You are on page 1of 33

PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA DALAM AKTIVITI


SALAH LAKU: KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN (MAAHAD), MUAR. JOHOR

AZZAHYIRUDDIN BIN AHYANUDDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


i

PSZ 19:16Pind. 1/97)


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS˜


JUDUL: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
AGAMA DALAM AKTIVITI SALAH LAKU: KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN (MAAHAD), MUAR. JOHOR

SESI PENGAJIAN: 2005/2006

Saya AZZAHYIRUDDIN BIN AHYANUDDIN


(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan


Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( 9 )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau


SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan


oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

___________________________ ___________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:
NO21, JALAN ASLI 16, TMN PASIR DR. ABDUL RAHIM HAMDAN
PUTIH, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR. Nama Penyelia

Tarikh: ______________________ Tarikh:_______________________

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
˜ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
ii

PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA


DALAM KES SALAH LAKU DISIPLIN SEKOLAH. KAJIAN DI SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (MAAHAD), MUAR.

AZZAHYIRUDDIN BIN AHYANUDDIN

Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat


Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Berserta Pendidikan
(Fizik)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

APRIL , 2006
iii

“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan aya/kami*
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah ………………………”.

Tandatangan : ………………………………………..
Nama Penyelia : DR. ABDUL RAHIM HAMDAN___
Tarikh : ………………………………………..
iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………….……………………
Nama Penulis : AZZAHYIRUDDIN BIN AHYANUDDIN
Tarikh : …..……………………………..
v

DEDIKASI

Syukur Alhamdulillah ke atas nikmat Allah S.W.T yang tidak terhintung


Selawat serta salam atas junjungan besar baginda Muhammad S.A.W
Kepada Sahabat-sahabat dan para tabiin yang memperjuangkan agama seumur hidup
Terutamanya buat ayah, ibu, keluarga dan ISTERI tersayang
Terima kasih atas dorongan dan doa yang menyusul kejayaanku
Buat pensyarah Dr Abdul Rahim Bin Hamdan terima kasih yang tidak terhingga
Atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan.
Buat rakan-rakan seperjuangan,
Terima kasih di atas nasihat dan segala budi baik.
Akhir sekali buat ISTERI tersayang Zulmazira Bte Mansor
Yang begitu sabar menunggu kepulangan abang dengan segulung ijazah.
Semoga Allah S.W.T memberkati setiap pengorbananmu.
vi

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani serta selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan kepada keluarganya serta
para sahabat. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah taufik dan hidayahNya,
dapat saya menyempurnakan tesis ini mengikut perangkaan yang telah dibuat.

Terlebih dahulu saya merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia tesis, Dr Abdul
Rahim Bin Hamdan di atas segala tunjuk ajar, kata-kata nasihat, pandangan, bimbingan
dan bantuan yang diberikan sepanjang tempoh perlaksaan tesis ini. Segala pengorbanan
yang telah dicurahkan amat bermakna buat saya menyelesaikan tesis ini.

Kerjasama dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Jabatan Pendidikan Daerah
Johor, terutama kepada Pengetua SMKA (MAAHAD) Muar, Johor serta kakitangan
sekolah yang memberikan segala maklumat yang diperlukan bagi melaksanakan tesis ini
dan amat saya hargai.

Akhir kata, di atas kejayaan ini saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
individu – individu yang telah banyak memberikan bantuan yang begitu bermakna dalam
menyiapkan tesis ini. Jasa kalian hanya Allah S.W.T yang boleh membalasnya.
vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penglibatan pelajar-pelajar Sekolah Menengah
Agama terhadap salah laku disiplin di negeri Johor. Ia melibatkan kajian di Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama (MAAHAD) Muar, Johor. Kajian ini dijalankan terhadap
55 orang responden yang terdiri daripada tingkatan satu hingga lima yang dipilih
berdasarkan rekod salah laku yang pernah dilakukan oleh responden terbabit. Instrumen
kajian menggunakan kaedah soal selidik. Satu set borang soal selidik diedarkan kepada
responden untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan. Dapatan dianalisis
secara berkomputer menggunakan perisian ‘Statistical Package for the Sosial Sciences’
versi 10.0’ dan secara manual bagi mendapatkan jumlah peratus dan kekerapan. Dapatan
kajian menunjukkan 29.6% pelajar di negeri Johor bersetuju bahawa faktor iklim sekolah
dalam mempengaruhi pelajar terlibat dengan kes salah laku disiplin rendah. Sementara
dapatan kajian mengenai faktor latar belakang keluarga yang menyumbang terhadap
penglibatan pelajar dalam kes salah laku disiplin rendah iaitu 7.0%. Peratusan pengaruh
rakan sebaya pula menunjukkan tahap rendah apabila 13.2% pelajar bersetuju dengan
pernyataan bahawa faktor tersebut mendorong pelajar terbabit dengan kes salah laku
disiplin. Beberapa cadangan yang dikemukakan diharap akan dapat membantu pihak
bertanggungjawab mengenalpasti punca dan mengambil langkah perlu bagi menangani
masalah kes salah laku disiplin di sekolah.
viii

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify Sekolah Menengah Agama students’ involvement
in discipline problems in the state of Johor. A Total of 55 respondents were taken from
Form One to Five of Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (MAAHAD) Muar, Johor
was selected from various disciplinary records. A set of questionnaires was used as an
instrument in this research. The collected data was analyzed using Statistical Package for
the Social Science version 10.0 and manually. Percentages and frequencies were used as
the method of data analysis. The Result of research showed that 29.6% of the students
agreed that school’s environment was not the cause of discipline problems. Meanwhile,
results regarding the family’s background factor for the discipline problems among
students showed 7.0%. The percentage for the factor of influenced by peers showed
lower level of 13.2% where students agreed that this factor contributed to discipline
problems among students. Various suggestions were forwarded to enable the authority to
look forward regarding this discipline problems among students
ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i


