You are on page 1of 5

UJIAN BAKAT

Arahan : Isikan markah ke dalam borang jawapan mengikut bidang pekerjaan yang anda sangat minat
kepada yang anda sangat tidak berminat berpandukan kekunci jawapan berikut:

Sangat Tidak Minat = 0


Tidak Minat = 1
Minat = 2
Sangat Minat = 3

31. guru pendidikan khas


1. Penulis 32. ejen hartanah
2. penulis lagu 33. ahli kima
3. jururawat 34. pembuat perabot
4. agen publisiti 35. penilai hartanah
5. ahli geologi 36. penulis novel
6. pembuat senjata 37. pereka landskap
7. penganalisis kewangan 38. ahli kelab belia
8. penyajak 39. ejen media
9. arkitek 40. pakar pemakanan
10. pengarah drama 41. pegawai pertanian
11.juru lelong 42. penganalisis perniagaan
12. ahli astronomi 43. penulis skrip drama
13. tukang perak 44. pereka grafik
14. juruaudit 45. ketua rukun negara
15. editor 46. pegawai perhubungan awam
16. pereka hiasan dalaman 47. ahli psikologi
17. pegawai penjara 48. pegawai hutan
18. perunding kesatuan pekerja 49. ahli statistik
19. saintis marin 50. pengkritik buku
20. pemandu traktor 51. pemuzik
21. juruukur bahan 52. pekerja sosial
22. wartawan 53. jurujual kereta
23. juru gambar 54. ahli forensik
24. pengurus kakitangan 55. pembuat mainan
25. pendakwah 56. akauntan
26. doktor haiwan 57. pengarang
27. pengukir 58. pereka pentas
28. pembina perisian 59. guru
29. pustakawan 60. juruhebah radio
30. pereka fesyen 61. ahli kaji logam
62. jurutera mekanikal
63. pegawai kesihatan
64. perunding iklan
65. illustrator
66. pegawai perubatan
67. model
68. ahli nuclear fizik
69. juru elektrik
70. kerani
71. pelakon
72. penjual hasil seni
73. jurulatih sukan
74. ahli politik
75. bakterialogis
76. chef
77. pegawai bank
BORANG JAWAPAN

NAMA
UMUR
NO K.P
TARIKH

1 8 15 22 29 36 43 50 57 64 71
2 9 16 23 30 37 44 51 58 65 72
3 10 17 24 31 38 45 52 59 66 73
4 11 18 25 32 39 46 53 60 67 74
5 12 19 26 33 40 47 54 61 68 75
6 13 20 27 34 41 48 55 62 69 76
7 14 21 28 35 42 49 56 63 70 77

Markah

Mengarang (M) = _________

Kreatif (K) = _________

Sosial (S) = _________

Eksekutif (E) = _________

Penyelidikan (P) = _________

Fizikal (F) = _________

Pentadbiran (T) = _________

INTERPRETASI SKOR.

Kira berapa jumlah markah yang anda beri untuk setiap kategori dan tulis di dalam kotak di bawah.

M K S E P F T
Interpretasi.
Perhatikan jumlah markah bagi setiap jawapan anda di dalam kotak yang disediakan. Kesemua markah tersebut
melambangkan kecenderungan anda terhadap sesuatu bidang.
Mari kita lihat maksud di sebalik huruf-huruf yang diberikan.
Sekiranya anda mendapat markah tertinggi bagi M, maka deskripsi yang tepat bagi anda ialah anda memang
suka akan bidang penulisan dan pembacaan. Jadi, anda mudah untuk menyesuaikan apa-apa yang anda suka
dengan kelulusan yang anda ada.

Huruf M - Mengarang.
Anda sangat meminati bidang penulisan. Anda minat membaca buku dan juga berkebolehan untuk mengarang
dengan baik. Anda banyak mempunyai idea, pandai bermain dengan perkataan dan mampu mengarang sesuatu
artikel atau surat secara spontan.
Kemungkinan subjek kesukaan anda ialah berkaitan dengan bahasa atau sejarah. Anda juga selalu mendapat
markah yang tinggi dalam ujian yang melibatkan esei.
Pekerjaan yang sesuai dengan anda ialah pensyarah atau guru. Anda juga boleh menjadi seorang penulis atau
editor yang baik. Selain itu, pekerjaan lain adalah seperti pelakon, wartawan, pustakawan dan penterjemah
mungkin sesuai dengan minat anda.

