You are on page 1of 6

TEKS BAHAGIAN A :

IKLAN / JADUAL

Baca iklan pertandingan melukis poster di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat
kosonguang yang disediakan

Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan


Majlis Perbandaran Teluk Intan, dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak
mengadakan Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan. Pertandingan ini diadakan pada 18
Disember 2018 bertempat di Dataran Menara Condong, Teluk Intan. Pertandingan ini terbahagi
kepada dua kategori, iaitu kategori murid-murid sekolah rendah dan kategori murid-murid
sekolah menengah.
Setiap lukisan mestilah bertemakan ‘Keindahan Menara Condong’. Borang penyertaan
boleh didapati secara percuma di Pejabat Majlis Perbandaran Teluk Intan dan di Jabatan
Pendidikan Daerah Hilir Perak. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan
selewat-lewatnya pada 15 Disember 2018 kepada pihak penganjur pertandingan.

Hadiah-hadiah Menarik Disediakan Untuk Setiap Pemenang:

Kategori Sekolah Kategori Sekolah Menengah


Rendah Hadiah Pertama : RM400.00
Hadiah Pertama : RM300.00 Hadiah Kedua : RM350.00
Hadiah Kedua : RM250.00 Hadiah ketiga : RM300.00
Hadiah ketiga : RM200.00

10 Hadiah Sagu Hati Bernilai RM50.00 Setiap Satu

Para peserta yang ingin mengambil bahagian dalam pertandingan di atas, anda dikehendaki
membawa dan menyediakan sendiri peralatan melukis. Pihak penganjur hanya menyediakan
kertas lukisan semasa pertandingan tersebut dijalankan.

Soalan 1 – 6
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi di tempat kosong berdasarkan petikan di atas.

15 Disember 2018 Dataran Menara Condong RM1800.00

Pejabat Majlis kertas lukisan 18 Disember 2018


Perbandaran Teluk
Intan

1. Pertandingan melukis poster bagi kedua-dua kategori itu akan diadakan………….

2. Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan kedua-dua kategori sekolah rendah dan


menengah itu akan diadakan pada……………………….

3. Kirakan nilai hadiah berupa wang tunai untuk kategori sekolah rendah dan menengah
tidak termasuk saguhati?

………………………………………………………………………………………………

4. Di Manakah pelajar boleh mendapati borang penyertaan pertandingan melukis poster


itu?

………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………….

5. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya pada


………………….. kepada pihak penganjur pertandingan.

6. Pihak penganjur hanya menyediakan ……………………….. semasa pertandingan


tersebut dijalankan.

( 6 markah )
BAHAGIAN B :
SASTERA / CERITA

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional di negeri Perak telah mula dikenali sejak zaman-
berzaman. Perusahaan seni tembikar tradisional ini masih hidup di beberapa tempat di daerah
Kuala Kangsar dan di daerah Perak Tengah. Melalui kudrat tangan dan ketajaman ilham
manusia, maka terbentuklah tembikar yang memaparkan keindahan warisan tradisi yang
sebahagian besarnya disempurnakan oleh kaum wanita. Seni tembikar ialah hasil seni kraf
tangan yang diperbuat daripada tanah liat yang diuli, diterap dengan pelbagai corak, diasapkan
serta dibakar untuk menghasilkan satu rupa bentuk yang sungguh berseni dan unik.
Mak Yang Ani telah mengusahakan perusahaan seni tembikar tradisional ini sejak turun-
temurun. Tembikar yang dihasilkan oleh keluarga Mak Yang Ani lebih dikenali sebagai Labu
Sayong. Labu Sayong yang dipamerkan di gerai kraf tangan Mak Yang Ani pula terdiri daripada
pelbagai saiz, corak dan warna yang cantik dan menarik.
Perusahaan keluarga ini terletak di Kampung Sayong, di daerah Kuala Kangsar, Perak.
Malah sebut sahaja Labu Sayong, maka tergambarlah akan keindahan bentuk seni labu yang
berwarna kehitaman serta berkilauan. Mengikut sejarahnya, wujudnya labu hitam ini adalah
daripada buah labu tua yang telah dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas
untuk menyimpan air minuman oleh masyarakat Melayu ketika itu.
Suatu masa dahulu, labu hitam merupakan alat penting sebagai bekas menyimpan air
minuman dalam majlis kenduri. Keistimewaan air yang disimpan di dalam labu hitam ini, airnya
sejuk dan dipercayai boleh menawarkan beberapa jenis penyakit seperti batuk dan demam
panas. Labu Sayong juga digunakan sebagai bekas air sewaktu menziarahi tanah perkuburan.
Pembuatan Labu Sayong menekankan sifat semula jadi dengan menggunakan tanah
liat yang terbaik. Mak Long Ani juga menampilkan hiasan permukaan Labu Sayong dengan
motif alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih dan juga corak
geometri yang harmoni. Labu Sayong Mak Long Ani tetap dikagumi dan diminati bukan sahaja
kerana penggunaannya semata-mata tetapi kerana keindahan seninya yang unik dan menarik
berasaskan nilai estetika atau keindahan barangan tembikar tersebut.
Soala 7- 12
Jawab semua soalan struktur berdasarkan petikan di atas.