JUDUL ii
KELULUSAN PENYELIA iii
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 6
1.3 Pernyataan Masalah 14
1.4 Objektif Kajian 16
1.5 Persoalan Kajian 17
1.6 Kepentingan Kajian 17
1.6.1 Pihak Kementerian 18
1.6.2 Pihak Sekolah 18
1.6.3 Pihak Ibu Bapa 19
x

1.6.4 Pelajar 20
1.6.5 Masyarakat 21
1.7 Skop Dan Limitasi 21
1.8 Definisi Operasional 22
1.8.1 Pelajar 22
1.8.2 Sekolah Agama 23
1.8.3 Salah Laku 23
1.8.4 Iklim Sekolah 24
1.8.5 Latar Belakang Keluarga 24
1.8.6 Pengaruh Rakan Sebaya 25
1.8.7 Penglibatan 26
1.8.8 Aktiviti 26
1.9 Kesimpulan 26

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 28
2.2 Pendidikan Islam 29
2.3 Faktor Iklim Sekolah 35
2.4 Faktor Keluarga 40
2.5 Faktor Pengaruh Rakan Sebaya 45
2.6 Kajian-Kajian Terdahulu 48
2.6.1 Pengaruh Pentadbiran Terhadap Salah Laku 48
2.6.2 Pengaruh Keluarga Terhadap Salah laku 49
2.6.3 Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Salah Laku 50
xi

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 52
3.2 Rekabentuk Kajian 52
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 53
3.4 Instrumen Kajian 54
3.4.1 Data Primer 54
3.4.1.1 Bahagian A 56
3.4.1.2 Bahagian B 56
3.4.1.3 Bahagian C 56
3.4.1.4 Bahagian D 57
3.4.2 Data Sekunder 57
3.5 Prosedur Kajian 57
3.6 Kajian Rintis 59
3.7 Analisis Data 60

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 62
4.2 Analisis Data Bahagian A 63
4.3 Analisis Data Bahagian B 67
4.3.1 Pengaruh Iklim Sekolah Terhadap Penglibatan
Pelajar Dalam Kes Salah Laku Di Sekolah
Menengah Agama 69
4.3.1.1 Pengaruh Faktor Pentadbiran Kepada
Pelajar Sekolah Menengah Agama. 69
4.3.1.2 Pengaruh Pengajaran Dan Pembelajaran
Kepada Pelajar Sekolah Menengah
Agama. 70
xii

4.3.1.3 Pengaruh Persekitaran Sekolah


Kepada Pelajar Sekolah Menengah
Agama. 71
4.3.2 Pengaruh latar belakang keluarga terhadap
peglibatan pelajar dalam kes salah laku
di Sekolah Menengah Agama. 73
4.3.2.1 Pengaruh Hubungan Kekeluargaan
Kepada Pelajar Sekolah Menengah
Agama. 73
4.3.2.2 Pengaruh Latar Belakang Keluarga
Kepada Pelajar Sekolah Menengah
Agama. 74
4.3.2.3 Pengaruh Persekitaran Rumah Tangga
Kepada Pelajar Sekolah Menengah
Agama. 75

4.3.3 Pengaruh rakan sebaya terhadap peglibatan


pelajar dalam kes salah laku di Sekolah Menengah
Agama. 77
4.3.3.1 Pengaruh Pergaulan Dengan Rakan
Sebaya Kepada Pelajar Sekolah Menengah
Agama. 77
4.3.3.2 Pengaruh Penglibatan Dengan Rakan
Sebaya Kepada Pelajar Sekolah Menengah
Agama. 79
4.4 Rumusan 80
xiii

5 RUMUSAN DAPATAN, PERBINCANGAN DAN


CADANGAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 82
5.2 Perbincangan Tentang Hasil Kajian 83
5.2.1 Pengaruh Iklim Sekolah Terhadap Masalah
Salah Laku. 84
5.2.2 Pengaruh Latar Belakang Keluarga
Terhadap Masalah Salah Laku. 86
5.2.3 Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Masalah
Salah Laku. 87
5.3 Implikasi Kajian 88
5.4 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 90
5.5 Penutup 91

RUJUKAN 94

LAMPIRAN A-f 96-117


xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.0 Jadual Kebolehpercayaan 51


3.1 Tahap Penilaian Berdasarkan Peratus 51
4.1 Jantina Responden 54
4.2 Umur Responden 54
4.3 Bilangan Adik-Beradik Responden 54
4.4 Pendapatan Bersih Bulanan Ibu Bapa atau Penjaga 55
4.5 Pekerjaan Bapa / Penjaga 55
4.6 Pekerjaan Ibu 56
4.7 Tahap Pendidikan Bapa 56
4.8 Tahap Pendidikan Ibu 57
4.9 Tahap Penilaian Berdasarkan Peratus 58
4.10 Faktor Pentadbiran 59
4.11 Faktor Pengajaran Dan Pembelajaran 60
4.12 Faktor Persekitaran Sekolah 62
4.13 Hubungan Kekeluargaan 63
4.14 Latar Belakang Keluarga 64
4.15 Persekitaran Rumah Tangga 66
4.16 Aspek Pergaulan Rakan Sebaya 67
4.17 Aspek Penglibatan Dengan Rakan Sebaya 69
xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Analisis Profil Responden 88