Huruf K – Kreatif
Anda seorang yang kreatif dan akan berasa puas sekiranya anda dapat meluahkan perasaan anda melalui seni
tidak kira sama ada dari segi muzik, ataupun lukisan. Anda suka akan kecantikan dan amat menghargai hasil
seni.
Ramai orang tertarik dalam bidang ini, tetapi tidak semua yang mampu untuk mendapat pulangan yang baik
untuk kerjaya seperti ini. Kecantikan itu adalah subjektif dan apa yang anda rasakan menarik, mungkin tidak
mempunyai apa-apa kesan pada orang lain.
Adakah anda berbakat? Apa buktinya? Sangat susah untuk menjawab soalan ini. Namun demikian, ramai orang
yang menceburi bidang ini telah membuktikan bahawa bidang ini dapat memberikan pulangan yang banyak
sekiranya kena pada tempat dan masanya. Bidang professional seperti sektor pembinaan dan fesyen telah
membuka peluang yang baik untuk anda.
Sekiranya anda seorang yang kreatif, kerjaya yang mungkin menarik minat anda ialah arkitek, artis , penari,
pereka fesyen, pengukir, juru solek, pemuzik, atau pereka barang kemas.

Huruf S – Sosial.
Anda seorang yang prihatin, penyayang, dan mempunyai kemahuan untuk menolong orang lain. Anda berasa
puas hati sekiranya anda dapat melihat keadaan orang yang anda tolong menjadi lebih baik dan boleh berdikari.
Sekiranya anda mahu menceburi bidang ini, anda seharusnya mempunyai perwatakan penyayang, lembut dan
pada masa yang sama bersemangat kental. Jiwa anda sensitive, tetapi tidak mudah menunjukkan perasaan
sedih anda kepada orang disekeliling anda.
Ada banyak kerjaya yang melibatkan kerja sosial seperti dalam pendidikan, latihan, perubatan, dan kebajikan
seperti doktor, jururawat, guru, ahli psikologi, dan ahli terapi.

Huruf E – Eksekutif.
Anda seorang yang agresif, bermatlamat dan mampu memikul tanggungjawab untuk menguruskan orang lain
atau menyelesaikan sesuatu tugasan. Anda seorang yang bercita-cita tinggi dan sanggup menghadapi pelbagai
cabaran demi mencapai keinginan anda.
Lazimnya, individu yang bersifat sebegini mempunyai tahap akademik yang tinggi dan seorang yang sistematik.
Anda tidak suka menunggu rezeki datang bergolek, tetapi anda berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Anda
mempunyai motivasi dalaman yang kuat dan tidak memerlukan sokongan daripada orang lain.
Anda mempunyai semangat untuk berjaya dan apa yang anda lakukan pasti membuahkan hasil. Jika anda salah
seorang yang memiliki sifat ini, kerjaya yang sesuai untuk anda ialah dalam bidang penyelidikan, perniagaan dan
pemasaran.

Huruf P – Penyelidikan.
Anda seorang yang dahagakan ilmu pengetahuan, dan sanggup menghabiskan banyak masa untuk tujuan
penyelidikan. Bidang yang lazimnya menjadi minat anda ialah bidang akademik dan professional. Anda tidak
suka berteka-teki kerana anda mahukan sesuatu yang pasti.
Di sekolah, anda meminati subjek sains, dan matematik. Anda suka soalan-soalan tentang menyelesaikan
masalah dan mampu membuat satu rumusan berdasarkan maklumat yang diperolehi.
Anda mempunyai minat yang mendalam terhadap penyelidikan. Oleh itu , anda harus mempunyai tahap
kesabaran dan disiplin yang tinggi untuk menceburi bidang ini. Namun, tidak semua orang mempunyai tahap
kesabaran dan disiplin yang tinggi.
Pekerjaan yang sesuai untuk anda ialah saintis, ahli fizik, pakar bedah dan ahli forensic.

Huruf F – Fizikal.
Anda suka akan sesuatu kerja yang memerlukan anda sentiasa bergerak. Anda lebih cenderung kearah sesuatu
pekerjaan yang memerlukan penglibatan fizikal seperti membina sesuatu objek. Anda juga mempunyai
kebolehan dalam bidang teknikal dan kraftangan.
Anda juga berminat dengan peralatan, enjin, dan automotif. Kerjaya dalam bidang ini banyak, dan peluang untuk
anda juga terbuka luas. Walau bagaimanapun, kerjaya dalam bidang ini memerlukan banyak interaksi dengan
orang lain. Pekerjaan yang sesuai dengan anda adalah seperti makenik, jurutera dan pereka.

Huruf T – Pentadbiran.
Kerjaya dalam bidang ini memerlukan anda menguruskan pejabat, perniagaan dan hal-hal berkaitan kewangan
dan pentadbiran yang melibatkan organisasi awam atau swasta. Untuk berjaya, anda seharusnya bersikap
sistematik dan mampu membuat perancangan yang teratur.
Seseorang pentadbir harus tahu perkara yang berlaku dalam sesuatu organisasi dan mampu memberikan
maklumat yang berkaitan dengan perjalanan operasi syarikat kepada sesiapa yang memerlukannya.
Lazimnya, individu dalam bidang ini mempunyai kelayakan akademik yang baik dan agak spesifik seperti
insurans, perbankan, guaman dan sebagainya. Pekerjaan yang sesuai dengan mereka ialah seperti pegawai
insurans, pegawai atau kerani bank, peguam, setiausaha dan kerani.

You might also like