You are on page 1of 25

TEORI EMOSIONAL EMOTIF

TERAPI

DISEDIAKAN OLEH:
ROSNIWATI MOHAMAD
PISMP-IPG (PENGAJIAN MELAYU)
Teori Rasional Emotif
Terapi
Pelopor Teori Rasional Emotif Terapi
• Diasaskan oleh Albert Ellis.
• Dilahirkan pada 27 September 1913 di
Pittsburgh, Amerika Syarikat.
• Beliau berkelulusan M.A. dan Ph.D. dalam
bidang psikologi klinikal dari Universiti
Columbia.
• Pada tahun 1959 beliau mengasaskan
Institut Terapi Rasional Emotif di New York.
• Pada tahun 1993, nama institut ini ditukar
kepada Institut Rasional Emotif Behavioral
merangkumi kognitif, emotif dan behavioral.
• Beliau mempunyai kebolehan dalam
memberikan perkhidmatan kaunseling.
• Oleh itu beliau mula mempraktikkan terapi
perkahwinan, keluarga dan seksual.
• Teori ini terbina apabila beliau mendapati
bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori
oleh Freud tidak mendalam dan adalah
satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik.
• Hasil kajian secara klasikal berasaskan
psikoterapi pada tahun 1947-1953, Ellis
mendapati bahawa terapi psikoanalisis
tidak begitu menyeluruh dan tidak saintifik
• Ellis berpendapat pendekatan yang
dibawakan oleh Freud kurang lengkap
kerana ada individu yang bertambah teruk
selepas menjalani pendekatan psikoanalisis.
• Hipotesis REBT berdasarkan bahawa emosi
berpunca daripada kepercayaan,
penilaian, interpretasi dan tindakan
daripada situasi kehidupan
• Di dalam proses teraputik emosi-rasional,
klien mempelajari kemahiran yang akan
digunakan untuk mengenal dan
memerangi kepercayaan yang telah
tertanam lama di dalam diri seseorang.
• Teori ini lebih bersifat ‘pendidikan’ daripada
perubatan yang direka dalam keadaan di
mana kaunselornya aktif terarah dengan
tepat dan mengajar.
• Ellis terkenal dengan bukunya yang bertajuk
‘Reason and Emotion In Psychotherapy’
Pendekatan Teori Rasional Emotif Terapi
• Teori ini mementingkan tiga aspek utama
iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah laku.
• Memberi penekanan kepada pemikiran,
penganalisaan, penilaian, perlakuan dan
membuat keputusan.
• Pendekatan teori ini bercorak deduktif atau
mengajar, mengarah dan mengutamakan
kepada pemikiran daripada kepercayaan
yang tidak rasional.
• Kepercayaan ini perlu dicabar dan
diperbetulkan supaya dapat mewujudkan
sistem kepercayaan yang baik dan rasional
• Prinsip terapi RET boleh digunakan kepada
masalah semasa, masalah yang lain dalam
kehidupan dan juga masalah yang mungkin
dihadapi pada masa akan datang.
• Fokus prinsip ini adalah kepada pemikiran
dan tindakan, bukan hanya mengikut
perasaan.
• Terapi ini dianggap sebagai satu proses
pembelajaran kerana fungsi kaunselor yang
berbagai-bagai
• Teori Ellis ini berasaskan andaian bahawa
individu-individu mempunyai keupayaan
bertindak sama ada dalam bentuk rasional
mahupun tidak rasional.
Model ABC

• Berdasarkan konsep teori yang diperkenalkan,


Albert Ellis membentuk model ABC untuk
menghuraikan sekuan peristiwa yang
membawa gangguan psikologikal manusia.
Model Peristiwa

Peristiwa diaktifksn
A
(Activing)
Gangguan emosi ditimbulkan

B Percayaan peristiwa berlaku


(Belief)
Percayaan rasional / tidak
rasional

C Akibat
(Consequences)
Tingkah laku emotif /
behavioral
Matlamat Teori Rasional Emotif Terapi

