You are on page 1of 15

TREND OBESITI “MENGGERUNKAN”

1
TREND OBESITI “MENGGERUNKAN”

SEKAPUR SIRIH

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat yang dianugerahkan


kepada saya dapat juga saya menyiapkan buku skrap ini dengan jayanya. Buku skrap
ini amat penting buat saya dan sebahagian daripada tugasan pembelajaran berasaskan
projek.

Sekalung penghargaan untuk Puan Azila selaku guru pembimbing kerana telah
banyak memberikan bimbingan, dan dan tunjuk ajar kepada saya.

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan
dorongan kepada saya sepanjang buku skrap ini disiapkan.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih juga kepada responden kaji selidik yang telah
banyak membantu dan memberikan maklum balas yang baik.. Bantuan kalian amat
saya hargai..

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara
langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini.

2
TREND OBESITI “MENGGERUNKAN”

ISI KANDUNGAN

4 - PENGENALAN

5 - OBJEKTIF

6 - KEPENTINGN

7 - FAKTOR MEMPENGARUHI OBESITI

8 - IMPLIKASI OBESITI

9 - PROSES

15 - KESIMPULAN

3
TREND OBESITI “MENGGERUNKAN”

PENGENALAN
Kegemukan atau obesiti (perkataan obesiti akan digunakan seterusnya) adalah satu
penyakit kronik yang sedang menular di kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya.
10 tahun dahulu, obesiti hanyalah dikenal pasti sebagai faktor risiko kesihatan terutamanya
untuk penyakit kardiovaskular khususnya penyakit jantung. Tetapi sejak 5 tahun
kebelakangan, bersandarkan penemuan saintifk baru, masalah obesiti ternyata adalah satu
penyakit yang membawa kesan buruk terhadap kesihatan dan menyumbang kepada penyakit-
penyakit serius pada individu yang terdedah kepada obesiti terutamanya penyakit jantung dan
diabetes (1, 2). Negara Amerika Syarikat mencatatkan pada tahun 2003 - 2004 seramai 32.2%
orang dewasa adalah obese (3). Manakala statistik di Malaysia melalui National Health
Morbidity Survey yang di jalankan pada tahun 2011 mencatatkan 15.1% rakyat Malaysia
berumur 18 tahun ke atas adalah obese. Ini menunjukkan peningkatan berbanding dengan
14% pada tahun 2006. Ini bermakna seramai 2.6 juta populasi dewasa di Malaysia adalah
obese menjadikan Malaysia negara tertinggi mempunyai kadar obesiti di kalangan negara-
negara asia tenggara (4). Oleh kerana kadar obesiti yang tinggi dan penyebab kepada
penyakit-penyakit kronik, saringan obesiti hendaklah di jalankan di premis kesihatan
terutamanya di premis kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu
mempunyai lemak berlebihan. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan
berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan. Lelaki dikatakan
obese sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25% (5). Manakala wanita
pula di katakan obese apabila lebihan lemak sebanyak 35%. Obesiti boleh di ukur
menggunakan penggiraan Body Mass Index – atau BMI (Indeks Jisim Badan). BMI adalah
indeks pengukuran berat badan berbanding dengan ketinggian. Formula adalah seperti
tertera: BMI = Weight (kg) / Height² (m) ² Saringan obesiti memerlukan ukuran berat badan
dalam kilogram dan ukuran ketinggian di dalam meter.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendefinasikan BMI 30 kg/m2 atau


lebih sebagai obes. Sementara BMI 25 kg/m2 atau lebih sebagai berat badan berlebihan (6).
Walau bagaimana pun risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular di kalangan penduduk
Asia berlaku pada tahap BMI yang lebih rendah dari skala yang telah dinyatakan. Penduduk
Asia mempunyai kadar lemak yang lebih tinggi berbanding dengan masyarakat barat pada
skala BMI yang sama.

4
TREND OBESITI “MENGGERUNKAN”

OBJEKTIF

Mengetahui definisi obesiti

Mengkaji faktor penyumbang obesiti

Mempelajari implikasi kegemukan

Mempelajari cara mencegah obesiti

Memberi kesedaran kepada remaja


bahaya obesiti

Kajian kes obesiti dalam kalangan remaja


penduduk setempat(Daerah Kunak)

5
TREND OBESITI “MENGGERUNKAN”

KEPENTINGAN
Kajian ini akan menambahkan ilmu pengetahuan saya dan
masyarakat tentang bahaya obesiti terhadap kesihatan mereka.
Melaluinya saya dan masyarakat akan lebih mengambil berat mengenai
penjagaan kesihatan. Bagi penghidap obesiti pula ia akan dapat
membantu mereka untuk melakukan perubahan terhadap personaliti diri
mereka pada masa akan datang.

Pada masa yang sama, kajian ini diharap dapat mengurangkan kes
obesiti terutamanya dalam kalangan remaja. Kajian juga diharap akan
memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak memandang remeh
soal penjagaan kesihatan.

