You are on page 1of 9

CATATAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23 SESI 2014/2015

Tarikh : 13 Mac 2015

Hari : Jumaat

Masa : 2.30 petang

Tempat : Dewan Serbaguna SKPKM

Kehadiran : 58 orang

1.0 UCAPAN GURU BESAR SKPKM


- En. Abd. Rahman bin Mohd Said

1.1 Meminta semua hadirin memanjatkan rasa syukur kepada tuhan kerana sama-
sama dapat menghadiri mesyuarat agung PIBG sekolah.

1.2 Berasa bertuah pada petang ini kerana dapat menyaksikan satu majlis yang
berharga oleh warga sekolah selain dapat bersua muka dengan ibu bapa serta
penjaga murid, juga dapat bersua muka dengan Pengarah Syarikat Air Melaka
Berhad iaitu Datuk Ir. Haji Mohd Khalid bin Haji Nasir serta pegawai-
pegawai lain daripada Syarikat Air Melaka Berhad. Mereka akan tampil untuk
menyampaikan sumbangan yang telah dipohon oleh pihak sekolah iaitu 10
buah komputer, khusus digunakan oleh murid-murid SKPKM.
1.3 Merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terkira kepada
Syarikat Air Melaka Berhad yang telah sudi menyumbang 10 buah komputer
dan juga sudi tampil umtuk menyerahkan komputer-komputer tersebut pada
hari ini.

1.4 Merakamkan setinggi penghargaan juga kepada Datuk Zaini selaku penaung
persatuan yang tidak jemu membantu sekolah untuk membangunkan modal
insan dan membantu dalam memberi sumbangan lain.

1.5 Menjelaskan bahawa pihak sekolah sentiasa membuka pintu kepada setiap
pihak yang berhasrat untuk membantu sekolah ini terutama murid-murid
istimewa ini.

1.6 Memaklumkan bahawa Syarikat Air Melaka Berhad juga saban kali
menghulurkan bantuan seperti air minuman pada majlis-majlis yang telah
dijalankan.
1.7 Memaklumkan kepada semua hadirin bahawa ketidakhadiran YDP PIBG pada
majlis ini atas sebab-sebab tertentu dan menyampaikan salam bagi pihak YDP
PIBG. Walaupun begitu, diharapkan agar majlis ini dapat berjalan dengan
lancar dan penuh keberkatan.

1.8 Dalam meningkatkan pencapaian akademik, pihak sekolah telah melancarkan


beberapa program sekolah seperti kelas tambahan, kelas petang dan sesi
lawatan untuk mengukuhkan pemahaman dan pengetahuan untuk
menyediakan mereka dalam menghadapi peperiksaan khususnya UPSR.

1.9 Di samping itu, beliau mengharapkan sokongan dan bantuan daripada ibu bapa
khususnya untuk murid-murid yang berada di rumah untuk memberikan
bimbingan dan tunjuk ajar. Program seia sekata adalah program khusus
diberikan untuk ibu bapa supaya membantu guru dalam kesinambungan
pembelajaran anak yang berlaku di rumah. Beliau memaklumkan, sebarang
pertanyaan dan penjelasan mengenai program seia sekata ini, ibu bapa boleh
berjumpa dengan Pn. Noriyati binti Kimin.

1.10 Bagi memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan setaraf dengan


murid-murid normal, pihak sekolah tidak berputus asa dalam memastikan
murid-murid dapat belajar dengan penuh yakin dan memahami pelajaran.

1.11 Menyeru supaya ibu bapa bersama-sama menggembleng tenaga bersama guru
untuk meningkatkan kemajuan dan pencapaian dalam bidang akademik.

1.12 Menjelaskan pencapaian akademik di sekolah ini diambil kira di dalam


persaingan pencapaian peringkat nasional bersama-sama dengan kanak-kanak
normal.

1.13 Sebelum berakhirnya ucapan, beliau mengambil kesempatan memohon maaf


sekiranya terdapat kelemahan dalam majlis ini dan akan cuba memperbaikinya
dari semasa ke semasa. Selain itu, beliau juga turut menzahirkan perasaan
terharu atas sumbangan dan jasa daripada Syarikat Air Melaka Berhad.
2.0 UCAPAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SYARIKAT AIR MELAKA
BERHAD / PERASMI
- Datuk Ir. Haji Mohd Khalid bin Haji Nasir

2.1 Ucapan salam dan salam sejahtera kepada semua hadirin yang hadir.

2.2 Memaklumkan bahawa Datuk Zaini merupakan Ahli Lembaga Pengarah


Syarikat Air Melaka Berhad.

