You are on page 1of 4

TOKOH KANAK-KANAK (PEREMPUAN)

Tokoh kanak-kanak perempuan pada tahun ini merupakan seorang


murid yang sangat berketrampilan dan berdedikasi. Dibesarkan  dan dididik
dalam sebuah keluarga yang  penuh kasih sayang.  Beliau dilahirkan pada 4 Jun
2008. Merupakan anak bongsu daripada  4 orang adik-beradik. Bapanya
merupakan seorang Juruteknik yang hebat dan ibunya pula seorang surirumah
yang penyayang.

Tokoh kanak-kanak perempuan ini juga menggalas beberapa jawatan penting


di sekolah. Beliau merupakan Pengawas sekolah yang sangat berwibawa dan
berdisiplin. Mempunyai  cita-cita yang murni iaitu sebagai Guru Besar di
sekolah. Beliau juga menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang dalam
bidang akademik dan sering membantu guru dan rakan-rakan yang
memerlukan bantuan.

Ketokohan dan kewibawaan murid ini serta sikap menghormati guru dan
rakan-rakan memberi impak yang sangat besar untuk ditabalkan sebagai Tokoh
Kanak-kanak bagi kategori perempuan bagi tahun 2017. Murid yang
dimaksudkan ialah adik DAMIA IMAN BT FAUZI dari kelas 3 PLUTO
TOKOH KANAK-KANAK (LELAKI)

Tokoh kanak-kanak lelaki pada tahun ini merupakan seorang murid yang
sangat berdisiplin dan tegas. Dibesarkan  dan dididik dalam sebuah keluarga
yang  sangat bahagia.  Beliau dilahirkan pada 14 September 2008. Merupakan
anak bongsu daripada  2 orang adik-beradik. Kedua ibu dan bapanya
merupakan seorang pekerja yang berdedikasi di sebuah bank.

Tokoh kanak-kanak lelaki ini juga menggalas beberapa jawatan penting di


sekolah. Beliau merupakan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang sering
membantu dan membimbing rakan-rakan di sekolah tanpa rasa jemu.
Mempunyai  cita-cita yang sangat hebat iaitu menjadi seorang Angkasawan
seiring dengan Dr Sheikh Muzaffar. Beliau juga menunjukkan prestasi yang
sangat membanggakan dalam bidang akademik dan suka membantu guru dan
rakan-rakan.

Ketokohan dan sikap rajin membantu sesiapa sahaja menjadi faktor utama
untuk ditabalkan sebagai Tokoh Kanak-kanak bagi kategori lelaki bagi tahun
2017. Murid yang dimaksudkan ialah adik MUHAMMAD AIDIEL ARIF BIN
MOHD NAJIB dari kelas 3 PLUTO
ANUGERAH PEKERTI (PEREMPUAN)

Anugerah Pekerti merupakan murid yang menunjukkan sikap berbudi


bahasa yang sangat tinggi sama ada dikalangan guru dan juga rakan-rakan.
Murid ini dibesarkan  dan dididik dalam sebuah keluarga yang  sangat
bahagia.  Beliau dilahirkan pada 7 Julai 2008. Merupakan anak bongsu
daripada  2 orang adik-beradik. Bapanya merupakan seorang Pengurus Projek
IT yang hebat dan ibunya pula seorang Pengurus IT disebuah syarikat swasta.

Murid ini juga menggalas beberapa jawatan penting di sekolah. Beliau


merupakan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang sering membantu dan
membimbing rakan-rakan di sekolah tanpa rasa jemu. Mempunyai  cita-cita
yang sangat hebat iaitu seorang Perdana Menteri. Beliau juga menunjukkan
prestasi yang sangat membanggakan dalam bidang akademik dan suka
membantu guru dan rakan-rakan.

Sikapnya yang menghormati guru dan rakan-rakan serta sangat disenangi


dikalangan warga sekolah menjadi faktor utama untuk dianugerahkan
Anugerah Pekerti bagi kategori perempuan bagi tahun 2017. Murid yang
dimaksudkan ialah adik MARSHA MAHAASWETAH dari kelas 3 PLUTO.
ANUGERAH PEKERTI (LELAKI)

Beliau dilahirkan pada 17 September 2009. Merupakan anak ketiga


daripada  5 orang adik-beradik. Bapanya merupakan seorang Pengurus Dana
Tabung Haji dan ibunya pula seorang Akauntan yang hebat.

Murid ini juga menggalas beberapa jawatan penting di sekolah. Beliau


merupakan Pengawas Sekolah yang tegas dan berdisiplin serta komited dalam
menjalankan tugas yang diamanahkan. Mempunyai  cita-cita yang sangat
murni iaitu seorang Pegawai Polis yang berdedikasi. Beliau juga menunjukkan
prestasi yang sangat membanggakan dalam bidang akademik dan sangat
pemurah dengan senyuman serta pandai berjenaka. Untuk pengetahuan
semua, murid ini amat menjaga solatnya dan sering meminta izin dari guru
untuk turun solat apabila telah selesai kerjanya.

Sikapnya yang rajin dan sangat disenangi dikalangan guru dan murid menjadi
faktor utama untuk dianugerahkan Anugerah Pekerti bagi kategori lelaki bagi
tahun 2017. Murid yang dimaksudkan ialah adik MUHAMMAD MUKHLIS BIN
MUSTAKIM dari kelas 2 PLUTO.

You might also like