You are on page 1of 10

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/332522750

Strategi Pembelajaran Regulasi Kendiri dalam Meningkatkan Pencapaian


Subjek Sains: Kajian Meta Analisis

Article · April 2019

CITATIONS READS

0 496

2 authors, including:

Arni Yuzie Mohd Arshad


Universiti Kebangsaan Malaysia
3 PUBLICATIONS   4 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Arni Yuzie Mohd Arshad on 19 April 2019.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Strategi Pembelajaran Regulasi Kendiri dalam
Meningkatkan Pencapaian Subjek Sains:
Kajian Meta Analisis
Arniyuzie Mohd Arshad
Ruhizan Muhd Yasin
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
arniyuzie@gmail.com

Abstrak: Pembelajaran regulasi kendiri merupakan kesedaran dalaman yang wujud


dalam diri pelajar untuk belajar. Kajian lepas telah banyak membuktikan keberkesanan
atau peranan pembelajaran regulasi dalam subjek Sains. Pembelajaran regulasi kendiri
dikatakan bukan sahaja dapat meningkatkan penguasaan dan pemahaman konsep
sains/kimia, membantu pelajar untuk menjawab soalan yang berkaitan penyelesaian
masalah, meningkatkan motivasi pembelajaran sains, mendapat skor yang lebih baik
dalam ujian serta-merta, rasa tanggungjawab terhadap pembelajaran yang lebih tinggi
dan sebagainya. Menyedari kepentingan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji
peranan strategi pembelajaran regulasi kendiri dalam meningkatkan pencapaian pelajar
dalam subjek Sains (termasuk Kimia, Fizik dan Biologi). Turut dikaji ialah
hubungan/pengaruh antara kesan strategi pembelajaran regulasi kendiri terhadap
pencapaian pelajar dalam subjek Sains berdasarkan subjek, reka bentuk kajian,
peringkat pengajian, jenis negara, model kajian, kemahiran yang digunakan, instrumen
kajian dan juga sumber rujukan. Kajian ini merupakan kajian metaanalisis yang
dilakukan ke atas 24 kajian dari 5785 sample kajian antara tahun 2000 hingga 2014.
Data dianalisa menggunakan kaedah pengiraan kesan saiz. Sebanyak 40 kesan saiz
telah dikira. Hasil dapatan yang diperoleh adalah pada tahap sederhana tinggi iaitu
(+0.5873). daripada 40 kesan saiz ini, 27 melibatkan strategi pembelajaran
metakognitif, 3 strategi motivasi, 5 strategi kognitif manakala masing-masing satu bagi
strategi pengurusan dan gabungan antara strategi kognitif, metakognitif dan motivasi.
Hasil kajian juga, mendapati tidak semua strategi pembelajaran regulasi kendiri
memberi kesan terhadap pencapaian pelajar dalam subjek Sains. Hanya tiga strategi
pembelajaran regulasi kendiri yang menunjukkan hubungan yang signifikan ke atas
pencapaian pelajar iaitu strategi metakognitif, strategi motivasi dan gabungan antara
strategi kognitif, metakognitif dan motivasi.

Katakunci: strategi pembelajaran regulasi kendiri; meta analisis; subjek sains;


pencapaian

PENGENALAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menetapkan


pengetahuan sebagai salah satu dari enam ciri utama yang perlu ada pada setiap murid
untuk bersaing ke peringkat global (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
Education for Diverse Learners 18

2025, 2013). Sebagai sebuah negara yang sedang menuju ke arah status negara
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, adalah menjadi harapan negara agar dapat
melahirkan modal insan yang saintifik, progresif, berilmu serta mampu bersaing di
persada dunia.

Dalam membentuk modal insan sebagaimana yang diinspirasikan dalam Pelan


Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bukanlah suatu yang mudah.
Pelajar perlu mempunyai daya saing dan daya juang yang tinggi serta mampu berfikir
aras tinggi terutama apabila melibatkan penyelesaian sesuatu masalah. Ini memberi
implikasi bahawa pelajar bukan sahaja perlu berfikir secara kreatif dan kritis malah
boleh menjana idea serta dapat membuat keputusan dengan bijak. Oleh yang
demikian, pelajar perlu menyedari cara bagaimana mereka berfikir dan bagaimana
proses pemikiran mempengaruhi pencapaian akademik mereka disamping mengetahui
strategi yang membolehkan pembelajaran yang efektif wujud.

