You are on page 1of 5

Bahagian B (30 markah)

Soalan 21
(a) Pilih perkataan paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-ayat
di bawah.
untuk bahawa kepada kerana
dengan dari pada daripada

(i) Lawatan ke Pusat Sains Negara itu akan diadakan ____________ bulan
Disember nanti.
(ii) Kerja rumah yang telah siap itu hendaklah diserahkan ______________
guru kelas pada hari Rabu.
(iii) Kasut yang cantik serta mahal itu diperbuat _______________ kulit unta.
(iv) Faizul lebih suka menghabiskan masa senggangnya ___________________
melayari Internet. (4 markah)

(b) Nyatakan betul atau salah bagi ayat-ayat di bawah.


(i) Para-para pemenang acara itu akan menerima hadiah daripada guru besar.
( ______________ )
(ii) Beberapa orang murid sedang membaca buku di perpustakaan.( ____________ )
(iii) Semua calon-calon mesti berada di dalam dewan sekarang. ( ______________ )
(iv) Setengah ibu bapa sangat mengambil berat terhadap kesihatan anak-anaknya.
( ____________ ) (4 markah)

Soalan 22

(a) Tandakan (✓) bagi penjodoh bilangan yang paling sesuai. (2 markah )

jambak urat

keping utas

batang bentuk
(b) Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar dan pernyataan di
bawah.

Bapa Mohan Ahli kumpulan itu dimarahi oleh Cikgu Azizi kerana berjalan lambat
untuk ke
dewan makan ibarat peribahasa .
(2 markah)

Soalan 23
(a) Tulis ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan untuk melengkapkan
dialog di bawah.
Kamarul:

Azman: Soalan Matematik itu dapat diselesaikan melalui perbincangan secara


berkumpulan.

(2 markah)

E.PREP BM Thn5 PPT Set (1)3rd 14.1.19.indd 5 14/01/2019 9:50 AM

6 Pentaksiran Pertengahan Tahun Set 1 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Pentaksiran Pertengahan Tahun Set 1 7
(b) Teliti maklumat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat yang lengkap.

Kempen Derma Darah 2019


25 dan 26 Mei 2019
(Sabtu dan Ahad)
10:00 pagi hingga 8:00 malam
Ruang Legar Pasar Raya Jimat, Bukit Mertajam
(i) Di manakah Kempen Derma Darah 2019 itu diadakan?

(1 markah)
(ii) Pada pendapat kamu, mengapakah Kempen Derma Darah 2019 itu diadakan?

(3 markah)
Soalan 24
Teliti iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat yang lengkap.

Pertandingan Deklamasi Sajak Patriotik


Sempena Minggu Kemerdekaan

Tarikh: 15 Ogos 2019


Masa: 9:00 pagi
Tempat: Dewan SK Taman Kenanga
Syarat penyertaan:
• Terbuka kepada murid tahap 2

• Penyertaan melibatkan dua atau tiga orang peserta berbilang kaum

Jika berminat:
Sila hubungi Puan Fadzilah
Tarikh tutup penyertaan: 10 Ogos 2019

Hadiah
menarik menanti
pemenang.
Mari bersajak!

E.PREP BM Thn5 PPT Set (1)3rd 14.1.19.indd 6 14/01/2019 9:50 AM

6 Pentaksiran Pertengahan Tahun Set 1 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Pentaksiran Pertengahan Tahun Set 1 7

(a) Siapakah yang boleh menyertai pertandingan tersebut?

(2 markah)
(b) Pada pendapat kamu, apakah aktiviti lain yang dapat memupuk semangat
patriotik?

(3 markah)
Soalan 25
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hujan turun tidak henti-henti selama dua minggu. Air Sungai Jitra
melimpah sampai ke tebing. Kampung Kelubi telah dilanda banjir.
Banjir yang berlaku telah merosakkan harta benda penduduk
kampung. Tanaman telah musnah dan haiwan ternakan pula mati.
Semua penduduk kampung diarahkan untuk berpindah ke tempat yang
selamat. Pasukan keselamatan seperti polis, tentera dan pertahanan
awam telah dikerah untuk membantu mangsa banjir.
Mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Jitra. Sementara
menunggu air surut, badan sukarela memberikan bantuan makanan,
pakaian dan barang-barang keperluan.
Pihak kerajaan telah mengumumkan peruntukan bagi membantu
mangsa banjir. Kerajaan juga akan mengambil langkah untuk membaiki
sistem saliran yang merupakan punca utama berlakunya banjir di
kawasan tersebut.
Kerajaan juga menyeru penduduk agar sentiasa menjaga kebersihan
alam sekitar. Sampah sarap tidak seharusnya dibuang ke dalam sungai
supaya air sungai dapat mengalir dengan sempurna.

(a) Kampung Kelubi telah .


(1 markah)

E.PREP BM Thn5 PPT Set (1)3rd 14.1.19.indd 7 14/01/2019 9:50 AM

8 Pentaksiran Pertengahan Tahun Set 1 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Pentaksiran Pertengahan Tahun Set 1
PB
(b) Apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk menangani
masalah banjir?

(2 markah)
(c) Pada pendapat kamu, bagaimanakah keadaan penduduk kampung sekiranya
pasukan penyelamat tidak memberikan bantuan kepada mereka?

(2 markah)
(d) Kerajaan menyeru penduduk supaya sentiasa menjaga kebersihan

alam sekitar.

Berikan pendapat kamu tentang pernyataan di atas.

(3 markah)

You might also like