARIAN MENJALANI KESEPADUAN &

MELAHIRKAN KEHARMONIAN

1. PERKONGSIAN PENGALAMAN HARIAN BERSAMA


a) Kemesraan Komunikasi : Guna bahasa yang baik dan sopan santun
b) Budaya ziarah menziarahi : Menghubungkan & merapatkan hubungan silaturrahim.
c) Mengambil berat : Prihatin & ambil berat keadaan yang berlaku di keliling kita sebab ia
boleh menangani masalah jenayah berlaku.
d) Hormat- menghormati : Hormat menghormati antara satu sama lain
e) Menghormati jiran : Menghormati serta berinteraksi dengan baik kepada jiran tetangga
f) Bersama dalam membuat keputusan : Bermesyuarat dan mengambil kira pandangan
semua pihak
2. KEJIRANAN & HUBUNGAN ETNIK
a) Konsep jiran : Mengikut Kamus Dewan, Orang yang tinggal berhampiran dengan rumah
& Menurut Islam, Orang yang tinggal berdekatan, iaitu bilangan rumah sebanyak 40
rumah dari penjuru timur, barat, utara dan selatan di sekeliling rumah anda.
b) Unsur Pemangkin semangat kejiranan
i. Seseorang itu berasa megah dan sayang kepada kawasan atau tempat tinggal.
ii. Kenal-mengenal, kerap bertemu dan saling tolong-menolong
iii. Penduduk menganggap mereka sebagai satu masyarakat.
iv. Penduduk bertanggungjawab terhadap keharmonian dan keamanan
v. Penduduk bermuafakat untuk menjalankan satu-satu tindakan
c) Cara terjalin Hubungan sosial:
i. Hubungan menerusi tempat kerja
ii. Hubungan menerusi institusi
iii. Hubungan menerusi adat istiadat
iv. Hubungan menerusi aktiviti politik
v. Hubungan menerusi aktiviti kebajikan
vi. Hubungan menerusi aktiviti sosial
vii. Hubungan menerusi aktiviti rekreasi
3. MAKANAN & RUANG SOSIAL DALM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
a) Makanan : Sesuatu santapan dan penting dalam kehidupan manusia untuk memenuhi
keperluan biologi dan sosiologi
b) Memberikan ruang kepada pembentukan kesepaduan sosial yang mencerminkan
kehidupan masyarakat Malaysia yang pelbagai.
c) Menjadikan Malaysia memiliki aset yang amat bernilai dari segi kepelbagaian makanan
yang menyumbang kepada proses mengeratkan ikatan perpaduan dan menjadi produk
menarik dalam industri pelancongan tempatan dan antarabangsa.
d) Setiap kaum etnik di Malaysia mempunyai makanan-makanan tradisional yang tersendiri
e) Penyatupaduan dan pembahagian bergantung kepada bentuk ruang sosial sesuatu
makanan mengikut fungsinya dalam masyarakat
f) Menurut perspektif islam: Kepentingan memakan makanan yang halal akan memberi
kesan terhadap amal-amal kebaikan yang dilakukan.
g) Fungsi makanan dan pembentukkan ruang sosial :
i. Menyatupadukan pelbagai etnik dalam sesebuah masyarakat.
ii. Penyatupaduan dan pembahagian bergantung kepada bentuk ruang sosial
sesuatu makanan iaitu Ruang Awam & Ruang Bukan Awam
h) Pembentukkan ruang sosial makanan :
i. Ruang Awam : Makanan yang tidak berkaitan dengan upacara keagamaan tetapi
ada kalanya berkaitan dengan acara keraian keagamaan. Contoh: Perayaan
yang boleh dikongsi bersama. Terdapat pelbagai jenis juadah.
ii. Ruang Bukan Awam : Makanan yang berkaitan dengan acara keagamaan atau
kepercayaan sesebuah kaum. Contoh: daging yang dimasak dalam majlis aqidah
bagi orang Islam tidak boleh dihidangkan kepada orang bukan Islam. Orang
bukan Islam yang menghadiri majlis tersebut juga akan dihidangkan dengan
masakan yang berbeza bagi menghormati tetamu yang berbeza agama
4. KESENIAN PELBAGAI ETNIK & KESEPADUAN SOSIAL
a) Kesepaduan berlaku dalam 2 aspek:
i. Kesepaduan sosial yang wujud sewaktu proses penghasilan sesuatu bentuk seni
itu dijalankan.
ii. Kesepaduan sosial yang boleh dilihat dalam produk seni berkenaan.
b) Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik yang kaya dengan pelbagai corak seni
warisan yang menggambarkan identiti etnik masing-masing.
c) Penerimaan, penghormatan dan pengiktirafan masyarakat kepada kepelbagaian corak
seni tersebut menjadi salah satu unsur penting dalam memupuk kesepaduan sosial.
d) Contoh : Filem “Sini Ada Hantu” adalah hasil gabungan dan kerjasama penggiat seni
yang terdiri daripada pelbagai etnik.
5. MEDIA & KESEPADUAN SOSIAL
a) Peranan media :
i. Membina kredibiliti/kemakmuran negara.
ii. Agen perubahan sosial – alat interaksi sosial, politik dan ekonomi.
iii. Menyampai maklumat dan mendidik masyarakat.
b) Klasifikasi media : Cetak & Elektronik
c) Cara ICT bantu pupuk kesepaduan sosial
i. Alat komunikasi disambungkan kepada sistem internet yang membolehkan
maklumat disebarkan ke seluruh dunia dengan pantas.
ii. Email, chatting, blog, facebook, twitter dan skype dll telah dpata membina
hubungan sesama manusia merentasi sempadan etnik, agama, budaya dan
negara.
iii. Penggunaan telefon bimbit memudahkan lagi manusia mendapatkan maklumat
melalui internet dengan hanya menekan hujung jari.
iv. Kemudahan Wifi memberikan ruang kepada pengguna untuk berinteraksi
dengan orang lain.
d) Pengaruh laman sosial
i. Kesan positif:
 Maklumat dapat disebarkan dengan pantas
 Memudahkan lagi manusia menyampaikan dan mendapat maklumat
 Pendapat & maklumat yang dirasakan berguna kepada orang lain dapat
dikongsi dan ia membolehkan mereka berkongsi pendapat yang berbeza-
beza
ii. Kesan negative :
 Boleh Menimbulkan isu yang menyentuh sensitiviti kaum
 Menjejaskan semangat perpaduan antara kaum yang terbina berkurun lama
dahulu
e) Cabaran ICT era globalisasi
i. Perkembangan ICT era globalisasi – media alternatif (Contoh: Twitter, FB,
Youtube)
ii. Mengambil alih fungsi media tradisi iaitu Akhbar , Majalah dll

You might also like