Strategi ini melibatkan empat komponen utama iaitu metakognitif, kognitif, motivasi
serta pengurusan. Strategi pembelajaran ini memerlukan pelajar untuk menganalisis
persekitaran pembelajaran, pembentukan matlamat pembelajaran, aplikasi taktik yang
sesuai dengan efikasi diri, perancangan, pengawalan, pemantauan kemajuan, tindakan
pengubahsuaian, motivasi dan juga pengorganisasian pembelajaran. Oleh yang
demikian, pelajar diberi tanggungjawab penuh terhadap proses pembelajaran mereka.
Maka, aplikasi strategi pembelajaran regulasi kendiri menjadi kunci utama proses
pembelajaran kendiri dan ia terbukti berupaya meningkatkan pencapaian akademik
pelajar dalam subjek sains sama ada Sains, Fizik, Kimia atau Biologi.

OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif kajian ini. Objektif umum ialah mengenal pasti
hubungan/pengaruh antara kesan strategi pembelajaran regulasi kendiri terhadap
pencapaian pelajar dalam subjek Sains. Manakala objektif khusus ialah:

1) Mengenal pasti perbezaan antara strategi pembelajaran regulasi kendiri terhadap


pencapaian pelajar dalam subjek Sains (Sains, Kimia, Fizik, Biologi).
2) Mengenal pasti perbezaan peringkat pengajian mempengaruhi strategi
pembelajaran regulasi kendiri terhadap pencapaian pelajar dalam subjek Sains.
3) Mengenal pasti kesan strategi pembelajaran regulasi kendiri ke atas pencapaian
pelajar dalam subjek Sains berdasarkan aspek rekabentuk kajian.
4) Mengenal pasti kesan strategi pembelajaran regulasi kendiri ke atas pencapaian
pelajar dalam subjek Sains berdasarkan aspek kemahiran yang diterapkan.
5) Mengenal pasti kesan strategi pembelajaran regulasi kendiri ke atas pencapaian
pelajar dalam subjek Sains berdasarkan aspek instrumen kajian.
6) Mengenal pasti kesan strategi pembelajaran regulasi kendiri keatas pencapaian
pelajar dalam subjek Sains berdasarkan aspek model kajian.
7) Mengenal pasti kesan strategi pembelajaran regulasi kendiri keatas pencapaian
pelajar dalam subjek Sains berdasarkan aspek sumber rujukan yang diperoleh.
19 The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014)

TINJAUAN LITERATUR

Kajian berkaitan dengan pembelajaran regulasi kendiri telah banyak dikaji oleh para
pengkaji bermula dari tahun 80 an sehingga sekarang. Skop kajian berkaitan
pembelajaran regulasi kendiri saban tahun semakin mendapat perhatian para pengkaji.
Kajian yang telah dibuat bukan hanya melihat kepada peranan atau kesan pembelajaran
regulasi kendiri (Haller 1988; Hattie 1996; Chiu 1998; Diagnath & Buttner 2008)
malah turut menyentuh keberkesanan strategi pengajaran ke atas pembelajaran (Hester
2012).

Kesan Strategi Pembelajaran ke atas pencapaian oleh Haller (1988) melaporkan kesan
saiz yang agak tinggi iaitu 0.71 dengan sisihan piawai 0.81. Kajian ini dilakukan ke
atas 20 artikel kajian antara tahun 1975 sehingga 1957 dengan memfokuskan kepada
kesan pengajaran metakognitif ke atas pembacaan petikan bagi subjek bahasa. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa pengajaran metakognitif adalah sangat signifikan.
Manakala kajian Hattie (1996), iaitu perkaitan antara pengurusan diri, motivasi dan
konsep kendiri ke atas pencapaian pelajar memberikan nilai kesan saiz sederhana iaitu
0.57. Sumber data kajian adalah antara tahun 1968 sehingga 1992. Chiu (1998) pula
telah menganalisis sebanyak 43 intervensi metakognitif ke atas pembacaan petikan
dengan mengambil kira artikel kajian dari tahun 1979 sehingga 1995. Purata kesan saiz
yang ditunjukkan ialah 0.40. Hasil kajian ini menunjukkan intervensi metakognitif
memberi kesan sederhana terhadap pencapaian pelajar. Kajian meta analisis oleh
Diagnath & Buttner (2008) terhadap intervensi pembelajaran aturan kendiri ke atas
pelajar sekolah rendah dan menengah melaporkan purata kesan saiz sebanyak 0.61
berdasarkan 74 kajian antara tahun 1992 sehingga 2006. Turut dilaporkan ialah
terdapat perbezaan ketara kesan saiz bagi subjek Matematik dan pembacaan/penulisan
ke atas pelajar sekolah rendah dan menengah.