B Analisis Hubungan Responden Dengan Iklim Sekolah 91
C Analisis Hubungan Responden Dengan Keluarga 93
D Analisis Hubungan Responden Dengan Rakan Sebaya 95
E Set Soal Selidik 97
F Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Oleh Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia 107
G Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Oleh
Jabatan Pendidikan Negeri Johor 108
1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Masalah berkaitan salah laku di sekolah yang berlaku di kalangan pelajar kini
menjadi satu perkara yang membimbangkan memandangkan masalah ini semakin
menjadi-jadi walaupun pelbagai langkah telah diambil oleh pelbagai pihak termasuk
pihak Kementerian Pelajaran, pihak sekolah mahupun pihak swasta dalam usaha
membenteras kegiatan tidak sihat ini di kalangan pelajar sekolah. Kadar berlakunya
keruntuhan nilai sosial dan kejadian salah laku di kalangan pelajar sentiasa
meningkat tahun demi tahun. Perkara ini membawa kebimbangan terhadap masa
depan negara kerana masa depan sesebuah negara sangat bergantung kepada generasi
muda yang ada sekarang ini terutamanya pelajar-pelajar.

Apa akan terjadi kepada negara ini pada masa akan datang sekiranya generasi
muda terutamanya pelajar-pelajar sekolah yang diberikan suasana persekolahan iaitu
dididik dengan suasana pendidikan, pembentukan akhlak dan masa depan pelajar
hari ini terlibat dalam masalah salah laku di sekolah seperti kes-kes buli, kes
pergaduhan, kes curi, kes ponteng kelas, kes ponteng sekolah, kes merokok, kes
mengedar dadah , kes cabul dan kes vendalisme. Sekiranya suasana persekolahan itu
sendiri masih boleh berlaku kes-kes seumpama ini maka amatlah membimbangkan
negara kerana daripada kes salah laku inilah maka berkemungkinan menjadi faktor
2

penyumbang masalah gejala sosial seperti membunuh, penyalahgunaan dadah,


pengamalan seks bebas, bohsia dan bohjan, meminum arak, melepak, membuang
bayi, lari dari rumah, melakukan kes juvana dan seumpamanya yang akan
mendatangkan masalah di kalangan masyarakat hari ini.

Berbalik semula kepada sejarah ketamadunan terdahulu iaitu tamadun yang


telah dibina oleh kaum Aad, kaum Tsamud, kaum Madian dan beberapa tamadun
yang telah Allah s.w.t musnahkan adalah disebabkan mereka mengingkari utusan
yang dihantar oleh Allah s.w.t kepada mereka. Utusan tersebut dihantar Allah s.w.t
adalah semata-mata mengajar dan menyeru kepada melakukan perkara-perkara yang
baik dan menjauhi perkara-perkara mungkar termasuklah salah laku.

Semua pihak sering melepaskan tangan dengan menuding jari menyalahkan


pihak-pihak lain kerana masing-masing tidak menganggap masalah ini adalah
masalah bersama yang perlu di atasi bersama-sama. Masalah ini tidak mungkin akan
dapat diselesaikan sekiranya semua pihak (ibubapa, kerajaan, sekolah, jiran,
masyarakat, dan seumpamanya) cuba melepaskan diri dan tidak membuat kajian
terperinci mengapa masalah ini terjadi dan menjalankan pelbagai inisiatif untuk
selesaikan masalah ini.

Dalam usaha negara mengejar kemajuan dan mencapai matlamat wawasan


2020, arus globalisasi hari ini telah memberikan kesan yang besar terhadap
kehidupan masyarakat terutamanya dari segi pegangan agama di kalangan
masyarakat hari ini yang kian rapuh. Bagi golongan remaja, mereka menganggap
agama sebagai batu penghalang untuk bebas dalam menikmati keseronokan hidup.
Boleh dilihat dengan mata kasar tempat ibadat yang ada kini hanyalah di makmurkan
oleh golongan veteran. Golongan muda pula sedang melayan keseronokan nafsu dan
menikmati masa muda dengan melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah
s.w.t. Golongan muda diberikan kedudukan istimewa dalam islam apabila mereka
3

menjadikan perintah Allah s.w.t sebagai garis panduan hidup yang mesti dilalui dan
larangan Allah s.w.t menjadi perkara yang mesti dijauhi.

Statistik Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) pula mendapati dalam tempoh


sedekad, kes juvana di negara ini meningkat daripada 4931 pada tahun 1994 kepada
5562 pada tahun 2003. Lebih menyedihkan, kebanyakan kes adalah membabitkan
kaum melayu. Kesan kebimbangan ini sebenarnya telah pun disedari apabila Jabatan
Kebajikan Malaysia (JKM) mendapati bilangan pelajar yang terbabit dengan gejala
bunuh seperti jenayah dan maksiat terus meningkat dan ini dapat dibuktikan dengan
perangkaan jumlah pelajar baru yang dimasukkan ke sekolah pemulihan akhlak dan
asrama yang dikelolakan jabatan itu. Sebagai contoh seramai 1504 remaja pelajar
telah dimasukkan ke sekolah pemulihan akhlak JKM Tunas Bakti. Sepanjang tahun
2003, bilangan pelajar baru di asrama pemulihan akhlak menunjukan pengurangan
yang begitu sedikit iaitu 1504 orang berbanding tahun sebelumnya 1521 orang.
Daripada jumlah itu, kebanyakkan gadis lingkungan umur antara 15 hingga 18 tahun
dan rata-rata mereka adalah penuntut telah membabitkan diri dalam kancah maksiat.
Ini diperakui sendiri oleh Datin Paduka Zaleha Ismail ketika membentangkan
statistik dan kemasukan pelajar baru di Tunas Bakti.

