You are on page 1of 1

POLITIK.

Dari segi Bahasa ia bermaksud siasah berasal dari perkataan sasa, yasasu, siyasatan
yang bermaksud ‘mengurus kepentingan seseorang’. Dari segi istilah pula, politik bermaksud
mengatur/memelihara urusan umat sama ada dalam atau luar negeri [Sheikh Taqiyuddin
anNabhani, Muqaddimah ad-Dustur]

Malaysia mempunyai variasi kaum yang hidup dalam komuniti yang aman dan harmoni.
Kepelbagaiian kaum seperti Melayu, Cina dan India yang hidup bagai aur dengan tebing
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di rantau ini. Dengan wujudnya
kepelbagaian kaum di Malaysia, wujudnya kepelbagaian budaya, agama dan bahasa dalam
kalangan rakyat di negara ini, maka timbulah pelbagai masalah yang melibatkan hubungan
etnik. Boleh dikatakan bahawa perkauman akan sentiasa menjadi batas pemisah antara rakyat
pelbagai kaum. Keadaan ini seterusnya boleh melahirkan ketegangan dan konflik antara kaum
dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya pertumpahan darah. Peristiwa 13 Mei 1969
masih segar dalam ingatan setiap insan di Malaysia. Peristiwa berdarah yang melibatkan
rusuhan kaum pada ketika itu perlu menjadi iktibar bagi setiap generasi. Sesungguhnya
peristiwa tersebut yang mencatatkan titik hitam dalam sejarah perpaduan kaum di Malaysia
wagar direnungi agar pisang tidak berbuah dua kali. Perpaduan kaum amat penting
dipertahankan agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju kea rah pembentukkan negara
bangsa dan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

You might also like