You are on page 1of 5

1

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM


BIL : 2 / 2020
SEKOLAH KEBANGSAAN MASJID TANAH (INTEG)
__________________________________________________________________________________
Tarikh : 10 SEPTEMBER 2020
Hari : KHAMIS
Masa : 3:30 PETANG
Tempat : DEWAN KEMBOJA

KEHADIRAN
1. En. Shuhani bin Hassan ( Guru Besar SK Masjid Tanah)
2. Pn. Habibah bt. Mohamad (GPK Pentadbiran)
3. En. Muhammad Nazri bin Isnain (GPK Hal Ehwal Murid)
4. Pn. Salmah binti Yijid ( GPK Kokurikulum)
5. Pn. Kamariah bt. Mokhtar (GPK Pendidikan Khas)
6. Pn. Noorsafrina binti Hamdani
7. Pn. Saripah Sapura bt Tuan Azam
8. En. Mohd Rais bin Ishah
9. En. Mohd Amirrul bin Hazman
10. En. Zainul Ariffin bin Mohd Zhaffar
11. En. Tuan Mohd Fadzlim b. Tuan Muhammad Azmi
12. En. Azwan Nazreensyah bin Aman
13. Pn. Zaidatul Umira bt. Abd. Wahab
14. Pn. Suriante bt Hamdan David
15. Pn. Nur Khairiyah binti Ayub
16. Cik Siti Hanis Hasineea binti Md Shamlan
17. Pn. Ratana Dewi bt Hamsan
18. Pn. Rafida bt Lazim
19. Pn. Siti Nolizah bt Jantan
20. Pn. Siti Aminah bt Mustafar
21. Pn. Nor Jamilahton Holija’ah bt Ariffin
22. Pn. Rohayanti bt Yaakop
23. Pn. Hjh. Salwa bt Abu
24. Cik Nuur Hidayah bt Ab Hamid

TIDAK HADIR
1. Pn. Asiah binti Hashim (Menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang)
2. Pn. Saadiah binti Hashim (Menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang)

AGENDA:
1. Ucapan Pengerusi (Guru Besar)
2. Taklimat Pengurusan Unit Koku Tahun 2020 (GPK KOKU)
3. Laporan aktiviti Unit-Unit HEM sepanjang tahun 2020 (telah dilaksanakan / akan
2

dilaksanakan)
4. Hal-hal lain
5. Penangguhan mesyuarat

1. Ucapan Pengerusi (En. Shuhani bin Hassan)


1.1 Guru Besar mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Pn. Salmah binti Yijid,
atas lantikan sebagai GPK Koku SKMT yang baharu dan mengadakan mesyuarat pada
hari ini.
1.2 Beliau turut mengigatkan tentang kekurangan bagi aktiviti-aktiviti ko-akademik yang
yang dijalankan setakat ini disebabkan pandemik.
Tindakan : Makluman

2. Taklimat Pengurusan Koku Tahun 2020 oleh GPK Koku (Pn. Salmah binti Yijid)
2.1 Pn. Salmah memohon kerjasama daripada semua guru-guru SKMT bagi memudahkan
segala urusan Kokurikulum SKMT bagi tahun 2020. Beliau berharap semua guru dapat
memastikan murid dapat melaksanakan aktiviti Kokurikulum mengikut garis panduan
yang ditetapkan oleh KPM.

2.2 Pengurusan Buku Laporan Unit-unit Kokurikulum.


2.2.1 Beliau memaklumkan bahawa terdapat buku-buku laporan unit Koku yang tidak
berada di dalam simpanan GPK Koku. Beliau memohon guru-guru atau guru penasihat
unit dapat melengkapkan dan menyimpan dengan rapi buku-buku tersebut.
2.2.2 Beliau memberi cadangan supaya buku-buku laporan yang lengkap perlu
dikumpulkan semula di pejabat beliau selepas tamat aktiviti Koku.
Tindakan : Semua guru
2.3 Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum
2.3.1 Beliau memaklumkan bahawa buku Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan
Kokurikulum telah diedarkan kepada semua guru. Beliau berharap guru-guru akan
melaksanakan aktiviti Kokurikulum mengikut garis panduan yang telah diberikan.
2.3.2 Selain itu, Garis panduan ini juga merangkumi pelaksanaan aktiviti sukan bagi
tujuan PdPc. Guru-guru PJ boleh melaksanakan aktiviti sukan jika mengikut garis
panduan yang telah ditetapkan.
2.3.4 Pn. Salmah mengingatkan kepada guru-guru PJ untuk mematuhi SOP sebelum,
semasa dan selepas aktiviti yang telah ditetapkan di dalam buku Garis Panduan.
Tindakan : Makluman

2.4 Waktu pembahagian Unit-unit Kokurikulum.


2.4.1 Beliau memaklumkan bahawa pembahagian waktu bagi pelaksanaan Kokurikulum
bagi Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Unit Sukan dan Permainan adalah
seperti berikut;
2 jam Unit Beruniform atau Kelab dan Persatuan (Bergilir minggu) dan 1 jam Sukan dan
Permainan.
3

2.4.2 Beliau juga memaklumkan pembahagian ini adalah bagi memastikan jumlah
minima penglibatan Kokurikulum murid tercapai.
Tindakan : Semua guru
2.5 Buku PAJSK
Beliau memaklumkan bahawa masih terdapat murid-murid yang tidak mempunyai buku
PAJSK lagi. Beliau berharap guru-guru dapat membantu murid untuk mempunyai dan
melengkapkan maklumat buku PAJSK mereka bagi memudahkan proses pengisian
maklumat PAJSK secara dalam talian kelak.
Tindakan : Guru-guru Penasihat

3. Laporan aktiviti Unit-Unit HEM sepanjang tahun


3.1 Pn. Salmah memohon untuk guru-guru penasihat memberikan laporan aktiviti dan
pertandingan ko-akademik yang sempat disertai pada awal tahun. Beliau memahami
bahawa situasi pandemik telah menghadkan peluang murid-murid untuk menyertai
pertandingan ko-akademik untuk tahun ini.