2.3 Mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput
Syarikat Air Melaka Berhad dalam mesyuarat PIBG pada hari ini.

2.4 Menyatakan mengenai peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak selain


daripada pentadbir dan guru sekolah.

2.5 Memberi perumpamaan iaitu pihak sekolah umpama bas manakala ibu bapa
sebagai penumpang. Sebagai penumpang seharuskan bersama-sama
memikirkan jalan serta memberikan idea kepada pemandu. Perumpamaan ini
bermaksud ibubapa seharusnya membantu dan memberikan idea dalam
meningkatkan pencapaian sekolah.

2.6 Menyeru supaya pihak sekolah dan guru-guru tidak jemu meminta bantuan
dan sumbangan daripada Syarikat Air Melaka Berhad dalam menggerakkan
program sekolah.

2.7 Melahirkan rasa sukacitanya bersama-sama Syarikat Air Melaka Berhad


menyumbang RM1000 bagi membiayai majlis mesyuarat agung PIBG pada
hari ini kepada SKPKM.

2.8 Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim beliau merasmikan


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 ini.

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 23 dimulakan pada jam 4.15 petang

1. AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI PIBG


1.1 Guru besar menjemput semua AJK PIBG untuk naik ke pentas.
1.2 Mengucapkan rasa kesyukuran kerana dapat berkumpul semula bagi
menjalankan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 23.
1.3 Melahirkan rasa terkilan kerana YDP PIBG, iaitu En. Salim bin Kassim tidak
dapat hadir dalam mesyuarat pada kali ini dan berharap sama-sama dapat
mendoakan untuk kesejahteraan dan kesihatan beliau.
1.4 Meminta persetujuan ibubapa untuk diberi mandat bagi meneruskan
mesyuarat.
2. AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT
2.1 Puan Ibhaliza binti Ibrahim, Setiausaha PIBG membentangkan minit
mesyuarat yang lepas dan meminta hadirin menyemak dan mengemukakan
sebarang pembetulan sekiranya ada. Jika tiada, mohon cadangan untuk
diterima.
2.2 En. Arif bin Yusof mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu diterima
manakala Pn. Norhayati menyokong cadangan tersebut. En. Shah Mizan bin
Tompang mencadangkan cadangan ditutup manakala Pn. Murni binti Yusof
menyokong cadangan tersebut.

3. AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN


AKTIVITI TAHUNAN
3.1 Pn. Ibhaliza membentangkan laporan aktiviti-aktiviti tahun 2014/2015.
3.2 Pn. Norazura binti Zahari mencadangkan laporan aktiviti tahun 2014/2015
diterima manakala Pn. Siti Fatimah binti Zakaria menerima. Pn.
Rabiatuladawiah binti Muhammad mencadangkan cadangan ditutup manakala
En. Arif bin Yusof menerima.

4. AGENDA 4 : MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA


KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2014
4.1 Pn. Analizah binti Mohd Dom, bendahari PIBG membentangkan penyata
kewangan bermula pada 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014 dan
meminta semua menyemak penyata kewangan tersebut.
4.2 Berharap kad parenthon dihantar dan dipulangkan kepada bendahari PIBG
supaya jumlah kutipan parenthon bertambah.
4.3 Mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang telah
memberi kerjasama dalam menjayakan pungutan kad parenthon.
4.4 En. Shah Mizan bin Tompang mencadangkan agar laporan penyata kewangan
diterima manakala Pn. Norazura binti Zahari menyokong cadangan tersebut.
Pn. Zaiwiyah binti Omar mencadangkan agar cadangan ditutup manakala En.
Mohd Shafiq bin Ab. Ghani menerima.

5. AGENDA 5 : PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2014


5.1 Guru besar mengumumkan pembubaran AJK PIBG sesi 2014.
5.2 Memohon persetujuan daripada ibu bapa dan guru-guru untuk meneruskan
agenda mesyuarat.
6. AGENDA 6 : PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA BAHARU
6.1 Guru besar memohon untuk mendapatkan persetujuan bagi lantikan AJK
PIBG yang baharu.
6.2 Pemilihan AJK PIBG baharu. Guru besar membacakan cadangan nama-nama
AJK PIBG bagi pihak guru.

