You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 3

KM. 5, JALAN MERSING, 86000 KLUANG,


JOHOR DARUL TAKZIM. Tel/Faks : 07-
7711736
Kod Sek : JBB 2052

Ruj. Kami : JBB2052/100-19/4/7


Tarikh : 17.01.2016
07 Rabiulakhir 1437H

Kepada :

Cawangan Trafik,
Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang,
86000 Kluang,
Johor Darul Takzim.

Tuan,

MEMOHON BANTUAN KAWALAN LALU LINTAS UNTUK KEJOHANAN MERENTAS DESA


PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2016

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batu 3 akan mengadakan kejohanan tersebut mengikut ketetapan
berikut:

Tarikh : 20 Januari 2016


Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi hingga 9.30 pagi
Tempat : Padang SKBT3 dan sekitar

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon bantuan pihak tuan untuk membantu kami mengawal lalu lintas
semasa kejohanan berlangsung.
.
4. Bersama-sama dengan surat ini, dilampirkan pelan laluan dan atur cara kejohanan untuk perhatian pihak
tuan. Pihak kami amat mengharapkan agar permohonan kami ini diluluskan bertujuan demi keselamatan murid-
murid di sekolah ini.

Sekian untuk tindakan dan makluman tuan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………
KAHAR BIN ABDULLAH
Guru Besar
SK Batu 3,
Kluang Johor.

SK : Fail Kokurikulum

You might also like