You are on page 1of 1

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti cabaran, sumbangan dan kesan yang
dihadapi oleh negara kita dalam menyatupadukan kepelbagaian etnik di negara kita dalam
konteks politik. Kajian ini dijalankan kerana timbulnya masalah seperti cabaran globalisasi,
pengaruh barat dari segi ideology, budaya hedonism dan nilai negatif, ekonomi bebas serta
sain dan eknologi. Masalah yang seterusnya ialah politik perkauman dan tidak menjaga
sensitiviti agama, kaum dan perlembagaan.

Seterusnya, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk menghuraikan cabaran dan kekangan
yang dihadapi dalam mencapai dan mengekalkan kesepaduan etnik di Malaysia. Yang kedua,
untuk menyenaraikan sumbangan politik dalam mencapai perpaduan kaum dinegara ini dan
akhir sekali, mengenalpasti kesan politik terhadap perpaduan kaum dalam menyatupadukan
etnik di Malaysia.

Antara dapatan dari kajian ini yang dapat dilihat dari segi sumbangan ialah kebijaksanaan
pemerintah menjadikan perpaduan kaum sebagai keutamaan. Yang kedua ialah memupuk
semangat kerjasama, hal ini demikian kerana sikap kerjasama amatlah penting bagi
membentuk perpaduan antara kaum di negara kita. Konsep 1Malaysia juga merupakan
salahsatu sumbangan dalam menyatupadukan kaum di Malaysia.

Dari segi cabaran pula, wujudnya parti-parti politik yang berasaskan pegangan perkauman
yang kuat, pergolakkan yang berlaku diantara kaum di negara kita yang dilihat semakin
menjadi-jadi sehingga boleh menyebabkan perasaan perkauman itu semakin menebal
dikalangan masyarakat, mengembalikan kepercayaan warga cina dan india yang beralih
sokongan kepada pembangkang.

Dari segi kesan pula, agen yang paling berkesan dan bertindak secara langsung dlm membina
orientasi pemikiran politik masyarakat terutamanya ketika pilihan raya, memupuk hubungan
etnik secara formal dalam politik dan dapat mengekalkan kestabilan politik dan pembangunan
negara

You might also like