Setiausaha – Cik Salwa binti Mat Sa’at


Naib Setiausaha – Pn. Nurul Hidayah binti Adnan
Bendahari – Pn. Nurul Syazwana binti Suhaimi
AJK Guru : 1) Cik Shanthi A/p Kanasan Mutty
2) Pn. Noriyati binti Kimin
3) En. Mustaqim bin Mohd Aziz
4) En. Abdul Aziz bin Alias
Juru audit – Pn. Rabiatuladawiah binti Muhammad

6.3 Pn. Siti Farisah binti Yahya mencadangkan agar cadangan diterima manakala
Pn. Zaiwiyah binti Omar menyokong cadangan tersebut. Pn. Norazura binti
Zahari mencadangkan cadangan ditutup manakala En. Mohd Faizal bin
Hassan menyokong cadangan itu.Cadangan itu dipersetujui sebulat suara oleh
semua ahli.

6.4 Pelantikan AJK PIBG dalam kalangan ibu bapa. Pn. Ibhaliza mencadangkan
En. Sapri bin Salihin, manakala Pn. Asmah mencadangkan En. Shah Mizan
bin Tompang sebagai YDP PIBG.

6.5 Undian dibuka bagi memberi kata putus tentang pemilihan YDP PIBG yang
baharu.

Bilangan yang mengundi En. Sapri bin Salihin : 30 orang


Bilangan yang mengundi En. Shah Mizan bin Tompang : 22 orang

6.6 Berdasarkan undian, En. Abdul Ghaffar menyokong cadangan tersebut. Pn.
Norhayati binti Abd. Rahim mencadangkan agar cadangan ditutup manakala
Pn. Zubaidah menyokong cadangan tersebut.

YDP PIBG : En. Sapri bin Salihin

6.7 Bagi pemilihan jawatan naib YDP PIBG, En. Mohd Faizal bin Hassan
mencadangkan En. Shah Mizan bin Tompang sebagai naib YDP PIBG. En.
Abd. Ghaffar menyokong cadangan tersebut. Pn. Asmah mencadangkan agar
cadangan ditutup manakala Pn. Ibhaliza menyokong cadangan tersebut.

Naib YDP PIBG : En. Shah Mizan bin Tompang


6.8 AJK PIBG bagi pihak ibubapa.
En. Syahrul Fazli mencadangkan En. Abd Ghaffar bin Hj. MD Ali manakala
Pn. Rosnani menyokong cadangan tersebut.
En. Shah Mizan bin Tompang mencadangkan En. Basri manakala Pn. Asmah
menyokong cadangan tersebut.
En. Sapri mencadangkan En. Ashaari manakala En. Mohd Faizal bin Hassan
menyokong cadangan tersebut.
Pn. Analizah binti Mohd Dom mencadangkan Pn. Noraidah binti Daud
manakala Pn Ibhaliza menyokong cadangan tersebut.
Pn. Norazura binti Zahari mencadangkan Pn. Murni binti Yusof manakala Pn.
Siti Farisah binti Yahya menyokong cadangan tersebut.
En. Shah Mizan bin Tompang mencadangkan Pn. Azlina manakala Pn.
Ibhaliza menyokong cadangan tersebut.
En. Mohd Faizal bin Hassan mencadangkan agar cadangan ditutup manakala
Pn. Norazura binti Zahari menyokong cadangan tersebut.

6.9 Undian dibuka bagi memberi kata putus tentang pemilihan AJK PIBG bagi
pihak ibubapa yang baru.

Bilangan yang mengundi Pn. Asmah : 36 undian


Bilangan yang mengundi Pn. Azlina : 21 undian
Bilangan yang mengundi Pn. Murni : 30 undian
Bilangan yang mengundi Pn. Noraidah : 26 undian
Bilangan yang mengundi En. Ashaari : 35 undian
Bilangan yang mengundi En. Basri : 12 undian
Bilangan yang mengundi En. Abd Ghaffar : 32 undian

Berdasarkan undian yang telah dibuat, AJK PIBG (Ibu bapa ):


1) Pn. Asmah binti Abd Rahman
2) En. Ashaari
3) En. Abd Ghaffar
4) Pn. Murni binti Yusof
5) Pn. Noraidah binti Daud

6.10 Juru Audit (Ibu bapa).


Pn. Noriyati binti Kimin mencadangkan mengambil nama dari undian dalam
pemilihan AJK PIBG yang tertinggi daripada yang bukan dilantik. Pn. Azlina
membantah cadangan tersebut, tiada sokongan dalam bantahan itu. En. Mohd
Faizal bin Hassan mencadang agar cadangan ditutup manakala Pn. Siti Farisah
binti Yahya menyokong cadangan tersebut.

Juru Audit : Pn. Azlina


6.11 Guru besar merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Sapri bin Salihin
sebagai YDP PIBG dan semua AJK yang baru dilantik.

