You are on page 1of 1

HEBAHAN SEBELUM MEMULAKAN PDPC

(sebagai langkah kesihatan dan keselamatan dalam pencegahan penularan covid-19 )

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua murid.

Bagi membantu memutuskan rantaian Covid 19 serta menjaga keselamatan dan kesihatan bersama,
semua murid hendaklah sentiasa mematuhi arahan berikut sepanjang berada dalam kawasan
sekolah:

 Pastikan anda sihat untuk ke sekolah.


 Sentiasa patuh kepada penjarakan fizikal satu meter.
 Patuh kepada laluan pergerakan yang telah ditetapkan dalam Kawasan sekolah.
 Sentiasa amalkan penjagaan kesihatan dengan kerap mencuci tangan sama ada
menggunakan sabun atau pensanitasi tangan.
 Elakkan menyentuh mata ,telinga , hidung dan mulut anda
 Memakai pelitup muka bagi yang berpenyakit
 Segera memaklumkan guru sekiranya tidak sihat .
 Tidak berkumpul di dalam kelas .
 Tidak bersalaman dan bersentuhan secara fizikal dengan rakan.
 Sentiasa mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul.
 Jangan berkongsi buku serta alat tulis dengan rakan.
 Hanya seorang murid dibenarkan keluar ke tandas sewaktu pdpc dan mesti memakai Pas
Keluar.

Sekali lagi di tegaskan; anda adalah dilarang sama sekali untuk

 Bersembang rapat
 Berkumpul dan
 Bersentuhan dengan rakan-rakan anda.

Sama-sama Kita Jaga Kita

You might also like