Tindakan : Makluman

4. Hal-hal lain
4.1 En. Mohd Rais bin Ishah meminta semua guru yang menguruskan program di bawah
unit bimbingan untuk bersedia dengan laporan.
4.2 En. Zainul Ariffin bin Mohd Zhaffar memohon jasa baik guru untuk memaklumkan
kepada ibu bapa untuk memastikan kebersihan dan kekemasan murid agar tidak timbul
masalah apabila spotcheck dilaksanakan.
4.3 Pn. Suriante binti Hamdan David memaklumkan Air Coway telah diservis dan terdapat
jentik-jentik dalam bekas takungan air.
4.4 En. Azwan Nazreensyah meminta Kerjasama guru penasihat badan beruniform, sukan
dan permainan serta kelab dan persatuan untuk memulangkan buku rekod aktiviti
kokurikulum.
4.5 Pn. Noorsafrina binti Hamdani membangkitkan isu berkenaan murid berjual beli di
dalam kawasan sekolah. GPK HEM memaklumkan bahawa jual beli tidak dibenarkan di
dalam Kawasan sekolah. Oleh itu, guru diminta untuk memaklumkan kepada ibu bapa
berkenaan secara baik dan surat makluman akan dikeluarkan.
4.6 Taklimat ringkas dari Guru Besar.
4.6.1 Ucapan terima kasih kepada Pn. Siti Aminah binti Mustafar di atas sumbangan
buku “Siri Sayangi Nabi” kepada pusat sumber sekolah.

4.6.2 Ucapan tahniah kepada Pn. Ratana Dewi binti Hamsan dan En. Shuhani bin Hassan
kerana telah naik pangkat dari DG42 ke DG44. Beliau memaklumkan bahawa mulai
tahun depan, proses kenaikan pangkat perlu melalui temuduga dan guru diingatkan agar
bersedia dengan dokumen/bahan sokongan.
4

4.6.3 Guru yang mahu keluar pejabat/sekolah semasa bekerja perlulah mengisi borang
dan slip kuning. Kemudian, punch card di ruangan nombor 2 jika keluar sekejap sahaja.

4.6.4 Guru diingatkan agar berjumpa dan berbincang dahulu dengan GB sebelum ambil
cuti CRK, MC, cuti kuarantin atau CTR bagi mengelakkan guru menambil cuti secara
serentak. Sekiranya berlaku kes kecemasan seperti tidak sihat, maklumkan segera
kepada GB/ GPK 1 untuk diisi keberadaan guru sebelum pukul 9:00 pagi.

4.6.5 Ada penambahbaikan berkenaan pencerapan PdPc. Guru akan diberi notis awal
dan Whatsapp sebagai peringatan. Guru diminta menyerahkan RPH sebelum PdPc
berlaku beserta instrument PBD. Sesi perbincangan Bersama GB akan dilaksanakan
selepas 2/3 hari selepas PdPc. Guru diminta membawa buku rekod dan tugasan murid
yang telah disemak.
4.6.6 Air Coway telah terhenti bayarannya selama 7 bulan. Hasil perbincangan GB dan
GPK, BKGS dan PIBG akan membayar wang tunggakan sebanyak RM615.

4.6.7 GB mencadangkan agar diadakan program kelas tambahan di rumah (KTD) untuk
murid tahun 5. Kelas tambahan tersebut akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad,
hanya melibatkan subjek teras. Kelas tambahan tersebut akan dipantau oleh ibu bapa,
pentadbir dan guru mata pelajaran.

4.6.8 Semakan buku latihan murid kali kedua sepatutnya telah berlaku dalam tempoh
cuti PKP. Oleh itu, tarikh semakan kali kedua ditukar kepada 28.9.2020 hingga
2.10.2020.

4.6.9 Dialog Prestasi Akademik akan diadakan pada 17.9.2020 untuk melihat prestasi
murid dalam PKSR 1 bagi murid tahap 2 dan laporan PBD bagi murid tahap 1.

4.6.10 Satu garis panduan telah dikeluarkan berkenaan pelaksanaan kokurikulum.


Aktiviti kokurikulum boleh dilaksanakan tetapi bergantung kepada sekolah. Oleh itu,
aktiviti kokurikulum akan dilaksanakan mulai 29.9.2020 pada pukul 1:45 – 3:45 petang.
Surat makluman ibu bapa akan dikeluarkan.

5. Penangguhan Mesyuarat
5.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4:20 petang.
5

Disediakan oleh;

……………………………………………….
En. Azwan Nazreensyah bin Aman
Setiausaha Unit Kokurikulum
SK Masjid Tanah (Integ)

You might also like