Bab 1 PDF

You might also like

You are on page 1of 23

BAB 1

MALAYSIA: KESEPADUAN DALAM


KEPELBAGAIAN
PENGENALAN
Perpaduan dalam kepelbagaian (unity in diversity) dinilai dari prespektif:

Psikologi sosial Antropologi sosial Ontologikal

Memahami perpaduan dalam konteks perpaduan dalam kepelbagaian


HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan
pelbagai etnik.

3 Kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India.

Etknik-etnik lain terdiri daripada masyarakat orang Asli,


pribumi Sabah dan Sarawak.

Kedatangan kebanjiran masyarakat dari negara luar -


Nepal, Bangladesh, Rohingya, Myanmar, Indonesia dan
sebagainya.
Era dalam Hubungan Etnik
Di Malaysia
• Tiga era dalam hubungan
etnik di malaysia

Era
Era tegang
Era konflik kesepaduan
tapi stabil
sosial
ERA KONFLIK (1945-1960)
• Selepas Jepun serah kalah suasana di Malaysia agak tegang
kesan dari pemerintahan Jepun selama 3 1/2 tahun.
• Konflik yang ketara antara orang Melayu dengan Orang
Cina.
• Ketidakstabilan ini berlanjutan sehingga kerajaan British
ingin menubuhkan Malayan Union (MU) pada 1 April 1946.
• UMNO ditubuhkan untuk menentang penubuhan MU kerana
penubuhannya lebih menguntungkan kaum bukan Melayu.
• Pergolakan antara kaum ini berterusan dengan berlakunya rusuhan dan
mogok secara besar-besaran
• Communities Liaison Committee (CLC) ditubuhkan untuk meredakan
ketegangan etnik serta mengembalikan kesepaduan dalam kalangan kaum
Melayu, Cina dan India.
• Badan ini bertanggungjawab meletakkan kerangka dan sempadan untuk
perbincangan hati ke hati antara tiga kaum ini.
• Idea dan konsep CLC merupakan asas perkongsian kuasa di Malaysia dan
wujudnya parti perikatan.
• Perundingan berterusan berkaitan kesepaduan sosial menjamin kestabilan
hubungan antara kaum di Malaysia
ERA STABIL TAPI TEGANG
(1961-1970)
• Walaupun zaman darurat telah berakhir namun perang dingin masih
berlaku dan berakhir pada tahun 1989.
• Pada ketika ini Malaya@Malaysia diancam dengan keganasan
komunis yang mana mengorbankan banyak nyawa khususnya di
Sarawak.
• Tertubuhnya Malaysia pada 16 September 1963 merupakan kejayaan
aplikasi prinsip "tolak ansur etnik".
• Konsep/idea Malaysia tidak diterima oleh Indonesia dipimpin oleh
Sukarno - beliau menganggap Malaysia sebagai koloni baharu.
• Pada 21 Julai 1964 tercetusnya rusuhan etnik dalam kalangan etnik
Melayu dan Cina di Singapura (23 nyawa terkorban dan 460
tercedera).
• Rusuhan antara kedua-dua kaum ini sekali lagi berlaku pada 13 Mei
1969 di Kuala Lumpur yang mengorbankan kira-kira 250 nyawa.
• Kesan peristiwa ini untuk mengembalikan kepercayaan umum
berhubung kesepaduan sosial telah dilaksanakan antaranya
penubuhan Majlis Perundingan Rakyat, Jabatan Perpaduan Negara,
Rukun Negara dan dasar Ekonomi Baru (DEB).
ERA KESEPADUAN SOSIAL
(1971-2011)
• Malaysia terus aman selepas peristiwa 13 Mei 1969 namun
keamanan ini tergugat apabila tercetusnya rusuhan etnik
pada 4-8 Mac 2001 dalam kalangan etnik India dan Melayu di
Kg Medan.
• Faktor ekonomi juga memberi kesan kepada hubungan etnik
dalam kalangan masyarakat Malaysia.
• Kunci "kesepaduan sosial" adalah kematangan rakyat.
Peristiwa Kampung Medan
• Peristiwa Kampung Medan merujuk kepada beberapa peristiwa pergaduhan antara India-Melayu yang berlaku di
Kampung Medan dari 4 Mac hingga 8 Mac 2001 selama 5 hari. Peristiwa ini berlaku di beberapa kampung iaitu
Kampung Medan, Kampung Gandhi, Kampung Lindungan , Kampung Datuk Harun, Taman Desa Ria dan sekitar Jalan
Klang Lama. Sengketa ini merebak begitu cepat kerana kawasan ini merupakan kawasan setinggan berpuluh-
puluh tahun tanpa pembelaan.
• Pergaduhan turut merebak ke Petaling Jaya, Jalan Gasing, Kelana Jaya, Sungai Way, Bandar Sunway dan
Puchong.
• Pergaduhan antara dua kumpulan bermula di Kampung medan ekoran persediaan majlis perkahwinan dan majlis
pengkebumian. Majlis perkahwinan itu diadakan di sebuah rumah orang Melayu. Sementara jiran Indianya
mengadakan majlis pengkebumian. Seorang lelaki berbangsa India dikatakan membawa motorsikal dalam keadaan
mabuk, dan terbabas merempuh tapak perkahwinan Melayu. Perkara itu mendatangkan kemarahan orang
kampung, dan menengking lelaki India tersebut. Lelaki India tersebut tidak dapat menerima tengkingan
