You are on page 1of 9

KERTAS KERJA

SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2020


SK SERI PEMATANG RENGAS
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

1.0 PENDAHULUAN

Panitia Pendidikan Sejarah serta Unit Kokurikulum akan mengadakan


aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim Sekolah Kebangsaan Seri
Pematang Rengas bagi tahun 2020. Justeru, Panitia dan unit kokurikulum akan
mengambil inisiatif mengadakan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan
dengan pengisian pelbagai program yang menarik dan ilmiah. Sambutan Bulan
Kemerdekaan ini melibatkan semua Tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6
serta Pra Sekolah. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang
dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid selain
sebagai pemangkin untuk memupuk semangat patriotik serta menjalinkan
hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru Sekolah
Kebangsaan Seri Pematang Rengas.

Pada tahun ini, aktiviti Sambutan Bulan Kebangsaan dilaksanakan dengan


mematuhi norma baharu (Covid 19) tertakluk dengan SOP Pematuhan yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Aspek penjarakan
fizikal, pemakaian pelitup muka dan kerap mencuci tangan akan dilaksanakan
sepanjang program.

2.0 MATLAMAT

            Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan


kemerdekaan adalah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan
murid-murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Seri Pematang Rengas serta
meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah
kemerdekaan Negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih

1
kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjuran dalam peringkat sekolah
supaya dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid secara menyeluruh.
Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu
mengharumkan nama baik sekolah di peringkat yang lebih tinggi seperti
pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.

3.0 OBJEKTIF

1.Menyemai semangat cintakan tanah air


2.Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara
3.Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa
tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
4.Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan yang
dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
5.Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.
6.Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat
kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
7.Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan ini.
8.Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih atas
jasa-jasa mereka.
9.Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati
tema sambutan kemerdekaan.
10.Mencungkil bakat pelajar.
11.Menguji pengetahuan am para pelajar
12.Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
13.Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu semasa.
14.Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan
audien.
15.Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat
tradisional daripada luput ditelan zaman.

2
4.0 .PENGANJURAN

Unit Kokurikulum dan Panitia Sejarah

5.0.TARIKH DAN MASA

17 Ogos – 19 September 2020

Majlis Pelancaran: 18 Ogos 2020 ( Selasa), Bermula 7.30 pagi Di Kelas Tahun 1-6.
Majlis disempurnakan oleh Pn.Wahidah bte Ibrahim (Guru Besar)
Majlis Penutup : 17 September 2020 (Khamis), 10.30 di Kelas Tahun 1-6
Majlis disempurnakan oleh Pn.Wahidah bte Ibrahim (Guru Besar)

6.0 PENYERTAAN

Semua murid , guru dan warga Sekolah Kebangsaan Seri Pematang Rengas

7.0 STRATEGI

Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan


murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan
semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan dijalankan dengan bantuan dan kerjasama
guru-guru panitia mata pelajaran yang lain.

3
8.0.AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn. Wahidah bte Ibrahim (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : En.Mohd Ajam bin Tukimin (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1 : En. Masrum bin Syon (GPK 1)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Norhadzlin bte Yaacob (GPK Hal-Ehwal Murid)
Penyelaras Program : En.Eddie Syahreen bin Badron
Setiausaha : En. Mohd Haris Zaidi bin Omar Ali (Ketua Panitia Sejarah)
Bendahari : Pn.Suhaili bte Masdar

AJK HADIAH
-Pn.Suhaili Bte Masdar
-Pn.Kamaliah bte Hj.Saaban

DOKUMENTASI
Guru kelas yang bertugas

AJK BUKU PROGRAM


-Cik Noor Farhana bte Oman

AJK KAWALAN MURID


Guru kelas yang bertugas

AJK / PA SISTEM (Di Dewan Tertutup Sahaja)


-En.Mohd Farid bin Aini

AJK BENDERA / BUNTING / BANNER


-En.Mohd Ajam bin Tukimin
-Pn.Nur Fatimah Zaharah bte Ahmad

PENYELARAS AKTIVITI / MAJLIS PELANCARAN / PERTANDINGAN


-En.Mohd Haris Zaidi bin Omar Ali
-Pn.Suriyana bte Basiron
-En.Mohd Imran bin Tahir

4
9.0 Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2020

Majlis Pelancaran:
Tarikh : 18 Ogos 2020
Hari : Selasa
Masa : Bermula 7.30 pagi
Tempat : Di Kelas Tahun 1-6 :
Majlis disempurnakan oleh Pn.Wahidah bte Ibrahim (Guru Besar)
Kelas Perasmi Gimik Pelancaran Guru Pembantu
1 Pintar En.Muhammad Imran bin Tahir Pn.Rosidah bte Sanif
2 Pintar Cik Noor Farhana bte Oman Pn.Fatimah Zaharah
3 Pintar Pn.Norhadzlin bte Yaakob (GPK HEM) Pn.Kamaliah bte Hj.Saaban
4 Pintar (Dewan) Pn.Wahidah bte Ibrahim (Guru Besar En.Farid / Pn.Salmiati
5 Pintar En.Mohd Ajam bin Tukimin (GPK koko) Pn.Suriyana / En.Haris
6 Pintar En.Masrum bin Syon Pn.Suhaili bte Masdar
Pra Sekolah Pn.Rosazlina bte Abdul Kadir Pn.Siti Hajar bte Maarof