6.12 Antara senarai nama ahli jawatankuasa PIBG yang baharu adalah :
YDP PIBG : En. Sapri bin Salihin
NYDP PIBG : En. Shah Mizan bin Tompang
Setiausaha : Cik Salwa binti Mat Sa’at
Naib Setiausaha : Pn. Nurul Hidayah binti Adnan
Bendahari : Pn. Nurul Syazwana binti Suhaimi
AJK Guru : 1) Cik Shanthi A/p Kanasan Mutty
2) Pn. Noriyati binti Kimin
3) En. Mustaqim bin Mohd Aziz
4) En. Abd Aziz bin Alias
AJK Ibu bapa : 1) Pn. Asmah binti Abd Rahman
2)En Asa’ari bin Ahad
3) En. Abd Ghafar bin Md. Ali
4) Pn. Murni binti Yusof
5) Pn. Noraidah binti Daud

Berhubung dengan lantikan baharu, mesyuarat dengan sebulat suara


memutuskan untuk menukar penama baharu dengan mengekalkan akaun Bank
Muamalat, nombor akaun : 04010002852711.

7. AGENDA 7 : MEMBENTANG DAN MEMBAHASKAN USUL

7.1 Usul 1 :
- En. Sani bin Muin meminta supaya buku aktiviti / buku sekolah harus
ditinggalkan di sekolah kerana beg terlalu berat.
- Pn. Murni minta bimbingan untuk murid autisme untuk diajar di rumah.
- En. Sapri bin Salihin mencadangkan agar dilakukan majlis berkhatan
beramai-ramai pada hujung tahun.
- Mohon diadakan perjumpaan dengan ibu bapa untuk mengambil tahu

perkembangan serta pencapaian murid melalui buku rekod.


- Pn. Murni mencadangkan agar mewujudkan group untuk whatsapp untuk ibu
bapa dan guru untuk memudahkan ibu bapa mengetahui aktiviti yang
dijalankan di sekolah. Semua ibu bapa bersetuju dengan cadangan tersebut.
En. Mohd Shafiq bin Ab. Ghani diminta untuk menyediakan borang untuk
diedarkan kepada ibu bapa bagi mengumpulkan nama untuk dimasukkan
dalam group untuk whatsapp.
- Memohon agar setiap murid mempunyai tanda nama.
7.2 Usul 2 : AJK PIBG 2014
- Memutuskan sumbangan sebanyak RM100 kepada pihak sekolah untuk
melaksanakan aktiviti sekolah.
- Memohon persetujuan daripada pihak ibu bapa untuk sumbangan aktiviti
sekolah sebanyak RM150. Sumbangan tersebut boleh dibayar secara ansuran.

7.3 Usul 3 : Ibubapa


- En. Shah Mizan
Mencadangkan agar yuran ahli sebanyak RM30 secara tetap. Semua ibubapa
bersetuju dengan cadangan tersebut.
Memohon agar keselamatan murid-murid semasa aktiviti lawatan di luar
dijaga. Beliau juga memohon agar tempat duduk murid di dalam bas adalah
mengikut bilangan murid. Insurans hanya akan diberikan kepada murid jika
berlaku sebarang kemalangan.
Guru-guru yang membawa anak-anak semasa program atau aktiviti luar tidak
dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada murid-murid. Mohon agar kali ini
dapat ditangani dengan segera.

7.4 Usul 4 : Guru


- Pn. Norazura binti Zahari
Surat program penyayang telah dikeluarkan dan diedarkan kepada ibu bapa.
Peringatan kepada ibu bapa agar dapat mengambil anak-anak di tempat yang
telah ditetapkan iaitu di hadapan sekolah.
Ibu bapa bagi murid di kelas masalah pembelajaran (LD) dibenarkan untuk
mengambil anak-anak di kelas. Namun, kereta perlulah diparkir di tempat
yang telah ditetapkan.
8. UCAPAN PENANGGUHAN / HAL-HAL LAIN

8.1 En. Sapri bin Salihin selaku YDP PIBG yang baharu meminta kerjasama
daripada semua ibu bapa dan guru-guru untuk hadir pada setiap program atau
aktiviti yang dijalankan di sekolah.

8.2 Rasa gembira atas perlaksanaan program penyayang dan berharap agar guru
yang bertugas pada setiap minggu menyambut murid pada setiap pagi.

8.3 Memohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa sepanjang mesyuarat ini
dijalankan.

Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 6.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(SALWA BINTI MAT SA’AT) (SAPRI BIN SALIHIN)

Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG

SKPKM SKPKM

You might also like