kemudiannya mengajak sekumpulan geng dan menyerang majlis perkahwinan Melayu tersebut.
• Kemudian 200 orang turut sama dalam pergaduhan itu. Mereka dipercayai orang luar yang datang atau dibawa
dari luar Kampung Medan. Peristiwa ini mendapat liputan CNN pada sebelah malamnya.
Rentetan peristiwa
• Penduduk berada dalam keadaan ketakutan terutama pada waktu malam. Masyarakat India berwaspada dan
bersiap-sedia sekiranya penduduk Melayu datang menyerang mereka. Sebaliknya masyarakat Melayu di Kampung
Medan sentiasa berkawal kalau-kalau samseng India datang untuk menyerang mereka. Mereka tidak takut akan
jiran-jiran mereka kerana mereka telah saling kenal-mengenali hampir 3 dekad. Samseng-samseng ini dikatakan
datang dari luar.
• Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo selaku Menteri Besar Selangor ketika itu bertindak berkawal di kuil Hindu di
Kampung Medan agar orang-orang Melayu tidak bertindak. Malahan beliau sendiri menasihati penduduk Melayu
yang marah agar mereka mematuhi undang-undang negara.
• Beberapa orang yang luka telah dihantar ke Unit Kecemasan di Hospital Universiti di Petaling Jaya, Selangor,
Malaysia. Polis dan FRU telah bertugas dan berkawal di beberapa kampung dan taman sekitar Jalan Klang Lama.
Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu ialah Datuk Mohamad Jamil Johari. 153 orang telah ditahan kerana berada
dalam keadaan mencurigakan di tempat kejadian. 95 orang lelaki Melayu, 56 orang India dan 2 warga Indonesia.
37 orang telah dilaporkan cedera termasuk 3 India dan 34 Melayu.
• 98 senjata pelbagai jenis dan saiz terutama parang dan besi telah ditemui dan dirampas oleh polis yang membuat
sekatan dan serbuan. Lain-lain senjata ialah senjata buatan sendiri, pisau, pedang samurai, rantai besi, paip besi,
kapak dan kayu.
• Datuk Mohamed Jamil Johari turut menyatakan sebuah lori dan 2 buah motosikal telah dibakar. Beberapa buah
bas dan van telah dirosakkan.
• Datuk Seri S. Samy Vellu selaku pesiden MIC telah melawat mayat K. Muneiretham di Hospital Universiti. V. Segar,
34 dan A. Ganeson, 28 turut terbunuh.
• Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia turut bertugas di Kampung Medan. Mereka bertugas memberi bantuan
kecemasan dan bekalan makanan serta khemah. Rela dan St Johns Ambulance turut memberi perkhidmatan
kecemasan dan kawalan keselamatan.
• Masyarakat Malaysia terkejut dengan peristiwa ini dan tidak menyangka ia akan berlaku dan merebak terlalu
pantas. MIC dan UMNO mengatur semula kompromi agar ia tidak berulang. Hindraf melalui DAP mempersoalkan di
Parlimen Malaysia, kenapa polis tidak menyiarkan hasil laporan 6 orang yang terbunuh dan mengapa samseng-
samseng tidak didakwa di mahkamah.
Selepas peristiwa
 Selepas tragedi ini, kerajaan negeri Selangor telah mensasarkan Setinggan Sifar pada 2005 di Selangor. Kini
kawasan perumahan lebih teratur. 97 % perumahan baru setinggan telah diselesaikan. Tinggal 1000 keluarga
belum pindah di Selangor.
POTRET HUBUNGAN ETNIK
DI MALAYSIA
• Kestabilan politik, ekonomi dan sosial lahir daripada
keadaan Malaysia yang aman membolehkan Malaysia
terus membangun.
• Malaysia negara yang mempunyai masyarakat
berbagai kaum yang mempunyai pelbagai etnik.
• Perbezaan ini melahirkan persaingan antara
kumpulan etnik.
KESEPADUAN SOSIAL :
PANDANGAN ALTERNATIF UNTUK
MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK DI
MALAYSIA
• Hubungan etnik di Malaysia merupakan suatu bentuk
hubungan yang rapuh, retak dan penuh dengan
pertentangan dan persengketaan.
• Konsep polarasi, segerasi, ketegangan, persaingan,
persengketaan, pertentangan perbezaan atau
perpecahan digunakan sebagai analisis untuk memahami
permasalahan tersebut.
MENELURUSI HUBUNGAN ETNIK
DARIPADA PERSPEKTIF KONFLIK
• DASAR PECAH DAN PERINTAH
• MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK DARIPADA PERSPEKTIF
KESEPADUAN SOSIAL
• HUBUNGAN SALING TERKAIT DAN SALING BERGANTUNGAN
• TAKRIFAN AUTORITI DAN TAKRIFAN HARIAN
• KESEPADUAN SOSIAL MELALUI AKOMODASI, AKULTURASI DAN
ASIMILASI
KESIMPULAN
• Kesepaduan sosial wujud dan bercambah jika terdapat
usaha sedar untuk mengekalkan.
• Konflik berlaku dan dapat dikawal sebelum menjadi lebih
besar.
• Perpaduan adalah dalam proses kerana adalah sasaran
yang belum dicapai

You might also like