Atur Cara Majlis Perasmian


7.30 pagi : Bacaan Doa khas
- Nyanyian Lagu Bangsa Johor / Lagu Negaraku / Lagu Sekolah
- Ucapan ringkas Perasmi di setiap kelas
-Persembahan Deklamasi Sajak oleh murid
-Tayangan Slide
-Nyanyian Lagu ‘Tanggal 31 Ogos’
Catatan:
1.Acara perasmian dilaksanakan serentak di semua kelas
2.Murid digalakkan membawa bendera tangan.
3.Slide ‘Hari Merdeka’ akan disediakan oleh Penyelaras untuk semua kelas

5
10.0 Aktiviti Pertandingan Bulan Kemerdekaan 2020

Bil Tarikh Aktiviti Penyelaras Pelibatan

1 19 /8 Melukis Poster Pn.Salmiati Tahap 2


Mewarna Poster Cik Noor Farhana Tahap 1
2 25/8 Menghasilkan Kad Ucapan Hari Pn.Kamaliah Tahap 2 sahaja
Merdeka
3 26.8 Menghasilkan Buku Skrap Sejarah En.Mohd Haris Tahun 5 dan 6
- Kemerdekaan Negara Sahaja
10 .9
4 27/8 Kuiz Kenegaraan En.Mohd Haris Tahap 2

5 1/9 Teka Silang Kata Pn.Suhaili Tahap 1

6 2 – 10 Penghasilan Video Ucapan Hari En.Mohd Imran Semua kelas


Sept Merdeka bersama ahli Keluarga
7 3/9 Mendeklamasikan Sajak Pn.Nur Fatimah Semua kelas

8 18/8 Sudut Informasi Kemerdekaan Pn.Suriyana Semua kelas


- Negara
12/9
9 8/9 Menulis esei ‘Saya Anak Merdeka’ En.Mohd Farid Tahap 2

10 9/9 Tayangan Filem Kemerdekaan Guru setiap kelas Semua kelas

11 14/9 Majlis Penutupan Bulan Guru setiap kelas Semua kelas


Kemerdekaan

11.0 Aktiviti Pertandingan Bulan Kemerdekaan 2020 Untuk Pra Sekolah

Bil Tarikh Aktiviti Penyelaras

1 19/8 Mewarna poster

2 27/8 Kuiz Merdeka Pn.Rosazlina

3 2 – 10 Penghasilan Video Ucapan Hari


Sept Merdeka bersama ahli Keluarga
4 1/9 Mencari perkataan tersembunyi

5 9/9 Tayangan Filem Kemerdekaan

6
12.0 Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2020

Tarikh : 17 September 2020


Hari : Khamis
Masa : Bermula 10.30 pagi
Tempat : Di Kelas Tahun 1-6 :
Majlis disempurnakan oleh Pn.Wahidah bte Ibrahim (Guru Besar)
Kelas Penyampai Hadiah Kepada Guru Pembantu
Pemenang
1 Pintar En.Muhammad Imran bin Tahir Pn.Rosidah bte Sanif
2 Pintar Cik Noor Farhana bte Oman Pn.Fatimah Zaharah
3 Pintar Pn.Norhadzlin bte Yaakob (GPK HEM) Pn.Kamaliah bte Hj.Saaban
4 Pintar (Dewan) Pn.Wahidah bte Ibrahim (Guru Besar En.Farid / Pn.Salmiati
5 Pintar En.Mohd Ajam bin Tukimin (GPK koko) Pn.Suriyana
6 Pintar En.Masrum bin Syon Pn.Suhaili bte Masdar
Pra Sekolah Pn.Rosazlina bte Abdul Kadir Pn.Siti Hajar bte Maarof

Atur Cara Majlis Penutup


7.30 pagi : Bacaan Doa
- Ucapan ringkas Perasmi di setiap kelas
-Tayangan video ucapan Hari Kemerdekaan
- Penyampaian Hadiah

13.0. Kewangan
13.1. Sumber Kewangan
1.

13.2. Perberlanjaan
1. Hadiah RM
2. Banner / Bunting RM

7
14.0 PENUTUP

Penganjuran Sambutan Bulan Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Seri Pematang


Rengas ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi
meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk
imej sekolah yang postif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan dan
mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK
Seri Pematang Rengas dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa
program itu nanti di samping memupuk cinta akan Malaysia.

Disediakan Oleh.

_________________

(MOHD HARIS ZAIDI BIN OMAR ALI)

Setiausaha,

Sambutan Kebangsaan 2020

Sekolah Kebangsaan Seri Pematang Rengas

Disemak oleh,
...............................................
(EN.MOHD AJAM BIN TUKIMIN)
Guru Penolong Kanan Kurikulum,
Sekolah Kebangsaan Seri Pematang Rengas

Disahkan oleh
.................................................
(PN WAHIDAH BTE IBRAHIM)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Pematang Rengas

8
9

You might also like