Kebelakangan ini, media melaporkan kejadian jenayah membabitkan pelajar


meningkat sejak tiga tahun lalu dengan purata 200 kes dan 120 tangkapan sebulan.
Statistik juga menunjukkan sehingga Mei 2004, 605 daripada 1048 pelajar sekolah
yang ditangkap didapati terbabit dalam aktiviti jenayah. Angka yang dikeluarkan
Yayasan Pencegahan Jenayah Negara (YPJN) pula menunjukkan pada tahun 2004,
jumlah tahanan remaja bagi tempoh 10 bulan ialah 4674 dengan 2377 adalah pelajar.

Berdasarkan statistik polis, sepanjang tahun lalu sebanyak 2710 pelajar


ditahan kerana terbabit dalam 1469 kes jenayah. Manakala bagi tempoh lima bulan
pertama tahun ini, sebanyak 1048 pelajar diberkas kerana terbabit dengan 607 kes
4

jenayah. Selain pergaduhan, membuli dan menyalahgunakan dadah, beberapa kes


jenayah berat seperti membunuh turut dikesan membabitkan pelajar (Harian Metro,
6 Julai 2005).

Pada 29 Mac 2004, negara telah dikejutkan dengan kes Muhammad Farid
Ibrahim yang merupakan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Agama (SMA)
Dato’ Klana Petra Ma’amor Negeri Sembilan yang didakwa dibunuh oleh lapan
pelajar tingkatan lima sekolah tersebut. Lapan pelajar berkenaan yang limanya
berasal dari Kuala Lumpur dan tiga adalah dari Negeri Sembilan. Kejadian berlaku
antara pukul 10.30 pagi dan 4.15 petang di Dorm Osman, Tingkatan Dua, asrama
Putera sekolah itu pada 28 Mac 2004. Polis telah mengklasifikasikan kes tersebut
sebagai kes bunuh. Mereka yang telah terlibat telah didakwa mengikut seksyen
97(2)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 dan didapati bersalah di mana mereka dikenakan
hukuman tahan selama diperkenankan oleh Sultan atau Yang Dipertua Negeri.

Pada 27 Mei 2005, berlaku kes buli yang telah menyebabkan campur tangan
Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin
Tun Hussein yang berlaku ke atas Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin, 13, pelajar
tingkatan satu Sekolah Menengah Agama (SMA) Padang Tengku, Kuala Lipis,
Pahang. Afiq telah dibuli dan dibelasah dua kali dalam kejadian berasingan oleh
seniornya. Dalam kejadian pertama, dia dibelasah oleh dua pelajar tingkatan lima
termasuk dipijak belakang tubuhnya dengan kasut but kadet sekolah. Kejadian
kedua pula membabitkan tiga pelajar tingkatan tiga yang membelasahnya kerana
tidak puas hati akibat Afiq enggan meminjamkan pengecas bateri walkman kepada
mereka. Berikutan itu, Afiq didapati sakit di bahagian tengkuk dan lemah seluruh
badan pada 27 Mei 2005 (Harian Metro, 24 Jun 2005).
5

Pada 26 Julai 2005, berlaku sekali lagi kes buli yang melibatkan seorang
pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad,
Muar yang cedera dibelasah oleh sekumpulan pelajar sekolah tersebut. A Shahrul
Fazrmee Salleh A Suhaimi, 13, mendakwa dia dibelasah sekumpulan empat hingga
lima pelajar tingkatan lima sekolah itu yang tidak berpuas hati atas kekasaran ketika
bermain bola di padang sekolah pada 26 Julai 2005. Dalam kejadian kira-kira 11
malam, Shahrul mendakwa dirinya telah didatangi pelajar senior ketika berada di
bilik ulang kaji di asrama sekolah tersebut dan telah dibelasah sehingga melibatkan
kecederaan di kaki, kepala dan belakang badan (Harian Metro, 3 Ogos 2005).

Kejadian ini sebenarnya menjadi satu tanda tanya mengapa pelajar yang
terlibat dalam kes tersebut adalah pelajar dari aliran agama sedangkan dalam
pendidikan sekolah mereka telah diterapkan dengan pengetahuan Islam serta
disemaikan dengan benih-benih keimanan menerusi kurikulum berteraskan agama
seperti mata pelajaran Fiqh, Tauhid, Tasawur, Tassawuf, Aqidah dan sebagainya
tetap rapuh keimanan mereka dan lantas masih terjebak dalam kancah kemaksiatan
yang dasyat ini.

