You are on page 1of 12

TAJUK KURSUS SEJARAH RUSIA HINGGA AWAL ABAD KE-20

KOD KURSUS AIL2021


NO. SOALAN ESEI 2

BINCANGKAN KEPENTINGAN ERA MOSCOW


TAJUK ESEI DALAM PROSES PEMBINAAN DAN
PENGUKUHAN EMPAYAR RUSIA HINGGA
ABAD KE-15
NAMA PENSYARAH PROF MADYA DR. ZULKANAIAN BIN ABDUL
(TUTORIAL) RAHMAN
NAMA PELAJAR MUHAMMAD ARMIN BIN AZHAN
NO. KAD MATRIK AIL180025 @ 17127098/1
SESI AKADEMIK 2019/2020 SEMESTER 2
PENGENALAN

Bermula sekitar abad ke sembilan, telah bermula zaman pra-Moscow iaitu muncul

di Kota Kiev. Kemunculan Moscow yang terletak berdekatan Sungai Volga kerana

berjaya membebaskan diri daripada cengkaman ketenteraan Mongol pada tahun 1480

semasa berada pada pemerintahan Ivan III. Ini terjadi kerana pada sebelum ini, Kota Kiev

telah menjadi pusat empayar Rusia. Penguasaan Mongol terhadap Rusia bertahan lebij

dua abad sebelum berakhir pada tahun 1480.1 Terdapat beberapa faktor negara kota

Moscow telah menunjukkan kebangkitan dan bukannya Tver mahupun Novgorod. Faktor

utama adalah kedudukan geografi Moscow yang terletak di tengah-tengah sungai dan

komunikasi darat Rusia. Kedudukan di tengah-tengah sistem jalan air iaitu di tebing

Sungai Moskva menghubungkan bahagian atas Volga dengan bahagian tenagh dan atas

Sungai Oka memberikan kelebihan kepada Moscow pada ketika itu.2

Semasa era pemerintahan Ivan III, empayar Rusia tekah menyaksikan Moscow

berjaya membebaskan diri daripada penguasaan tentera Mongol pada 1480. Perpindahan

kerajaan pusat dari negara Kota Kiev ke Moscow merupakan satu simbol kemerdekaan

atas kemenangan menjadi satu-satunya negara kota berjaya membebaskan diri daripada

cengkaman orang Tartar. Sebaik sahaja berjaya membebaskan diri daripada cengkaman

tentera Mongol, Moscow telah mula mengukuhkan empayar Rusia. Pengganti Ivan III

iaitu Ivan IV telah terus melemahkan kedudukan orang Tartar di Rusia dengan menguasai

Kazan pada 1552 dan Astrakhan pada 1556. Ternyata era Moscow amat penting dalam

proses pembinaan dan pengukuhan empayar Rusia sehingga abad ke-15.

1
Zulkanain Abdul Rahman, Tamadun Rusia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002, hlm. 43.
2
Ian Grey, Ivan III and Unification of Russian, England: Penguin Books, 1964, hlm 19-20.
KEPENTINGAN ERA MOSCOW DALAM PROSES PEMBINAAN DAN

PENGUKUHAN EMPAYAR RUSIA SEHINGGA ABAD KE-15.

PEMBEBASAN ORANG SLAV TIMUR DARIPADA TENTERA MONGOL

Pembebasan orang Slav Timur daripada kuasa tentera Mongol menjadi salah satu

kebangkitan Moscow pada ketika itu. Hal ini terjadi kerana konflik dalaman yang

dihadapi oleh Mongol dalam hal berkaitan persaingan antara 25 orang Khan Mongol

(1350 hingga 1380) yang berhasrat untuk merebut jawatan Great Khan.3 Situasi konflik

ini telah dimanfaatkan oleh Rusia untuk digunakan sebagai peluang dengan melakukan

beberapa siri percubaan oleh Moscow bagi mencabar pemerintahan orang Tartar.

