You are on page 1of 11

KERTAS KERJA SAMBUTAN KEMERDEKAAN

PERINGKAT SEKOLAH

TAHUN 2017
SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH SEMPENA

HARI KEMERDEKAAN KE -60

SEKOLAH KEBANGSAAN LINTANG

negaraku
#sehatisejiwa
ANJURAN :

UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH

DENGAN KERJASAMA

KETUA PANITIA DUNIA SEJARAH, PENDIDIKAN SENI VISUAL,


PANITIA PENDIDIKAN MUZIK SERTA PANITIA PENDIDIKAN MORAL
1.0 PENDAHULUAN

Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Lintang (SKL) dengan kerjasama


Panitia Sejarah, Pendidikan Muzik, Panitia Pendidikan Moral dan Panitia Pendidikan
Seni Visual akan mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim
Sekolah Kebangsaan Lintang bagi tahun 2017. Justeru, Unit Kokurikulum dan pihak
Panitia akan mengambil inisiatif mengadakan aktiviti sempena sambutan Hari
Kemerdekaan Ke-60 bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa. Sambutan Kemerdekaan
ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua Tahun iaitu dari Tahun 1
hingga Tahun 6. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan
yang menggalakkan daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan
memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk
memupuk semangat patriotik serta menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama dalam
kalangan murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Lintang.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan


adalah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan guru-
guru Sekolah Kebangsaan Lintang serta meningkatkan kesedaran warga sekolah
tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan perjuangan pelbagai
pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjuran dalam
peringkat sekolah supaya dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SK Lintang
secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang
mampu mengharumkan nama baik SK Lintang di peringkat yang lebih tinggi seperti
pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.
3.0 OBJEKTIF

i. Menyemai semangat 1 MALAYSIA


ii. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara.
iii. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam
rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iv. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan
yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.
vi. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas
nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
vii. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan ini.
viii. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih
atas jasa-jasa mereka.
ix. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan
menghayati tema sambutan kemerdekaan.
x. Mencungkil bakat pelajar.
xi. Menguji pengetahuan am para pelajar
xii. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
xiii. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu
semasa.
xiv. Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan
audien.
xv. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat
tradisional daripada luput ditelan zaman.

4.0 PENGANJURAN

Unit Kokurikulum dengan kerjasama Panitia Sejarah, Pendidikan Seni Visual, Panitia
Pendidikan Muzik serta Panitia Pendidikan Moral bersama-sama guru-guru Sekolah
Kebangsaan Lintang.
5.0 TARIKH

Sempena Bulan Kemerdekaan dari 31 julai 2017 hingga Majlis Penutupan Bulan
Kemerdekaan pada 16 September 2017.

6.0 PENYERTAAN

Semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan Lintang.

7.0 STRATEGI

Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan


murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan
semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan dijalankan dengan bantuan dan kerjasama
guru-guru Sejarah, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan dan Pusat Sumber Sekolah.