Usaha dalam membenteras gejala negatif ini merupakan tanggungjawab


sosial semua pihak dari seluruh anggota masyarakat. Usaha ini memerlukan
kerjasama yang padu di kalangan anggota masyarakat. Dengan komitmen,
kesungguhan dan keikhlasan semua pihak, gejala ini pasti dapat ditangani dengan
sebaiknya dan tidak membebankan mana-mana pihak. Justeru itu, pengkaji terdetik
untuk menkaji sejauh manakah penglibatan pelajar aliran agama dalam gejala salah
laku di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (MAAHAD), Muar.
6

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam keghairahan dunia hari ini memasuki era kemajuan, pelbagai revolusi
dapat disaksikan terutamanya kemudahan yang telah dihasilkan oleh kemajuan sains
dan teknologi. Sistem maklumat berorintasikan komunikasi maya seperti internet,
Information Comunication Technology (ICT) dan Multimedia Super Corridor (MSC)
hari ini berkembang dengan begitu pesat umpama cendawan yang tumbuh selepas
hujan. Memandangkan kemajuan dunia hari ini banyak mengenepikan nilai-nilai
agama dan batasan normal kehidupan manusia, revolusi-revolusi tersebut melahirkan
impak yang besar kepada cara kehidupan dan sistem kepercayaan khususnya di
Malaysia, nilai dan moral masyarakat dan amnya di seluruh dunia. Cara pergaulan
dan corak kehidupan hasil daripada proses modenisasi sebenarnya telah membuka
ruang luas sehingga wujudnya nilai-nilai individualistik, materialistik dan semangat
bersaing tanpa mengambil kira halal haram dan batasan-batasan kemasyarakatan.

Telah disedari sejak dahulu lagi bahawa tanah air kita yang tercinta, Malaysia
adalah merupakan sebuah negara yang konservatif dengan kebudayaan timurnya.
Namun, pencerobohan budaya hedonisme dari barat sedikit sebanyak telah menular
dan mencemarkan budaya sedia ada serta telah menjatuhkan tahap kawalan sosial
yang terdapat di bumi bertuah ini. Sikap remaja terutamanya pelajar yang mudah
dipengaruhi anasir hedonisme atau mementingkan keseronokkan semata-mata adalah
antara punca terjebaknya mereka dalam pelbagai masalah sosial dan salah laku di
sekolah.

Menurut Mohd Abdul Kadir (1997), keruntuhan nilai sosial di kalangan


masyarakat di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru. Ia dikatakan telah mula
menular dalam kehidupan masyarakat di Malaysia pada awal tahun 1960an. Namun
tahap peningkatan gejala keruntuhan nilai sosial ini semakin berleluasa pada akhir
tahun 1980an, 1990an dan sehinggalah hari ini. Keadaan ini sebenarnya amat
7

membimbangkan pelbagai pihak kerana kebanyakkan mereka yang terlibat adalah


golongan remaja yang terkandung di dalamnya pelajar remaja yang merupakan aset
penting bagi masa depan negara, bertepatan dengan pepatah Melayu “ Pemuda tiang
negara, pemudi harapan bangsa”.

Menurut Nor Azman Sharif (2005), remaja merupakan golongan yang


melalui peringkat kritikal perubahan diri dari segi mental dan fizikal. Perubahan dari
alam kanak-kanak ke alam dewasa merupakan masa yang mengelirukan remaja
termasuklah remaja pelajar. Pelbagai fenomena yang ganjil menghujani mental dan
fizikal mereka dan remaja menghadapi tekanan ini dengan sifat memberontak yang
merupakan salah satu faktor pemangkin kepada timbulnya pelbagai masalah disiplin
para pelajar di sekolah khususnya.

Menurut Rancangan Malaysia ke-7 (1996-2000), bilangan remaja pada tahun


1995 ialah kira-kira 19.2 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia.
Manakala, menjelang tahun 2020 dianggarkan bilangan ini akan bertambah kepada
20 juta orang. Kedudukan ini menjadikan golongan remaja sebagai satu kumpulan
penting di dalam menerajui tampuk pemerintahan negara pada masa depan. Mereka
merupakan penyumbang dan penentu pembangunan negara (Dewan Siswa, 2000).

Masalah salah laku di sekolah merupakan masalah yang tidak boleh


dipandang ringan oleh semua pihak. Suasana sekolah terutamanya sekolah beraliran
agama yang diharapkan dapat mendidik remaja bukan sahaja pada bidang akademik
mereka tetapi menyeluruh termasuk dari segi perkembangan rohani dan jasmani.
Sekiranya di sekolah agama sendiri telah berlaku kes salah laku di kalangan pelajar
sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan berat maka hilanglah kepercayaan
semua pihak terhadap baiknya masa depan negara yang tercinta ini.
8

Lazimnya masalah disiplin dikalangan pelajar sekolah hanya berkisar di


sekitar kenakalan mereka merosakkan harta benda awam (vendalisme), ponteng
sekolah, ponteng kelas, merokok, melepak, membuli, mencabul dan sebagainya. Kini
mereka semakin berani melakukan pelbagai perbuatan yang bercanggah dengan
norma-norma masyarakat dan undang-undang negara. Lebih membimbangkan lagi,
apabila berlaku sesuatu yang lebih dasyat dari itu seperti pembunuhan yang pernah
berlaku di Sekolah Menengah Agama (SMA) Dato’ Klana Petra Ma’mor Negeri
Sembilan yang didakwa dibunuh oleh lapan orang pelajar sekolah tersebut.

Berikutan dengan kes buli yang menimpa pelajar Muhammad Afiq Qusyairi
Baharuddin pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Agama (SMA) Padang
Tengku, Kuala Lipis, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, menegaskan
bahawa banyak kejadian buli yang berlaku di negara ini mempunyai kaitan dengan
kerapuhan institusi kekeluargaan (Harian Metro, 3 Julai 2005).

Anak-anak merupakan kain putih dan yang mencorakkanya ialah ibu bapa.
Sekiranya baik asuhanya maka baiklah akhlak dan budi pekertinya dan begitulah
sebaliknya. Inilah cabaran-cabaran yang bakal dan sedang dihadapi oleh ibu bapa
dalam merangka pembangunan anak-anak dari segi zahiriah mahupun batiniah.
Telah diketahui umum bahawa keluarga adalah merupakan agen pertama kepada
pembentukan masyarakat dan negara.

