You are on page 1of 8

SULIT 1 011

Nama Murid : ………………………………………………. Tahun : …………………

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT (2) BUKIT NANAS


JALAN BUKIT NANAS, 50250 KUALA LUMPUR

UJIAN SUMATIF 3 - 2018 011


BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN
TAHUN LIMA
Oktober
1 ¼ Jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A,
B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan
kamu pada kertas jawaban objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar
jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan
yang baharu.

4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak
SULIT
011/Bahagian A Tahun 5 [Lihat halaman sebelah
SULIT 2 011
BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 10
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Hanis : Kawan-kawan, guru kelas kita akan berpindah pada minggu hadapan.
Kita akan kehilangan seorang guru yang cukup baik.

Tahir : Betul, banyak jasa yang telah curahkan kepada kita semua.

A dia
B awak
C beliau
D mereka

2 Kita perlu tabiat makan makanan berkhasiat sebagai amalan dan


daripada makan makanan yang berlemak, bergaram serta bergula.

A menjadikan ... mengelakkan


B memastikan ... menyingkirkan
C menentukan ... menghindarkan
D mengambilkan ... menimbangkan

3 Sikap Danial yang suka berpura-pura menyebabkan rakan-rakan sekelasnya


berasa terhadap gaya dan penampilannya.

A resah
B geram
C simpati
D bangga

4 Sofea sering mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan. ,


dia tidak sesekali mudah berputus asa.

A Sebenarnya
B Justeru
C Selain itu
D Biarpun demikian

011/Bahagian A Tahun 5 [Lihat halaman sebelah


SULIT 3 011
5 Tarian tradisional dijangka mendapat tempat dalam
kalangan generasi muda.

A akan
B sedang
C hendak
D masih

6 Harun seorang yang baik hati dia selalu menolong orang yang dalam
kesusahan.

A apabila
B jika
C agar
D kerana

7 Kita mestilah mengikut nasihat ibu dan bapa bagi kita anak yang
baik.

A terbukti
B membuktikan
C berbuktikan
D dibuktikan

8 Pada minggu lepas, di Istana Besar Seri Menanti telah diadakan istiadat penyampaian
kepada rakyat negeri yang berjasa.

A bintang kebesaran
B orang kenamaan
C sijil penghargaan
D hari keputeraan

011/Bahagian A Tahun 5 [Lihat halaman sebelah


SULIT 4 011
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9 Rumah Melayu lama kebanyakannya mempunyai pada tingkap untuk


menghalang sesuatu daripada jatuh.

A tetupai
B sesiku
C kekisi
D tetulang

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10 Adik ke kebun untuk memetik beberapa jagung untuk direbus.

A tongkol
B ulas
C biji
D batang

011/Bahagian A Tahun 5 [Lihat halaman sebelah


SULIT 5 011
11 Nurul tertarik dengan kilauan berlian yang sungguh cantik dan mempesona.
Pilih perkataan sinonim bagi mempesona.

A berseri
B memancar
C memikat
D bersinar

12 Ibu bapa diminta mengisi tempat duduk hadapan untuk menghormati tetamu khas
yang hadir.
Pilih perkataan antonim mengisi.

A memenuhkan
B memuatkan
C mengaturkan
D mengosongkan

Soalan 13

13 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberi.

Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan serta keceriaan kelas sebelum memulakan
pembelajaran?

A Ya, kita akan berasa seronok belajar dalam suasana kelas yang bersih dan
ceria.
B Setiap murid perlu mematuhi jadual tugasan untuk membersihkan dan
menceriakan kelas.
C Kebersihan dan keceriaan kelas perlu diberi keutamaan supaya terhindar
daripada penyakit.
D Kelas yang bersih dan ceria menggalakkan pembelajaran berlangsung dalam
suasana seronok dan selesa.

Soalan 14

14 Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

A Setiap ibu bapa pastinya akan melimpahkan kasih sayang yang tidak terhingga
kepada anak-anak mereka.
B Hujan lebat yang turun sejak dua hari yang lepas telah melimpahkan kawasan
kampung yang berhampiran.
C Murid itu melimpahkan soalan-soalan yang susah dijawab kepada gurunya
semasa di dalam bilik darjah.
D Aktiviti kokurikulum banyak melimpahkan faedah kepada murid-murid yang
menyertainya.

