You are on page 1of 2

JURNAL MINGGU PERTAMA

Saya telah menjalani praktikum fasa tiga di Sekolah Kebangsaan Hutan


Percha. Pada kali ini, saya telah ditugaskn untuk mengajar mata pelajaran Bahasa
Malaysia Tahun 3 dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5. Saya
berasa begitu bersemangat untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran ini.

Semasa saya mengajar bahasa Malaysia Tahun 3, saya mendapati bahawa


berlakunya masalah berkenaan murid yang pasif di dalam kelas, terutamanya
semasa aktiviti berkumpulan. Saya dapat melihat bahawa hanya murid yang sama
yang membuat tugasan semasa aktiviti berkumpulan dijalankan. Murid-murid yang
lain hanya duduk dan memerhatikan rakan mereka sahaja. Malah, terdapat juga
murid yang mengganggu rakan mereka yang sedang membuat tugasan.

ANALISIS MASALAH

Masalah ini berlaku mungkin disebabkan murid tersebut mempunyai penguasaan


ilmu yang kurang berbanding murid yang lain. Selain itu, murid tersebut juga
mempunyai sifat malu untuk menonjolkan diri mereka. Mereka lebih gemar
mengasingkan diri daripada orang lain. hal ini juga mungkin disebabkan oleh rasa
rendah diri untuk melakukan setiap tugasan yang diberi.

CADANGAN

Bagi mengatasi masalah ini, saya telah merancang beberapa langkah yang boleh
diambil bagi menjalankan pembelajaran koperatif dengan berkesan. Antara
cadangan tersebut ialah:

- Guru perlu menyediakan tugasan mengikut tahap kemampuan murid agar


mereka dapat melakukan tugasan dengan yakin.

- Guru perlu memberikan peneguhan terhadap murid yang paling aktif semasa
melakukan aktiviti secara berkumpulan.
Skinner menyatakan bahawa peneguhan positif adalah memberikan sesuatu
ganjaran setelah perlakuan yang diingini ditunjukkan. Peneguhan positif yang
diberikan dalam bilik darjah merupakn satu motivasi kepada murid dan rakan-
rakannya untuk sentiasa menunjukkan tingkah laku yang diingini.

- Guru perlu merancang aktiviti yang boleh menarik perhatian semua murid
yang berada di dalam kelas.

TINDAKAN SUSULAN

Bagi mengatasi masalah ini, saya mendapati bahawa guru memainkan


peranan dalam mejadikan pembelajaran koperatif menjadi berkesan. Guru haruslah
memberi arahan atau peraturan dengan jelas. Selain itu, guru juga haruslah
memberikan peranan kepada setiap murid dalam sebuah kumpulan.

KESIMPULAN

Tuntasnya, seorang guru memainkan peranan yang sangat penting dalam


memastikan murid-muridnya terlibat aktif dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Pengukuhan perlu diberikan untuk memuaskan kehendak individu
dan mengurangkan tekanan dan meransang otak. (Rachlin, 1991)

You might also like