You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA 2017

Tarikh : 28 Disember 2016


Hari : KHAMIS
Masa : 1.40 petang
Tempat : Bilik Guru

Kehadiran :

1. PN.A.MUTHUMANI(GB)
2. EN.J.SIVARAJAN (PK1)
3. CIK.T.MONASANGKARI (PK HEM)
4. EN.N.THINAKARAN (PK KOKO)
5. PN.T.VENY
6. PN.S.KANIMOLY
7. EN.I.KUTTY KRISHNAN

Tidak Hadir

1. PN.V.THUNISHAA (CUTI BERSALIN)

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua guru dan
memulakan bacaan thevaram

1.2. Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan hal-
hal yang berkaitan dengan Perancangan Panitia Matematik

Makluman: AJK

AGENDA 2 : UCAPAN GPK 1

2.1. GPK 1 mengalu-alukan kehadiran semua ahli Panitia Matematik.

2.2 GPK 1 mengucapkan tahniah kepada seluruh ahli panitia kerana kejayaan pelajar dalam
peperiksaan 2016, khasnya Matematik pada UPSR.

2.3 GPK 1 mengharapkan semua ahli Panitia dapat merancang aktiviti tahun ini dan
memastikan keputusan Matematik dapat di pertingkatkan.

Makluman: AJK

.
AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PANITIA YANG
LALU

3.1. En.J.Sivarajan selaku Setiausaha sesi 2016 membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
3.2 Cik.T.Monasangkari mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh
Pn. T.veny

Makluman: Ahli Panitia

AGENDA 4 : PERKARA BERBANGKIT

Tiada

AGENDA 5 : DASAR KURIKULUM

5.1. Pengerusi menjelaskan pada tahun 2017, Peperiksaan UPSR akan dijalankan
berdasarkan format baharu. Pengerusi meminta guru-guru yang terlibat supaya bersiap sedia
dengan bentuk format baharu dan guru tahun 1 hingga 5 juga di minta mengadakan latihan dan
ujian berdasarkan format baharu. Bahan-bahan contoh boleh dimuat turun dari laman web
kementerian pelajaran Malaysia.
Makluman: Ahli Panitia

5.2. Pengerusi juga menjelaskan dasar-dasar kurikulum yang sedia ada seperti PROTIM,
I- Think dan dasar lain yang terkandung dalam pembelajaran Abad ke 21.

Tindakan: Ahli Panitia

AGENDA 6 : RANCANGAN PELAJARAN

6.1. Pengerusi menjelaskan tentang penyediaan rancangan pelajaran tahunan (RPT),


rancangan pelajaran harian (RPH) dan huraian sukatan pelajaran (HSP) hendaklah disediakan
dengan lengkap dan mengikut format yang sedia ada. Bagi tahun 1, 2, 3, 4, 5 ,dan 6 format
KSSR .
Tindakan: Ahli Panitia

6.2. Pengerusi memberitahu bahawa HSP 2017, boleh dimuat turun melalui laman web
www.moe.gov/bpk.
Makluman: Ahli Panitia

6.3. Pengerusi juga mengingatkan bahawa semua dokumen perlu disediakan secepat
mungkin untuk pemantauan.
Tindakan: Ahli Panitia
AGENDA 7 : BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR

7.1. Pengerusi menjelaskan bahawa buku Rekod Mengajar Guru pada tahun ini perlu
disediakan mengikut format KSSR untuk tahun 1, 2, 3,4,5 dan 6 mengikut format KSSR. Bagi
guru yang ingin menggunakan Persediaan Mengajar bentuk Fail digalakkan menggunakan satu
format khusus seperti tahun 20165.

Tindakan: Semua Warga Sekolah

7.2. Pengerusi berharap semua guru menyediakan buku Rekod Mengajar Guru sehari
sebelum pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Tindakan: Semua Warga Sekolah

AGENDA 8 : PROSEDUR PEMBELIAN DAN PENGURUSAN STOK

8.1. Pengerusi menjelaskan kepada semua guru tentang prosedur pembelian dan
pengurusan stok panitia.
Tindakan:Semua Warga Sekolah

8.2. Pengerusi memberitahu mana-mana guru yang ingin membeli bahan bantuan mengajar
hendaklah mengisi Nota Minta dan berbincang dengannya untuk persetujuan.

Tindakan: Semua Warga Sekolah

AGENDA 9 : PENCERAPAN HASIL KERJA MURID

9.1. Pengerusi meminta semua guru mengadakan pencerapan kerja murid setiap minggu.

Tindakan: Semua Guru

9.2. Pengerusi juga meminta semua guru memberi latihan yang lebih terutama kepada
murid-murid tahun 6.
Tindakan: Semua Guru

AGENDA 10 : KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

10.1. Pengerusi meminta semua guru merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran
(P&P) mengikut Abad 21.
Tindakan: Semua Guru

10.2. Pengerusi menjelaskan bahawa penggunaan buku teks dan buku aktiviti perlu
digunakan semaksimum mungkin. Walaubagaimanapun, buku kerja tambahan akan disediakan
untuk tujuan P&P.
Tindakan: Semua guru
10.3. Pengerusi juga menjelaskan penggunaan ICT dalam P&P digalakkan bagi menarik
minat murid.
Tindakan: Semua guru

AGENDA 11 : AKTIVITI –AKTIVITI KELAB MATEMATIK

11.1 Pengerusi memohon supaya Kelab Matematik mengadakan aktiviti yang menyokong
kepada Panitia Matematik. Sudut Kelab Matematik akan diwujudkan bersebelahan Papan
Kenyataan Panitia Matematik.

Tindakan: Guru Penasihat Kelab Matematik

AGENDA 12 Hal-hal lain


12.1. Semakan buku tulis murid-murid perlu diteruskan dan penggunaan BBM perlu
dipertingkatkan.
12.2 Bacaan Sifir setiap waktu sebelum sesi P& P Matematik perlu diteruskan. Pengerusi
memohon dipelbagaikan kaedah penyoalan supaya murid seronok. Penggunaan kad akan
dijadikan rekod sifir murid.

Tindakan: Semua guru

AGENDA 13 : UCAPAN PENANGGUHAN

13.1. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru kerana menyumbang
idea untuk meningkatkan prestasi dan menggerakkan panitia Matematik.
13.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00am.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………........ ………………………...........

You might also like