011/Bahagian A Tahun 5 [Lihat halaman sebelah


SULIT 6 011
Soalan 15 hingga 17

Pilih ayat yang betul.

15 A Kita haruslah bantu-membantu sambil kita juga perlu bertolak ansur antara satu
sama lain.
B Kamal akan memberitahu ayahnya tentang hasratnya ingin bekerja bila mereka
tiba di rumah nanti.
C Kamu semua dikehendaki mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk ke
dalam bilik darjah.
D Zakiah dengan adiknya meneruskan pengajian mereka dalam bidang Sains dan
Matematik di Universiti Kebangsaan Malaysia.

16 A Sila tutup tingkap yang terbuka itu.


B Tolong jangan bising, peperiksaan sedang dijalankan.
C Minta murid-murid yang ingin pergi lawatan, jelaskan segera bayarannya.
D Kawan-kawan, minta usah sepahkan bungkusan makanan yang telah
digunakan.

Soalan 17
Pilih ayat-ayat yang betul.

17 I Taman Botani Negara Shah Alam bukan sahaja menarik minat pengunjung
tempatan namun juga pengunjung dari luar negara.
II Azian hidup senang kerana bijak menguruskan kewangan dan membelanjakan
wangnya dengan berhemat.
III Yang memakai baju kebaya berwarna biru itu ialah Guru Kelas Enam
Cemerlang, iaitu Cikgu Normawati.
IV Perlawanan hoki itu terpaksa ditangguhkan oleh kerana hujan lebat yang turun
telah membanjiri padang.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

011/Bahagian A Tahun 5 [Lihat halaman sebelah


SULIT 7 011
Soalan 18 – 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Oh ayah, oh ibu, terima kasih
Untuk kasih sayangmu yang tidak pernah putus
Eratnya pelukanmu, nikmatnya belaianmu
Tidakkan pernah kulupakan
Tulus cintamu tidak akan mampu kubalas

Lirik-lirik lagu yang menjadi halwa telinga menyentuh hatiku. Kepenatan bekerja
sepanjang hari bagi melayani kerenah anak murid supaya menjadi anak bangsa yang
berguna, hilang begitu sahaja apabila terdengar lagu itu.Juruhebah bertugas yang
memutarkan lagu tersebut, mengingatkan para pendengar supaya tidak melupakan jasa
kedua-dua orang tua kita.
Tiba-tiba aku terbayang akan wajah ayah dan ibu. Ibu telah lama pergi menemui
penciptanya ketika aku menjadi seorang mahasiswi. Ayah pula sebagai pesara polis, kini
tinggal di kampung bersama-sama adik bongsuku.Tergambar di fikiranku bagaimana
mereka membesarkan aku enam beradik sehingga kami semua berjaya. Sebagai anak
yang tua dalam keluarga, terngiang-ngiang di telingaku akan kata-kata ibu.“Belajar rajin-
rajin nak, jangan biarkan kesusahan hidup kita menjadi satu kekangan untuk kita
menggarap kecemerlangan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Terasa seperti
baru semalam ibu mengucapkan kata-kata tersebut.
Walaupun ibu seorang suri rumah, namun kata-kata semangatnya itulah yang menjadi
pendorong untuk aku berusaha bersungguh-sungguh hingga berjaya menjadi seorang
pendidik.

Terima kasih ayah, terima kasih ibu.

18 Siapakah penulis di atas?

A Juruhebah radio
B Guru
C Polis
D Suri rumah

19 Berdasarkan petikan, pilih pernyataan yang benar.

A Penulis merupakan anak sulung dalam keluarganya.


B Ayah dan ibu penulis kini tinggal bersama-sama adik bongsunya.
C Penulis teringat ibu dan ayahnya ketika menyanyikan sebuah lagu.
D Penulis masih lagi menuntut di institusi pengajian tinggi.

011/Bahagian A Tahun 5 [Lihat halaman sebelah


SULIT 8 011
20 Frasa menggarap kecemerlangan dalam petikan membawa maksud

A kesusahan bukan satu penghalang untuk berjaya dalam kehidupan.


B bersangka baik antara satu sama lain untuk terus berjaya.
C sumber bagi pencetus semangat ke arah kecemerlangan.
D mengusahakan sesuatu agar berjaya dalam kehidupan.

SOALAN BAHAGIAN A TAMAT

011/Bahagian A Tahun 5 [Lihat halaman sebelah

You might also like