Menurut Nor Azman Sharif (2005), keluarga merupakan institusi asas maka
ia perlu diperkasakan dengan pelbagai penguasaan khasnya dari segi disiplin ilmu
dan pendidikan. Prinsip bersepadu yang menekankan kepada keselarasan ilmu,
kemahiran dan sikap positif dalam menangani masalah dengan mengambil iktibar
daripada pengalaman orang lain amat berguna dan merupakan rencah utama dalam
menyediakan sebuah menu kejayaan yang gemilang.
9

Pada 5 Jun 2005, sekali lagi negara kita telah dikejutkan dengan wujudnya
satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan Jangan Ikut Tuhan
(JIT), dipercayai didalangi bekas pengikut Black Metal telah dilaporkan mula
bergerak secara senyap di bahagian utara semenanjung dan sedang dalam usaha
menambahkan pengikut. Kebanyakkan pengikutnya adalah pelajar remaja dan
dikaitkan juga dengan pelajar yang kebiasaanya memiliki institusi kekeluargaan yang
lemah (Harian Metro, 8 Ogos 2005).

Menurut Timbalan Dekan Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian


Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohamed Yussoff
Hussain, menyifatkan sikap fanatik terhadap sesuatu kumpulan seperti Black Metal
menyebabkan golongan itu sanggup menghina Al-Quran manakala Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari Terengganu, Wan Mohamad Wan
Hasan, sikap remaja yang mudah dipengaruhi anasir hedonisme iaitu mementingkan
keseronokan semata-mata adalah punca golongan itu terpengaruh dengan
kepercayaan pelik tertentu termasuk ajaran sesat (Harian Metro, 8 Ogos 2005).

Kekurangan ilmu agama dan ditambah pula keimanan yang lemah oleh
remaja dan ibu bapa akan menyebabkan institusi kekeluargaan menjadi longgar dan
lemah serta menyebabkan remaja mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan jiwa
mereka. Malangnya ada sesetengah remaja pelajar yang pencarianya tersesar
daripada apa yang sepatutnya ditemui sehingga menjerumuskan mereka ke dalam
konflik akidah yang serius. Gaya hidup masa kini yang menuntut ibu bapa keluar
rumah waktu pagi dan hanya pulang ke rumah waktu matahari terbenam gagal
menyediakan ruang yang cukup untuk mereka berkomunikasi dan bertanyakan
khabar dengan anak remaja mereka.

Menurut Clark Mark Rosenberg (1996), kepentingan penglibatan ibu bapa


dalam memantau tingkah laku anak-anak dan perhubungan ibu bapa dengan anak-
10

anak mampu menjadi salah satu pemangkin penyelesaian konflik ini. Selain itu,
kajian-kajian ini mendapati bahawa tahap pemantauan dan perhubungan ibu bapa
dan anak mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku devian remaja
pelajar.

Institusi kekeluargaan sepatutnya disuburkan dengan baja kemesraan


daripada dipalit bibit negatif yang memporak-perandakan hala tuju dan arah
kehidupan sesebuah keluarga. Bersendikan itu, maka ikatan persaudaraan penting
dibelai supaya hubungan kekeluargaan sesama ahli sentiasa berada dalam landasan
yang cukup baik demi mengukuhkan ikatan ukhwah dalam menjalin hubungan yang
lebih akrab. Namun apa yang merunsingkan ialah masalah penceraian yang
menjurus kepada pertambahan bilangan ibu dan bapa tunggal di negara ini dan
sekaligus menyulitkan lagi keadaan terutamanya nasib dan masa depan anak-anak.

Menurut perangkaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pada tahun


2003 lebih 10320 kes telah dicatatkan membabitkan pasangan yang beragama islam
yang bercerai berbanding 12774 kes pada tahun 2002 dan 13536 kes pada tahun
2001. Walaupun satistik ini mencatatkan sedikit penurunan tetapi sebenarnya perlu
dilihat akan besarnya kesan emosi anak-anak itu pada masa akan datang yang
tentunya terumbang ambing. Selain itu statistik bagi kes keganasan rumah tangga
pula menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 587 kes dilaporkan berlaku pada
tahun 2001, 598 kes pada tahun 2002 dan 636 kes pada 2003. Negeri yang paling
banyak berlakunya kes keganasan rumah tangga adalah negeri Pulau Pinang iaitu
sebanyak 105 kes, Melaka sebanyak 77 kes dan diikuti negeri Johor sebanyak 66 kes
dilaporkan sepanjang tahun 2001 hingga 2003.

Selain dari kes penceraian dan keganasan rumah tangga, pihak ibu bapa hari
ini sering mencari jalan penyelesaian mudah bagi menangani masalah anak-anak
mereka. Mereka sering tidak mengaku akan masalah rumah tangga yang sedang
11

mereka hadapi dan menganggap bahawa didikan mereka ke atas anak mereka dalam
keadaan mereka mengahadapi masalah tersebut telah sempurna sehinggakan
sekiranya anak mereka balik ke rumah dan mengadu telah dipukul oleh guru maka
tanpa menyiasat keadaan sebenar telah datang ke sekolah dan menyerang guru
dengan makian dan tohmahan membuta sehingga ada guru yang didakwa ke
mahkamah. Berbeza dengan pendidikan ibu bapa dahulu yang mana mereka
menaruh kepercayaan terhadap guru sehinggakan sekiranya anak mereka balik
rumah dan mengadu bahawa telah dipukul guru maka anaknya teruk dipukul oleh ibu
bapanya yang menganggap bahawa setiap dendaan guru adalah menunjukkan tanda
kepada ibu bapa bahawa ada kekurangan dalam didikan mereka terhadap anak
mereka.