6
TREND OBESITI “MENGGERUNKAN”

TABIAT
PEMAKANAN

FAKTOR FAKTOR
PSIKOLOGI KETURUNAN

FAKTOR
PENYUMBANG
OBESITI
KURANG
UBAT-UBATAN MELAKUKAN
AKTIVITI
FIZIKAL

HYPOTHYROIDISM/
KEMURUNGAN/
PENYAKIT OTAK

7
TREND OBESITI “MENGGERUNKAN”

IMPLIKASI
OBESITI

DIABETES
MELLITUS

KEMURUNGAN

MASALAH
JANTUNG

STROK

TEKANAN
DARAH
TINGGI

GOUT

8
TREND OBESITI “MENGGERUNKAN”

PROSES PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

FOKUS DIPILIH
POSTER
(TABIAT OBESITI
PEMAKANAN)

WATTPAD KAJI SELIDIK


'AKU NAK (EDARAN
KURUS' BORANG)

'MEAL PLAN' KESIMPULAN

9
TREND OBESITI “MENGGERUNKAN”

POSTER

Poster ini telah dimuat naik ke laman facebook bapa saya tetapi hanya mendapat
20 like sahaja. Saya telah muat naik ke status instagram dan mendapat 102 view
sahaja. Ini menunjukkan masyarakat tidak berminat dengan bahan kesihatan
berbanding jika memuat naik bahan hiburan. Oleh itu saya mengubah
pendekatan saya ke dalam bentuk yang lebih menarik iaitu cerpen remaja.
Disebabkan sesi persekolahan belum dibuka saya hanya ada alternatif untuk
memuat naik cerpen ini dalam bentuk wattpad bertajuk ‘Aku Nak Kurus’

10
TREND OBESITI “MENGGERUNKAN”

WATTPAD

Saya berharap wattpad ini akan berjaya menarik lebih ramai pembaca untuk
menambahkan ilmu pengetahuan mereka dan masyarakat tentang bahaya obesiti
terhadap kesihatan mereka.

11
TREND OBESITI “MENGGERUNKAN”

BORANG KAJI SELIDIK


Saya juga telah mengedarkan borang kaji selidik seperti yang terdapat di dalam lampiran. Ibu
saya telah membantu untuk mengedarkan borang ini kepada pelajar-pelajar calon SPM di
SMK Kunak seramai 20 orang. Ibu saya juga mengedarkan 20 borang lagi kepada muridnya
dan rakan saya melalui aplikasi ‘Whatsapp’’. Ini untuk membuat kajian ringkas mengenai
tahap kesihatan dan kesedaran remaja terhadap terhadap penyakit obesiti.

Graf 1: Taburan Umur Responden

Graf 2: Taburan BMI responden

Saya telah membuat pengiraan BMI berdasarkan ketinggian dan berat yang telah diisi oleh
responden.

12
TREND OBESITI “MENGGERUNKAN”

OBESITI BOLEH MENYUMBANG KEPADA


MASALAH KESIHATAN SERIUS

11.1

YA
TIDAK

88.9

Carta ini sangat menggerunkan kerana hanya 11.1 peratus sahaja yang menyedari bahawa
obesiti boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

FAKTOR KETURUNAN

YA
TIDAK

Melalui carta ini 80% remaja tidak mengetahui bahawa faktor keturunan merupakan salah
satu penyumbang kepada penyakit obesiti. 100% remaja mengetahui bahawa faktor
pemakanan merupakan penyumbang kepada penyakit obesiti tetapi gaya pemakanan mereka
tidak berubah. Ini terbukti dengan 100% remaja Kunak masih mengambil makanan
berminyak untuk sarapan. Oleh itu, saya menyediakan contoh ‘meal plan’ yang sihat untuk
sehari.

13
TREND OBESITI “MENGGERUNKAN”

‘MEAL PLAN’

Ini disiapkan menggunakan kertas ‘glitter’ dan menampalnya dan menampalnya dengan
kertas berwarna putih. Ini diperolehi melalui portal jiwanasihat.coin/nutirsi/senarai-kalori-
makanan-malaysia-serta-cara-mengira-kalori/

14
TREND OBESITI “MENGGERUNKAN”

KESIMPULAN
Setelah menghasilkan buku skrap ini, saya lebih memahami mengenai bahaya
penyakit obesiti dan kurangnya kesedaran masyarakat khususnya remaja mengenai penyakit
ini. Saya juga mempelajari faktor yang boleh menyumbang penyakit ini contohnya gaya
pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat serta kaedah yang boleh digunakan untuk
mengatasinya.

Program kesedaran obesiti juga perlu dilakukan dalam bentuk yang lebih menarik
supaya remaja lebih berminat untuk menyertainya. Masih banyak penambahbaikan yang
perlu dilakukan seperti kempen gaya hidup sihat seperti contoh video senaman ringkas yang
boleh dilakukan oleh remaja.

Kempen juga perlu diadakan di sekolah untuk memastikan remaja lebih aktif dan
mengamalkan gaya hidup sihat.

Akhir sekali kita semua perlu mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat
untuk memastikan kita tidak mengalami penyakit obesiti yang boleh membawa lebih banyak
penyakit serius lain seperti tekanan darah tinggi dan diabetes mellitus.

15

You might also like