• Bertujuan untuk membantu klien


memperkembang pemikiran rasional dan
logikal melalui galakan mereka memikir dan
memahami pemikiran tidak rasional yang
diwarisi masa dahulu.
• Klien dibimbing untuk melihat dan
menganalisis peristiwa yang diaktifkan dan
ganguan emosi yang dialami.
• Pencapaian matlamat hanya berjaya
apabila klien benar-benar memahami
punca asas yang menimbulkan gangguan
emosi dan harus mengikisnya dengan
gantian percayaan rasional atau logikal.
Objektif Teori Rasional Emotif Terapi

• Memperbaiki dan mengubah segala perilaku


yang tidak rasional dan tidak logik menjadi
rasional dan logik agar klien dapat
mengembangkan dirinya.
• Menghilangkan gangguan emosional yang
merosakk.an
Kebaikan Teori Rasional Emotif Terapi

• Pendekatan ini cepat sampai kepada


masalah yang dihadapi oleh klien. Dengan
itu perawatan juga dapat dilakukan
dengan cepat.
• Kaedah pemikiran logik yang diajarkan
kepada klien dapat digunakan dalam
menghadapi gejala yang lain.
• Klien merasakan diri mereka mempunyai
keupayaan intelektual dan kemajuan dari
cara berfikir.
Kelemahan Teori Rasional Emotif Terapi

• Ada klien yang boleh ditolong melalui


analisa logik dan falsafah, tetapi ada pula
yang tidak begitu geliga otaknya untuk
dibantu dengan cara yang sedemikian
yang berasaskan kepada logika.
• Ada setengah klien yang begitu terpisah
dari realiti sehingga usaha untuk
membawanya ke alam nyata sukar sekali
dicapai.
• Ada juga klien yang terlalu berprasangka
terhadap logik, sehingga sukar untuk
mereka menerima analisa logik.
• Ada juga setengah klien yang memang
suka mengalami gangguan emosi dan
bergantung kepadanya di dalam hidupnya,
dan tidak mahu membuat apa-apa
perubahan lagi dalam hidup mereka
Peringkat I Peringkat II

Proses Kaunseling
Rasional
Emotif Behavioral

Peringkat III Peringkat IV


Peringkat I

Membina hubungan kaunselor-klien


dengan teknik mendengar secara
empatik dan membina iklim yang
kondusif
Peringkat II

Membimbing klien supaya


mendedahkan tingkah laku emotif
dan behavioral di bawah sistem
Model ABC
Peringkat III

Kaunselor membantu klien


membezakan percayaan rasional
dengan tidak rasional dan
memahami bagaimana percayaan
rasional membawa hasil positif
manakala kepercayaan tidak
rasional membawa hasil negatif.
Peringkat IV

Menggunakan teknik pertikai dari


masa ke semasa untuk melatih klien
mencabar percayaan tidak
rasionalnya. Latihan kerja rumah
diberikan untuk menangani
kepercayaan tidak rasional dan
mengekalkan percayaan rasional
yang baru dipelajari.
Pertikai sehebat-hebatnya

Imageri emotif dan rasional

Penerimaan tanpa syarat,


penigkatan dan
Teknik Emotif pernghargaan kendiri

Penggunaan teknik humor


dan kelucuan

Main peranan rasional


Teknik Behavioral

Tugasan untuk mencabar percayaan rasional


yang degil

Latihan menangani perasaan malu dan salah


yang berkait rapat dengan kebimbangan ego.
Latihan kemahiran bertingkah laku seperti
latihan arsetif , latihan berpidato dan
sebagainya
Ganjaran dan hukuman untuk memotivasikan
klien membuat kerja rumah dan melaksanakan
program yang dirancang kan diri sendiri
mengikut token ekonomi yang ditetapkan.
Pandangan Teori Terhadap Manusia
• Hubungan emosi dan pemikiran adalah
berhubung rapat dan tidak boleh untuk
dipisahkan.
• Segala pemikiran dan kepercayaan yang
tidak rasional berpunca daripada proses dan
pengaruh budaya dan pembelajaran

You might also like