Mengimbas kejadian yang menimpa Muhammad Farid, tragedi tersebut telah


berjaya menarik perhatian pelbagai pihak yang tampil dengan bermacam-macam
idea dan pendekatan untuk membendung kes buli dan salah laku pelajar. Pada April
2004, Kementerian Pelajaran mengumumkan penubuhan Jawatan Kuasa Petugas
Khas menangani samseng dan buli di sekolah yang disertai Ketua Polis Negara,
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), dan Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (NUTP) serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional
(PIBGN). Kementerian Pelajaran juga menubuhkan talian aduan terus 1-800-
884774, faksimili 03-20962130 dan email adudisiplin@moe.gov.my (Harian Metro,
5 Ogos 2005).

Malah bermula awal tahun 2004, semua guru sekolah menengah dan rendah
diarah menyediakan laporan perlakuan atau adab pelajar yang menyentuh prestasi
keseluruhan sama ada pencapaian akademik atau kelakuan. Menjadi tanda tanya di
sini, sejauh manakah pendekatan yang diambil itu telah memenuhi tujuan dan
maksudnya? Apakah yang telah dilakukan Pasukan Petugas Khas? Berapa banyak
kes aduan disiplin yang telah diselesaikan? Apakah yang terjadi dengan laporan
12

perlakuan pelajar? Persoalan yang paling penting ialah mengapa kejadian buli hingga
parah terhadap Muhammad Afiq masih berlaku? Mungkin persoalan tersebut terlalu
cenderung menyalahkan pihak berkenaan tetapi inilah kenyataan sebenar masyarakat
kita yang kuat dibelengu dengan perumpamaan melayu ‘hangat-hangat tahi ayam’.

Selaku penggubal dasar, Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab


yang lebih besar iaitu setiap pendekatan yang diajukan perlu disusuli sejauh manakah
perlaksanaan dan keberkesananya bukan setakat mewujudkan. Justeru itu, dasar
pendidikan telah digubal dan disesuaikan mengikut keperluan dari masa ke semasa
untuk meningkatkan mutu sistem pendidikan bagi memenuhi keperluan semasa dan
akan datang. Kenyataan ini boleh dibuktikan dengan menerusi falsafah pendidikan
negara dalam melahirkan individu yang seimbang dan harmoni dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS).

Menurut Nor Azman Sharif (2005), institusi sekolah dan guru pada hari ini
dianggap sebagai budaya dan bukan lagi institusi yang memberi ilmu kepada murid-
murid. Sebab itulah para ibu bapa menganggap guru dibayar gaji untuk membantu
anak mereka lulus peperiksaan. Tugas guru sebagai penyalur ilmu pengetahuan kini
tidak lagi dipandang tinggi malah tugas pendidik masa kini dianggap sesuatu rutin
yang mesti dilakukan guru. Berita guru memukul pelajar dan sebaliknya sering
menjadi bahan bualan hangat masyarakat dan kejadian seperti ini sentiasa menjadi
tajuk utama bagi media massa.

Selain itu pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berlakunya kes salah
laku di kalangan pelajar. Rakan sebaya adalah merupakan orang yang terhampir
dengan remaja terutamanya remaja yang berjauhan dengan keluarga dan pelajar yang
tinggal di asrama. Malah, segala masalah dan aduan sering dikongsi bersama
termasuklah masalah luaran mahupun dalaman diri. Kegagalan remaja mencari
13

rakan yang baik sebenarnya mereka telah menjerumuskan diri dalam dalam
kerosakan yang berterusan.

Bagi remaja atau pelajar yang tersalah memilih rakan, kelak rakan tersebut
akan memusnahkan diri mereka sendiri dengan mengajak melakukan sesuatu
kejahatan seperti yang berlaku kepada seorang pelajar di Kota Bharu:

“Saya taubat dan menyesal kerana ikut kawan hisap dadah”, kata seorang
pelajar 14 tahun yang didapati positif dadah selepas menjalani pemeriksaan pantas
ujian air kencing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kota Bharu.
(Harian Metro, 11 April 2005).

Kesan mengikut rakan telah menjerumuskan seorang pelajar remaja yang


begitu muda umurnya dalam najis dadah. Sekiranya dalam usia begini telah mula
terlibat dengan najis dadah maka rosaklah masa depan remaja tersebut dan
musnahlah negara pada masa akan datang sekiranya ramai remaja terlibat dengan kes
tersebut.

Cabaran ketiga-tiga pihak iaitu guru, pengaruh rakan sebaya dan latar
belakang keluarga remaja merupakan faktor yang penting yang menyumbangkan
kepada berlakunya kes salah laku di kalangan pelajar. Sekiranya ketiga-tiga
golongan ini masih tidak mengaku kesalahan diri dan saling tuduh menuduh antara
satu sama lain maka sampai bila-bila masalah remaja yang berlaku sekarang ini tidak
akan dapat diselesaikan. Oleh itu perlulah ketiga-tiga golongan tersebut bahu-
membahu dalam menyelesaikan masalah tersebut demi melihat negara Malaysia
yang tercinta ini menjadi negara yang maju bukan sekadar sains dan teknologi tetapi
juga dari aspek spiritual penduduknya.
14

1.3 Pernyataan Masalah

Remaja merupakan harta (aset) dan khazanah negara yang paling berharga
dan istimewa. Sejak kebelakangan ini, berbagai-bagai pihak telah menunjukkan
kebimbangan mereka berkaitan masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang
kian meruncing. Remaja adalah merupakan tulang belakang negara dan merupakan
penyambung generasi akan datang yang merupakan bakal pemimpin agama,
masyarakat dan negara. Oleh itu jelaslah sekiranya remaja mengalami kerosakkan
maka akan binasalah sesebuah negara itu.

