You are on page 1of 1

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian etnik yang terdiri daripada

etnik Melayu, Cina, India, Sabah, Sarawak dan etnik minoriti yang lain. Kepelbagaian etnik
ini menyaksikan Malaysia mempunyai pelbagai jenis bahasa, agama dan budaya ysng berbeza.
Kepelbagaian ini juga boleh menimbulkan berlakunya perpecahan atau timbulnya konflik
antara etnik-etnik di Malaysia.

Antara masalah-masalah yang berkait dengan politik di Malaysia ialah cabaran globalisasi.
Proses globalisasi atau pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi dan politik Barat
sejagat. Oleh sebab penjajahan tidak lagi diterima dalam rangka nilai dan kebebasan manusia
masa kini, maka kuasa Barat memperjuangkan pula hak asasi manusia.

Pengaruh Barat dari segi ideologi, budaya hedonisme dan nilai negatif, ekonomi bebas, sains
dan teknologi yang memusnahkan, serta sistem politik yang dianggap terbaik bagi semua
manusia dieksport atau dibawa masuk ke seluruh dunia. Malaysia tidak terkecuali daripada
pengaruh arus pembaratan dan globalisasi yang mendesak. Globalisasi menjadi faktor perubah
budaya yang amat kuat dan deras, mengakibatkan lenyapnya budaya perkauman di Malaysia.

Selain itu, politik perkauman berlaku mengikut sesebuah parti politik yang disokongnya.
Sebagai contoh, semestinya kaum India yang akan menjadi penyokong buat parti Malaysian
Indian Congrest MIC yang dinaungi oleh UMNO atau Barisan Nasional (BN). Politik
perkauman ini boleh menimbulkan perasaan kurang senang dan menebalkan lagi sentimen
perkauman jika inisiatif yang terbaik tidak diambil.

Seterusnya, rakyat mahupun pemimpin tidak menjaga sensitiviti agama, kaum dan
perlembagaan. Segelintir daripada masyarakat mungkin mengambil enteng terhadap ini, tetapi
akibat terhadap sebuah perpaduan amat besar kerana Malaysia tidak akan mencapai perpaduan
yang utuh. Isu-isu perkauman seperti bahasa, budaya, pendidikan, agama, hak keistimewaan
bumiputera, kerakyatan, dan ekonomi boleh membuka ruang kepada polikus untuk meraih
undi atau menjadi perhatian kepada masyarakat.

You might also like