Kajian oleh Abrami et al. pada tahun yang sama iaitu 2008 memberikan nilai kesan
saiz 0.341 berdasarkan 117 kajian keatas 20,698 sampel kajian dengan membawa 161
pengiraan kesan saiz. Kajian ini melihat kesan pengajaran guru dalam menggalakkan
kemahiran berfikir secara kritikal berdasarkan kepada pengukuran regulasi kendiri
pelajar. Manakala kajian oleh Klauer & Phye (2008), Schunk D.H. (2008) dan Hester
(2012) turut memberikan bacaan kesan saiz yang positif terhadap kesan pembelajaran
regulasi kendiri ke atas pencapaian pelajar.

METODOLOGI

Pencarian maklumat kajian ini dimulakan menggunakan tiga pengkalan data, Google
Scholar, Wiley dan SAGE. Tiga kata kunci iaitu Regulasi Kendiri, Regulasi Kendiri
dan Pencapaian Sains dan “Self Regulations Strategies And Science Achievement in
Primary School and Higher Education” turut digunakan dengan menghadkan tahun
dalam julat 2000 hingga 2014. Akhirnya sebanyak 5785 artikel diperoleh. Pemilihan
artikel kajian dibuat berdasarkan kriteria berikut:
Education for Diverse Learners 20

i. Sumber pencarian adalah pelbagai samaada jurnal, tesis, prosiding, laporan.


ii. Artikel berkaitan dengan subjek Sains samada Fizik, Kimia, Biologi dan Sains
yang menghubungkan antara pembelajaran regulasi kendiri dan pencapaian.
iii. Artikel berbentuk kuantitatif yang menyertakan dapatan kajian yang
membolehkan kesan saiz dikira sama ada memberikan nilai r, t, n, sd ataupun p
iv. Artikel kajian menunjukkan populasi kajian terdiri daripada pelajar sekolah
menengah dan peringkat pengajian tinggi.
v. Mengutamakan kajian jenis kuantitatif namun tidak mengabaikan kajian jenis
kualitatif.

Berdasarkan kriteria yang ditetapkan, sebanyak 24 artikel yang benar-benar menepati


objektif kajian diperolehi melalui pelbagai sumber iaitu 12 artikel jurnal, empat artikel
merupakan koleksi tesis peringkat sarjana dan masing-masing satu artikel bagi tesis
peringkat kedoktoran, kertas persidangan, laporan teknikal ditemui. Manakala
mengikut pecahan kajian, sebanyak 21 artikel merupakan kajian kuantitatif manakala
tiga kajian merupakan kajian jenis kualititatif. Artikel ini dianalisa menggunakan
kaedah “systematic review”. Sebanyak enam rekabentuk kajian telah dikenalpasti iaitu
reka bentuk kajian eksperimen ialah tiga, empat bagi rekabentuk kajian kuasi-
eksperimen, enam untuk rekabentuk kajian korelasi, lapan artikel adalah rekabentuk
kajian tinjauan dan masing-masing satu bagi rekabentuk kajian kes dan analisi
dokumen.

Seterusnya pengekodan artikel kajian dibuat mengikut kategori dan subkategori yang
telah ditetapkan. Empat kategori utama pengkodan ialah ME untuk metakognitif, MA
bagi pengurusan, MO dikhaskan untuk motivasi dan K bermaksud kognitif. Bagi
subkategori pula pengkodan akan menjadi lebih panjang sebagai contoh: kategori
adalah motivasi dan subkategori adalah efikasi kendiri. Oleh yang demikian pengkodan
yang dibuat ialah MA (EK). Keadah pengkodan ini menggunakan simbol dan bermula
dengan huruf C yang membawa maksud artikel kajian.