Menurut Kementerian Belia dan Sukan, generasi muda merupakan golongan


terbesar penduduk negara ini di mana pada tahun 1990, sebanyak 42.39 peratus atau
bersamaan 7.6 juta penduduk berumur antara 15 hingga 39 tahun. Manakala
menjelang abad ke-21 kira-kira 60 peratus penduduk negara ini adalah terdiri
golongan belia (Dewan Siswa, 1998). Lantaran itu, faktor penyumbang berlakunya
penglibatan remaja dalam masalah salah laku adalah perlu diperhalusi agar satu
pelan tindakan bersepadu dapat diambil untuk menanganinya.

Kesibukan dalam mengejar kehidupan yang mewah telah menuntut ibubapa


bagi sesebuah institusi keluarga keluar rumah untuk bekerja. Dalam kesibukan
bekerja inilah, seorang ibu yang sepatutnya bertanggungjawab mendidik anak
dengan nilai-nilai murni dan agama tidak dapat disempurnakan sepenuhnya. Oleh
itu kebanyakan ibubapa telah menghantar anak mereka ke sekolah berasrama dengan
harapan agar pihak sekolah boleh mengambil alih tugas mereka mendidik anak
mereka.
15

Apa yang menjadi masalah di sini ialah apabila pihak sekolah merotan atau
membuat dendaan ke atas anak mereka dengan niat untuk mendidik tetapi telah
disalah fahami oleh ibubapa dan ada ibubapa yang sanggup menyaman pihak
sekolah. Ibubapa tidak sanggup menerima akan kelemahan mereka sendiri dan
sering kali menuding jari menyalahkan pihak lain sekiranya anak mereka terlibat
dengan salah laku.

Dari segi iklim sekolah pula, semua pihak dari guru sehinggalah kepada
Kementerian Pendidikan memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah
salah laku di kalangan pelajar. Masalahnya di sini, pada April 2004 lalu,
Kementerian Pelajaran telah mengumumkan penubuhan Jawatan Kuasa Petugas
Khas menangani samseng dan buli di sekolah yang disertai Ketua Polis Negara,
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), dan Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (NUTP) serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional
(PIBGN) dan ditambah pula dengan pengarahan oleh Kementerian Pelajaran bermula
awal tahun 2004, semua guru sekolah menengah dan rendah diarah menyediakan
laporan perlakuan atau adab pelajar yang menyentuh prestasi keseluruhan sama ada
pencapaian akademik atau kelakuan. Persoalan yang paling penting ialah mengapa
kejadian buli hingga parah terhadap Muhammad Afiq masih berlaku. Nampakanya
jelaslah bahawa kajian dan usaha berterusan perlu dijalankan bagi memperolehi
jawapan kepada penyelesaian masalah tersebut.

Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berlakunya kes salah laku di
kalangan remaja pelajar. Rakan sebaya adalah merupakan orang yang terhampir
dengan remaja terutamanya remaja yang berjauhan dengan keluarga dan pelajar yang
tinggal di asrama. Malah, segala masalah dan aduan sering dikongsi bersama
termasuklah masalah luaran mahupun dalaman diri. Kegagalan remaja mencari
rakan yang baik sebenarnya mereka telah menjerumuskan diri mereka sendiri dalam
dalam kerosakan yang berterusan.
16

Memandangkan gejala ini telah merebak ke sekolah-sekolah agama yang


sepatutnya merupakan sekolah contoh bagi setiap sekolah yang bukan beraliran
agama dan didapati sangat kurang kajian yang dijalankan secara khusus berkenaanya
di Negeri Johor, penyelidik merasakan sangat perlu dijalankan kajian dan
penyelidikkan mengenai masalah ini di semua sekolah menengah agama negeri
Johor.

1.4 Objektif Kajian

Masalah salah laku seringkali berlaku di sekolah dan kajian ini bertujuan
untuk mengetahui faktor-faktor yang mendorong pelajar terlibat dalam masalah salah
laku di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (MAAHAD), Muar. Bagi
memudahkan perlaksanaan kajian ini, empat objektif telah dipilih:

i. Mengenalpasti iklim sekolah di mana masalah kes salah laku disiplin


berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (MAAHAD), Muar.

ii. Mengenalpasti latar belakang keluarga pelajar yang terlibat dengan masalah
kes salah laku disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan (MAAHAD),
Muar.

iii. Mengenalpasti pengaruh rakan sebaya kepada pelajar-pelajar yang terlibat


dengan masalah kes salah laku di Sekolah Menengah Kebangsaan
(MAAHAD), Muar.
17

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik mempunyai 3 persoalan untuk dikaji. Persoalan


tersebut adalah seperti berikut:

i. Adakah iklim sekolah mempengaruhi pelajar terlibat dalam kes salah laku di
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (MAAHAD), Muar?

ii. Adakah latar belakang keluarga menyumbang kepada penglibatan pelajar


dalam kes salah laku di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(MAAHAD), Muar?

iii. Adakah pengaruh rakan sebaya mendorong pelajar terlibat dalam kes salah
laku di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (MAAHAD), Muar?

You might also like