Contohnya, pada tahun 1380 pemerintah Moscow (Dimitri) telah menyerang tentera

Mongoldi Kulikovo berhampiran dengan Sungai Don. Namun, usaha ini gagal dalam

mengusir orang Tartar.

Selain daripada itu, pemerintah empayar Rusia iaitu Ivan III telah mula

memerintah pada tahun 1462. Beliau telah membuat beberapa percubaan ketenteraan bagi

menentang penguasaan orang Tartar ini. Hal ini dapat dijelaskan apabila Akhmad Khan

iaitu pemerintah kerajaan Gloden Horde telah menghantar utusannya ke Moscow bagi

menyatakan tuntutan ufti yang harus dibayar oleh Moscow. Oleh kerana para pemerintah

Rusia terdahulu telah secara beransur-ansur berhenti membayar ufti ke Sarai lalu

menyebabkan pada masa pemerintahan Ivan III memperlihat tentera Mongol telah mula

mendesak Moscow supaya membayar tunggakan ufti yang tidak dterima Sarai untuk

beberapa tahun. Namun, Moscow tidak mahu memenuhi tuntutan Sarai dan telah bersiap

sedia untuk berperang. Kesannya, Akhmad Khan telah membuat sepakatan dengan

pemerintah Lithuania (Casimir) untuk menyerang Moscow pada tahun 1472.

3
Zulkanain Abdul Rahman, Tamadun Rusia, hlm. 43.
Namun, Casimir tidak menghantar tentera Lithuania menyebabkan Akhmad Khan

bertempur dengan seramai 180,000 orang tentera yang dihantar Ivan III. 4

Pada Oktober 1480, serangan di tebing Sungai Ugra (anak sungai dari Barat Oka

Kaluga) telah dilakukan oleh Akhmad Khan. Beliau telah mula sedar tentang kekuatan

tentera Rusia yang berpusat di Moscow semakin meningkat lalu telah membuat pakatan

tentera bersama Poland dan Lithuania bagi menyerang Moscow. Namun, pakatan ini telah

gagal dan Akhmad Khan dibunuh oleh pengikutbya sendiri yang berpaling tadah.5

Kekalahan Akhmad Khan ini membawa kepada pengakhiran pemerintahan Tartar Yoke

ini di Rusia. Ivan III telah digelar Ivan The Great dalam sejarah Rusia kerana telah berjaya

mendapatkan kembali Rusia yang sebelumya dikuasai oleh tentera Mongol. Masyarakat

Slav Timur telah bebas daripada penguasaan tentera Mongol dan segala bentuk

penindasan Mongol ke atas bangsa Slav Timur turut berakhir.

MOSCOW SEBAGAI PUSAT PENTADBIRAN

Moscow yang terletak di bahagian lebih utara dari Kiev telah menjadi pusat

pemerintahan, pentadbiran dan pusat kehidupan sosial bagi masyarakat Rusia setelah

kejatuhan kerajaan Golden Horde pada lewat abad ke-15. Perubahan pusat pentadbiran

Rusia ini telah terjadi selepas kejatuhan pemerintahan tentera Mongol. Keadaan ini

tercetus oleh kerana beberapa sebab. Pertama, Moscow berada di tengah-tengah sungai

dan komunikasi darat Rusia mendorong Moscow berperanan sebagai pusat pentadbiran

strategik. Moscow juga terletak di tebing Sungai Moskva yang menghubungkan di

bahagian atas Volga dengan di bahagian tengah serta atas Sungai Oka.

4
Ian Grey, Ivan III and Unification of Russian, hlm. 35.
5
Zulkanain Abdul Rahman, Tamadun Rusia, hlm. 44.
Tambahan pula, terdapat benteng pertahanan semula jadi iaitu hutan belantara

yang berpontensi menyekat sebarang bentuk serangan yang dihantar oleh musuh.6 Ini

telah menjadikan satu manfaat kepada Moscow daripada aspek keselamatan iaitu

terlindung daripada serangan orang Tartar serta musuh-musuh lain.7 Moscow terletak

pada kedudukan di tengah pusat yang mana di tengah-tengah pusat inni telah didiami

orang Rusia khususnya Great Russia.