Pengukuran kesan saiz digunakan untuk menentukan kekuatan pertalian berkenaan di


antara pemboleh ubah bersandar dengan pemboleh ubah tidak bersandar yang tidak
bergantung kepada saiz sampel yang digunakan. Ia merupakan maklumat huraian yang
penting yang perlu dilaporkan dalam setiap penyelidikan meta analisis. Berdasarkan
24 artikel kajian, sebanyak 40 pengiraaan saiz diperoleh. 10 kesan saiz diperoleh dari
nilai r, 25 kesan saiz dari nilai n dan sd manakala satu kesan saiz dikira menggunakan
nilai t. Manakala empat artikel yang telah memberikan nilai kesan saiz yang berkaitan
dengan kajian.

Kemudian data hasil analisis dan sintesis disusun dalam bentuk penjadualan sistematik.
Jadual ini merupakan satu analisis statistik terhadap kesan saiz mengikut kategori atau
ciri-ciri sepunya yang telah ditetapkan. Bagi artikel kajian berbentuk kuantitatif data
statistik mempamerkan nilai kesan saiz manakala artikel kajian berbentuk kualitatif
nilai kesan saiz tidak dilaporkan tetapi dapatan kajian ditunjukkan secara jelas dalam
penjadualan tersebut.
21 The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014)

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Hasil dapatan kajian yang telah dibuat, dipamerkan mengikut kriteria yang ditetapkan
dan dikodkan secara sistematik beserta nilai kesan saiz. Data kajian dipecahkan kepada
beberapa kategori iaitu kajian, bilangan sampel, tahun kajian, negara, peringkat
pengajian, subjek, rekabentuk kajian, strategi, instrumen, kemahiran, model, kod dan
nilai kesan saiz.

Hasil kajian menunjukkan memang terdapat hubungan yang signifikan antara strategi
pembelajaran regulasi kendiri terhadap pencapaian pelajar yang mana turut menyokong
kajian yang dilakukan oleh Haller et al. 1988; Hatti et al.1996; Chiu 1998; Diagnath &
Buttner 2008 dan Diagnath et al. 2008. Dapatan ini juga bukan sahaja menjawab
hipotesis kajian malah turut menjawab persoalan pertama kajian iaitu; 1) Adakah
terdapat hubungan/pengaruh diantara strategi pembelajaran regulasi kendiri terhadap
pencapaian pelajar dalam subjek Sains?

Manakala bagi setiap domain kajian yang dikaji didapati tiga strategi pembelajaran
regulasi kendiri memberikan nilai kesan saiz yang positif dan dua strategi memberikan
nilai kesan saiz yang negatif. Strategi metakognitif, motivasi dan gabungan strategi
kognitif, metakognitif dan motivasi bernilai positif. Didapati bahawa strategi
metakognitif dan motivasi amat mempengaruhi pencapaian pelajar. Dapatan kajian
kuantitif menunjukkan nilai kesan saiz keseluruhan kedua-dua strategi ini adalah 19.05
bagi strategi metakognitif manakala 10.94 nilai kesan saiz untuk strategi motivasi.
Kesan saiz kedua-dua kajian ini adalah pada tahap tinggi. Strategi metakognitif
didapati memberikan kesan saiz tertinggi terhadap pencapaian pelajar sekolah
menengah dengan kesan saiz 14.21 berbanding peringkat pengajian dengan nilai 4.20.
Dapatan kajian ini juga menyokong dapatan yang diperoleh oleh Diagnath & Buttner
(2008). Selain itu juga, hasil kajian turut mengesahkan teori pembelajaran kognitif
sosial Albert Bandura yang menetapkan elemen metakognitif dan motivasi kendiri
pelajar antara tujuh elemen yang mesti diterapkan dalam proses pembelajaran regulasi
kendiri. Dapatan dari kajian kualitatif juga menunjukkan strategi metakognitif adalah
penting dalam membantu pemahaman konsep serta menjadikan pembelajaran lebih
bermakna. Keberkesanan strategi metakognitif dari hasil penelitian kajian kualitatif
juga didapati berbeza antara subjek. Dapatan kajian meta analisis yang dijalankan juga
menyokong data kajian kualitatif ini yang mana hasil kajian menunjukkan strategi
metakognitif amat membantu pelajar dalam subjek kimia berbanding subjek fizik, sains
dan biologi dengan nilai kesan saiz pada tahap tinggi iaitu 4.40.

