You are on page 1of 3

BOLA JARING

UNIT KOKURIKULUM SMK BAHANG PENAMPANG

PERLEMBAGAAN

1. MATLAMAT
Memberikan peluang kepda setiap murid untuk mengembangkan potensi secara seimbang
dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

2. OBJEKTIF
2.1 Supaya ahli dapat menganggotai persatuan ini dengan lebih terpimpin dalam
membina ilmu berkaitan dan dapat memupuk semangat bertanggungjawab dan
disiplin murid.
2.2 Ahli-ahli dalam persatuan akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap
yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburui terutamanya melalui ujian-ujian
kecekapan dan pertandingan-pertandingan yang disertainya.

3. KEAHLIAN
3.1 Dibuka kepada semua murid di sekolah ini.
3.2 Permohonan menjadi ahli adalah melalui Setiausaha Kokurikulum, Penyelaras
Kelab Sukan dan Guru Penasihat yang dipertanggungjawabkan.
3.3 Keahlian pelajar terbatal secara automatik sekiranya pelajar tersebut bertukar
kelab sukan secara sah, berpindah sekolah, tamat tingkatan lima atau dibatalkan
kelayakan untuk bersekolah di SMK Bahang Penampang oleh pihak pentadbiran
sekolah.
3.4 Keahlian pelajar boleh dibatalkan melalui undian Ahli Jawatankuasa dengan
mendapat persetujuan Guru Penasihat sekiranya ahli didapati melanggar
peraturan-peraturan kelab seperti yang dinyatakan dalam Perkara 9.

4. GURU PENASIHAT
4.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
4.2 Guru Penasihat mempunyai kuasa untuk merancang, melaksana atau
membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

5. AHLI JAWATANKUASA
5.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung atau berdasarkan keputusan Guru Penasihat
berdasarkan kesesuaian dengan keadaan kelab.
5.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat, layak dicalonkan
sebagai AJK.
5.3 AJK Kecil boleh dilantik oleh Pengerusi dengan persetujuan Guru Penasihat tanpa
mengadakan mesyuarat.
BOLA JARING
UNIT KOKURIKULUM SMK BAHANG PENAMPANG
5.4 AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan
jawatan kepada Guru Penasihat.
5.5 AJK Kelab hendaklah sekurang-kurangnya terdiri daripada:
a) Pengerusi
b) Naib Pengerusi
c) Setiausaha
d) Penolong Setiausaha
e) Bendahari
f) Penolong Bendahari
g) AJK Tingkatan
h) Pemeriksa kira-kira

6. YURAN
6.1 Sumber kewangan utama kelab adalah melalui pungutan yuran keahlian yang
ditetapkan pada Mesyuarat Agung.
6.2 Kelab juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.
6.3 Ahli yang menyertai aktiviti yang memerlukan belanja besar boleh dikenakan
derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

7. KEHADIRAN/PENYERTAAN
7.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab
sepanjang tahun.
7.2 Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan
hak-hak keahlian kelab.

8. AKTIVITI
8.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Ahli
Jawatankuasa.
8.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat berdasarkan keputusan perbincangan AJK
dalam mesyuarat dan pindaan ini perlu mendapat persetujuaan dari Guru
Penasihat.
8.3 Sebarang pindaan perlu diumumkan untuk pengetahuan ahli.

9. PERATURAN-PERATURAN
9.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
9.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
9.3 Peraturan-peraturan khas kelab boleh diubah dari masa ke semasa oleh Guru
Penasihat tetapi haruslah diumumkan kepada ahli dalam mesyuarat. Perubahan
ini hanya boleh dikuatkuasakan selepas pemberitahuan dalam mesyuarat.
9.4 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
BOLA JARING
UNIT KOKURIKULUM SMK BAHANG PENAMPANG

10. TINDAKAN DISIPLIN


10.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
10.2 Tindakan disiplin hanya boleh diambil oleh Guru Penasihat dan berdasarkan cara
berikut:
10.2.1 Amaran lisan
10.2.2 Amaran bertulis
10.2.3 Gantung keahlian
10.2.4 Pecat keahlian
10.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin Perkara 10.2.3 dan Perkara 10.2.4 akan
hilang semua hak keahlian.
10.4 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin boleh membuat rayuan bertulis kepada Guru
Penasihat. Keputusan akhir Guru Penasihat adalah muktamad.

11. PINDAAN PERLEMBAGAAN


11.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga bahagian tersebut
dipinda.
11.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, AJK, Guru Penasihat
atau pihak sekolah secara bertulis.
11.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan AJK akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
11.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh
Pengetua

12. HAL-HAL LAIN


12.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.
12.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikut aktiviti dengan penuh minat.

Kelulusan Penolong Pendaftar Persatuan/Kelab Sekolah

……………………………………………………….
Pengetua : PN MARGARET CHEE

You might also like