Setelah Moscow bebas daripada penguasaan tentera Mongol, pusat pemerintahan

empayar Rusia telah beralih dari kota Kiev ke Moscow. Situasi ini dikatakan sedemikian

kerana kota Kiev telah dianggap kalah pada Mongol pada abad ke-9 seterusnya Moscow

telah dijadikan sebagai simbol kemerdekaan kerana Moscow adalah satu-satunya negara

kota terawal telah berjaya membebaskan diri datipada penguasaan orang Tartar serta Ivan

III telah berusaha menyatukan pentadbiran dengan berpusatkan di Moscow.8 Terdapat

penempatan pemerintah dinasti Rurik, rumah ibadat, istana serta penempatan masyarakat

Slav Timur menjadi indikator Moscow sebagai pusat pentadbiran. Rusia telah mula

meluaskan empayarnya apabila semua wilayah yang dikuasai dipusatkan di Moscow.

Keadaan ini telah menunjukkan penyatuan bangsa Slav Timur ketika itu telah

dilaksanakan oleh pemerintah Rusia serta Moscow telah dianggap sebagai pusat

kehidupan Rusia.9

6
John Lister Ingworth Fennell, The Emergence of Moscow 1304-1359, London: Secker & Warburg, 1968,
hlm. 55.
7
Ian Grey, Ivan III and Unification of Russian, hlm. 20.
8
Zulkanain Abdul Rahman, Tamadun Rusia, hlm. 44.
9
Donald W. Treadgold (2nd ed), Twentieth Century Russia, Chicago: Rnd Mcnaliy & Company, 1964,
hlm. 16.
Sudut fizikal serta susun atur negara kota Moscow menjadi aspek perubahan

kepada pentadbiran di Moscow. Moscow terletak berdekatan dengan Sungai Volga dan

memilikki susun lapisan masyarakat yang berkedudukan tinggi iaitu Tsar diikuti

golongan bangsawan, pedagang, petani dan hamba (lapisan paling bawah). Tsar berkuasa

penuh (mutlak) terhadap pentadbiran di Rusia, Tsar dibantu oleh golongan bangsawan

yang berkhidmat dengan pemerintah Rusia. Kehidupan masyarakat Slav Timur menjadi

salah satu aspek perkembangan Moscow sebagai pusat pentadbiran. Di Moscow, ada

bangunan-bangunan gereja serta istana di Moscow. Hal ini menggambarkan Mosow telah

mengamalkan ajaran Kristian Ortodoks lalu disebarkan meluas kepada masyarakat Rusia

pada ketika itu. Aspek pakaian turut dititikberatkan oleh pemerintah Rusia sebagai

lambang kemewahan. Pemerintah Rusia memakai mahkota serta berpakaian mewah

menunjukkan statusnya yang tinggi sebagai pmerintah Rusia. Pengiring pemerintah Rusia

juga dikelilingi oleh kerabat-kerabat diraja.

Semasa pemerintahan Ivan III, beliau telah melakukan usaha pembinaan semula

Kremlin.10 Kremlin membawa maksud kepada kubu di dalam kota. Ivan III turut

membawa beberapa oramg arkitek dari Itali bernama Petrus Antonius dan Marcus Fuffus.

Petrus Antonius telah merancamg pembinaan dinding dan menara Kremlin manakala

Marcus Fuffus telah merancang pembinaan istana baharu bagi putera. Kremlin Moscow

merupakan sebuah kompleks dibina di pusat Moscow yang menghadap Sungai Moskva

di Seltatan, Dataran ke Timur dan Alexander Garden di Barat. Dahulunya, kompleks ini

adalah kediaman Tsar di Moscow. Selepas pembinaan tembok Kremlin baharu dan

gereja-gereja selesai, Tsar telah mengarahkan agar tidak perlu lagi membina struktur

baharu di kawasan sekitar kubu tersebut. Kremlin telah dipisahkan dari badan pedagang

berdinding (Kitay-Gorod) dengan parit seluas 30 meter.

