You are on page 1of 5

Arahan: Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, iaitu

20 soalan berbentuk objektif dan tiga bahagian berbentuk


subjektif. Anda dikehendaki menjawab semua soalan yang
diberi dengan jawapan yang tepat.

1 Apakah gelaran Ketua Negara yang digunakan di Negara Malaysia?

A Raja
B Sultan
C Maharaja
D Yang di-Pertuan Agong

2 Apakah sistem pemerintahan pada zaman Kerajaan Melayu Awal?

A Demokrasi Berparlimen
B Sultan berkuasa mutlak
C British menjadi penasihat kepada Sultan
D Sultan hanya ketua agama Islam dan adat istiadat

3 Pentadbiran negara dalam sistem pemerintahan masa kini diuruskan oleh?

A Perdana Menteri
B Yang di-Pertuan Besar
C Ketua Hakim Negara
D Yang di-Pertuan Agong

4 Menurut sejarawan, kedatangan Islam ke Tanah Melayu dapat dilihat melalui bukti
___________ dan penulisan.

A lisan
B video
C rakaman
D arkeologi

5 Tarikh pengisytiharaan kemerdekaan Tanah Melayu adalah pada tanggal ___________ .

A 30 Ogos 1957
B 31 Ogos 1957
C 20 Februari 1956
D 16 September 1963

1
6 Rundingan Kemerdekaan ke London diketuai oleh ______________ .

A Abdul Azizi Majid


B Dato’ Abdul Razak
C Tunku Abdul Rahman
D Dato’ Nik Ahmed Kamil

7 Apakah tujuan rombongan kemerdekaan telah datang ke London?

A Menyerang Kota London


B Memfailkan saman terhadap pihak British
C Berjalan ke Kota London untuk melihat kemajuannya
D Untuk berunding dengan pihak British bagi mendapatkan kemerdekaan.

8 Kerajaan Melayu Awal yang menerima agama Islam ialah ____________ dan Kedah
Tua.

A Johor
B Melaka
C Terengganu
D Sumatera Utara

9 Bahasa Melayu berasal daripada rumpun _____________

A Astro
B Hakka
C Australia
D Austronesia

10 Apakah faktor yang menyebabkan pihak British ingin menguasai Tanah Melayu?

A Memajukan Tanah Melayu


B Menyatupadukan penduduk tempatan
C Mengaut kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu
D Meningkatkan pendapatan penduduk tempatan

11 Siapakah yang menguasai Sarawak dan telah ditentang oleh penduduk tempatan?

A Francis Light
B James Wong
C James Brooke
D Syarikat Borneo Utara British

2
12 Negeri-negeri Selat terdiri daripada Singapura, Melaka dan ____________ .

A Jordan
B Mekah
C Sabah
D Pulau Pinang

13 Dol Said telah berjaya mengalahkan British dengan menggunakan taktik perang

A gerila
B tempur
C saudara
D tiga segi

14 Berikut merupakan bukan alatan dalam seni muzik Islam kecuali

15 Tokoh tempatan yang menentang Syarikat Borneo Utara British ialah


____________ .

A Rentap
B Mat Salleh
C Tok Janggut
D Dato’ Bahaman
3
Francais Valentijn, seorang penulis Belanda pada tahun 1726
telah merekodkan:

“Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut tetapi juga
digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di negeri-negeri sebelah Timur, sebagai suatu
bahasa yang difahami di mana sahaja oleh setiap orang …... dan jika sekiranya awak tidak
mengetahui bahasa ini, awak dianggap sebagai seorang yang tidak terpelajar di Timur ……”

( sumber : Arkib Negara Malaysia )

16 Kenyataan di atas menunjukkan bahawa Bahasa Melayu sangat penting untuk


perhubungan antarabangsa atau boleh dikatakan sebagai

A Dwibahasa
B Lingua Franca
C Bahasa pasar
D Bahasa ibunda

17
 Mentauliahkan duta-duta Negara.
 Mengurniakan darjah kebesaran Negara.
 Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.
 Ketua agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai
Raja.

Berdasarkan penyataan diatas, ianya adalah bidang tugas?

A Guru
B Ketua Kampung
C Perdana Menteri
D Yang di-Pertuan Agong

4
18

Pakaian kebesaran Diraja


 Tengkolok Diraja
 X

Lambang kemegahan dan kebanggan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama
Negara dapat diperlihat melalui pakaian. Apakah pakaian X ?

A Kot
B Topi
C Muskat
D Baju kemeja

19 Maklumat berikut merujuk kepada identiti negara kita.

 Terdapat cogan kata, “Bersekutu Bertambah Mutu”.


 Terdapat bintang dan bulan sabit.
 Terdapat lima bilah keris.
 Terdapat harimau sebagai lambing keberanian.
Apakah identiti negara kita yang dimaksudkan?

A Bunga Raya
B Jata Negara
C Rukun Negara
D Jalur Gemilang

20 Bunga Raya melambangkan Bunga ______________ .


A kekayaan
B kecantikan
C perpaduan
D kemodenan

( 60 markah )

SKEMA JAWAPAN PAT SEJARAH TAHUN 5

SOALAN OBJEKTIF :

1. D 5. B 9. D 13. A 17. D
2. B 6. C 10. C 14. A 18. C
3. A 7. D 11. C 15. B 19. B
4. D 8. B 12. D 16. B 20. C

You might also like