You are on page 1of 4

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (T/TE) BAGAN DATOH

§¾º¢Â Ũ¸ À¡¸¡ý ¼ò§¾¡ (¾/¦¾) ÀûÇ¢


36100 Bagan Datoh, Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-6466194 / Faks : 05-6466242 / E-mail : sjktbd@yahoo.com
KOD SEKOLAH : ABDB010
“ 1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

MINIT MESYUARAT MESYUARAT KURIKULUM SJK(T/TE) BAGAN DATOH


KALI 1/2017

TARIKH : 27hb DISEMBER 2017

HARI : KHAMIS

MASA : 09.30 pagi -12.30 petang

TEMPAT : Pusat Sumber

KEHADIRAN:

1. Puan. Lourde Mary


2. Puan . Parvathi
3. Cik. Geetha
4. Cik. Siyamala
5. Cik. Komala
6. Cik . Reka
7. Puan. Uma
8. Encik. Wan
9. Encik. Puvendran
10. Encik. Varatharasan
11. Cik. Saranya
12. Cik. Janany

1
AGENDA 1: UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1. Guru Besar mengalu-alukan kehadiran guru.


1.2. Beliau berharap semua guru telah bersedia untuk memberikan sepenuh komitmen
terhadap perancangan dan pengurusan yang telah dirancang dan disusun untuk tahun
2018.
1.3. Tambahan lagi, pada tahun 2018 pelbagai transformasi pendidikan diperkenalkan
merupakan dasar kerajaan dalam sistem pendidikan.
1.4. Melalui kurikulum yang baru, amatlah diharapkan guru-guru yang terlibat dapat
memberikan komitmen yang sepenuhnya agar murid-murid mencapai tahap penguasaan
yang telah ditetapkan.

(Makluman : Semua guru)

AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS

2.1 Tiada pengesahan minit mesyuarat yang lepas

AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit

AGENDA 4 : ISU-ISU MESYUARAT

4.1 Pemberian Bidang Tugas


4.1.1 Semua guru diberikan tugasan masing-masing.

(Makluman : Semua guru)

4.2 Pengurusan Guru Kelas dan Bilik - bilik khas


4.2.1 Kelas diagihkan mengikut dasar Kelas Cantum. Semua guru kelas perlu
melengkapkan kelas dengan carta organisasi, jadual tugas dan sebagainya.
Penyeleras Bilik khas perlu senantiasa menjaga kebersihan bilik masing-masing.

(Makluman : Semua guru)

4.3 Pengurusan Fail Panitia


4.3.1 Guru Besar mengingatkan agar fail-fail panitia diuruskan bermula seawal
Februari ini terutamanya selepas mesyuarat pertama diadakan.
4.3.2 Guru Besar mengingatkan agar fail-fail tersebut mestilah mengandungi senarai

2
jawatankuasa, Pelan Strategik, Taktikal dan Operasi, minit mesyuarat, biodata
guru yang mengajar serta aktiviti tahunan selain RPT dan DSKP serta apa sahaja
yang melibatkan panitia.
(Makluman/ Tindakan : Guru Panitia)

4.4 Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)


4.4.1 Semua guru yang terlibat mestilah menghantar RPT kepada Guru Besar untuk
semakan selewat-lewatnya minggu pertama januari 2018.
4.4.2 Semua RPT mestilah mengikut sukatan yang telah ditetapkan dan disediakan oleh
KPM.
(Makluman/ Tindakan : Guru Mata Pelajaran)

4.5 Peruntukan masa mengajar kelas cantum


4.5.1 Peruntukan waktu mengajar untuk kelas cantum adalah sama seperti dahulu (satu
waktu 30 minit)
4.5.2 Guru-guru yang terlibat perlulah menghabiskan sukatan mengikut masa yang
telah ditetapkan.

(Makluman/ Tindakan :Guru matapelajaran)

4.6 Penyelerasan Tugas - tugas Khas


4.6.1 Guru - guru yang memegang tugas-tugas khas perlu memberikan komitmen yang
amat baik supaya program atau aktiviti yang dibuat dapat dilaksanakan dengan
baik.

(Makluman/ Tindakan : Semua Guru)

AGENDA 5 : HAL-HAL LAIN

5.1 Waktu Rehat ditukarkan dari 30 minit ke 20 minit.


5.2 Guru Tugas perlu berada di sekolah sebelum 7.00 pagi.
5.3 Guru tugas perlu memantau Mengelilingi sekolah dua atau tiga kali semasa bertugas.

AGENDA 6 : PENANGGUHAN MESYUARAT


3
6.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru.
6.2 Beliau berharap mana-mana program yang telah dirancang akan kita laksanakan menikut
kemampuan kita. Dengan adanya penambahbaikkan, beliau amat berharap semuanya
akan berjalan lancar.
6.3 Beliau juga mengingatkan dalam apa sahaja pengurusan, soal integriti adalah asas kepada
perkhidmatan kita.
6.4 Amatlah diharapkan pada tahun ini semua panitia akan bergerak dengan lebih aktif dan
efektif.
6.5 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

____________________________ ______________________

(En. Varatharasan a/l (Pn. Parvathi a/p Subramaniam


Subrahmaniam) Guru Kanan Pentadbiran
Setiausaha Kurikulum SJK (T/TE) Bagan Datoh
SJK(T/TE) Bagan Datoh

Disahkan Oleh,

_____________________________
Pn. Lourde Mary
Guru Besar SJK(T/TE) Bagan Datoh.

You might also like