10
Ahmad Fahrurodgi, Rusia Baru Menuju Demokrasi, Jakarta: Yayasan Pustaka Obor Indonesia, 2015,
hlm. 49.
PELUASAN KUASA MOSCOW

Moscow telah becita-cita dalam memperluas kuasa. Apabila Moscow sudah

mucul sebagai unit politik yang telah bebas daripada ketuanan Mongol, para pemerintah

Moscow telah melaksanakan beberapa usaha mengembangkan wilayah sebagai alat

pemerintahan. Contohnya, Ivan III telah meluaskan wilayah daripada 600 batu persegi

semasa zaman Ivan Kalita kepada 15000 batu persegi pada akhir pemerintahan Basil II.11

Moscow telah membuat perluasan kuasa ke atas Novgorod dan Tver sebagai langkah

menghalang perkembangan Lithuania serta mengurangkan kemungkinan seranagn

Tartar.12

Moscow telah memulakan usaha menakluk negara-negara kota yang sebelum ini

dikuasai oleh Mongol. Pada sebelum ini, pemerintah telah melancarkan serangan

terhadap Novgorod pada tahun 1471. Ivan III telah menghantar deklarasi perang terhadap

Novgorod dalam serangan ini. Pada tahun 1741, Novgorod telah meminta bantuan dari

Casmir dan Pskov. Namun, Pskov telah berpihak kepada Moscow. Ivan III telah

menggabungkan hanya sebahagian kecil daripada empayar utara Novgorod dan

mengenakan denda 15500 rubel dengan syarat membatalkan perjanjian dengan Casmir.13

Kesannya, telah terjadi konflik dalam kalangan masyarakat Novgorod mendorong

golongan boyar berbalah menentang pemerintahan Moscow. Ivan III telah kuasai

Novgorod pada tahun 1478 secara penuh. Pada 1472, serangan telah dilakukan terhadap

Novgorod, Ivan III telah berjaya menguasai Perm yang berdekatan dengan Urals.14

11
Nicholas V, Riasanovsky, A History of Russia, New York: Oxford University Press, 1963, hlm. 113.
12
Taras Hunczak (editor), Russian Imperialism from Ivan the Great to the Revolution, New Nrunswick:
Rutgers University Press, 1974, hlm. 35.
13
Ian Grey, Ivan III and Unification of Russian, hlm. 56.
14
Bernard Pares, A History of Russia, London: J. Cape, 1947, hlm. 118.
Disamping itu, Moscow berjaya menguasai perdagangan yang sebelum ini

dikuasai oleh Novgorod pada abad ke-15. Perdagangan bulu yang dibuat oleh Moscow

telah bertembung dengan perkembangan perdagangan dijalankan oleh Novgorod.

Novogorod pada awalnya adalah wilayah Rusia yang tidak dikuasai kerajaan Golden

Horde disebabkan kebijaksanaan Alexander Nevski dalam mengekalkan kemerdekaan

Novgorod. Oleh itu, Novgorod telah menggantikan negara Kota Kiev menguruskan

aktiviti perdagangan Rusia dengan England dan Jerman untuk tempoh sekitar dua abad.

Perdagangan antara Rusia dengan negara Eropah yang lain tidak terputus, hanya telah

beralih arah ke utara iaitu Novgorod.15

Novgorod telah mengalami perkembangan aktif di sepanjang Artic Circle

sehingga ke laluan pantai Ob semasa di bawah Mongol dari abad ke-13 dan ke-14. Selepas

Moscow menakluk, Novgorod terpaksa memberi laluan kepada Moscow di mana

memilikki penduduk yang padat, Keadaan ini telah menjelaskan bahawa kepentingan

perdagangan telah berada di bawah naungan Muscovite serta telah diangkat menjadi ketua

bagi isu antarabangsa semasa pemerintahan Ivan IV (1533-1584).16 Apabila usaha

peguasaan Moscow terhadap Novgorod telah berjaya, Moscow muncul sebagai pusat

perdagangan, pentadbiran dan keagamaan di Rusia.