Namun begitu, dapatan kajian ini juga memberikan dapatan negatif terhadap strategi
pengurusan dan kognitif. Ianya selari dengan dapatan kajian oleh Hester (2012). Nilai
kesan saiz keseluruhan bagi strategi pengurusan ialah -0.19 manakala -6.31 bagi
strategi kognitif. Dapatan ini bukanlah menunjukkan kedua-dua strategi ini tidak
berperanan langsung dalam meningkatkan pencapaian pelajar tetapi peranan yang
dimainkan adalah sedikit berbanding strategi metakognitif dan motivasi. Nilai kesan
saiz ini menjadi rendah apabila pendekatan ini dimasukkan dengan kata lain sekiranya
strategi kognitif dan pengurusan tidak dimasukkan sebagai kriteria pemilihan strategi
Education for Diverse Learners 22

pembelajaran kesan positif ke atas pencapaian pelajar akan menjadi lebih tinggi tetapi
sekiranya sebaliknya maka nilai kesan saiz akan menjadi lebih rendah (Hester, 2012).

Berdasarkan analisa yang telah dibuat, gabungan tiga strategi iaitu kognitif,
metakognitif dan motivasi memberikan nilai kesan saiz di tahap sederhana (0.31).
Manakala gabungan antara dua strategi iaitu kognitif dan metakognitif ke atas subjek
Sains dan Kimia di peringkat pengajian tinggi memberikan nilai kesan saiz yang
negatif dan dapatan ini berbeza dengan kajian yang dilakukan oleh Esen (2013). Kajian
Esen (2013) memberikan kesan saiz yang positif bagi gabungan kedua-dua strategi ini
untuk subjek Kimia di peringkat pengajian tinggi. Dapatan kajian ini telah menjawab
persoalan kajian 2a dan 2b iaitu: 2a) Adakah kesemua strategi pembelajaran regulasi
kendiri memberikan kesan positif terhadap pencapaian pelajar dalam subjek Sains? 2b)
Adakah kombinasi strategi pembelajaran regulasi kendiri memberikan kesan positif
terhadap pencapaian pelajar dalam subjek Sains?

Persoalan kajian 3 pula melihat kepada kesan pembelajaran regulasi kendiri


berdasarkan subjek. Bagi menjawab persoalan kajian ini, analisa terperinci dibuat
mengikut empat pecahan subjek Sains iaitu Sains, Kimia, Fizik dan Biologi. Semasa
analisa kajian dibuat, didapati terdapat satu gabungan subjek iaitu Fizik dan Kimia
diperoleh dari hasil 24 artikel kajian. Hasil kajian menunjukkan memang terdapat
perbezaan yang signifikan kesan ke atas pencapaian subjek Sains terhadap strategi
pembelajaran regulasi kendiri. Kesan saiz keseluruhan bagi subjek Sains ialah 3.77,
Fizik dan Kimia dengan kesan saiz keseluruhan 0.34 (sederhana), Biologi 0.28, Fizik
9.78 dan Kimia 14.53. Kesan saiz tinggi di peroleh dari subjek Sains, Fizik dan Kimia,
manakala kesan saiz rendah adalah bagi subjek Biologi. Kesan saiz ini menunjukkan
keberkesanan strategi pembelajaran regulasi kendiri ini adalah berbeza mengikut
subjek. Subjek yang melibatkan pengiraan (Fizik dan Kimia) mempunyai kesan saiz
yang lebih tinggi berbanding subjek yang melibatkan pembacaaan (Biologi). Selain itu
juga, strategi pembelajaran regulasi kendiri juga menunjukkan perbezaan pencapaian
pelajar mengikut peringkat pengajian. Keberkesanan pembelajaran regulasi kendiri
adalah lebih tinggi bagi pelajar diperingkat pelajar sekolah menengah berbanding
pengajian tinggi. Nilai kesan saiz pelajar sekolah menengah adalah 14.78 manakala
10.68 di peringkat tinggi. Dapatan ini telah menjawab persoalan kajian 3b iaitu: 3b)
Adakah perbezaan peringkat pengajian mempengaruhi strategi pembelajaran regulasi
kendiri terhadap pencapaian pelajar dalam subjek Sains?

