You are on page 1of 4

Resepi Kek Lapis Choco-Horlicks Kukus Sukatan Cawan

Bahan-bahan Kek Lapis Choco-Horlicks Kukus Sukatan Cawan :


250g mentega tulen
1/2 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1/2 tin susu pekat manis-sy letak 1/2 cwn
70g horlicks- sy letak 1/2 cwn
30g serbuk koko- sy letak 3 sudu besar
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan tepung hongkong/gandum

Cara-Cara Membuat Kek Lapis Choco-Horlicks Kukus Sukatan Cawan :

1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.(pastikan tutup ketika memanaskan pengukus)


dan gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.

2. Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim


Masukkan telur satu persatu. (Masuk sebiji,pukul sebati baru tambah sebiji lagi).
3 .Masukkan pula esen vanila dan gaul sebati.
Masukkan susu pekat dan tepung hongkong sedikit demi sedikit sambil digaul rata.(jika
menggunakan mixer,
pastikan guna speed paling perlahan.

4.Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagi 2 bahagian


Bahagian 1 masukkan horlicks,kacau sebati dan warnakan kuning.
Bahagian 2 pula masukkan serbuk koko dan kacau sebati.

5.Pastikan pengukus sudah mendidih sebelum mula mengukus..


Kukuslah berselang seli warna sehingga habis.. setiap lapisan mengambil masa 6
minit(bergantung kuat atau perlahannya api dapur)

7.Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis di
atas kek.
Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir
Kek Buah Kukus Yang Sedap 

Bahan A:
300 gm gula kaster - guna 280 gm sahaja
60 ml air panas
250 gm mentega
500 gm mixed fruit - boleh cuci dan tos, jika suka

Bahan B:
350 gm tepung gandum
2 sudu kecil soda bicarbonate
1/2 sudu kecil cream of tartar - ganti dengan 1 sudu kecil jus lemon
1 sudu kecil serbuk buah pala 

Bahan C:
3 biji telur grade A
1 sudu kecil esen vanilla 

Cara cara:
Ayak tepung dengan soda, cream of tartar dan campurkan serbuk buah pala. 

1.Masukkan gula ke dalam kuali yang permukaan bawahnya tebal.


Dengan menggunakan api sederhana, masak gula hingga mencair dan berwarna
perang.
Jangan mengacaunya, hanya goyangkan periuk ke kiri ke kanan sehingga gula mencair
sekata dan berubah warna keperangan. Jangan sampai hangus. 

2. Bila gula telah mencair kesemuanya, tuang air panas dari tepi kuali supaya tidak
terpercik. Kacau hingga gula larut, masukkan butter

3. Biarkan butter mencair, baru dimasukkan mixed fruit yang telah dicuci dan ditos tadi.

4. Biarkan sekejap atas api. Tutup api dan bila suam, masukkan jus lemon ganti cream
of tar tar. Kemudian masukkan tepung gandum dan rempah dan digaul secara kaup
balik. 

5. Pukul telur bersama esen vanilla hingga berbuih dan tuang ke dalam  adunan sedikit
demi sedikit. Oleh kerana adunan kelihatan sedikit likat, saya masukkan 2 sudu besar
air panas ke dalam adunan

6. Masukkan ke dalam loyang 7 atau 8 inci, tutup loyang dengan aluminium foil yang
dilenser sedikit mentega supaya kek yang naik tidak melekat di aluminium foil

7. Penutup periuk pengukus dibalut dengan dengan tuala dapur supaya wap air tidak
menitis masuk. Kukus selama 2 jam atau sehingga masak. Jika ingin menambah air
pengukus, tambah air panas.

RESEPI KEK LUMUT


Bahan:
10 Telur (Gred A)
450 Butter
1 Cawan Gula Castor
2 Cawan Nestum
1 Cawan Serbuk Almond
1 Cawan Serbuk Horlicks
1 Cawan Tepung Hong Kong / Gandum (diayak)
2 Sudu Teh Esen Vanila
60ml paste pandan
1 Cawan Susu Manis

Cara:
1. Pukul butter dan gula castor sehingga kembang. Kemudian masukkan telur satu per
satu.
2. Masukkan susu manis dan esen vanila kemudian pukul rata
3. Masukkan nestum, serbuk almond, serbuk horlicks, dan tepung hong kong kemudian
kacau rata.
4. Apabila adunan sudah rata, masukkan pewarna dan perasa pandan dan kacau rata
5. Masukkan adunan ke dalam loyang 9 yang beralas baking paper. Kemudian balut
loyang dengan aluminium foil.
6. Kukus adunan selama 3 jam
7. Siap!

Nota Edit (good sharing from our followers thank you)


1. Kalau masukkan bahan kering dlm cake, make sure, campurkan bahan tu semua
dulu. Campurkan tepung, almond, nestum tu dulu. Dah gaul rata, baru masukkan.
2. Always masukkan bahan kering/tepung 3 kali, maksudnya, bahagi 1/3 setiap kali
masukkan bahan kering
3. Kukus api jgn besar, nnt cake tak licin.
4. Dah masukkan cake batter tu, hentak kan tin. Ni proses buang angin.

You might also like