Semasa pemerintahan Ivan IV telah menunjukkan Moscow berjaya menawan

wilayah-wilayah baharu di bahagian selatan iaitu Tartar, Chuvash dan Votiak. Era ini

amat bergantung kepada kekuatan ketenteraan. Kejayaan dalam menggerakkan misi

ketenteraan oleh Moscow dapat menguasai bahagian selaran sehingga orang Tartar

terpaksa beralih ke Crimea.

15
Zulkanain Abdul Rahman, Tamadun Rusia, hlm. 40.
16
Taras Hunczak (editor), Russian Imperialism from Ivan the Great to the Revoution, hlm. 25.
Penguasaan Moscow terhadap Novgorod pada tahun 1480 menunjukkn Ivan III telah

berjaya menguasai seluruh Utara Rusia dari Lapland (Finland) ke Pergunungan Ural.

Ivan The Great telah memaksa Alexander I dan Raja Poland untuk menyerahkan

wilayahnya rentetan daripada peristiwa peperangan dengan Lithuanian pada tahun 1492

dan 1500. Ivan III telah dikenali sebagai ‘pengumpul tanah Rusia’ kerana saiz wilayah

menjadi tiga kali ganda besar.17 Ivan III telah meletakkan dasar-dasar asas yang

seterusnya dikenali sebagai negara Rusia.18

MOSCOW SEBAGAI ROM KETIGA (THIRD ROME)

Moscow telah menerima pengaruh daripada empayar Byzantium mendorong

empayar Rusia telah mempraktikkan ajaran Kristian Ortodoks. Situasi ini menyebabkan

Moscow telah dikenali sebagai Rom Ketiga akibat menjadi penerus kepada

kesinambungan yang sama seperti Rom dan Constantinople. Setelah Moscow berjaya

bebas dari Mongol, putera-putera Rusia telah memutuskan bahawa Kristian Ortodoks ini

sudah diwarisi dari Byzantine setelah kejatuhan Contantinople. Apabila negera Kota Kiev

menerima ajaran Kristian Ortodoks ini mendorong masyarakat Slav Timur tertarik untuk

menganut ajaran ini dengan sukarela. Hal ini dapat dijelaskan melalui situasi apabila

Byzantium telah membawa masuk ke Rusia bersama lima perkara iaitu agamanya,

undang-undang, pandangannya tentang dunia, seni dan tulisannya. Jelaslah bahawa

dengan bertapaknya ajaran Kristian Ortodoks pada negara Kota Kiev lalu bermula

penyebaran ajaran ini dalam empayar Rusia seterusnya menjadi sebab penyatuan dunia

bangsa Slav.

17
Russiapedia, Prominent Russians: Ivan III the Great, http://russiapedia.rt.com/prominent-russians/the-
ryurikovich-dynasty/ivan-iii-the-great/ (Tarikh diakses 20 April 2020).
18
Smart History of Russia, Ivan the Great-History of Russia in 100 minutes (Part 6 of 36),
http://www.youtube.com/watch?v=dX9JK8lwKt8 (Tarikh diakses 20 April 2020).
Penyatuan atas nama Moscow dari pemerintahan Timur dibuat dalam misi

keagamaan. Ivan III telah menyerang Novgorod dan Tver atas dasar agama dengan sebab

bahawa Katolik Lithuania barangkali mengatasi ajaran Kristian Ortodoks. Moscow telah

berjaya menawan semula wilayah Kazan dan Astrakhan sebagai simbol kententeraanserta

keagamaan. Hal ini terbukti apabila Ivan IV telah melakukan paksaan serta menawarkan

kemewahan kebendaan sebagai usaha menarik minat kumpulan minoriti ini utnuk

menukar agama. Masyarakat bukan Rusia di wilayah seperti Tartar, Chevemis dan Votiak

telah berjaya dikuasai dan proses pengkristianan menjadi mudah. Hal ini terjadi kerana

mereka telah ditawarkan perlindungan ketenteraan, tanah dan boleh mendapatkan jawatan

penting dalam tentera.