Berdasarkan kajian meta analisis yang dibuat, kesan saiz keseluruhan kajian iaitu 23.8
diperoleh dengan nilai purata kesan saiz 0.6. Menurut Cohen (1998), kesan saiz ini
adalah pada tahap sederhana. Purata kesan saiz strategi pembelajaran regulasi kendiri
ialah 4.96 iaitu di tahap tinggi dengan kesan saiz keseluruhan 24.80. Purata kesan saiz
ini juga berbeza mengikut strategi pmbelajaran. Bagi strategi metakognitif purata kesan
saiz ialah 3.81 iaitu di tahap tinggi dengan keseluruhan kesan saiz sebanyak 19.05
(76.8%). Strategi kognitif pula menunjukkan purata kesan saiz bernilai negatif iaitu -
1.26 iaitu di tahap lemah dengan nilai keseluruhan kesan saiz -6.31 (-25.4%).
Manakala purata kesan saiz bagi strategi motivasi memperlihatkan purata kesan saiz
yang tinggi iaitu 2.19 dengan kesan saiz keseluruhan 10.94 (44.1%) iaitu strategi
23 The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014)

pengurusan pula menunjukkan bacaan negatif iaitu -0.04 (-0.8%) dengan kesan saiz
keseluruhan -0.19. Purata kesan saiz bagi gabungan tiga strategi iaitu metakognitif,
kognitif dan motivasi ialah 0.06 dengan kesan saiz keseluruhan 0.31 (1.3%).

Selain itu, kesan saiz berdasarkan aspek-aspek lain keatas terhadap pencapaian
pelajar dalam subjek Sains turut dilihat berdasarkan aspek rekabentuk kajian,
kemahiran, instrumen, model kajian serta sumber rujukan yang diperoleh. Persoalan
kajian yang diformulasikan adalah sebagaimana berikut:

4a) Adakah terdapat kesan strategi pembelajaran regulasi kendiri keatas pencapaian
pelajar dalam subjek Sains berdasarkan aspek rekabentuk kajian?
4b) Adakah terdapat kesan strategi pembelajaran regulasi kendiri keatas pencapaian
pelajar dalam subjek Sains berdasarkan aspek kemahiran yang diterapkan?
4c) Adakah terdapat kesan strategi pembelajaran regulasi kendiri keatas pencapaian
pelajar dalam subjek Sains berdasarkan aspek instrumen kajian?
4d) Adakah terdapat kesan strategi pembelajaran regulasi kendiri keatas pencapaian
pelajar dalam subjek Sains berdasarkan aspek model kajian?
4e) Adakah terdapat kesan strategi pembelajaran regulasi kendiri keatas pencapaian
pelajar dalam subjek Sains berdasarkan aspek sumber rujukan yang diperoleh?

Secara keseluruhannya dapatan yang diperoleh bagi persolan-persoalan yang


diutarakan menunjukkan terdapat kesan yang signifikan terhadap aspek rekabentuk
kajian, kemahiran, instrumen, model kajian dan sumber rujukan. Perbezaan nilai kesan
saiz adalah berbeza bagi setiap aspek yang dikaji. Bagi persoalan 4a rekabentuk kajian
tinjauan mendominasi dengan kesan saiz yang ditunjukkan ialah 26.88 diikuti dengan
rekabentuk kajian korelasi iaitu 26.79 dan rekabentuk kajian kuasi-eksperimen 6.46.
Dari segi bilangan artikel kajian, rekabentuk kajian kuasi-eksperimen menunjukkan
bahawa rekabentuk ini banyak digunakan untuk menjawab objektif kajian ini.
Manakala rekabentuk eksperimen adalah terendah dengan bilangan artikel kajian yang
diperoleh adalah sebanyak empat artikel sahaja.

Persoalan 4b pula memfokuskan kepada kesan ke atas pencapaian subjek Sains


berdasarkan kemahiran. Sebanyak 26 artikel kajian dengan enam kemahiran diperoleh
hasil dari analisa yang dibuat. Kemahiran penyelesaian masalah merupakan kemahiran
yang banyak dikaji dengan 16 bilangan artikel kajian. Kesan saiz menunjkkan
kemahiran penyelesaian masalah memberi kesan tertinggi terhadap pencapaian pelajar
berbanding kemahiran berfikir aras tinggi, kedua tertinggi adalah kemahiran matematik
dengan nilai 0.34. Kesan saiz bagi kemahiran berfikir kritikal ialah 0.88. Manakala
kesan saiz bagi kemahiran mereflek adalah 0.17 dan berbeza 0.14 dengan kesan saiz
yang ditunjukkan oleh gabungan kemahiran penyelesaian masalah dan kritikal.