8.0 JADUAL PERLAKSANAAN


8.1 CADANGAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Bil Aktiviti Panitia / Tempat Perincian Cadangan Tarikh


1 Majlis Pelancaran Sambutan -Guru Bertugas -Nyanyian Lagu Patriotik. 31 Julai 2017
Hari Kemerdekaan ke - 60 Mingguan/Unit -Gimik Pelancaran: 3 orang
Kokurikulum Murid membawa bendera
-Dewan Terbuka menuju ke dewan sekolah
Sekolah dan semua murid dan guru
mengibarkan jalur gemilang
yang dibekalkan sambil
menyanyikan lagu patriotik.
-Ucapan perasmian
sambutan oleh Guru Besar
dan Memotong tali banting
Kemerdekaan.
2 Nyanyian Lagu Patriotik -Guru Bertugas / -Nyanyian lagu patriotik Sepanjang Bulan
oleh semua murid (pada AJK sebelum masuk Kelas setiap Kemerdekaan
waktu perhimpunan) pagi -Dewan Terbuka pagi hari persekolahan 1 Ogos – 16 Sept
Sekolah
3. Pertandingan nyanyian lagu -AJK -Terbuka 15 Ogos 2017
merdeka (solo) -Dewan Terbuka 7.40-8.40 pagi
Sekolah
4. Pertandingan Mewarna -AJK -Terbuka Tahap I 8 Ogos 2017
-Dewan Terbuka ( Tahun 1-3 ) 7.40-8.40 pagi
Sekolah / Kelas
5. Pertandingan Menghias Kelas -Guru Kelas -Semua murid dan semua 1 Ogos- 31 Ogos
(mengikut tema -AJK guru kelas.
Kemerdekaan) -Setiap Kelas
6. Pertandingan Fesyen -AJK -Semua Murid sekolah yang 29 Ogos 2017
Merdeka / Pakaian Rakyat -Dewan Terbuka menyertai.
Malaysia Berbilang kaum
7. Pertandingan Basikal Berhias -AJK -Semua Murid Sekolah yang 22 Ogos 2017
-Perkarangan menyertai
Parking.
8. Pelancaran mengibarkan -AJK Semua murid, guru dan staf 1 Ogos – 16 Sept
Jalur Gemilang :- -Pekerja Am sekolah. 2017
Menghiasi persekitaran Sekolah
sekolah dengan Jalur -Kawasan
Gemilang , poster Sekolah
Kemerdekaan dan lain-lain
9. Pameran Merdeka (Sudut -AJK -Semua Guru dan Murid Sepanjang Bulan
Merdeka) -Kantin Sekolah Kemerdekaan
-Papan Kenyataan
10. Kuiz Kemerdekaan -AJK -Terbuka 29 Ogos 2017
-Dewan Terbuka
Sekolah
11. Melukis Poster / logo -AJK -Murid Tahun 3, 4 & 5 22 Ogos 2017
-Dewan Terbuka
sambutan kemerdekaan
Sekolah
12. Teka Silang Kata -AJK -Terbuka Semua murid Sepanjang Bulan
Kemerdekaan

13. Sambutan Hari Kemerdekaan -AJK Semua murid dan guru 18 Sept 2017
Ke-60 -Dewan Terbuka
berhimpun di dewan terbuka
i. Perhimpunanan Khas Sekolah
ii. Deklamasi Sajak sekolah
Patriotik
iii. Nyayian Lagu
iv. Ucapan Penutupan

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Aktiviti Kos Bilangan Anggaran
hadiah Perbelanj
aan
1. Hadiah :

Pertandingan Mewarna Tempat Pertama RM7 1


Tahap 1 1
Tempat Kedua RM6 RM18
Tempat Ketiga RM5 1
Pertandingan Melukis
Poster/Logo Tema Tempat Pertama RM7 1
Kemerdekaan Tempat Kedua RM6 1 RM18
Tempat Ketiga RM5 1
Pertandingan Teka Silang
Kata Tempat Pertama RM7 1
Tempat Kedua RM6 1
1 RM18
Pertandingan Nyayian Lagu Tempat Ketiga RM5
Patriotik (solo)
Tempat Pertama RM7 1
Tempat Kedua RM6 1 RM18
Pertandingan Kuiz Tempat Ketiga RM5 1
Kemerdekaan
1
Tempat Pertama RM7
1
Tempat Kedua RM6
Pertandingan Keceriaan 1 RM18
Tempat Ketiga RM5
Kelas Merdeka
1
Tempat Pertama RM7
1
Pertandingan Basikal Tempat Kedua RM6 RM18
1
Berhias Tempat Ketiga RM5
1
Tempat Pertama RM7 RM18
1
Pertandingan Fesyen Tempat Kedua RM6
1
Merdeka / Pakaian Rakyat Tempat Ketiga RM5
Malaysia Berbilang kaum
Tempat Pertama RM7 1
Tempat Kedua RM6 1 RM18
Tempat Ketiga RM5 1

2 Jumlah Keseluruhan RM144

10.0 JAWATANKUASA AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN


KEMERDEKAAN
Sila rujuk Lampiran 1

11.0 ATUR CARA MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Masa Aturcara Majlis


8.00 pagi - Perhimpunan
- Bacaan doa
- Nyanyian Lagu ‘Negaraku’, lagu negeri
Perak, Lagu Sekolah , Lagu Patriotik”Tanggal
31”
- Lafaz ‘Rukun Negara’
- Ucapan Guru Besar dan Perasmian Majlis
Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-60.
- Persembahan
- Penyampaian Hadiah
- Penutup

12.0 PENUTUP

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Lintang ini


memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan
pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang
postif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi
budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Lintang dapat
memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa program itu nanti di samping memupuk
budaya semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia.

