You are on page 1of 1

Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan

alam sekitar sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Dewasa ini,era
permodenan menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosioekonomi
dijalankan begitu pesat untuk meningkatkan taraf pembangunan negara, namun kita alpa
tentang kesan terhadap alam sekitar yang boleh membahayakan diri manusia.[N] Apabila
memperkatakan negara serantau tentulah merujuk kepada kumpulan negara-negara yang
berada dalam sesuatu wilayah yang mendominasi suatu ekosistem dan perairan yang sama.
Pada mutakhir ini, boleh dikatakan setiap rantau di dunia mengalami masalah pencemaran
dan kemusnahan alam sekitar yang sangat serius. Keadaan yang sama tidak terkecuali bagi
rantau ASEAN yang Malaysia ialah satu daripada entitinya. Perihal alam sekitar sudah
menjadi masalah global terutama dalam unsur perubahan cuaca yang tidak menentu seperti
ribut taufan, banjir kilat, fenomena El Nino dan kemarau panjang.[I] Sekalipun fenomena
alam yang terjadi secara azali mungkin tidak dapat disekat oleh kuasa tangan manusia, namun
perbuatan mencemar dan memusnahkan sumber alam adalah menjadi suatu dosa yang patut
disedari oleh semua pihak. "Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita,
sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar
supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup
membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga
kepentingannya.[U] Oleh itu, masalah pencemaran dan isu kemusnahan alam sekitar perlu
ditangani secara kolektif oleh negara-negara serantau.[K]
Berpandukan hakikat, alam ini adalah dikongsi bukan dimiliki. Memandangkan bencana
alam seolah-olah rutin yang bakal dihadapi, semua negara perlulah mewujudkan dana tetap.
[I] ASEAN sebagai organisasi yang paling berpengaruh sepatutnya turut memberi keutamaan
dalam aspek sosial dalam kalangan negara anggotanya.[M] Dana tersebut diberi dalam
bentuk pinjaman kepada negara yang ditimpa musibah atau untuk menangani pencemaran
alam sekitar.[B] Janganlah apabila sudah terhantuk baru tengadah kerana tiada gunanya lagi.
[U] Sebenar-benarnya, tragedi bah kuning yang melanda negeri Kelantan pada tahun 2014
juga berpunca daripada infrastruktur saliran yang tidak mencukupi. Infrastruktur sedia ada
adalah kecil untuk menampung kawasan yang telah dibangunkan. Apabila berlaku
pertambahan pembangunan, infrastruktur tersebut tidak cukup untuk mengalirkan lebihan air
hujan keluar terus ke laut dan kejadian banjir kerap berlaku.[A] Sudah sepatutnya, semua
negara perlu mempunyai komitmen yang sekata dalam muafakat untuk menyelamatkan
perairan dan udara serantau.[K] Pendek kata, setiap negara perlulah mempunyai komitmen
untuk saling menyumbang demi kesejahteraan alam yang menjadi milik bersama.[P]

You might also like