Aspek ketiga yang dilihat ialah kesan ke atas pencapaian subjek Sains berdasarkan
model kajian. Terdapat tujuh model yang telah dikenalpasti iaitu model PBL, SEM,
Sructured Question, Direct Instruction of Teaching, MODEL 4, General Screening dan
Expentancy Value. Bilangan artikel kajian yang diperoleh oleh model-model ini
masing-masing 1 dan 3. Model PBL, SEM, Direct Instruction of Teaching dan MODEL
4 dengan satu artikel kajian manakala model-model yang lain berjumlah tiga artikel
Education for Diverse Learners 24

setiap satu. Kesan saiz terendah ditunjukkan oleh General Screening iaitu - 4.48 dan
manakala kesan saiz tertinggi adalah bagi model Structured Question iaitu 9.83. kesan
saiz bagi model SEM ialah -0.55, Direct Instruction of Teaching -0.34, PBL 4.24 dan
MODEL 4 -0.17.

Akhir sekali ialah menjawab kepada peroalan kajian 4e iaitu kesan strategi
pembelajaran regulasi kendiri keatas pencapaian pelajar dalam subjek Sains
berdasarkan aspek sumber rujukan yang diperoleh. Terdapat lima sumber rujukan yang
digunakan iaitu jurnal, tesis (Malaysia), tesis (luar negara), kertas persidangan dan
laporan. Jurnal memberikan sumber data terbanyak iaitu sebanyak 28 dan sumber
rujukan kedua terbanyak diperoleh dari tesis (luar negara). Tesis (Malaysia) hanya
menyumbang satu artikel sahaja. Kesan saiz tertinggi adalah dari jurnal diikuti dengan
tesis (luar negara). Nilai kesan saiz terendah pula diperoleh dari tesis Malaysia iaitu 0.5
di tahap sederhana.

KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan kajian, tidak kesemua strategi pembelajaran memberi kesan


keatas pencapaian pelajar dalam subjek Sains. Hanya dua strategi yang memainkan
peranan yang cukup signifikan dalam pencapaian subjek Sains iaitu strategi
metakognitif dan motivasi. Selain itu juga strategi pembelajaran regulasi kendiri juga
dilihat memberi kesan yang berbeza keatas subjek Sains, peringkat pengajian, jenis
negara dan sangat penting bagi subjek Kimia. Selain itu juga dari aspek lain pula,
kesan strategi pembelajaran regulasi kendiri terhadap pencapaian subjek Sains juga
menunjukkan nilai kesan saiz yang pelbagai berdasarkan rekabentuk kajian, instrumen
yang digunakan, model, kemahiran yang diterapkan dan sumber rujukan yang
digunakan.

RUJUKAN

Chiu, C.W.T. (1998). Synthesizing Metacognitive Interventions: What Training


Characteristics Can Improve Reading Performance? Paper Presented At The
Annual Meeting Of The American Educational Research Association San
Diego, CA, April 13-17, 1998.
Dignath, C, Buettner, G and Langfeldt. H. (2008). How Can Primary School Students
Learn Self- Regulated Learning Strategies Most Effectively? A Meta-Analysis
on Self-Regulation Training Programmes. Educational Research Review, 3(2),
101-129.
Esen Uzuntiryaki-Kondekci & Yesim Capa-Aydin. (2013). Predicting Critical
Thinking Skills of University Students through Metacognitive Self Regulation
Skills and Chemistry Self- Efficacy. Educational Sciences Theory & Practice,
13(1), 660-670.
Haller, E.P., Child, D.A. & Walberg, H.J. (1988). Can Comprehension Be Taught? A
Quantitative Synthesis of Metacognitive Studies. Educational Researcher,
17(9), 5-8.
25 The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014)

Hester De Boer, Anouk S.Donker-Bergsta, Danny D.N.M. Konstons. (2013). Effective


Strategies for Self-Regulated Learning: A Meta Analysis.
Klauer, K.J. & Phye, G.D. (2008). Inductive Reasoning: A Training Approach. Review
of Educational Research, 78(1), 85-123.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. (2013) (pp. 1–268).
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Schunk, D.H. (2008). Metacognition, Self-Regulation, and Self-Regulated Learning:
Research Recommendations. Educational Psychology Review, 20(4), 463-467.

View publication stats

You might also like