You are on page 1of 1

7.1.

g Nyatakan sejenis ketidakupayaan insiden rendah berdasarkan sumber ilmiah yang anda
pernah baca. Bincangkan salah satu punca ketidakupayaan tersebut mengikut diagnosis pakar. 

Masalah penglihatan merupakan salah satu jenis ketidakupayaan rendah. Salah satu punca
ketidakupayaan penglihatan ini ialah salah bias di mana ketidaknormalan proses pembiasan cahaya
pada mata. Apabila proses ini terganggu atau terjejas, imej yang tepat akan terhasil di retina. Contoh
diagnosis akibat salah bias ialah Miopia ataupun rabun jauh. Perkara ini adalah di mana murid tidak
dapat melihat objek jauh dengan jelas. Ia adalah berpunca daripada bola mata yang terlampau
panjang atau kornea mata terlalu melengkung yang akhirnya menyebabkan imej objek tidak jatuh
pada retina.

11.1.k Senaraikan ciri-ciri murid berkeperluan khas insiden rendah.

Ciri-ciri murid berkeperluan khas insiden rendah bagi masalah penglihatan ialah kurang tumpuan
dalam kelas, prestasi akademik merosot, kurang kemahiran sosial, koordinasi tangan dan mata yang
lemah, cemerkap atau sering terlanggar barang serta perkembangan pertuturan dan bahasa yang
lewat. Bagi ciri kanak-kanak yang menunjukkan masalah pendengaran adalah kurang bagi tumpuan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran, kurang memahami arahan daripada guru dan selalu
bertanya solan yang sama berulang kali. Akhir sekali, monoplegia, hemiplegia, triplegia, quadriplegia,
paraplegia dan diplegia adalah ciri-ciri murid berkeperluan khas insiden rendah bagi murid
ketidakupayaan fizikal dan kesihatan lain palsi serebral. Bagi spina bifida, perkembangan pada
bahagian tulang belakang gagal tertutup dengan sempurna dan manakala untuk distrofi otot ,
memerlukan kerusi roda untuk bergerak pada umur 11 atau 12 tahun adalah cirinya.

You might also like