Tambahan pula, Ivan IV telah melancarkan serangan terhadap Livonians dan

Polish_Lituanians sebagai usaha mengukuhkan empayar Rusia pada ketika itu. Ivan IV

menyatakan tentang dirinya sebagai penjaga iman sejati yang telah diamanahkan dalam

menyatukan semua dunia Kristian sebagaimana pemerintah agung Kaisar Constantine.

Gereja Rusia juga melakukan usaha penting dalam memimpi pemerintah supaya

memperluas sempadan Muscovy iaitu meluaskan penyebaran ajaran Kristian Ortodoks

setelah Moscow muncul sebagai penerus kepada Constantinople. Selain itu, Ivan III telah

menjelaskan bahawa Moscow dan semua tanah di Rusia merupakan satu bandar baharu

Constantinople sebagai pemerintah baharu Ortodoks (Rom Ketiga). Jelaslah bahawa

serangan dan penaklukan yang telah dilancarkan semasa era Moscow memperlihat

penyatuan masyarakat dalam keagamaan Kristian Ortodoks.


KESIMPULAN

Kita dapat simpulkan bahawa era Moscow menjadi sangat penting dalam proses

pembinaan dan pengukuhan empayar Rusia. Apabila Moscow telah berjaya

membebaskan diri daripada cengkaman Mongol pada tahun 1480, Moscow telah

membina kekuatan ketenteraan dan peluasan wilayah Rusia iaitu menakluk negara kota

yang lemah. Moscow turut berjaya membentuk sebuah empayar yang besar dan kukuh

berbanding negara kota lain. Ivan III tekah merangka bentuk pemerintahan empayar

Rusia melalui usaha menyatukan semua pentadbiran berpusat di Moscow. Tambahan

pula, semasa Ivan IV memerintah telah menunjukkan kejayaan beliau dalam melemahkan

kedudukan orang Tartar dengan menguasai wilayah Kazan dan Astrakhan mendorong

Moscow bebas secara penuh dari Mongol. Keagamaan seperti ajaran Kristian Ortodoks

juga menjadi faktor penyatuan bangsa Slav Timur serta kebudayaan keagamaan ajaran

ini di Moscow telah dipengaruhi dari Byzantium. Pembentukan tanadun Rusia yang

berteraskan masyarkat Slav Timur telah mengalami perkemangan maju akibat daripada

pengaruh Rom dan Constantinople.


BIBLIOGRAFI

Ahmad Fahrurodgi, Rusia Baru Menuju Demokrasi, Jakarta: Yayasan Pustaka Obor
Indonesia, 2015.
Bernard Pares, A History of Russia, London: J. Cape, 1947.
Donald W. Treadgold (2nd ed), Twentieth Century Russia, Chicago: Rnd Mcnaliy &
Company, 1964.
Ian Grey, Ivan III and Unification of Russian, England: Penguin Books, 1964.
John Lister Ingworth Fennell, The Emergence of Moscow 1304-1359, London: Secker &
Warburg, 1968.
Nicholas V, Riasanovsky, A History of Russia, New York: Oxford University Press, 1963.
Russiapedia, Prominent Russians: Ivan III the Great,
http://russiapedia.rt.com/prominent-russians/the-ryurikovich-dynasty/ivan-iii-
the-great/ (Tarikh diakses 20 April 2020).
Smart History of Russia, Ivan the Great-History of Russia in 100 minutes (Part 6 of 36),
http://www.youtube.com/watch?v=dX9JK8lwKt8 (Tarikh diakses 20 April 2020).
Taras Hunczak (editor), Russian Imperialism from Ivan the Great to the Revolution, New
Nrunswick: Rutgers University Press, 1974.
Zulkanain Abdul Rahman, Tamadun Rusia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2002.

You might also like