Disediakan Oleh,

_________________

( )

Penyelaras Sambutan Kemerdekaan,

Sekolah Kebangsaan Lintang

Disemak oleh,
...............................................
( )

Diluluskan oleh,
.................................................
( )

Lampiran 1

AHLI JAWATANKUASA INDUK


PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
Jawatan Nama Bidang Tugas

Pengerusi En Mohamad Rizal Bin Mohamed Memastikan perancangan


Yunus ( Guru Besar ) dan perlaksanaan program
berjalan lancar.

Timbalan Pengerusi En. Kamarul Maizan Bin Ismail Memantau perancangan dan
( GK Pentadbiran ) perlaksanaan program.

Naib Pengerusi I Pn Asiah Binti Abu Bakar Memantau perancangan dan


( GK HEM) perlaksanaan program.

Naib Pengerusi II En. Nik Muhamad Nazim Bin Nik Memantau perancangan dan
Ishak( GK Ko –Kurikulum ) perlaksanaan program.

Penyelaras En. Mahadzir Bin Abu -Menyelaras dan memantau


Program/Setiausaha Bakar@Ahmad perlaksanaan program
-Menyediakan kertas kerja
dan perlaksanan program.

Bendahari Pn. Norazian Binti Mohd Nazri Menguruskan hal kewangan

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
Hakim 1. Pn. Azlina Binti Zabidi Mengadili pertandingan mewarna
Mewarna/Melukis 2. Pn. Roudzoh Binti Salimi dan melukis poster yang
Poster Khoiren dianjurkan.
Hakim Keceriaan 1. En. Abdul Raof Bin Abd Mengadili pertandingan Keceriaan
Kelas Mutalib Kelas.
Kemerdekaan 2. En. Ahmad Termizi Bin
Abd Rahim
Hakim 1. En. Nik Muhamad Nazim Mengadili pertandingan
pertandingan Bin Nik Ishak
silang kata
Hakim 1. En. Mahadzir Bin Abu Mengadili pertandingan
Pertandingan Bakar@Ahmad
Nyayian Solo 2. En. Kamarul Maizan Bin
Ismail
3. Pn. Roudzoh Binti Salimi
Khoiren
Hakim 1. En. Abd Raof Bin Abd Mengadili pertandingan
Pertandingan Mutalib
Basikal Berhias/ 2. Pn. Asiah Binti Abu Bakar
Pertandingan 3. En. Ahmad Termizi Bin
Fesyen Merdeka Abd Rahim

Hakim 1. En. Mahadzir Bin Abu Mengadili pertandingan


Pertandingan Kuiz Bakar@Ahmad
2. En. Ahmad Termizi Bin
Abd Rahim
Pengurus Hadiah 1. Pn. Murni Binti Abu Menguruskan pembelian,
Hanafiah pembungkusan dan pembahagian
2. Pn. Lorraine Livia A/P hadiah kepada pemenang
Albic
Persiapan tempat 1. Pn. Wan Mariah Binti Wan Menyediakan tempat di tapak
bagi majlis Sulaiman perhimpunan semasa majlis
perasmian 2. Pn. Nor Solehah Binti perasmian pembukaan dan
pembukaan dan Hasan perasmian penutupan.
penutupanpenutup 3. En. Mahadzir Bin Abu
Bakar@Ahmad
P.A Sistem 1. En. Abd Raof Bin Abd Menyelenggara P.A Sistem
Mutalib sepanjang program perasmian dan
penutupan.
Dokumentasi 1. En. Nik Muhamad Nazim Merakamkan gambar sepanjang
Bin Nik Ishak program diadakan.
2. En. Abd Raof Bin Abd
Mutalib
Urusetia/Fasilitator 1. Semua guru Membantu kelancaran program

Keceriaan pasang 1. En. Kamarul Maizan Bin Mengantung dan menurunkan


dan turunkan Ismail bendera dan banting serta hiasan
bendera 2.En. Nik Muhamad Nazim Bin yang digunakan sepanjang
Nik Ishak sambutan diadakan.
3. En Al Amin

You might also like