7. Di manakah perusahaan seni tembikar tradisional yang masih terdapat di


Negeri Perak ?
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
( 2 markah )

8. Penghasilan tembikar yang memaparkan keindahan warisan tradisi yang sebahagian


besarnya disempurnakan oleh ?
......................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
( 2 markah )

9. Apakah bahan yang digunakan untuk menghasilkan tembikar ?


………………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………….
( 2 markah )

10. Berikan dua kegunaan labu hitam yang diperbuat dari tanah liat ?
……………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………….
( 2 markah )

11. Senaraikan tiga motif alam sekitar yang terdapat pada labu sayong ?
.............................................................................................................................
.............................................................................................................................
( 2 markah )

12. Jelaskan secara ringkas bagaimana untuk menghasilkan seni tembikar ini ?
...........................................................................................................................
.............................................................................................................................
( 2 markah )
BAHAGIAN C : SAINS / TEKNOLOGI

Baca petikan di bawah dan jawab soalan berbentuk struktur dan esei pendek.

Telefon bimbit merupakan alat komunikasi yang penting dalam era global terutamanya kepada
golongan remaja. Telefon bimbit sudah menjadi satu bentuk perhiasan diri yang harus dimiliki
oleh semua remaja. Kecanggihan telefon bimbit sering menarik minat remaja sehingga ada
yang sanggup menahan lapar atau bekerja sambilan ketika cuti sekolah semata-mata untuk
mendapatkan telefon bimbit yang lebih baik.
Kebaikannya, kita dapat berkomunikasi dengan mudah jika memiliki telefon bimbit.
Hubungan antara ibu bapa, kaum keluarga, kawan-kawan dan sebagainya menjadi lebih akrab
kerana telefon bimbit mempunyai kelebihan yang tidak mungkin dapat dicapai oleh perbualan
cara tradisi yang kita amalkan. Konsep sistem pesanan ringkas (SMS) yang unik bersama-
sama dengan ikon dan lagu atau irama muzik menjadikan penggunaan teknologi ini ketika
berinteraksi begitu romantik.
Impak yang sering dikaitkan dengan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja
adalah kos sara hidup akan bertambah. Sikap suka menggunakan telefon dengan berbual-bual
dalam jangka masa yang lama menyebabkan mereka terpaksa membayar bil telefon yang
tinggi. Keadaan ini mungkin memaksa mereka mencari wang yang lebih. Ada antara remaja
yang terpaksa beralih ke arah cara yang negatif seperti sanggup menipu ibu bapa dan mencuri.
Tambahan pula, penggunaan telefon bimbit menyebabkan para remaja tidak dapat
memberikan tumpuan dalam pelajaran mereka. Segelintir remaja terutamanya yang masih
belajar telah menggunakan telefon bimbit untuk berbalas-balas pesanan ringkas (SMS) dalam
jangka masa yang lama sehingga melalaikan mereka. Akibatnya, banyak pelajar yang terjejas
prestasi pelajaran mereka kerana terlalu leka menggunakan telefon bimbit pada perkara-
perkara yang tidak sepatutnya.
Konklusinya, telefon bimbit haruslah dikawal penggunaannya terutama kepada remaja.
Ibu bapa harus menegur dan memarahi anak mereka yang keterlaluan menggunakan teknologi
ini. Namun, dalam masa yang sama penggunaan telefon bimbit ini turut memberi satu dimensi
baharu kepada hubungan keluarga. Mungkin remaja harus lebih bijak dalam kemelut ini supaya
mereka tampak lebih berkarisma.

Soalan esei

13. Mengapakah golongan belia begitu meminati telefon bimbit?


.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
( 2 markah )

14. Pada pendapat kamu, apakah elemen yang digunakan untuk menunjukkan kecanggihan
telefon bimbit ini?
......................................................................................................................................
......................................................................................................................................
( 2 markah )
15. Mengapakah pihak yang bertanggungjawab harus mengawal penggunaan telefon bimbit
di kalangan anak-anak mereka?
......................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
( 2 markah )

16. Pada pendapat kamu, apakah kebaikan dan keburukan menggunakan telefon bimbit
untuk pelajar sekolah menengah?
………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………….
( 10 markah )

You might also like